Caucasus

44°07′16″E / 42.26111°N 44.12111°E / 42.26111; 44.12111

Kaukasus atau Kaukasia (Latin: Caucasia) ialah sebuah wilayah merangkumi timur benua Eropah dan barat benua Asia terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Kaukasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Kaukasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.

Caucasus
Negara-negara Kaukasus
Caucasus
Peta 1994 kawasan Kaukasus, menunjukkan lokasi sumber berharga

Puncak tertinggi di Kaukasus adalah Gunung Elbrus (5.642m) yang dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah terletak di bahagian barat banjaran ini. Secara umumnya Kaukasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kaukasus Utara dan Kaukasus Selatan.

Penamaan

Kata Kaukasus berasal dari perkataan "Caucas", nenek moyang Caucasia Utara. Beliau adalah putera Togarmah, cucu anak lelaki ketiga dari Nabi Nuh a.s. iaitu Yafet. Menurut Leonti Mroveli selepas runtuhnya Menara Babel dan pembahagian umat manusia ke dalam pelbagai bahasa, Togarmah tinggal dengan anak-anaknya: Kartlos, Haik (Georgia:ჰაოს, Haos), Movakos, Lekos (orang Lak), Heros (Kerajaan Hereti, Kavkas, dan Egros (Kerajaan Egrisi) di antara dua gunung yang tidak dapat dilalui, kemungkinan Gunung Ararat dan Gunung Elbrus.

Nama-nama setempat untuk kawasan rantau ini diberikan seperti berikut:

  • Bahasa Abkhaz: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-ady Kʺaukʺaz/s
  • Arab: القوقاز al-Qawqāz
  • Bahasa Armenia: Կովկաս Kovkas
  • Templat:Lang-av Kawkaz
  • Azeri: Qafqaz
  • Templat:Lang-ce Kawkaz
  • Bahasa Georgia: კავკასია K'avk'asia
  • Jerman: Kaukasien
  • Templat:Lang-inh Kawkaz
  • Karachai-Balkar: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-kum Qawqaz
  • Bahasa Kurdi: Qefqasya/Qefqas
  • Templat:Lang-lbe Kkawkkaz
  • Templat:Lang-lez K'awk'az
  • Templat:Lang-xmf K'avk'acia
  • Templat:Lang-os Kavkaz
  • Parsi: قفقاز Qafqāz
  • Rusia: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-rut Kavkaz
  • Turki: Kafkas/Kafkasya
  • Bahasa Ukraine: Кавказ Kavkaz
  • Yunani: Καύκασος Káfkasos

Bahasa Melayu lama menggunakan nama Bukit Kaf atau Bukit Qaf (Jawi: بوكيت قف) yang ada disebutkan dalam sastera tradisi serta penjampian tertentu dilakukan para pawang:

Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu... ("Asal Usul Kejadian Isi Dunia")

Yang ta’ hijau di-per-hijau;
Yang ta’ tinggi di-per-tinggi;
Hijau seperti ayer laut;
Tinggi seperti Bukit Kaf. (Puji Padi, dipetik dalam Malay Magic):2, 591, 600

Geografi

Demografi

Setiap wilayah Kaukasus mempunyai perbezaan dalam pertuturan dan bahasanya serta ia juga mempunyai pelbagai keluarga bahasa. Terdapat juga lebih daripada 50 kumpulan etnik yang hidup di setiap wilayah di Kaukasus. Tidak kurang dari tiga keluarga bahasa adalah unik bagi kawasan ini, tetapi juga bahasa-bahasa India-Eropah seperti Armenia dan Ossetic, dan bahasa Altaic Azerbeijan merupakan bahasa setempat di sini.

Sumber-sumber asli

Kaukasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunit, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molibdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu (kedua-dua keras dan perang).

Lihat juga

Rujukan

    Sumber utama
  • Kaukasus: A Journey to the Land Between Christianity and Islam By Nicholas Griffin
  • Small Nations and Great Powers: A Study of Ethnopolitical Conflict in the Kaukasus By Svante E. Cornell
  • The Kaukasus By Ivan Golovin


Pautan luar

Tags:

Caucasus PenamaanCaucasus GeografiCaucasus DemografiCaucasus Sumber-sumber asliCaucasus Lihat jugaCaucasus RujukanCaucasus Pautan luarCaucasusSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penjodoh bilangan bahasa MelayuAli bin Abi TalibHael HusainiCibaiAgama di MalaysiaJoe FlizzowSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPasukan Kadet Bersatu MalaysiaAzlan ManAlam sekitarZahirah MacWilsonLatParlimen MalaysiaJabatan Perangkaan MalaysiaHantu Kak Limah Balik RumahNabila HudaKKN di Desa Penari (filem)Tahun Baru CinaCaturBukit TaburPemerintahan berajaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaPeraturan bola jaringMalaysiaAbu Bakar as-SiddiqYang di-Pertuan AgongSultan Iskandar ibni Sultan IsmailHari DeepavaliAerofonBeto KusyairyBahasa ArabRaja berperlembagaanKelapa sawitAbdullah bin Ahmad BadawiNabi Muhammad SAWPandemik COVID-19 di MalaysiaPerang BadarProton WiraPersatuan Negara-negara Asia TenggaraOrang Cina MalaysiaMerdeka 118SarafPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaLobak merahBryan DomaniTalbis IblisCongkakPerikatan NasionalAziz HarunKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaNegarakuRisteena MunimSurah al-BaqarahKhadijah binti KhuwailidNazim OthmanHantu rayaVaksin tetanusInsya-AllahPemboleh ubahHadisGayatri Su-Lin PillaiAsiaSlot CempakaOlahragaMenteri Besar PerlisGajahNaqiu BoboySalomaMenara Berkembar PetronasPuteri KhareezaDoa IftitahPangkat tenteraMy Lovely DriverHaqiem RusliTuanku Ja’afar🡆 More