New Zealand: Negara di Oceania

New Zealand (Jawi: ‏نيو زيلاند‎code: ms is deprecated ‎; Bahasa Māori: Aotearoacode: mi is deprecated ) ialah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar yang utama (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan 700 buah pulau kecil lain merangkumi keluasan sejumlah 268,021 kilometer persegi (103,500 bt2) terutama Pulau Stewart/Pulau Rakiura dan Kepulauan Chatham.

Pulau-pulau utama New Zealand berkedudukan terpencil kira-kira 2000 kilometer tenggara Australia merentasi Laut Tasman dan 1000 kilometer arah selatan dari New Caledonia, Fiji dan Tonga. Negara ini terangkum dalam suatu alam kerajaan termasuk Kepulauan Cook dan Niue (berkerajaan sendiri tetapi negara bersekutu); Tokelau dan Wilayah tanggungan Ross yang dituntut di benua Antartika.

New Zealand
نيو زيلاند
Aotearoa  (bahasa Māori)
Bendera Selandia Baru
Jata Selandia Baru
Bendera Jata
Lagu kebangsaanGod Defend New Zealand
God Save the King1
Lokasi Selandia Baru
Ibu negaraWellington
Bandar terbesarAuckland
Bahasa rasmiBahasa Inggeris3 (98%)11
Bahasa Māori (4.2%)11
Bahasa Isyarat New Zealand (0.6%)11
KerajaanDemokrasi berparlimen (Raja berperlembagaan)
• Ketua Negara
Charles III
Cindy Kiro
Christopher Luxon
Merdeka 
• Tarikh
26 September 19074
• Tugu Westminster
1931
• Kemerdekaan (sepenuhnya)
1947
Keluasan
• Jumlah
268,021 km2 (103,483 bt2) (ke-75)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan April 2024
Templat:Increase neutral Templat:Data New Zealand (ke-121)
• Bancian Penduduk 2018
4,699,755
[convert: invalid number] (ke-167)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$205.541 billion
$41,072 (29th)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$193.545 billion
$38,675 (ke-23)
Gini (2019)negative increase 33.9
sederhana
HDI (2019) 0.931
sangat tinggi · ke-14
Mata wangDolar New Zealand
(NZD)
Zon waktuUTC+12 (NZST9)
Kod panggilan64
DPT internet.nz10
1 God Save the Queen merupakan lagu kebangsaan rasmi tetapi secara amnya cuma dimainkan di upacara yang berkaitan dengan keluarga atau pihak diraja. 
2 Auckland merupakan kawasan yang paling besar; Bandar raya Auckland merupakan bandar yang paling besar.
3 Bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi nyatanya; tetapi bahasa yang lagi dua juga mendapat status rasmi secara undang-undang.
4 Terdapat banyak tarikh yang boleh diambilkira untuk kemerdekaan (lihat Kemerdekaan New Zealand).
5  Jangkaan populasi penduduk New Zealand pada 31 Jun 2008National Population Estimates: June 2008 quarter
6 Bancian New Zealand 2006, kiraan akhir, termasuk pengunjung luar negara. [1]PDF (370 KiB)
7 Tahun 2006 GDP adalah 155.763 bilion NZD 
8  Tahun 2006 GDP per kapita adalah 37,896 NZD.
9 Kepulauan Chatham mempunyai zon waktu yang berbeza, 45 minit lebih awal dari New Zealand.
10 Wilayah Niue, Kepulauan Cook dan Tokelau ada cctld mereka sendiri, .nu, .ck dan.tk.
11 Peratusan yang tidak ditambah kepada 100%, disebabkan setengah penduduk mempunyai kebolehan lebih dari satu bahasa. Ini tidak termasuk kepada yang tidak memberi maklum balas dan mereka yang tidak boleh bertutur (seperti terlalu muda untuk bertutur).Language spoken (total responses) for the census usually resident population count, 2006 (revised 21 December 2006).

Disebabkan oleh pengasingannya yang lama, New Zealand mempunyai fauna tersendiri yang didominasi oleh burung, banyak daripadanya telah menjadi pupus selepas ketibaan manusia dan spesies mamalia yang diperkenalkan para peneroka ini. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan Eropah dan etnik peribumi Māori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga menjadi kaum minoriti yang signifikan, terutamanya di bandar-bandar besar.

