Bahasa Turki: k

Bahasa Turki (Türkçe) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Turkik yang dituturkan aslinya di Turki, Cyprus, Bulgaria, Yunani dan negara-negara lain yang pernah ditakluk Empayar Uthmaniyah, baik juga oleh beberapa juta emigran dalam Kesatuan Eropah.

Bilangan penutur asli adalah tidak pasti, berpunca terutamanya daripada kekurangan data bahasa minoriti dari Turki. Rajah dari 60 juta digunakan di sini menganggap bahawa Turki ialah bahasa ibunda kepada 80% populasi Turkish, dengan Kurdi sebagai yang terbanyak kepada yang selebihnya. Bagaimanapun, majoriti besar dari minoriti linguistik di Turki berdwibahasa, menuturkan Turki sebagai bahasa kedua.

Bahasa Turki
Türkçe
Asli kepadaBahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Turki,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Bulgaria,

Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Cyprus,

Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Macedonia Utara,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Kosovo,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Romania,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Azerbaijan
dan komuniti pendatang di
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Jerman,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Perancis,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Belanda,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Austria,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Uzbekistan,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Malaysia,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem United Kingdom,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Amerika Syarikat,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Belgium,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Switzerland,
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem Yunani, dan negara lain.
KawasanTurki, Cyprus, Balkan, Kaukasus
Penutur bahasa
~60 juta asli
~75 juta jumlah
Altai (dipertikaikan)
  • Turki
    • Turkik Selatan atau Oghuz
      • kumpulan Turki
        • Bahasa Turki
Abjad Rumi (sejak 1928)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Turki, Cyprus, Cyprus Utara, Kosovo, Makedonia Utara1
1 Dalam majlis perbandaran yang didiami oleh peratus dari penutur set minimum
Dikawal selia olehTürk Dil Kurumu (Persatuan Bahasa Turki)
Kod bahasa
ISO 639-1tr
ISO 639-2tur
ISO 639-3Salah satu:
tur – Turki
ota – Turki Uthmaniyyah
Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem
Negara di mana bahasa Turki adalah rasmi

Pengelasan

Bahasa Turki tergolong di bawah keluarga bahasa Turkik, khususnya subkumpulan bahasa Oghuz. Secara umumnya, bahasa Turki memiliki darjah kefahaman menyaling yang tinggi dengan bahasa-bahasa Oghuz yang lain seperti bahasa Azerbaijan, Turkmen dan Gagauz. Kira-kira 40% penutur bahasa-bahasa Turkik ialah penutur bahasa ini.

Bahasa-bahasa Turkik pula pernah dikelaskan di bawah bahasa-bahasa Altaik, tetapi kini, kumpulan ini tidak lagi diperakui.

Sejarah

Bahasa-bahasa Oghuz, kumpulan yang merangkumi bahasa Turki secara langsung telah dibawa oleh pihak Empayar Saljuk dan Turki Oghuz ke Anatolia pada abad ke-11. Penyebaran agama Islam serta pengiktirafan bahasa Turki di Empayar Saljuk dan Kekhanan Kara-Khanid telah menyerap perkataan-perkataan daripada bahasa Arab dan Parsi sebagai kata pinjaman.

Pada zaman Empayar Uthmaniyah, dua jenis bahasa Turki telah muncul, yakni bahasa Turki bagi golongan atasan dan kesusasteraan, bahasa Turki Uthmaniyah dan bahasa Turki golongan kebanyakan, kaba Türkçe ("bahasa Turki kasar"). Bahasa Turki atasan memiliki kosa kata yang dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Parsi sehingga tidak dapat difahami oleh golongan rakyat. Kaba Türkçe pula memiliki kosa kata yang terdiri daripada banyak perkataan asli dan menjadi asas kepada kosa kata bahasa Turki moden.

Fonem

Konsonan

Fonem konsonan bahasa Turki baku
Dwibibir Gigi Gusi Belakang gusi Lelangit Velar Glotis
Sengauan m n
Letupan p b (c) (ɟ) k ɡ
Letusan t͡ʃ d͡ʒ
Geseran f v s z ʃ ʒ h
Aproksiman (ɫ) l j
Tamparan ɾ

Vokal

Fonem vokal bahasa Turki baku
Depan Belakang
Tak bundar Bundar Tak bundar Bundar
Sempit i y ɯ u
Luas ɛ œ a o

Secara umumnya, huruf-huruf vokal bahasa Turki ialah ⟨a⟩, ⟨e⟩, ⟨ı⟩, ⟨i⟩, ⟨o⟩, ⟨ö⟩, ⟨u⟩ dan ⟨ü⟩. Diftong tidak dijumpai dalam bahasa Turki melainkan dalam kata-kata pinjaman. Penggunaan keselarasan vokal adalah meluas dalam bahasa Turki yang merupakan sebuah bahasa aglutinatif untuk menjamin aliran yang licin dan mengurangkan pergerakan vokal yang sedikit.

Taburan geografi

Pada 2005, kira-kira 93% penduduk Turki ialah penutur ibunda bahasa Turki. Di Bulgaria, kira-kira sejuta orang penduduk dapat berbahasa Turki.

