Suatu rang undang-undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja.
Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia menjadi Akta; tetapi dalam penggunaan popular kedua-dua istilah ini sering dikelirukan. Rang undang-undang mempunyai penaja dan kadangkala lebih dari satu orang yang bersama-sama menjadi penaja.
Rang undang-undang boleh dibahagikan jenisnya kepada:
Kadangkala klasifikasi lain digunakan. Sebagai contoh, dalam pelbagai perlembagaan peraturan-peraturan tertentu beraplikasi kepada rang undang-undang kewangan. Lazimya dalam sistem dwidewan, kamar yang lebih lemah tidak mempunyai kuasa yang sama dengan kamar yang satu lagi berkenaan hal ehwal kewangan.
Di Malaysia, semenjak tahun 1968 dengan pengenalan Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, kesemua Akta dan rang undang-undang diberikan nombor turutan dalam siri undang-undang Malaysia. Misalnya Akta Penyemakan itu sendiri diberikan nombor 1, dan begitulah seterusnya.
Kesemua rang undang-undang yang berasal dari Dewan Perwakilan A.S. bermula dengan H.R. dan kesemua rang undang-undang yang berasal dari Senat bermula dengan S.
Di Amerika Syarikat, rang undang-undang boleh mempunyai nombor yang sama sebab setiap dua tahun, disebabkan setiap dua tahun, pada permulaan tahun nombor ganjil, Kongres Amerika Syarikat bermula semula.
Dalam kebanyakan sistem perlembagaan, perundangan yang diluluskan dewan perlukan Perkenan Diraja cabang eksekutif untuk menjadi undang-undang (seperti Raja, Presiden atau Gabenor).
Dalam sistem berparlimen, ini lazimnya hanya satu formaliti (kerana eksekutif dikawal perundangan), meskipun dalam kes yang jarang perkenan boleh ditolak atau ditangguhkan.
Dalam sistem berpresiden, kuasa perkenan digunakan sebagai peralatan politik oleh eksekutif; kemudiannya dikenali sebagai veto. Dalam sistem begini, perundangan lazimnya mempunyai kuasa untuk menggulingkan veto itu dengan supermajoriti.
Dalam sistem raja berperlembagaan, sesetengah perihal dilindungi hak diraja dan barangkali perundangan mempunyai kuasa yang kurang untuk memperkenalkan rang undang-undang untuk mengubahnya, misalnya dalam perlembagaan Malaysia, sebarang rang undang-undang yang menyentuh institusi kesultanan mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
1. Menteri berkaitan merangka dasar
2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.
3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
4. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.
5. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:
6. Peringkat jawatankuasa
7. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
8. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.
9. Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dibangunan Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Rang undang-undang, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.