Raja Charles III sebagai Raja New Zealand, ialah ketua negara yang diwakilkan oleh seorang Gabenor-Jeneral berkecuali dalam ketiadaan baginda, yang sendirinya tidak mempunyai apa-apa pengaruh politik di negara ini. Kuasa politik sebenarnya dipegang oleh Parlimen New Zealand yang dipilih secara demokratik di bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan. New Zealand mempunyai dasar ekonomi terbuka yang terkenal sebagai negara yang mempunyai pasaran paling terbuka ekonomi kapitalis di dunia. Nama Eropah bagi New Zealand ialah Staten Landt, satu nama diberi kepadanya oleh seorang penjelajah Belanda Abel Tasman, orang Eropah pertama yang melihat kepulauan tersebut. Tasman telah mengandaikan bahawa ia merupakan sebahagian daripada benua selatan yang dihubungkan dengan daratan yang dijumpai di dalam tahun 1615 di hujung Amerika Selatan oleh Jacob Le Maire.

Penamaan

Asal nama New Zealand berasal daripada catatan pelukis peta asal Belanda yang memanggilnya 'Nova Zeelandia' sempena Zeeland iaitu suatu provinsi terletak di barat daya tanah Belanda. Pelayar British, James Cook kemudiannya menginggeriskan nama tersebut sebagai "New Zealand", ia tiada kaitan dengan Zealand di Denmark meskipun sama ejaan.

Nama bahasa Māori yang diberikan untuk negara ini adalah Aotearoa menggabungkan kata-kata ao ('awan', 'hari'), tea ('putih', 'terang') dan roa ('panjang') sekaligus membawa maksud "Awan Putih Panjang"; nama ini pada asalnya hanya diberikan kepada Pulau Utara pada kurun ke-20; masyarakat Maori moden melanjutkan gelaran tersebut kepada seluruh kepulauan New Zealand. Nama ini juga biasa digunakan dalam bahasa Inggeris dituturkan di sana kadangkala digandingkan dengan nama Inggerisnya yang lain sebagai "Aotearoa New Zealand".

Sejarah

Menurut mitos legenda orang Māori, manusia yang pertama datang ke New Zealand ialah Kupe yang mendayung kanu dari Polinesia dan menemui Pulau Selatan kira-kira 1000 tahun dahulu, menamakan tanah baharu itu Aotearoa iaitu "awan putih yang panjang". Kajian pentarikhan radiokarbon serta kepelbagaian DNA mitokondria orang Māori menunjukkan bahawa hutan-hutan dibuka untuk memulakan petempatan orang Polinesia sekitar antara 1250 hingga 1300 Masihi menjadikan New Zealand antara daratan terakhir di Bumi yang diterokai dan diduduki manusia.

Orang Eropah pertama yang tiba di kepulauan New Zealand ialah penjelajah Belanda, Abel Tasman. Dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1630 dan mengetuai anak kapal dalam pencarian wilayah perairan yang belum diterokai. Dia menemui kepulauan New Zealand pada tahun 1642. Pada tahun 1769, penjelajah British, Kapten James Cook mengambil masa selama enam bulan untuk mengkaji dan melakar peta New Zealand. Pada abad ke-18, orang Eropah mula bermigrasi ke New Zealand disebabkan kekayaan sumber semula jadinya dengan bantuan Kerajaan England. Pada masa yang sama, mereka cuba meluaskan jajahan Eropah.

Perselisihan faham sering berlaku kerana berbeza bangsa dan budaya. Pada tahun 1840, pihak British dan puak Maori menandatangani Perjanjian Waitangi yang meletakkan negara itu di bawah Empayar British. Perjanjian ini menetapkan pelantikan Gabenor British untuk New Zealand, mengiktiraf pemilikan tanah serta harta kaum Maori untuk dan memberi hak sebagai warga British pada kaum Maori. Mengikut Akta Perlembagaan New Zealand 1852 mengiktiraf pemerintahan kerajaan sendiri pada jajahan New Zealand. Seterusnya Parlimen New Zealand ditubuhkan pada tahun 1854.

Semakin ramai orang Eropah bermigrasi ke New Zealand selepas Perjanjian Waitangi menyebabkan banyak konflik dalaman berlaku. Beberapa siri peperangan tercetus antara kaum pribumi dan British dari tahun 1843 hingga 1870. Akibatnya ramai kaum Maori menjadi mangsa malah populasinya juga berkurang. Demi mengelakkan pertempuran berpanjangan dan konflik berulang, kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk berdamai. Pada tahun 1890, pilihan raya umum kali pertama dilaksanakan. Golongan wanita pula dibenarkan mengundi dalam pilihan raya seluruh negara pada tahun 1893. New Zealand dianugerahkan dominion (hak atau kuasa memerintah) daripada kerajaan British pada tahun 1907 tetapi bukan bermaksud kemerdekaan mutlak.

