Macedonia Utara

Macedonia Utara (Macedonia: Северна Македонија, rumi: Severna Makedonijacode: mk is deprecated ), secara rasminya Republik Macedonia Utara (Macedonia: Република Северна Македонија, rumi: Republika Severna Makedonijacode: mk is deprecated ) adalah sebuah negara terletak di Semenanjung Balkan, Eropah Tenggara.

Ia merupakan salah satu negara pecahan kepada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang merdeka pada tahun 1991. Antara tempoh ia dimerdekakan 1991 dan Februari 2019, ia dikenali secara rasminya sebagai Republik Macedonia , atau secara pendeknya Macedonia.

Republik Macedonia Utara
ريڤوبليك ماكيدونيا اوتارا
Macedonia: Република Северна Македонија
Albania: Republika e Maqedonisë së Veriut
Bendera Macedonia Utara
Jata Macedonia Utara
Bendera Jata
Lagu kebangsaanДенес над Македонија (Macedonia)
(Melayu: "Hari ini di Macedonia")
Lokasi the  Macedonia Utara  (jingga) di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]
Lokasi the  Macedonia Utara  (jingga)

di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Skopje
Bahasa rasmiBahasa Macedonia
KerajaanRepublik demokrasi berparlimen
• Presiden
Stevo Pendarovski (Стево Пендаровски)
• Perdana Menteri
Talat Xhaferi (Талат Џафери)
Badan perundanganPerhimpunan Republik Macedonia Utara
Keluasan
• Jumlah
25,713 km2 (9,928 bt2) (ke-145)
• Perairan (%)
1.9
Populasi
• Perkiraan 2017
kira-kira 2,103,721 orang
• Bancian Penduduk 2002
2,022,547
80.1/km2 (207.5/sq mi) (122nd)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$33.822 billion
$16,253
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$12.383 billion
$6,143
Gini (2016)positive decrease 33.6
sederhana
HDI (2017) 0.757
tinggi · ke-80
Mata wangDenar Macedonia
(MKD)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan389
DPT internet.mk

Negara ini menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993, namun pertelingkahan nama "Macedonia" dengan negara Yunani (Greece) yang berjiranan menyebabkan ia didaftarkan bawah nama Republik Bekas Yugoslavia Macedonia (The former Yugoslav Republic of Macedonia) Pada Jun 2018, pihak negara tersebut dan Yunani menandatangani Perjanjian Prespa yang mensyaratkan bahawa nama negara tersebut mesti ditukar kepada "Republik Macedonia Utara" erga omnes. Penamaan semula ini dikuatkuasakan pada 12 Februari 2019.

Penamaan

Negara ini dinamakan sempena sebuah kerajaan purba yang sendirinya bernama Makedonía (Yunani: Μακεδονία). Ia dikaitkan kuat denga suatu rantau bernama sama merangkumi negara moden Yunani selatan negara ini, malah nama tersebut tidak begitu diketahui di kawasan moden Macedonia Utara sehingga petengahan abad ke-19 berikutan pergerakan nasionalisme yang berlaku menentang Empayar Uthmaniyah.

Nama "Macedonia" dalam konteks moden mula wujud dengan tertubuhnya Republik Sosialis Macedonia (Социјалистичка Република Македонија, Socijalistička Republika Makedonija) dalam gabungan Yugoslavia selepas Perang Dunia Kedua. Terpecahnya gabungan ini pada tahun 1991 membawa kepada penukaran nama negara ini sebagai Republik Macedonia tahun 1991, namun ia mengungkitkan kemarahan dalam kalangan warga nasionalis Yunani.

Perselisihan nama antara Athena dan Skopje

Pertelingkahan ini akhirnya diselesaikan dengan penandatanganan Perjanjian Prespa antara kedua-dua negara pada 17 Jun 2018; hal ini menggiatkan penamaan semula negara "Republik Bekas Yugoslavia Macedonia" kepada "Republik Macedonia Utara" lapan tahun kemudian.

Sejarah

Sejarah Macedonia Utara merangkumi sejarah wilayah negara moden Macedonia Utara.

Geografi

Macedonia Utara ialah sebuah negara yang terletak di tenggara Eropah dengan koordinat geografi 41°50′N 22°00′E / 41.833°N 22.000°E / 41.833; 22.000, bersempadan dengan Kosovo dan Serbia di utara, Bulgaria di timur, Yunani di selatan dan Albania di barat. Negara ini adalah sebahagian daripada kawasan Macedonia yang lebih luas dan membentuk sebahagian besar Vardar Macedonia. Negara ini merupakan koridor pengangkutan utama dari Eropah Barat dan Tengah ke Eropah Selatan dan Laut Aegia. Macedonia Utara ialah sebuah negara yang terkurung daratan tetapi mempunyai tiga tasik semula jadi utama: Tasik Ohrid, Tasik Prespa dan Tasik Dojran. Ia mempunyai keluasan air 857 km2, manakala keluasan daratannya ialah 24,856 km2.

Secara fitogeogtafi, Macedonia tergolong dalam provinsi Illyrian di kawasan Circumboreal dalam Kerajaan Boreal. Menurut WWF dan Peta Digital Kawasan Ekologi Eropah oleh Agensi Alam Sekitar Eropah, wilayah Macedonia Utara boleh dibahagikan kepada empat ekokawasan: hutan campuran Pergunungan Pindus, hutan campuran Balkan, hutan campuran Rhodope dan hutan sklerofil dan campuran Aegean.

