Grenada

Grenada (Kreol Perancis: La Gwenad) ialah sebuah negara berdaulat di kawasan Laut Caribbean di hujung selatan rantaian pulau Grenadine.

Negara ini terletak di barat laut Trinidad dan Tobago, timur laut Venezuela dan barat daya Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Negara ini berkeluasan 348.5 kilometer persegi dengan jumlah anggaran penduduk sebanyak 112,200 orang pada Julai 2018. Ibu kota negara Grenada ialah St. George's.

Grenada
ݢرينادا / غرناطة
Bendera Grenada
Jata Grenada
Bendera Jata
Cogan kata"Ever Conscious of God We Aspire, Build and Advance as One People"
Lagu kebangsaan"Hail Grenada"
Lagu diraja: "God Save the King "
Kedudukan Grenada di Antillen Kecil, Caribbean
Kedudukan Grenada di Antillen Kecil, Caribbean
Ibu negara
dan bandar terbesar
St. George's
12°03′N 61°45′W / 12.050°N 61.750°W / 12.050; -61.750
Bahasa rasmi
Bahasa umum
yang diakui
Kreol Inggeris Grenada
Kreol Perancis Grenada
Kumpulan etnik
(2011)
  • 80% Afrika
  • 15% Campuran
  • 2% India
  • 1% Lain-lain
  • 1% Tidak dinyatakan (termasuk peribumi)
KerajaanRaja berperlembagaan berparlimen dua parti unitari
• Raja
Charles III
• Gabenor Jeneral
Cécile La Grenade
• Perdana Menteri
Dickon Mitchell
Badan perundanganParlimen
Senat
Rumah Perwakilan
Pembentukan
• Negara Bersekutu
3 Mac 1967
• Kemerdekaan daripada United Kingdom
7 Februari 1974
• Revolusi Grenada
13 March 1979
• Pemulihan perlembagaan
4 Disember 1984
Keluasan
• Jumlah
348.5 km2 (134.6 bt2) (ke-185)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan 2016
107,317 (ke-185)
318.58/km2 (825.1/sq mi) (ke-45)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$1.801 bilion
$16,604
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$1.249 bilion
$11,518
HDI (2018) 0.763
tinggi · 78th
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktu()
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+1-473
Kod ISO 3166GD
DPT internet.gd
  1. Termasuk golongan Arawak / Carib.

Penamaan

Asal nama Grenada adalah tidak begitu jelas, tetapi para pelayar Sepanyol dipercayai menamakan pulau ini sempena bandar di Andalusia, Granada.

Bangsa peribumi Arawak asal pulau ini pernah memberi nama Camajuya. Christopher Columbus dalam penjelajahan ketiganya pada 1498 di kawasan ini menemui Grenada dan menamakan pulau itu sebagai La Concepción, tetapi tidak dapat dipastikan memandangkan Columbus dikatakan melihat pulau-pulau yang kini Grenada dan Tobago dan menamakan pulau-pulau tersebut pada masa sama. Namun begitu, kepastian diperoleh bahawa Columbus menamakan Tobago sebagai Assumpción dan Grenada sebagai La Concepción.

Pada tahun seterusnya, penjelajah Itali, Amerigo Vespucci pergi ke kawasan Grenada dan dilaporkan menamakan pulau itu sebagai Mayo, dan nama ini digunakan dalam tempoh kira-kira 20 tahun.

Pada 1520-an, pihak Sepanyol menamakan kepulauan di utara Mayo sebagai Los Granadillos "Granada Kecil" sempena bandar Granada. Sejurus selepas itu, nama Mayo digantikan dengan Granada pada peta-peta Sepanyol. Pihak Perancis yang menjajah kawasan ini pada 1652 menamakan tanah jajahan mereka sebagai La Grenade. Pihak British menamakan pulau ini sebagai Grenada.

Sejarah

Zaman pascakemerdekaan

Grenada mencapai kemerdekaan pada 7 Februari 1974 di bawah kepimpinan Eric Gairy sebagai Perdana Menteri pertama Grenada. Sebuah konflik bersaudara mula tercetus antara kerajaan Eric Gairy dengan pihak pembangkang termasuk New Jewel Movement, NJM yang berpegang kepada prinsip Marxisme yang dipimpin oleh Maurice Bishop.