Politik

Kerajaan

New Zealand ialah sebuah kerajaan beraja dengan demokrasi berparlimen]]. Walaupun ia tidak mempunyai perlembagaan berkod, Akta Perlembagaan 1986 ialah prinsip penyataan rasmi bagi struktur perlembagaan New Zealand. Raja Charles III ialah ketua negara dan bergelar Ratu New Zealand di bawah Akta Gelaran DiRaja 1974. Baginda diwakilkan oleh Gabenor-Jeneral yang baginda lantik melalui nasihat Perdana Menteri. Gabenor-Jeneral sekarang ialah Anand Satyanand.

Gabenor-Jeneral menggunakan kuasa prerogatif raja, seperti kuasa untuk melantik dan memecat menteri dan membubarkan parlimen, dan dalam situasi-situasi yang jarang, kuasa . Gabenor-Jeneral juga memperngerusikan Majlis Eksekutif yang merupakan jawatankuasa formal mengandungi semua menteri kerajaan. Ahli-ahli majlis eksekutif diperlukan untuk menjadi Ahli Parlimen, dan kebanyakannya juga termasuk di dalam Kabinet. Kabinet ialah badan pembuat dasar paling senior dan ia diketuai oleh Perdana Menteri yang juga merupakan ketua parlimen di dalam persidangan parti pemerintah atau perikatan. Perdana Menteri yang akan tamat tempoh, Helen Clark. Berikutan dengan Pilihan Raya Umum 2008, John Key daripada Parti Nasional dijangka akan dilantik menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Parlimen New Zealand mempunyai satu dewan perundangan, Dewan Perwakilan yang biasanya mempunyai 120 kerusi 99 Ahli Parlimen. Pilihan Raya Umum diadakan setiap tiga tahun di bawah satu bentuk nisbah perwakilan yang dipanggil sebagai Nisbah Percampuran Ahli. Pilihan Raya Umum, 2005 telah mencipta satu 'satu kerusi lebih tergantung, yang diisi oleh Parti Māori, disebabkan oleh parti yang menang memenangi lebih kerusi di dalam badan pengundian daripada bilangan kerusi yang bahagian undi parti yang mungkin diberikan kepadanya.

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
"Sarang Lebah" Kerajaan New Zealand dan Bangunan Parlimen, di Wellington.

Semenjak 17 Oktober 2005 Buruh sudah di dalam perikatan rasmi dengan Parti Kemajuan, Jim Anderton menjadi MPnya yang tunggal. Tambahan pula, New Zealand First dan United Future memberikan bekalan dan keyakinan sebagai timbal balas bagi pemimpin-pemimpin mereka menjadi menteri-menteri di luar kabinet. Satu penyusunan telah dibuat dengan Green Party, yang telah memberikan satu komitmen tidak mengundi menentang kerajaan di dalam keyakinan dan bekalan. Semenjak awal 2007 Buruh sudah mempunyai undi proksi Taito Phillip Field, Seorang bekas MP Buruh. Penyusunan begini memastikan satu majoriti daripada tujuh MP dalam menangani undi keyakinan.

Pemimpin Pembangkang ialah ketua Parti Nasional John Key. Parti ACT dan Parti Māori ialah juga pembangkang. Hijau, New Zealand First dan United Future mengundi menentang kerajaan dalam beberapa hal undang-undang.

Mahkamah tertinggi di New Zealand ialah Mahkamah Agung New Zealand, ditubuhkan pada tahun 2004 berikutan penggubalan Akta Mahkamah Agung 2003. Akta ini telah memansuhkan pilihan untuk merayu kepada Majlis Privi di London. Ketua Hakim terkini ialah Dame Sian Elias. Bidang kehakiman New Zealand juga termasuklah Mahkamah Rayuan; Mahkamah Tinggi, yang mengadili jenayah undang-undang dan hal-ehwal sivil pada peringkat pembicaraan dan dengan rayuan dari mahkamah rendah dan tribunal-tribunal; dan mahkamah subordinat.

