Malta: Negara berdaulat di Eropah Selatan di kepulauan di Laut Mediterranean

Malta atau nama rasmi, Republik Malta (Malta: Repubblika ta' Malta; Inggeris: Republic of Malta; Jawi: ‏ريڤوبليك مالتا‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah negara kepulauan di selatan Eropah yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengah Laut Mediterranean yang berada betul-betul di selatan Itali.

Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapa abad.

Republik Malta
ريڤوبليك مالتا
Repubblika ta' Malta (Malta)
Republic of Malta (bahasa Inggeris)
Bendera Malta
Jata Malta
Bendera Jata
Cogan kataVirtute et constantia
"Dengan kekuatan dan konsisten"
Lagu kebangsaanL-Innu Malti
Gita Puja Malta
Lokasi  Malta  (bulatan hijau) – di Eropah  (hijau cerah & kelabu gelap) – di Kesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Malta  (bulatan hijau)

– di Eropah  (hijau cerah & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraValletta
35°54′N 14°31′E / 35.900°N 14.517°E / 35.900; 14.517 14°31′E / 35.900°N 14.517°E / 35.900; 14.517
bandarSt. Paul's Bay
Bahasa rasmiBahasa Malta,[d] Bahasa Inggeris
Other languageBahasa Itali Malta (66% boleh bertutur)
Kumpulan etnik
(2019)
  • 79.0% Orang Malta
  • 21.0% bukan Malta[a]
Agama
Katolik
KerajaanRepublik berperlembagaan berparlimen unitari
• President
Myriam Spiteri Debono
Robert Abela
Badan perundanganParlimen Malta
Kemerdekaan 
• Negara Malta
21 September 1964
• Republik
13 Disember 1974
Keluasan
• Jumlah
316 km2 (122 bt2) (ke-185)
• Perairan (%)
0.001
Populasi
• Perkiraan 2019
493,559 (ke-167)
• Bancian Penduduk 2011
416,055
1,457/km2 (3,773.6/sq mi) (kelima)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$22.802  bilion
$48,246
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$15.134 bilion
$32,021
Gini (2018)negative increase 28.7
rendah · ke-15
HDI (2018) 0.885
sangat tinggi · ke-28
Mata wangEuro (€)[b]
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (Waktu Eropah Tengah)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (Waktu Musim Panas Eropah Tengah)
Format tarikhdd/mm/yyyy (AD)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+356
Kod ISO 3166MT
DPT internet.mt[c]
Laman web rasmi
gov.mt
  1.   Berdasarkan bancian pada 2011
  2.   Lira Malta sebelum 2008
  3.   .eu turut digunakan bersama-sama negara Kesatuan Eropah
  4.   Termasuk Bahasa Isyarat Malta

Penamaan

Asal perkataan Malta adalah tidak jelas dan variasi perkataan itu diambil dari Bahasa Malta. Etimologi yang paling banyak diterima adalah kata Malta itu berasal daripada kata Yunani , meli (μέλι), 'madu'. Orang Yunani kuno menamakan pulau itu Melitē (Μελίτη) yakni 'madu manis', mungkin kerana Malta menghasilkan madu unik dari sebuah jenis lebah endemik di pulau itu. Orang Rom kemudian memanggil pulau itu dengan nama Melita yang dianggap sebagai perumian dari kata Yunani (Μελίτη) atau sebagai adaptasi pengucapan dialek Yunani Dorik bagi perkataan sama Μελίτη.

Sejarah

Malta mendapat kemerdekaan pada 21 September 1964 daripada United Kingdom. Pada asalnya, Malta mengiktiraf Elizabeth II sebagai Ratu Malta, tetapi menjadi republik pada 13 Disember 1974, dan ketua negara digantikan dengan seorang Presiden.

Pada 16 Julai 1990, menteri luar negeri, Guido de Marco memohon agar Malta menyertai Kesatuan Eropah (EU). Sebuah referendum pada 8 Mac 2003 membawa kepada keputusan yang menyokong kemasukan ke EU. Perdana Menteri Eddie Fenech Adami menandatangani perjanjian kemasukan ke EU pada 16 April 2003 di Athens, dan secara rasminya menyertai EU pada 1 Mei. Malta kemudiannya menyertai zon euro pada 1 Januari 2008.

