Saint Lucia

Saint Lucia, juga dikenali sebagai Helen dari Barat, ialah sebuah negara pulau di bahagian timur Laut Caribbean pada sempadan dengan Lautan Atlantik.

Pulau ini merupakan sebahagian Lesser Antilles, dan terletak di utara kepulauan Saint Vincent dan Grenadines dan di selatan Martinique.

Saint Lucia
Bendera Saint Lucia
Cogan kata
Negara, Rakyat, Cahaya
(The Land, The People, The Light)
Lagu kebangsaan"Anak-anak Saint Lucia"
(Sons and Daughters of Saint Lucia)
Lagu Kebangsaan Diraja:
God Save the Queen (Tuhan Selamatkan Ratu)
Lokasi Saint Lucia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Castries
Bahasa rasmiBahasa Patois Perancis, Inggeris
KerajaanDemokrasi berparlimen
• Monarki
Charles III
• Gabenor Jeneral
Cyril Errol Charles
• Perdana Menteri
Philip J. Pierre
Badan perundanganParlimen
Senat
House of Assembly
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
22 Februari 1979
Keluasan
• Jumlah
617 km2 (238 bt2) (ke-177)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan 2021
184,751 (ke-177)
• Bancian Penduduk 2010
165,595 orang
299.4/km2 (775.4/sq mi) (ke-29)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$2.480 bilion
$13,708
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$1.77 bilion
$9,780
HDI (2019) 0.759
tinggi · ke-86
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktuUTC−4 (AST)
Kod panggilan+1 758
Kod ISO 3166LC
DPT internet.lc

Sejarah

Negara ini pertama kali ditemui oleh pihak Sepanyol pada 1503. Saint Lucia dikuasai oleh Perancis secara rasmi pada 1666 dan dikuasai oleh pihak British pada 1803.

Pada ketika ini juga tempoh pulau ini dipercayai mendapat namanya daripada cerita mengenai sekumpulan kelasi Perancis yang terdampar selamat di sana pada hari keraian Santa Lucia pada 13 December dengan nama asal dalam bahasa Perancis, Sainte Lucie.:14

Saint Lucia mendapat kemerdekaan daripada British pada 22 Februari 1979.

Geografi

Saint Lucia terletak di selatan Martinique dan utara Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine di Antillen Kecil dalam Caribbean. Keluasan Saint Lucia ialah 616 km2. Secara umumnya, Saint Lucia adalah bergunung-ganang; puncak tertinggi negara ialah Gunung Gimie (950 meter). Kawasan hutan melitupi kira-kira 77% negara.

Politik

Saint Lucia ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Raja Charles III sebagai ketua negara dan diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral.

Pembahagian pentadbiran

Saint Lucia terbahagi kepada 11 buah kuarter. Pembahagian ini sudah wujud sejak zaman penjajahan Perancis.

  • Anse la Raye
  • Canaries
  • Castries
  • Choiseul
  • Dauphin
  • Dennery
  • Gros Islet
  • Laborie
  • Micoud
  • Soufrière
  • Vieux Fort

Demografi

Bancian 2010 meletakkan angka jumlah penduduk negara sebanyak 165,595 orang. Anggaran PBB pada 2018 meletakkan angka jumlah penduduk sebanyak 181,889 orang. Sepertiga penduduk negara menetap di ibu negara Castries.

Bahasa

Bahasa rasmi Saint Lucia ialah bahasa Inggeris. Sebuah kreol, Kreol Perancis Saint Lucia (Kwéyòl) menjadi bahasa pertuturan kebanyakan rakyat negara, dan mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Saint Lucia ialah negara anggota La Francophonie.

Agama

61.5% penduduk Saint Lucia menuruti ajaran Katolik Rom.

Ekonomi

Saint Lucia mendapat taraf "negara pulau kecil membangun " oleh PBB. Setakat 2018, KDNK negara ialah $1.922 bilion (nominal) dan $2.522 billion (pariti kuasa beli). 82.8% KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, 14.2% pula disumbang oleh sektor industri dan 2.9% KDNK negara datang daripada sektor pertanian.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Saint Lucia SejarahSaint Lucia GeografiSaint Lucia PolitikSaint Lucia DemografiSaint Lucia EkonomiSaint Lucia Lihat jugaSaint Lucia RujukanSaint Lucia Pautan luarSaint LuciaLaut CaribbeanLautan AtlantikMartiniqueNegara pulauSaint Vincent dan Grenadines

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Yang di-Pertuan AgongEda EzrinMuhyiddin YassinAdnan bin SaidiErra FaziraKetua Polis Negara MalaysiaKota DamansaraOgy Ahmad DaudParti Pribumi Bersatu MalaysiaKementerian Kesihatan MalaysiaJanji Diana (drama)Sultanah Nur Diana Petra AbdullahLapisan rangkaianSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Khulafa al-RasyidinSunan Gunung JatiSiti Khadijah HalimAtikah SuhaimeUniversiti MalayaRiena DianaPendidikan di IndonesiaJam 12 jamFasha SandhaMalang Si PuteriPerubahan iklimCapriceAndai Itu TakdirnyaAnak Jalanan (sinetron)Gunung KinabaluZambry Abdul KadirFahrin AhmadSabahZaki AzemanProton ExoraAshraf SinclairMenteri Besar PerlisYandexIsa KhanMusa HitamVanny RossyanePeristiwa 13 MeiArab SaudiMega Movie (Slot TV3)ZodiakFrom Saga With LoveAbang Long FadilBajauDe FamOrang Melayu MalaysiaSophia LianaFrekuensi radio di Negeri SembilanPrivate BodyguardBukit TaburPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaNajib RazakMalaysia MadaniTentera Laut Diraja MalaysiaMona FandeyErnie ZakriAllahSejarah MelakaBaju MelayuHantu rayaAaron AzizJambatan Pulau PinangSultan Mizan Zainal AbidinTerengganuUpacara kematian orang CinaSerembanAngkatan Tentera MalaysiaPlayboy Itu Suami AkuPuchong, SelangorLelaki ItuPasukan Gerakan AmKuantan🡆 More