Dwidewan

Dwidewan (Jawi: ‏دويديوان‎code: ms is deprecated ‎; bahasa Inggeris: Bicameral) merujuk kepada Parlimen atau tempat penggubalan undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri.

Kebanyakan negara di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun mempunyai Parlimen bersistem dwidewan. Di Malaysia misalnya, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, manakala kebanyakan ahli Dewan Negara adalah dilantik oleh Presiden atau Raja seperti Yang Di-Pertuan Agong. Dalam penggubalan undang-undang, rang undang-undang mestilah melalui kedua-dua dewan sebelumnya ia diluluskan. Oleh itu, di dalam Parlimen dwidewan kedua-dua dewan saling memeriksa dan mengimbang atau "Check and balance" satu sama lain untuk memastikan Akta yang dihasilkan bukan menyebelahi sebarang parti politik atau menyukarkan rakyat. Namun, sistem dwidewan biasanya tidak berkesan kerana Dewan di mana ahlinya yang dilantik jarang sekali menolak rang undang-undang yang diusulkan dari Dewan Rakyat.

Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia

Berikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilan representative atau common. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnya Thailand. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.

Negara Nama Dewan
Afrika Selatan National Assembly (Perhimpunan Kebangsaan) dan National Council of Provinces
Amerika Syarikat House of Representatives (Dewan Perwakilan) dan Senate (Dewan Senat)
Argentina Cámara de Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
Australia House of Representatives dan Senate
Kanada House of Commons dan Senate
Filipina Kapulungan ng mga Kinatawan (Dewan Perwakilan Rakyat) dan Senado (Dewan Senat)
India Lok Sabha (Dewan Rakyat) dan Rajya Sabha (Majlis Negeri-Negeri)
Indonesia Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah
Ireland Dáil Éireann (Dewan Perwakilan) dan Seanad Éireann (Dewan Senat)
Jepun Dewan Rakyat (Jepun: 衆議院, Hepburn: Shuugi-in) dan Dewan Pertuanan (Jepun: 参議院, Hepburn: Sangi-in)
Jerman Bundestag dan Bundesrat
Malaysia Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Perancis Assemblée Nationale (Perhimpunan Kebangsaan) dan Senat (Dewan Senat)
Rusia State Duma (Dewan Rakyat) dan Federation Council (Majlis Persekutuan)
Sepanyol Congreso de los Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
Thailand sapha phuthaen ratsadon - สภาผู้แทนราษฎร (Dewan Perwakilan) dan wuthisapha - วุฒิสภา(Dewan Senat)
United Kingdom House of Commons (Dewan Perwakilan) dan House of Lords (Dewan Pertuanan)

Tags:

AktaAmerika SyarikatBahasa InggerisDewan NegaraDewan RakyatJepunMalaysiaParlimenParti politikPilihan rayaRakyatRang undang-undangTulisan JawiUndang-undangUnited KingdomYang Di-Pertuan Agong

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jenis darahPerlisEtnik MelayuFrancissca PeterLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurTerengganuKecerdasan buatanJamrahSearch (kugiran)AkikahSenarai poskod di MalaysiaWadi AnnuarNajib RazakKaabahRita RudainiSenarai Yang di-Pertuan AgongBukit TaburMazlan AlimanGol & Gincu (filem)Ziana ZainUthman bin AffanPasukan Operasi Khusus MalaysiaIbanSarafAhirine AhirudinBani IsraelMunafikAziz HarunAliff Syukri KamarzamanBaju MelayuNegeri-negeri Melayu BersekutuKelantanTeluk Intan4U2CPenunggang Agama 2Orang Cina MalaysiaUmar bin Al-KhattabSultan Muhammad VSumazauSultan Sharafuddin Idris ShahNadia BrianMasya-AllahHulu LangatNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuKerajaan SalakanagaraProton WiraAliff AzizSyafiq KyleLuruhnya Bunga CintaSandrinna MichelleKementerian Dalam Negeri MalaysiaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSejarah al-QuranShah AlamSelangorAngeline TanHael HusainiKata adjektifSolat subuhPilihan raya negeri Selangor 2023Datuk (gelaran)Kedah TuaPasukan Khas UdaraUpin & IpinAtikah SuhaimeMenara Jam Condong Teluk IntanNabi Adam a.s.Shiqin KamalMakkahHang TuahPangkat tenteraBahasa Melayu SabahEyka FarhanaDoa IftitahHaidNina IskandarSaleemKL Gangster 2Pilihan raya umum India 2024🡆 More