Pada satu masa, New Zealand ialah satu-satunya negara di dunia dengan jawatan tertingginya dikuasai oleh wanita: Ratu Elizabeth II, Gabenor Jeneral Dame Silvia Cartwright, Perdana Menteri Helen Clark, Speaker Dewan Perwakilan New Zealand Margaret Wilson dan Ketua Hakim Dame Sian Elias berada di dalam pejabat di antara Mac 2005 dan Ogos 2006. Syarikat terbesar New Zealand, Telecom New Zealand sudah mempunyai seorang wanita - Theresa Gattung - CEOnya pada masa itu.

Hubungan luar dan ketenteraan

New Zealand mengekalkan satu profil yang kuat ke atas perlindungan alam sekitar, hak asasi manusia dan perdagangan bebas, terutamanya di dalam pertanian.

New Zealand ialah ahli APEC, Kemuncak Asia Timur, Negara-negara Komanwel, OECD dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. New Zealand ialah parti kepada sebilangan perjanjian perdagangan bebas, yang paling penting ialah Perjanjian perdagangan bebas China-New Zealand dan Hubungan Ekonomi Lebih Rapat dengan Australia.

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
HMNZS Canterbury ialah pengangkut pelbagai peranan dalam Tentera Laut Di Raja New Zealand.

Bagi seratus tahun pertama, New Zealand mengikut pimpinan United Kingdom pada polisi luar negeri. Di dalam pengisytiharan perang ke atas Jerman pada 3 September 1939, Perdana Menteri Michael Savage mendakwa "Mana dia pergi, kita pergi; mana dia tegas, kita tegas"("Where she goes, we go; where she stands, we stand"). Selepas peperangan, Amerika Syarikat memberikan pengaruh yang lebih ke atas budaya dan masyarakat New Zealand mendapat satu pandangan yang lebih jelas tentang identiti kenegaraan. New Zealand telah bergabung dengan Australia dan Amerika Syarikat dalam perjanjian keselamatan ANZUS pada tahun 1951, dan kemudiannya berperang bersama-sama diikuti dengan Amerika Syarikat di dalam kedua-dua Perang Korea dan the Vietnam. Sebaliknya, United Kingdom telah menjadi lebih fokus kepada kepentingan Eropahnya berikutan Krisis Suez, dan New Zealand telah dipaksa untuk mencari pasaran baru selepas UK bergabung dengan Kesatuan Eropah pada tahun 1973.

New Zealand sudah secara tradisinya bekerja rapat dengan Australia, yang mana polisi luarnya mengikuti arah aliran sejarah yang sama. Kemudian pula, banyak Kepulauan Pasifik seperti Samoa Barat telah melihat kepada kepimpinan New Zealand. Pengaruh Amerika ke atas New Zealand telah dilemahkan oleh rasa kekecewaan terhadap Perang Vietnam, penenggelaman Rainbow Warrior oleh Perancis, dan oleh pertelagahan terhadap isu-isu alam sekitar dan perdagangan pertanian serta polisi bebas nuklear.

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
Rumah New Zealand, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di London.

Pada mulanya perjanjian ANZUS telah disepakati di kalangan kerajaan New Sealand, Australia dan Amerika Syarikat, namun kini ini bukan lagi kes tersebut. Pada Februari 1985, New Zealand menolak kapal berkuasa nuklear atau bersenjata nuklear singgah ke pelabuhannya. New Zealand telah menjadi Zon bebas Nuklear di dalam tahun Jun 1987, negara bersekutu Barat yang pertama berbuat demikian. Pada tahun 1986 Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ia telah memansuhkan perjanjian keselamatan dengan New Zealand sehingga kebenaran menggunakan pelabuhan tersebut dikembalikan. Zon Bebas Nuklear New Zealand, Pelucutan senjata, dan Akta Kawalan Senjata 1987 melarang persinggahan senjata nuklear di dalam wilayah New Zealand dan kemasukan kapal-kapal berjanakuasa atau bersenjatakan nuklear ke dalam perairan. Undang-undang ini menjadi punca perdebatan dan asas kepada Amerika Syarikat' kembali menggantung perjanjian dengan New Zealand.

Di dalam New Zealand, terdapat pelbagai peperangan di antara puak iwi, dan di antara pendatang British dan iwi. New Zealand sudah berperang di dalam Perang Boer Kedua, Perang Dunia I, Perang Dunia II, the Perang Korea, Darurat Malaya (dan askar-askar berdedikasi, pejuang dan pengebom berikutan konfrontasi dengan Indonesia), Perang Vietnam, Perang Teluk dan Perang Afghanistan. Ia juga telah menghantar satu unit kejuruteraan tentera untuk menolong membina infrastruktur Iraq selama setahun semasa Perang Iraq. Pada tahun 2008 Askar New Zealand masih lagi aktif di Afghanistan.