Geografi

Keluasan Malta ialah kira-kira 316 km2, negara kesepuluh terkecil di dunia. Malta ialah sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean dengan tiga pulau utama, iaitu Malta (246 km²), Gozo (67.1 km²) dan Comino (2.8 km2). Pulau-pulau ini sahaja yang dihuni masyarakat negara. Malta tidak memiliki sungai atau tasik yang kekal. Titik tertinggi Malta ialah Ta' Dmejrek dengan ketinggian 253 meter.

Iklim di Malta ialah iklim Mediterrainean. Malta memiliki musim panas bersuhu tinggi dan musim sejuk yang sederhana. Hujan biasanya turun pada musim luruh dan sejuk, dan musim panas di Malta ialah kering secara lazim.

Politik

Malta mengamalkan sistem republik dengan sistem parlimen yang menyerupai sistem Westminster. Presiden Malta bertindak sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Parlimen Malta terdiri daripada satu dewan yang memiliki 67 buah kerusi setakat kini.

Pembahagian pentadbiran

Malta secara asasnya terbahagi kepada lima kawasan dengan pentadibran sendiri yang bertindak sebagai perantara antara kerajaan kebangsaan dan tempatan. Di bawah pentadbiran ini ialah 68 buah badan perbandaran tempatan.

Demografi

Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk Malta pada 408,000 orang. Jumlah penduduk ini menjadikan Malta sebagai negara paling padat penduduk di Kesatuan Eropah dengan 1,282 orang/km2. Anggaran kadar kesuburan penduduk Malta ialah 1.45 orang anak per perempuan.

Bahasa

Perlembagaan negara mengiktiraf dua bahasa, bahasa Malta dan bahasa Inggeris dengan keutamaan diberi terhadap bahasa Malta.

Agama

Kristian Katolik ialah agama rasmi Malta menurut perlembagaan, dan agama hampir keseluruhan penduduk Malta, yakni kira-kira 93.9% penduduk negara setakat 2018. Kira-kira 4.5% penduduk dikatakan tidak terikat dengan sebarang agama, salah satu angka terendah dalam kalangan negara Eropah.

Lihat juga

  • Perhubungan di Malta
  • Pelancongan di Malta
  • Ketenteraan di Malta
  • Pengangkutan di Malta
  • Hubungan luar Malta

Rujukan

Pautan luar



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Malta PenamaanMalta SejarahMalta GeografiMalta PolitikMalta DemografiMalta Lihat jugaMalta RujukanMalta Pautan luarMaltaAbadBahasa InggerisBahasa MaltaEropahItaliLaut MediterraneanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SyerifPahamin RajabParameswaraJabatan Kastam Diraja MalaysiaKolej Islam Sultan Alam ShahAcryl Sani Abdullah SaniPersekutuan Pengakap MalaysiaKata kerja transitifJudiSlot SakuraHazama AzmiKebudayaan MalaysiaTV3Sharnaaz AhmadAiman Hakim RidzaHafizh Syahrin AbdullahMalaysiaErysha EmyraPukimakKota BharuInflasiNaim DanielSingapuraRaja Zarith SofiahAl-QuranKapitalismeSistem pernafasanAmelia HendersonProton ExoraHadisAliff Syukri KamarzamanJoseph KurupSophia AlbarakbahAlam sekitarIman TroyeHun HaqeemNegeri SembilanKesan rumah hijauSiti Khadijah HalimPerang BadarKetupat palasAhmad Zahid HamidiKucingSekali Lagi Cinta KembaliMalang Si PuteriUnifi TVAnwar IbrahimTuanku Ja’afarSenarai gunung berapi di IndonesiaNasha AzizAisyah AzizSheikh Muszaphar ShukorTahun Baru CinaSultan Muhammad VAstro ShawPemberontakan India 1857Bendera dan jata PerakShah AlamBarisan NasionalBandaraya MelakaAngeline TanSusukMerdeka 118Seks oralAman Ramli JaafarSejarah SingapuraLovely RunnerKrisis airKadazan-DusunBeto KusyairyKedah TuaMelur Untuk FirdausMira FilzahShaharuddin Thamby🡆 More