Bahasa Turki ialah bahasa rasmi Turki serta satu daripada bahasa-bahasa rasmi Republik Cyprus bersama-sama bahasa Yunani. 38 buah perbandaran Kosovo serta dua buah perbandaran Makedonia Utara mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa rasmi.

Dialek

Bahasa Turki baku adalah berasaskan dialek Istanbul, tetapi dialek-dialek tempatan juga wujud. Dialek-dialek ini tetap wujud meskipun usaha perataan dialek serta penggunaan dialek baku dalam media massa dan sukatan pendidikan Turki telah dilakukan sejak 1930-an.

Tulisan

Ketika zaman Empayar Uthmaniyah, bahasa Turki ditulis dengan abjad Arab. Namun begitu, abjad Arab dilihat tidak sesuai terhadap sistem fonem bahasa Turki yang sedia ada. Bahasa Turki memiliki lapan bunyi vokal yang tidak dapat ditampung oleh tulisan Arab, serta terdapat huruf-huruf konsonan Arab yang terpaksa diabaikan. Bahkan, kemunculan telegraf dan mesin pencetak pada abad ke-19 menampakkan lagi kelemahan pada tulisan ini.

Pada tahun 1928, tulisan bahasa Turki digantikan dengan sejenis tulisan Rumi diubah suai yang diperkenalkan oleh pengasas Republik Turki, Mustafa Kemal Atatürk.

Huruf-huruf moden bahasa Turki adalah seperti di bawah:

    a, b, c, ç, d, e, f, g, ğ, h, ı, i, j, k, l, m, n, o, ö, p, r, s, ş, t, u, ü, v, y dan z.

Kosa kata

Bahasa Turki: Pengelasan, Sejarah, Fonem 
Carta pai peratusan perkataan bahasa Turki berdasarkan bahasa asal perkataan.

Edisi terkini kamus rasmi bahasa Turki, Büyük Türkçe Sözlük pada 2010 memiliki 616,767 patah perkataan dan frasa. Edisi tahun 2005 bagi sebuah lagi kamus, Güncel Türkçe Sözlük menunjukkan bahawa 86% perkataan dan frasa yang merangkumi koleksi perkataan dan frasa dalam kamus ialah perkataan asli bahasa Turki dan selebihnya ialah kata pinjaman.

Rujukan

Bacaan lanjut

  • (Turki) Karahan, Leylâ (1996). Anadolu Ağızlarının Sınıflandırılması. Türk Dil Kurumu.
  • (Inggeris) Brendemoen, B. (1996). "Conference on Turkish in Contact, Netherlands Institute for Advanced Study (NIAS) in the Humanities and Social Sciences, Wassenaar, 5–6 February 1996". Phonological Aspects of Greek-Turkish Language Contact in Trabzon.

Pautan luar

Tags:

Bahasa Turki PengelasanBahasa Turki SejarahBahasa Turki FonemBahasa Turki Taburan geografiBahasa Turki TulisanBahasa Turki Kosa kataBahasa Turki RujukanBahasa Turki Bacaan lanjutBahasa Turki Pautan luarBahasa TurkiBahasa KurdiBahasa-bahasa TurkikBulgariaCyprusEmpayar UthmaniyahKesatuan EropahTurkiYunani

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau PinangSekali Lagi Cinta KembaliAisyah Abu BakarKucingDollaPerlembagaan MalaysiaSejarah bahasa MelayuSyafiq YusofPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Pendidikan di MalaysiaGenting HighlandsAzhan RaniKhalid Mohamad JiwaPandemik COVID-19 di MalaysiaSenarai poskod di MalaysiaAmir AhnafYusof HaslamSolat jamakPuteri Sarah LiyanaMalaysiaBurung Murai BatuKementerian Pendidikan MalaysiaPentadbiran Tentera British (Tanah Melayu)Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamKristianProton WajaTuanku Ja’afarRobert Kuok Hock NienAbdul Kadir Sheikh FadzirSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiYasmin AhmadKata adjektifSenarai kata pinjaman bahasa MelayuTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahMelur Untuk Firdaus (musim 2)Rujukan kehormatThailandPasukan Gerakan AmPresiden IranPentaksiran Tingkatan TigaPadiMisteri Jalan LamaSurah Al-InsyirahNormah DamanhuriNabil AqilKhaliq Mehtab Mohd IshaqChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorNabila RazaliNegeri-negeri Melayu BersekutuAzzim ZahidProton ExoraBani IsraelRaja berperlembagaanPeraturan bola jaringOrang LampungSarawakQistina KhaledMahathir MohamadKitab suci IslamNabi Isa a.s.Siti HariesaJambatan BaileyShahrulezad MohameddinNabila HudaIman TroyeTahun Baru CinaKetumKementerian Kesihatan MalaysiaHospital Sultan Idris Shah SerdangJordanZizan RazakEyka FarhanaMustapha KamalHadisTawauCinema (Slot TV3)Senarai haiwan kebangsaan🡆 More