Pasukan Pertahanan New Zealand mempunyai tiga cawangan: Tentera New Zealand, Tentera Laut Di Raja New Zealand dan Tentara Udara DiRaja New Zealand. New Zealand memikirkan pertahanan kebangsaannya perlu sederhana; ia memansuhkan kebolehan pertarungan udara pada tahun 2001. New Zealand telah menyumbangkan pasukannya ke misi-misi keamanan serantau dan global , termasuklah di Cyprus, Somalia, Bosnia dan Herzegovina, Semenanjung Sinai, Angola, Kemboja, sempadan Iran/Iraq, Bougainville, Timor timur, dan Kepulauan Solomon.

Kerajaan tempatan dan wilayah luar

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
Bandar-bandar besar dan pekan di New Zealand

Pendatang awal Eropah membahagikan New Zealand kepada provinsi-provinsi. Ia telah dimansuhkan pada tahun1876 supaya kerajaan boleh dipusatkan, bagi alasan-alasan kewangan. Hasilnya, New Zealand tidak mempunyai entiti subnasional yang terpisah seperti provinsi, negeri atau wilayah, lain daripada kerajaan tempatan. Walau bagaimanapun, semangat provinsi masih lagi hidup, dan di situ terdapat permusuhan yang sengit yang ditunjukkan di dalam acara-acara sukan dan budaya. Semenjak 1876, kerajaan tempatan sudah mentadbir pelbagai daerah di New Zealand. Pada tahun 1989, kerajaan telah menyusun kembali kerajaan tempatan, melaksanakan struktur dua ikatan majlis-majlis daerah dan penguasa jajahan terkandung di bawah Akta Kerajaan Tempatan 2002. Pada tahun 1991, Akta Pengurusan Sumber 1991 menggantikan Akta Perancang Bandar dan Negara sebagai undang-undang perancang yang utama bagi kerajaan tempatan.

New Zealand mempunyai 12 majlis-majlis daerah bagi pentadbiran hal ehwal alam sekitar daerah dan pengangkutan dan 73 penguasa jajahan yang mentadbir jalanraya, pembentungan, persetujuan bangunan, dan hal ehwal tempatan yang lain. Penguasa jajahan ialah 16 majlis perbandaran, 57 majlis daerah, dan Majlis Kaunti Kepulauan Chatham . Empat daripada majlis jajahan (satu bandar dan tiga daerah) dan Majlis Kaunti Kepulauan Chatham juga menunjukkan fungsi-fungsi majlis daerah dan ia dikenali sebagai kesatuan penguasa. Penguasa jajahan daerah ialah bukan pembahagian kecil bagi majlis daerah, dan ada beberapa daripada mereka merentangi sempadan majlis wilayah.

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
Realm of New Zealand

Kawasan-kawasan New Zealand ialah (bintang menandakan kesatuan penguasa): Northland, Auckland, Waikato, Teluk Plenty, Gisborne*, Hawke's Bay, Taranaki, Manawatu-Wanganui, Wellington, Marlborough*, Nelson*, Tasman*, West Coast, Canterbury, Otago, Southland, Chatham Islands*.

Oleh kerana ia merupakan sebuah negara Pasifik Selatan yang besar, New Zealand mempunyai hubungan rapat dengan banyak negara-negara Kepulauan Pasifik, dan meneruskan hubungan politik dengan Kepulauan Cook, Niue dan Tokelau. New Zealand mengendalikan Pengkalan Scott di dalam wilayah Antartikanya, Wilayah Tanggungan Ross. Negara-negara lain juga menggunakan Christchurch untuk menyokong pengkalan Antartikanya dan bandaraya ini kadangkala dikenali sebagai "Gerbang ke Antartika".

