Pliosen

Pliosen (nama lainnya Pleiosen) ialah nama untuk epok dalam skala masa geologi yang menjangkau dari 5.333 juta hingga 2.58 juta tahun dahulu.

Ia merupakan epok kedua dan terbaharu di bawah Tempoh Neogen dalam Era Senozoik. Pliosen mengikuti Epok Miosen dan diikuti oleh Epok Pleistosen. Sebelum semakan tahun 2009 skala masa geologi, yang meletakkan empat tempoh glasier utama terkini sepenuhnya dalam epok Pleistosen, epok Pliosen ini juga mempunyai Peringkat Gelasian, yang berlangsung dari 2.588 sehingga 1.806 juta tahun dahulu, namun kini Peringkat Gelasian termasuk dalam epok Pleistosen.

Pliosen
5.333 ± 0.08 – 2.58 ± 0.04 Ma
Kronologi
Templat:Neogene graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahBerdasarkan peristiwa bermagnet Thvera (C3n.4n), yang hanya 96 ka (5 kitaran liukan) lebih muda berbanding GSSP
Sempadan bawah GSSPKeratan Heraclea Minoa, Heraclea Minoa, Cattolica Eraclea, Sicily, Itali
37°23′30″N 13°16′50″E / 37.3917°N 13.2806°E / 37.3917; 13.2806
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2000
Takrif sempadan atas
  • Tapak kepolaran bermagnet kronozon C2r (Matuyama).
  • Kepupusan haptofit Discoaster pentaradiatus dan Discoaster surculus
Sempadan atas GSSPKeratan Monte San Nicola, Gela, Sicily, Itali
37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E / 37.1469; 14.2035
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2009 (sebagai tapak kepada tempoh Kuarterner dan epok Pleistosen)

Seperti tempoh-tempoh geologi lama yang lain, stratum geologi yang mentakrifkan tempoh permulaan dan tempoh penghujung dapat dikenal pasti tetapi tarikh tepat permulaan dan akhir zaman itu ada sedikit ketidakpastian. Sempadan yang mentakrifkan Pliosen tidak ditetapkan pada peristiwa berskala dunia yang mudah dikenal pasti tetapi pada sempadan serantau antara epok Miosen yang lebih panas dan epok Pleistosen yang secara relatifnya lebih sejuk. Sempadan atas Pliosen ditetapkan pada permulaan tempoh glasier Pleistosen.

Etimologi

Charles Lyell (kemudian Sir Charles) memberikan Pliosen namanya dalam Principles of Geology (jilid 3, 1833).

Perkataan pliocene berasal daripada perkataan Yunani πλεῖον (pleion, "lebih") dan καινός (kainos, "baharu" atau "terbaharu") dan bermaksud secara kasarnya "penerusan yang baru-baru ini", merujuk kepada fauna moluska lautan yang pada asasnya moden.

Subbahagian

Pliosen 
Beberapa skema untuk pecahan Pliosen

Dalam skala masa rasmi ICS, Pliosen dibahagikan kepada dua peringkat. Dari yang paling muda hingga yang paling tua adalah:

  • Piacenzian (3.600–2.58 Ma)
  • Zanklean (5.333–3.600 Ma)

Peringkat Piacenzian kadangkala dirujuk sebagai Peringkat Pliosen Akhir, manakala Peringkat Zanklean dirujuk sebagai Peringkat Pliosen Awal.

Dalam sistem

  • Usia Mamalia Daratan Amerika Utara (NALMA) termasuk peringkat Hemfillian (9–4.75 Ma), dan peringkat Blankan (4.75–1.6 Ma). Peringkat Blankan memanjang ke hadapan ke epok Pleistosen.
  • Usia Mamalia Daratan Amerika Selatan (SALMA) termasuk peringkat Montehermosan (6.8–4.0 Ma), peringkat Chapadmalalan (4.0–3.0 Ma) dan peringkat Uquian (3.0–1.2 Ma).

Di kawasan Paratetis (Eropah tengah dan bahagian Asia barat) Pliosen mengandungi peringkat Dakian (kira-kira sama dengan peringkat Zanklean) dan peringkat Romanian (kira-kira sama dengan gabungan peringkat Piacenzian dan peringkat Gelasian). Seperti biasa dalam stratigrafi, terdapat banyak subbahagian serantau dan tempatan lain yang digunakan.

Di Britain, Pliosen terbahagi kepada peringkat berikut (dari yang tertua sehingga yang termuda): peringkat Gedgravian, peringkat Waltonian, peringkat Pra-Ludhamian, peringkat Ludhamian, peringkat Thurnian, peringkat Bramertonian atau peringkat Antian, peringkat Pra-Pastonian atau peringkat Baventian, peringkat Pastonian dan peringkat Beestonian. Di Belanda Pliosen dibahagikan kepada beberapa peringkat ini (dari yang tertua sehingga yang termuda): peringkat Brunssumian C, peringkat Reuverian A, peringkat Reuverian B, peringkat Reuverian C, peringkat Praetiglian, peringkat Tiglian A, peringkat Tiglian B, peringkat Tiglian C1-4b, peringkat Tiglian C4c, peringkat Tiglian C5, peringkat Tiglian C6 dan peringkat Eburonian. Perkaitan yang tepat antara peringkat-peringkat tempatan ini dengan peringkat-peringkat yang dikemukakan Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS) hanyalah sekadar perbezaan dari segi perincian sahaja.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pliosen EtimologiPliosen SubbahagianPliosen RujukanPliosen Bacaan lanjutPliosen Pautan luarPliosenMiosenNeogenPleistosenSenozoikSkala masa geologi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MuftiErysha EmyraKampung Medan, Petaling JayaKerajaan MataramRinggitTony EusoffYang di-Pertuan AgongAbu Bakar as-SiddiqPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanDini SchatzmannBaju kurungPeribahasa MelayuWak DoyokJam 24 jamPuteri Sarah LiyanaSe7en (filem 1995)Katedral St PaulProton SatriaDaerah LangkawiGajahKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Liga Super Malaysia 2024–25Kontroversi stoking kalimah Allah 2024Eyka FarhanaPiagam MadinahAzazilKitab suci IslamRadius OneRukun NegaraP. RamleeA FamosaDompet digitalRozita Che WanAaron AzizNabi Musa menyeberangi Laut MerahBatu Bersurat TerengganuNadia BrianProton Holdings BerhadBrondongBendera MalaysiaPahangPerceraian dalam IslamAdnan bin SaidiMazhab SyafiiSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaRadio Televisyen MalaysiaSrivijayaKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyHantu Kak Limah Balik RumahMohd Ridhuan TeeTanam paksaSukan elektronikLingga (Hindu)Solat tarawihHero Seorang Cinderella 2I.D.15 Puasa (telefilem)Prabowo SubiantoAnna JoblingAmir AhnafBangladeshKerajaan Bani AbbasiyahSunan KalijagaMira FilzahAgama BuddhaTulisan JawiTwitterCuti umum di MalaysiaPolisLionel MessiKedudukan Dunia FIFAJohor Darul Ta'zim F.C.NgabuburitGeografi IndonesiaMimi LanaBabiMohd Na'im Mokhtar🡆 More