Sistem berparlimen merupakan sejenis sistem kerajaan yang mana para menteri cabang eksekutif dipilih dari cabang perundangan dan bertanggungjawab kepada badan perundangan, sehingga terjalinnya cabang-cabang eksekutif dan perundangan.
Dalam sistem sebegini, ketua pemerintahan memegang peranan ketua eksekutif dan ketua perundangan de facto.
Sistem berparlimen dicirikan dengan tiadanya pengasingan kuasa yang ketara antara cabang eksekutif dan perundangan, maka mengamalkan sistem demokrasi yang berbeza berbanding dengan sistem berpresiden. Sistem berparlimen biasanya jelas membezakan ketua pemerintahan (yang lazim bergelar perdana menteri) dan ketua negara yang bergelar presiden (yang diundi oleh rakyat atau dilantik oleh parlimen) ataupun raja turun-temurun (kerajaan berperlembagaan).
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada satu dewan.
Jadual berikut menyenaraikan negara-negara yang parlimennya terdiri daripada dua dewan.
Negara/Pertubuhan | Parlimen | Dewan pertuanan | Dewan rakyat |
---|---|---|---|
Afrika Selatan | Parlimen | Majlis Provinsi Negara | Perhimpunan Kebangsaan |
Australia | Parlimen Komanwel | Senat | Dewan Perwakilan |
Austria | Parlimen | Majlis Persekutuan | Majlis Negara |
Antigua dan Barbuda | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
Bahamas | Parlimen | Senat | Dewan Perhimpunan |
Barbados | Dewan Perhimpunan | Senat | Dewan Perhimpunan |
Belanda | Staaten-Generaal (Jeneral-Negara) | Eerste Kamer (Senat) | Tweede Kamer (Dewan Perwakilan) |
Belize | Perhimpunan Kebangsaan | Senat | Dewan Perwakilan |
Belgium | Parlimen Persekutuan | Senat | Dewan Perwakilan |
Bhutan | Parlimen | Majlis Negara | Perhimpunan Kebangsaan |
Czech, Republik | Parlimen | Senat | Dewan Timbalan |
Eropah, Kesatuan | Majlis Kesatuan Eropah | Parlimen Eropah | |
Habsyah | Perhimpunan Parlimen Persekutuan | House of Federation | Dewan Wakil Rakyat |
Jerman | Perundangan Persekutuan/Bundesversammlung (Perhimpunan Persekutuan) | Bundesrat (Majlis Persekutuan) | Bundestag (Diet Persekutuan) |
Grenada | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
India | Parlimen (Sansad) | Rajya Sabha (Majlis Negeri) | Lok Sabha (Dewan Rakyat) |
Ireland | Oireachtas | Seanad Éireann | Dáil Éireann |
Iraq | Perhimpunan Kebangsaan | Majlis Kesatuan | Majlis Perwakilan |
Itali | Parlimen | Senat Republik | Dewan Rakyat |
Jamaica | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
Jepun | Diet | Dewan Kaunselor | Dewan Perwakilan |
Kanada | Parlimen | Senat | Dewan Rakyat |
Malaysia | Parlimen | Dewan Negara | Dewan Rakyat |
Pakistan | Parlimen | Senat | Perhimpunan Kebangsaan |
Poland | Parlimen | Senat | Sejm |
Romania | Parlimen | Senat | Dewan Timbalan |
Saint Lucia | Parlimen | Senat | Dewan Perhimpunan |
Sepanyol | Cortes Generales | Senat | Kongres Perwakilan |
Slovenia | Parlimen | Majlis Kebangsaan | Perhimpunan Kebangsaan |
Switzerland | Perhimpunan Persekutuan | Majlis Negeri-Negeri | Majlis Kebangsaan |
Thailand | Perhimpunan Kebangsaan | Senat | Dewan Perwakilan |
Trinidad dan Tobago | Parlimen | Senat | Dewan Perwakilan |
United Kingdom | Parlimen | Pertuanan (House of Lords) | Dewan Rakyat (House of Commons) |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sistem berparlimen, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.