Diet Kebangsaan Jepun (Jepun: 国会, Hepburn: Kokkai, Dewan Negara) merupakan badan perundangan dwidewan Jepun.
Ia merupakan badan perundangan tertinggi kerajaan Jepun selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Jepun. Ia terdiri dari dewan rendah dipanggil Dewan Perwakilan dan dewan tinggi dipanggil Dewan Kaunselor kedua-duanya dilantik terus melalui sistem pengundian selari.
Diet Kebangsaan Jepun ديات کبڠساٴن جڤون | |
---|---|
日本の国会 Nihon no kokkai | |
Persidangan Diet ke-177 | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | |
Kepimpinan | |
Speaker Dewan Perwakilan | Takahiro Yokomichi, Parti Demokratik sejak 16 September 2009 |
Speaker Dewan Kaunselor | Takeo Nishioka, Parti Demokratik sejak 7 Ogos 2007 |
Struktur | |
Kumpulan politik | Kerajaan pemerintah (142)
Pembangkang (103)
|
Kumpulan politik | Kerajaan pemerintah (312)
Pembangkang (154)
|
Tempat persidangan | |
sunting |
Sistem ini dibentuk pada zaman Meiji mengikut corak kerajaan berperlembagaan termasuk sistem Westminster dan khususnya Reichstag diamalkan dari Prusia zaman empayar abad ke-19; ia dan badan-badan perundangan Eropah sezaman sering diungkapkan dengan istilah "diet" meminjam dari bahasa Latin hasil kebiasaan dari sejak zaman Empayar Rom Suci.
Badan pertama mendahului sistem ini di Jepun adalah Diet Imperial (Jepun: 帝国議会, Hepburn: Teikoku-gikai) yang mula bersidang pada 29 November 1890, tidak lama selepas perkenalan perlembagaan baharu pada 11 Februari tahun sebelumnya. Ia dibahagikan kepada Dewan Perwakilan yang dilantik hasil undian langsung dan suatu "Dewan Bangsawan" (Jepun: 貴族院, Hepburn: Kizoku-in). Perdana Menteri yang memimpin kedua-dua dewan ini dilantik dalam kalangan bangsawan berpengalaman yang diagihkan kuasa amanah Maharaja iaitu genrō (Jepun: 元老).
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Diet Jepun, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.