Rampasan kuasa Maurice Bishop

Pada 13 Mac 1979, pihak NJM melancarkan rampasan kuasa aman ketika Gairy berada di luar negara lalu menubuhkan Kerajaan Revolusi Rakyat, PRG, dan Maurice Bishop melantik dirinya sebagai Perdana Menteri. Kerajaannya banyak menjalinkan hubungan dengan negara-negara blok komunis seperti Cuba dan Nicaragua. Semua parti politik lain diharamkan dan tiada pilihan raya dijalankan sepanjang pemerintahan PRG.

Konflik dan serangan Amerika

Setelah beberapa tahun, Maurice mendapat penentangan oleh pegawai-pegawai tinggi NJM, termasuk timbalannya, Bernard Coard. Pada 16 Oktober 1983, Bernard melancarkan kudeta terhadap Maurice, dan menahannya di rumahnya, tetapi dibebaskan oleh pihak penyokongnya. Kemudian, sebuah serangan berlaku antara pihak Maurice dengan pihak Bernard yang disokong oleh para tentera Grenada di ibu pejabat tentera negara, menyebabkan Maurice terbunuh.

Selepas itu, Tentera Revolusi Rakyat, PRA, membentuk sebuah kerajaan ketenteraan Marxisme degan Jeneral Hudson Austin sebagai ketua. Pihak tentera mengenakan perintah berkurung selama empat hari, dengan ancaman pembunuhan terhadap mereka yang ingkar tanpa sebab munasabah.

Situasi di Grenada menyebabkan pihak Pertubuhan Negara Caribbean Timur, Barbados dan Jamaica meminta campur tangan Amerika Syarikat (AS). Hal ini membawa kepada serangan Amerika terhadap Grenada yang berjaya menggulingkan pemerintahan Austin dalam masa empat hari sahaja. Selepas itu, perlembagaan negara prarevolusi ditubuhkan semula, dan 18 orang ahli PRG/PRA ditangkap atas kesalahan pembunuhan Maurice; satu orang terbukti tidak bersalah dan yang lain dikenakan hukuman penjara. Pihak AS berundur dari Grenada pada Disember 1983.

Grenada pascakomunis

Selepas pengunduran AS, kerajaan Grenada melantik Nicholas Brathwaite sebagai Perdana Menteri sementara hingga pilihan raya dapat dijalankan. Pilihan raya seterusnya berlaku pada Disember 1984 yang dimenangi oleh Herbert Blaize yang menjadi Perdana Menteri hingga kematiannya pada Disember 1989.

Selepas itu, Ben Jones dilantik sebagai Perdana Menteri hingga pilihan raya seterusnya pada Mac 1990 yang dimenangi oleh Nicholas Brathwaite yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua hingga meletak jawatan pada Februari 1995, sebelum digantikan oleh George Brizan hingga Mei. Pada bulan berikutnya, sebuah pilihan raya dijalankan, dan dimenangi oleh Keith Mitchell daripada Parti Kebangsaan Baharu, dan memenangi pilihan raya pada 1999 dan 2003, membenarkan beliau untuk memerintah hingga 2008.

Pada 2000-an, Grenada dilanda dua buah taufan, yakni Hurikan Ivan pada 7 September 2004 dan Hurikan Emily pada 14 Julai 2005.

Mitchell kalah dalam pilihan raya 2008 oleh Tillman Thomas, tetapi menang dalam pilihan raya pada 2013, dan sekali lagi pada 2018.

Geografi

Pulau Grenada berada di kawasan paling selatan kepulauaun Antillen yang menjadi sempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Pulau-pulau lain negara berada dalam kwasan selatan kepulauan Grenadine. Kebanyakan penduduk Grenada tinggal di kawasan Grenada dengan kota-kota utama termasuk ibu negara, St. George's, Grenville dan Gouyave, manakala kota utama di kepuluan selain Grenada ialah Hillsborough di pulau Carriacou.

Kepulauan Grenada dibentuk melalui aktiviti gunung berapi. Puncak tertinggi Grenada ialah Gunung St. Catherine dengan ketinggian 840 m yang dikelilingi oleh beberapa buah mata air panas. Pulau Grenada mempunyai lima buah gunung berapi yang mula muncul sejak zaman Pliosen hingga Holosen Sebuah gunung berapi bawah laut, Kick 'em Jenny terletak kira-kira 8 km di utara pulau utama.

Politik dan kerajaan

Grenada sebagai negara Alam Komanwel, mengiktiraf Raja England (Charles III) sebagai ketua negara yang diwakili oleh Gabenor Jeneral tempatan. Ketua kerajaan Grenada ialah Perdana Menteri yang memegang kuasa eksekutif.

