Eropah Timur: Bahagian timur benua Eropah

Eropah Timur masih samar ertinya, mungkin sekali merupakan suatu kawasan geopolitik yang dipengaruhi Perang Dingin dalam sejarah moden.

Bagi sesetengah pihak, sempadannya ditentukan lebih melalui budaya berbanding geografi nyata. Sepanjang sejarah hingga masa kini, Eropah Timur dibezakan dari Eropah Barat dan rantau-rantau lain berasaskan faktor-faktor kebudayaan, keagamaan, ekonomi, dan sejarah. Meskipun diketengahkan ketika Perang Dingin, namun istilah Eropah Timur bertahan sehingga kini. Istilah ini sering digunakan dalam media dan kegunaan seharian di rantau "timur" dan rantau-rantau lain di Eropah.

Takrifan

Eropah Timur: Takrifan, Rujukan 
Pengelasan CIA World Factbook:
  Eropah Timur
  Eropah Selatan
  Rentas benua
Eropah Timur: Takrifan, Rujukan 
Eropah Timur seperti yang ditentukan Kod Negara atau Rantau Piawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kegunaan Statistik (bertanda merah):
  Eropah Timur
Eropah Timur: Takrifan, Rujukan 
Menurut ahli-ahli Kumpulan Pakar Nama Geografi Bangsa-bangsa Bersatu:
  Bahagian Eropah Timur, Asia Utara dan Tengah
  Bahagian Eropah Timur Pusat dan Tenggara
Eropah Timur: Takrifan, Rujukan 
Pembahagian pra-1989 antara "Blok Barat" (kelabu) dan "Timur" (oren) yang ditindan pada sempadan masa kini: Rusia (jingga kelam), negara-negara lain bekas Kesatuan Soviet (jingga sederhana), ahli-ahli Pakatan Warsaw (jingga cerah), dan beks rejim Komunis lain yang tidak bersekutu dengan Moscow (jingga paling cerah).
Eropah Timur: Takrifan, Rujukan 
Pengelasan Time Almanac 2007.

Kini wujud beberapa definisi Eropah Timur, tetapi semuanya ketandusan ketepatan atau amat luas pengertiannya. Definisi berbeza antara budaya dan di kalangan pakar dan saintis politik, baru-baru ini semakin samar . Biasanya, istilah ini difahami sebagai rantau yang terletak di antara Eropah Tengah dan pergunungan Ural, ataupun negara-negara Eropah bekas "Blok Timur" - sempadan barat Eropah Timur bergantung pada pendekatan.

Namun begitu, diingatkan bahawa bagi ramai yang mengaitkan diri mereka dengan idea Eropah Tengah kerana perbezaan budaya, maka mengaitkan mereka dengan Eropah Timur mungkin menimbulkan pertikaian dan boleh menyinggung perasaan.[perlu rujukan]

CIA

CIA World Factbook menghuraikan kedudukan negara-negara berikut:

PBB

Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggap bahawa Eropah Timur terdiri daripada 10 negara berikut: Belarus, Bulgaria, Republik Czech, Hungary, Moldova, Poland, Romania, Rusia (negara rentas benua), Slovakia, Ukraine. Penetapan negara-negara atau kawasan-kawasan mengikut penggolongan tertentu adalah untuk kemudahan statistik dan tidak memaksudkan apa-apa anggapan mengenai kaitan politik atau kaitan lain sesebuah negara oleh PBB.

Kumpulan Pakar Nama Geografi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGEGN) ditubuhkan untuk menimbangkan masalah teknikal pemiawaian domestik nama geografi. Kumpulan ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bahagian linguistik/geografi yang diasaskan di Sidang-sidang PBB mengenai Pemiawaian Nama Geografi.

Time Almanac

Time Almanac mentakrifkan Eropah Timur sebagai merangkumi 24 buah negara berikut: Albania, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Estonia, Georgia, Greece, Hungary, Latvia, Lithuania, Republik Macedonia, Moldova, Montenegro, Poland, Romania, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Ukraine.

Geografi

Pergunungan Ural merupakan sempadan geografi di sisi timur Eropah. Di barat pula, sempadan kebudayaan dan keagamaan banyak tertakluk pada pertindihan dan, penting sekali, telah melalui ketaktentuan sejarah yang menyebabkan kesukaran menentukan sempadan barat Eropah Timur.

Zaman Soviet

Satu pandangan mengenai sempadan Eropah Timur masa kini timbul ketika menjelang akhir Perang Dunia II. Kawasan itu akhirnya meliputi semua negara Eropah yang berada di bawah pengaruh atau penguasaan Soviet. Negara-negara ini diperintah rejim komunis yang dikenakan padanya, sementara negara-negara neutral dikelaskan mengikut sifat rejim politiknya. Perang Dingin meningkatkan bilangan sebab pembahagian Europe menjadi dua sepanjang sempadan negara-negara NATO dan Pakatan Warsaw.