latitud New Zealand, daripada lebih kurang 34 to 47°S, berhubung secara rapat kepada Itali di Hemisfera Utara. Bagaimanapun, pengasingannya daripada pengaruh kebenuaan dan pendedahan kepada angin selatan yang dingin dan arus lautan memberikan iklimnya bersifat lebih sederhana. Iklim melalui negara adalah lembut dan sederhana, terutamanya maritim, dengan suhunya jarang jatuh di bawah 0°C (32°F) atau naik melebihi 30 °C (86 °F) dalam kawasan padat. Sejarahnya, maksima dan minima ialah 42.4 °C (108.3 °F) in Rangiora, Canterbury dan -21.6 °C (-6.9 °F) di Ophir, Otago. Keadaan berbeza-beza merentasi kawasan-kawasan daripada sangat lembab pada Pantai Barat di Pulau Selatan hingga ke separuh kering (Köppen BSh) di Lembangan Mackenzie di kawasan pendalaman Canterbury dan subtropikal di Northland. Daripada bandar-bandar utama, Christchurch ialah bandar yang paling kering, menerima hanya 640 mm (25 in) hujan setahun; Auckland, paling lembab, menerima hampir dua kali ganda bilangan berkenaan. Auckland, Wellington dan Christchurch semuanya menerima anggara setahun melebihi 2000 jam setahun. Di bahagian selatan dan tenggara Pulau Selatan pula mengalami satu iklimyang lebih sejuk dan berawan, 1400–1600 jam; utara dan timur Pulau Selatan merupakan kawasan yang paling cerah dan menerima kira-kira 2400–2500 jam.

Kepelbagaian bio di New Zealand

Ekonomi

New Zealand mempunyai satu ekonomi maju, moden dan makmur dengan anggaran nominal Keluaran dalam negeri kasar (GDP) bernilai AS$128.1 bilion (2008). Negara ini mempunyai satu sara hidup yang agak tinggi dengan anggaran GDP per kapita AS$30,234 pada tahun 2008, berbanding dengan Eropah Selatan, e.g. Sepanyol US$33,385, tetapi lebih rendah daripada Amerika Syarikat pada AS$46,820. Semenjak tahun 2000 New Zealand sudah mendapat peningkatan teguh di dalam median pendapatan rumah. New Zealand, bersama-sama dengan Australia, berjaya melepasi kemelesetan awal 2000-an yang memberi kesan buruk kepada kebanyakan negara-negara Barat lain.

Rakyat New Zealand mempunyai satu paras kepuasan yang tinggi diukur oleh tinjauan antarabangsa; di sebalik paras KDNK se kepala yang rendah daripada banyak negara OECD yang lain. Negara ini berkedudukan ke-20 pada tahun Indeks Pembangunan Manusia dan ke-15 di dalam indeks kualiti hidup sedunia 2005 anjuran The Economist's. Negara ini juga berkedudukan pertama dalam kepuasan hidup dan ke-5 dalam keseluruhan kemakmuran pada tahun indeks kemakmuran Legatum Institute 2007 . Tambahan lagi, Tinjauan Kualiti Hidup Mercer 2007 menamakan kedudukan Auckland pada tempat ke-5 dan Wellington ke-12 di dunia pada senarainya. Cukai di New Zealand lebih ringan daripada negara-negara OECD yang lain. New Zealand ialah salah satu daripada negara berekonomi kapitalis yang paling mengutamakan pasaran bebas merujuk kepada indeks kebebasan ekonomi.

Sektor perkhidmatan merupakan sektor terbesar (68.8% daripada GDP), diikuti dengan pembinaan dan pengilangan (26.9% daripada GDP) dan the penternakan/pengekstrakan bahan mentah (4.3% daripada GDP).

New Zealand merupakan sebuah negara yang terlalu bergantung kepada perdagangan bebas, terutamanya di dalam produk-produk pertanian. Akaun eksport adalah sekitar 24% daripada output, yang mana ia merupakan perangkaan yang tinggi (ia adalah sekitar 50% bagi negara-negara Eropah yang kecil).[ii] Ini menjadikan New Zealand mudah terdedah kepada harga-harga komoditi global dan antarabangsa penurunan ekonomi. Eksport industri utamanya ialah pertanian, hortikultur, perikanan dan perhutanan. Ini membuatkan kira-kira separuh daripada eksport negara. Rakan konghsi eksport besarnya ialah Australia 20.5%, AS 13.1%, Jepun 10.3%, China 5.4%, UK 4.9% (2006). Perlancongan memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi New Zealand. Perlancongan menyumbangkan $12.8 bilion (atau 8.9%) ke dalam jumlah GDP New Zealand dan menyokong hampir 200,000 pekerjaan sepenuh masa (9.9% daripada jumlah tenaga kerja New Zealand). Pelancong ke New Zealand dijangka mengingkat pada kadar 4% setahun sehingga 2013.