Politik

Republik Macedonia Utara memerintah di bawah suatu sistem parlimen yang di mana pemerintahannya terdiri dari perikatan parti-parti dalam suatu parlimen ekadewan (Собрание, Sobranie) dan sebuah badan kehakiman bebas yang dilengkapi sebuah mahkamah perlembagaan. Parlimen Macedonia Utara terdiri dari 120 anggota yang dilantik setiap 4 tahun sekali. Presiden memegang peranan yang cukup besar dan penting dalam pemerintah Republik sebagai Panglima Angakatan Bersenjata Macedonia serta Jawatankuasa Keselamatan Macedonia Utara. Presiden Republik dipilih setiap 5 tahun sekali dan dapat menjawat sebanyak 2 kali dalam satu-satu masa.

Pemaktuban undang-undang baru pada tahun 2005 menyebabkan pemerintah setempat dibahagi dan diagihkan kepada 78 daerah. Ibu kota Skopje sendiri terdiri daripada 10 daerah pentadbiran yang digabung dalam sebuah daerah bernama "Skopje Raya". Daerah pentadbiran di Macedonia mengontrol pemerintahannya sendiri-sendiri. Beberapa daerah pentadbiran berkerjasama dalam berbagai-bahai bidang. Parti-parti politik di Macedonia Utara kebanyakannya wujud berdasarkan asal etnik - terutamanya antara bangsa etnik Macedonia yang majoriti dan bangsa Albania yang minoriti. Isu ketidaksetimbangan kekuasaan kedua-dua etnik ini membawa kepada konflik sivil tahun 2001, dan perselisihan ini diselesaikan dengan Persetujuan Ohrid pada tahun 2004 yang memperuntukkan perwakilan politik lebih kepada etnik bangsa Albania. Pada tahun 2004, Parlimen Macedonia memberikan autonomi yang lebih besar pada daerah-daerah berpendudukan etnik Albania yang besar.

Ekonomi

Ekonomi Macedonia Utara telah menjadi lebih liberal, dengan persekitaran perniagaan yang bertambah baik, sejak kemerdekaannya daripada Yugoslavia pada tahun 1991, yang telah melucutkan pasaran utama dilindungi negara dan pembayaran pemindahan yang besar dari Belgrade. Sebelum kemerdekaan, Macedonia Utara adalah republik termiskin di Yugoslavia (hanya 5% daripada jumlah keluaran persekutuan bagi barangan dan perkhidmatan). Ketiadaan infrastruktur, sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas pasaran terbesarnya (Republik Persekutuan Yugoslavia), dan sekatan ekonomi Yunani menghalang pertumbuhan ekonomi sehingga 1996.[perlu rujukan]

Kiriman wang pekerja dan bantuan asing telah melembutkan tempoh pemulihan yang tidak menentu. KDNK negara telah meningkat setiap tahun kecuali pada 2001, meningkat sebanyak 5% pada 2000. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pada 1999 telah dihalang oleh kemerosotan ekonomi serantau yang teruk yang disebabkan oleh Perang Kosovo.

Kebudayaan

Kebudayaan Macedonia Utara ialah budaya Republik Macedonia Utara, sebuah negara Eropah di Balkan.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Macedonia Utara PenamaanMacedonia Utara SejarahMacedonia Utara GeografiMacedonia Utara PolitikMacedonia Utara EkonomiMacedonia Utara KebudayaanMacedonia Utara Lihat jugaMacedonia Utara RujukanMacedonia UtaraBahasa MacedoniaBalkanEropah TenggaraRepublik Persekutuan Sosialis Yugoslavia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Farah AhmadKemalangan helikopter Lumut 2024Undang-undang MalaysiaSharnaaz AhmadJudiTakwim HijrahPulau PangkorTauhid RububiyahUsul al-FiqhPuteri Gunung LedangFrekuensi radio di JohorKota KinabaluNilai, Negeri SembilanJohor BahruMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPahamin RajabSyahadahAnugerah AidilfitriWanita SyurgaZaman air batuEtikaKhunsa (siri TV)Senarai bank di MalaysiaPeristiwa Kampung MedanGunung KinabaluPASKAL (filem)Singapura Dilanggar TodakJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSaifuddin Nasution IsmailUqasha SenroseBahasa MelayuHang TuahBerlinPremier SarawakRukun solatPlayboy Itu Suami AkuKelantanAcryl Sani Abdullah SaniSiti HariesaKata kerja transitifKerajaan SalakanagaraHari Raya AidilfitriSudirman (penyanyi)Menteri Pendidikan MalaysiaProton WiraJamrahHadha min fadhle RabbiShakira (drama)Orang BanjarHantu Kak LimahJuzRita RudainiAlor SetarTahun Baru CinaZaki AzemanPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaInisiatifRatu SofyaSolat hajatArena LieyaSherry AlhadadPolitik balas budiNicol Ann DavidAstro ShawPerkhidmatan awam di MalaysiaMandi wajibMalaysia MadaniSurah al-FatihahLembah KlangLee Chong WeiTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahInsya-AllahRoti canaiBola sepakSenarai SBP di MalaysiaSunan GresikBatu Belah Batu BertangkupBella Dally🡆 More