Satu pandangan lain mengecualikan negara-negara yang berbeza dari segi sejarah dan budaya, dari takrifannya. Lazimnya ini memaksudkan Eropah Tengah dan kadang-kadang negara-negara Baltik yang amat berbeza sejarah politik, agama, kebudayaan, dan ekonomi berbanding jiran-jiran timurnya.

Pasca-Soviet

Sejak pembubaran Kesatuan Soviet, timbul pula definisi-definisi lain bagi Eropah Timur.

Negara-negara Baltik pernah menjadi republik Soviet tetapi kini merupakan ahli EU yang boleh tergolong dalam Eropah Timur dan Utara sekali.

Tiga bekas republik Soviet di Caucasus Selatan dilihat sebagai negara rentas benua[perlu rujukan], di sendi Eropah Timur dan Asia Barat Daya. Time Almanac 2007 mengelaskan ketiga-tiganya di Eropah Timur tetapi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan PBB tidak menganggap negara-negara berikut terletak di Eropah, sebaliknya di Asia.

Kazakhstan dianggap sebahagian Asia Tengah, dengan sebahagian kecil tanahnya di barat pergunungan Ural di Eropah Timur.

Balkan

Sesetengah negara-negara Balkan boleh dianggap sebagai negara Eropah Timur dan Selatan. Bulgaria, Romania dan Slovenia kini merupakan anggota EU; Croatia, Republik Macedonia dan Turki pula negara-negara calon rasmil Serbia, Albania, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro diiktiraf sebagai calon berpotensi.

Eropah Tengah dan negara-negara lain

Sesetengah negara Eropah Tengah merupakan negara komunis ketika Perang Dingin tetapi kini pula anggota EU yang sering dikecualikan dari takrifan Eropah Timur atas sebab-sebab ekonomi, sejarah, agama, dan kebudayaan.

Negara-negara lain:

  • Eropah Timur: Takrifan, Rujukan  Romania sering disertakan dalam Eropah Timur, kini dipandang sebagai negara Eropah Tenggara atau Eropah Tengah.
  • Eropah Timur: Takrifan, Rujukan  Jerman Timur kadang-kadang disertakan dalam Eropah Timur tetapi hanya dalam konteks kemasukannya dalam Pakatan Warsaw.
  • Eropah Timur: Takrifan, Rujukan  Yunani biasanya dianggap sebahagian Eropah Selatan, tetapi adakalanya digolongkan dalam Eropah Timur atau Tenggara.
  • Eropah Timur: Takrifan, Rujukan  Cyprus ialah anggota Kesatuan Eropah dan oleh itu dianggap sebagai sebahagian Eropah Tenggara atas sebab kebudayaan, namun sebenarnya terletak di Asia Barat Daya.

Rujukan

Tags:

Eropah Timur TakrifanEropah Timur RujukanEropah TimurAgamaEkonomiEropah BaratGeografiGeopolitikKebudayaanPerang DinginSejarah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bandar TaipingMajlis Raja-RajaKementerian Pendidikan MalaysiaPendidikan di MalaysiaFarali KhanRaja EmaFattah AminMenteri Pendidikan MalaysiaOrang YahudiMelayuSenarai bank di MalaysiaErysha Emyra18 Puasa di Kampong PisangJenis darahFarah AhmadBunga rayaRita NadiraPerang Dunia KeduaNegara PalestinKesultanan Melayu MelakaAngel (penyanyi)Perodua AxiaSistem pernafasanTerengganuMokhtar HashimKelantanKata adjektifKolejNasi kandarRangka manusiaLiga Super Malaysia 2024–25Jam 12 jamAdellea SofeaAgama di IranBatik Air MalaysiaBeruang maduAman ShahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSemenanjung MalaysiaKhulafa al-RasyidinCenderawasih (kumpulan muzik)IbanTrisha OoiKhairy JamaluddinLee Hsien LoongNabi Ibrahim a.s.Khaliq Mehtab Mohd IshaqKata ganti nama (bahasa Melayu)Israk dan MikrajKerajaan Bani AbbasiyahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948UltrabunyiKetua Polis Negara MalaysiaKulitLaman UtamaImam MahdiReen RahimKata sendi (bahasa Melayu)BaksoPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuBella AstillahRindu Kasih 2Pasukan Gerakan AmMYTV BroadcastingPeristiwa 13 MeiTakdir Itu Milik AkuJohor BahruKerajaan Bani UmaiyahHubungan seksIsteri-isteri Nabi MuhammadOrang Melayu Malaysia12 Dewa OlympusHalim RadziTauratSyamSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaUpin & IpinIran🡆 More