Dolar New Zealand ialah matawang New Zealand. Ia juga beredar di dalam Kepulauan Cook (lihat juga Dolar Kepulauan Cook), Niue, Tokelau, dan juga Kepulauan Pitcairn. Ia juga secara tidak rasmi dikenali sebagai "Kiwi (dolar)".

Sejarah terkini

New Zealand: Penamaan, Sejarah, Politik 
Milford Sound, Destinasi pelancongan terkenal di New Zealand

Secara turun temurun, New Zealand telah mengalami satu gaya hidup yang tinggi, yang mana ia bergantung kepada hubungannya yang kuat dengan United Kingdom, dan menghasilkan satu pasaran stabil kepada eksport komoditinya. Ekonomi New Zealand juga berdiri di atas satu julat kecil produk-produk penting, seperti bulu, daging dan hasil tenusu. Permintaan tinggi terhadap produk-produk ini - seperti letusan kapas New Zealand pada tahun 1951 telah mencipta satu tempoh masa kemakmuran yang berkekalan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1973 United Kingdom telah bergabung dengan Kesatuan Eropah yang mana secara berkesannya ia menamatkan hubungan rapat ekonomi di antara dua negara. Semasa tahun 1970-an faktor-faktor yang lain seperti krisis minyak telah merendahkan ekonomi New Zealand yang berdaya maju; bagi tempoh sebelum 1973 ia telah berjaya mencapai gaya hidup melebihi kedua-dua Australia dan Eropah Barat. Peristiwa-peristiwa ini membawa kepada satu krisis ekonomi yang berpanjangan dan memeritkan, semasa di mana gaya hidup di New Zealand jatuh di bawah Australia dan Eropah Barat, dan pada tahun 1982 New Zealand merupakan negara maju pendapatan per-kapita terendah apabila dibanci oleh Bank Dunia.

Semenjak 1984, kerajaan berikutnya telah melibatkan diri di dalam penstrukturan semula makroekonomi besar, mengubah New Zealand daripada satu ekonomi bersifat pelindung dan mengawal kepada satu ekonomi perdagangan bebas yang terbuka. Perubahan ini dinamakan sebagai Rogernomics dan Ruthanasia selepas Menteri-menteri Kewangan Roger Douglas dan Ruth Richardson. Satu kemelesetan telah bermula selepas kejatuhan pasaran saham 1987 dan menyebabkan pengangguran mencapai 10% pada awal 1990-an. Seterusnya ekonomi telah pulih dan kadar pengangguran New Zealand telah mencapai satu rekod terendah iaitu 3.4% pada suku Disember 2007, berkedudukan kelima di dalam dua puluh tujuh negara OECD dengan perbandingan data.

Objektif-objektif ekonomi terkini kerajaan berpusat kepada pengejaran perjanjian perdagangan bebas dan membina satu "knowledge economy". Pada 7 April 2008, New Zealand dan China telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas New Zealand - China, perjanjian pertama bagi China menandatangani dengan negara maju. Cabaran-cabaran ekonomi masakini bagi New Zealand termasuklah satu defisit akaun terkini 7.9% daripada GDP, pembangunan eksport bukan komoditi dan tumbesaran produktiviti buruh yang perlahan. New Zealand sudah mengalami satu siri "brain drains" semenjak 1970-an, disebabkan orang muda berpendidikan sudah pergi ke Australia, Britain atau Amerika Syarikat secara tetap. "Gaya hidup Kiwi" dan faktor keluarga/whanau menggerakkan beberapa ekspatriat untuk kembali, manakala kerjaya, budaya, dan faktor ekonomi cenderung untuk 'menolak' komponen-komponennya, membiarkan mereka di luar negara. Di dalam tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, satu brain gain membawa masuk para berpendidikan profesional dari negara-negara miskin, juga Eropah, sebagai pendatang tetap.