Grenada 
Peta kariah-kariah Grenada (tidak termasuk Carriacou dan Petite Martinique).

Pembahagian pentadbiran

Grenada dibahagikan kepada enam buah kariah (parish), yakni:

  • Saint Andrew
  • Saint David
  • Saint George
  • Saint John
  • Saint Mark
  • Saint Patrick

Selain itu, Grenada memiliki sebuah wilayah tanggungan iaitu pulau Carriacou dan Petite Martinique.

Demografi

Kebanyakan penduduk Grenada ialah keturunan golongan hamba Afrika. 2.2% penduduk Grenada adalah berketurunan India. Selain itu, terdapat juga sedikit pemduduk dengan keturunan Perancis dan Inggeris. Penduduk negara selebihnya ialah campuran.

Bahasa

Bahasa rasmi Grenada ialah bahasa Inggeris, tetapi terdapat dua kreol yang lazim ditutur oleh masyarakat Grenada iaitu kreol Inggeris dan kreol Perancis. Sebelum 1920-an, bahasa Carib Pulau ditutur dalam kalangan peribumi, tetapi sudah pupus; keturunannya, bahasa Garifuna masih wujud di Amerika Tengah.

Ekonomi

Nilai KDNK nominal Grenada ialah AS$1.185 bilion pada 2018, dan $1.732 billion mengikut pariti kuasa beli pada tahun sama. Ekonomi Grenada banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Grenada ialah negara pengeksport rempah; buah pala ialah eksport utama negara dan juga mengeksport kulit pala. Selain itu, Grenada juga mengeksport pisang, koko, buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian, coklat dan ikan.

Pengangkutan

Lapangan terbang utama Grenada ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Maurice Bishop di kawasan St. George's. Satu lagi lapangan terbang lain di Grenada ialah Lapangan Terbang Lauriston di Carriacou.

Pendidikan

Pendidikan di Grenada terdiri daripada peringkat prasekolah, prasekolah rendah, rendah, menengah dan tinggi. Bajet pendidikan Panama merangkumi 10.3% bajet negara pada 2016, kadar ketiga terbesar di dunia. Kadar celik huruf masyarakat Panama ialah 98.6%.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Grenada  Kategori berkenaan Grenada di Wiki Commons
  • Grenada  Takrifan kamus grenada di Wikikamus

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique

Tags:

Grenada PenamaanGrenada SejarahGrenada GeografiGrenada Politik dan kerajaanGrenada DemografiGrenada EkonomiGrenada PengangkutanGrenada PendidikanGrenada Lihat jugaGrenada RujukanGrenada Pautan luarGrenadaLaut CaribbeanSaint Vincent dan Kepulauan GrenadineSt. George'sTrinidad dan TobagoVenezuela

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amy SearchPerang AhzabElizabeth TanLembah KlangLemang2024 di MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahEkarZarina ZainoordinPegawai memerintahFasismeSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Frekuensi radio di TerengganuHentaiKata namaAzira ShafinazKhir RahmanBadmintonProton Holdings BerhadMajlis Raja-RajaFasha SandhaYouTube RewindPerubahan iklimBola tamparNegarakuErma FatimaNazim OthmanSifat-sifat AllahPerikatan NasionalAb Rauf YusohTahun Baru CinaBangladeshUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaDzulkefly AhmadGayatri Su-Lin PillaiSepahtu Reunion LiveKerajaan Bani AbbasiyahAbdul Taib MahmudBukan Kahwin PaksaFrekuensi radio di PahangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaRacun RihannaSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAngel (penyanyi)KKN di Desa Penari (filem)Bola sepakKaum-kaum di MalaysiaJohan GhazaliUpin & IpinArena LieyaThe GadysAcryl Sani Abdullah SaniGol & Gincu (filem)Adnan bin SaidiNabila HudaAyat kursiKuala Kubu BharuMalang Si PuteriShah AlamDewi RemajaAedy AshrafAnugerah AidilfitriPukimakThe Original GangsterErra FaziraBahasa ArabAl-QuranR.A. KartiniZakar manusiaRaysha RizroseJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaGerak KhasPolis EVO 3Senarai peribahasa (A–M)Petaling JayaFaralyna IdrisDaiyan TrishaAzizulhasni AwangCibai🡆 More