Kumpulan Etnik di New Zealand

Bangsa Afrika/Kulit Hitam

  • Orang Afrika di New Zealand
  • Orang Somali di New Zealand

Bangsa Asia

  • Orang Bengali di New Zealand
  • Orang Cina di New Zealand
  • Orang Filipina di New Zealand
  • Orang Gujerat di New Zealand
  • Orang Hindi di New Zealand
  • Orang India di New Zealand
  • Orang Indonesia di New Zealand
  • Orang Jawa di New Zealand
  • Orang Jepun di New Zealand
  • Orang Kemboja di New Zealand
  • Orang Korea di New Zealand
  • Orang Lao di New Zealand
  • Orang Marathi di New Zealand
  • Orang Melayu di New Zealand
  • Orang Pakistan di New Zealand
  • Orang Punjabi di New Zealand
  • Orang Sinhala di New Zealand
  • Orang Sri Lanka di New Zealand
  • Orang Sunda di New Zealand
  • Orang Tamil di New Zealand
  • Orang Thai di New Zealand
  • Orang Vietnam di New Zealand

Bangsa Australasia

  • Orang Bougainville di New Zealand
  • Orang Chammoro di New Zealand
  • Orang Fiji di New Zealand
  • Orang Hawaii di New Zealand
  • Orang Kanak di New Zealand
  • Orang Kepulauan Austral di New Zealand
  • Orang Kepulauan Caroline di New Zealand
  • Orang Kepulauan Cook di New Zealand
  • Orang Kepulauan Gambier di New Zealand
  • Orang Kepulauan Marquesas di New Zealand
  • Orang Kepulauan Marshall di New Zealand
  • Orang Kepulauan Phoenix di New Zealand
  • Orang Kepulauan Solomon di New Zealand
  • Orang Kepulauan Tuamotu di New Zealand
  • Orang Kepulauan Vanuatu di New Zealand
  • Orang Kiribati di New Zealand
  • Orang Maori di New Zealand
  • Orang Nauru di New Zealand
  • Orang Niue di New Zealand
  • Orang Palau di New Zealand
  • Orang Papua di New Zealand
  • Orang Pitcairn di New Zealand
  • Orang Rapa Nui di New Zealand
  • Orang Samoa di New Zealand
  • Orang Tahiti di New Zealand
  • Orang Tokelau di New Zealand
  • Orang Tonga di New Zealand
  • Orang Tuvalu di New Zealand
  • Orang Wallis di New Zealand
  • Orang Yap di New Zealand

Bangsa Campuran

Bangsa Eropah/Kulit Putih

Bangsa Timur Tengah

Nota

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga Daftar negara

Tags:

New Zealand PenamaanNew Zealand SejarahNew Zealand PolitikNew Zealand Kepelbagaian bio di New Zealand EkonomiNew Zealand Kumpulan Etnik di New Zealand NotaNew Zealand RujukanNew Zealand Pautan luarNew ZealandAlam New ZealandAntartikaAotearoaAustraliaBahasa MāoriFijiKepulauan ChathamKepulauan CookLaut TasmanLautan PasifikMata anginNegara kepulauanNew CaledoniaNiuePulau SelatanPulau UtaraTokelauTongaTulisan JawiWilayah tanggungan Ross

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Riena DianaSyamsul YusofAdlin Aman RamlieKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaBintara MudaNorman HakimPasukan Udara Tentera Darat MalaysiaKelantan Darul Naim F.C.Menteri Pertahanan MalaysiaNILAMAsmidarJata MalaysiaSenarai mukim di PerakElla (penyanyi)Nabi Adam a.s.RuhainiesSri Pahang FCAbdul Rahim Mohd NoorKedah TuaKhalid bin al-WalidAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamBumiputeraFrekuensi radio di JohorKata adjektifAmyra RosliHantu Kak LimahUqasha SenroseAbdul Rahman HashimSabrina AliSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSofia JaneJamal AbdillahDaerah di SabahPahangKebudayaan MalaysiaKuantanWudukHak asasi manusiaNabi Isa a.s.Surah al-BaqarahSyafiq KyleLiga Super Malaysia 2024–25Na’im BrundageIbanBiokepelbagaianKelantanPuteri Gunung LedangAngeline TanKata kerjaAaron AzizTulisan JawiUmar bin Al-KhattabKongkekDewan Rakyat MalaysiaInspektor kesihatanSenarai penduduk dan keluasan negeri-negeri MalaysiaTunku Abdul RahmanPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaTentera Udara Diraja MalaysiaHulu LangatBendera PalestinTalbis IblisNasi kerabuAsertifPutrajayaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMRozita Che WanQistina KhaledPilihan raya umum Tanah Melayu 1955Fadhlina SidekMega Movie (Slot TV3)Kemahiran interpersonalZaman air batuTeknologi hijauHujan asidMelur Untuk Firdaus (musim 2)Karbon dioksidaAcryl Sani Abdullah Sani🡆 More