Mongolia

Mongolia (Bahasa Inggeris: disebut /mɒŋˈɡoʊliə/), secara harfiah Negara Mongol, merupakan negara tanpa pantai atau laut kedua terbesar di Asia Timur dan Asia Tengah.

Mongolia bersempadan dengan negara Rusia di utara dan China di selatan. Mongolia mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen. Ibu negara dan bandar terbesarnya adalah Ulaanbaatar.

Mongolia
مونݢوليا
Mongolia
Монгол улс
Mongol uls
Bendera Mongolia
Lagu kebangsaan"Монгол улсын төрийн дуулал"
Lagu Kebangsaan Mongolia
Lokasi Mongolia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Ulan Bator
Bahasa rasmiMongolia
DemonimMongol
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Ukhnaagiin Khürelsükh (Ухнаагийн Хүрэлсүх, ᠤᠬᠤᠨᠠᠭ᠎ᠠ ᠶᠢᠨ ᠬᠦᠷᠦᠯᠰᠦ᠋ᠬᠡ)
Luvsannamsrain Oyun-Erdene (Лувсаннамсрайн Оюун-Эрдэнэ, ᠯᠤᠪᠰᠠᠩᠨᠠᠮᠰᠠᠷᠠᠢ ᠶᠢᠨ ᠣᠶᠤᠨ-ᠡᠷᠳᠡᠨᠢ)
Penubuhan
• Penubuhan dari Empayar Mongol
1206
• Pengisytiharan Kemerdekaan (dari Empayar Qing)
29 Disember 1911
Keluasan
• Jumlah
1,564,116 km2 (603,909 bt2) (ke-19)
• Perairan (%)
0.6
Populasi
• Perkiraan 2019
3,101,085 (139)
• Bancian Penduduk 2000
2,407,500
1.7/km2 (4.4/sq mi) (238)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$37.73 bilion (132)
$12,166 (99)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$19.4 bilion
$6,241
Gini (2019)32.8
sederhana
HDI (2019)0.719
tinggi · 114
Mata wangTögrög
(MNT)
Zon waktu()
Format tarikhyyyy.mm.dd (CE)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+976
Kod ISO 3166MN
DPT internet.mn

Mongolia adalah pusat Empayar Mongol di kurun ke-13 dan adalah kemudiannya diperintah oleh Dinasti Manchu dari abad 17 sehingga 1911. Merdeka dengan bantuan negara Rusia pada 1924. Dasar komunis mirip Rusia dilaksanakan pada peringkat awal. Apabila komunisme runtuh 1989, Mongolia meninggalkan komunisme dan mendokong perlembagaan demokratik mulai 1992. Jadi Mongolia merupakan negara pengamal demokratik termuda.

Dengan keluasan 1,564,116 km persegi, Mongolia merupakan negara ke-19 terbesar di dunia. Kebanyakan muka buminya gersang dan kontang, tidak produktif dan dipenuhi rumput steppe, gunung-gunung di sebelah utara dan barat. Gurun Gobi merupakan padang pasir yang luas di sebelah selatan. 30% penduduknya hidup secara nomad iaitu hidup berpindah-randah dengan membawa khemah dan sedikit peralatan untuk kelangsungan hidup. Majoriti penduduk beragama Buddha Tibet. Etniknya terdiri daripada Mongol, Buriat, Kazakh dan Tuvan tinggal di barat. Satu pertiga penduduk tinggal di Ulaanbaatar.

Sejarah

Etnik Mongolia telah mendiami kawasan ini sejak zaman prasejarah lagi. Mereka hidup secara nomad.

Xiongnu telah membentuk sebuah konfederasi di Modu Shanyu pada 209 SM. Mereka telah mengalahkan Donghu yang menguasai Mongolia Timur. Xiongnu menjadi musuh utama selama tiga abad. Lantaran itu, Tembok Besar China dibina bagi menentang kuasa Xiongnu. Marsyal Meng Tian dari Dinasti Qin membawa 300,000 tentera di sepanjang Tembok Besar China. Sesetengah daripada Xiongnu berhijrah ke Barat membentuk etnik Hun. Etnik Rouran pula membentuk bangsa Mongol sebelum ditewaskan oleh bangsa Gorturk.

Sejarah awal

Eurasia pada abad ke-7 dan ke-8 dikuasai oleh bangsa Gorturk. Mereka ini adalah moyang kepada kaum Uigur, Khitan dan Jurchen. Pada abad ke-10, ia dikuasai pula oleh bangsa Mongol, satu cabang daripada Xianbei.

Pada abad ke-12, seorang pemimpin popular yang bernama Temujin menyatukan bangsa Mongol dengan suku Naiman dan Jurchen dan melahirkan pemimpin bernama Genghis Khan. Beliau dikenali juga sebagai Chinggis Khan. Mulai 1206, Genghis meluaskan Empayar Mongol yang terkenal di seluruh dunia. Keluasan Empayar Mongol hingga ke bandar Kiev. Selepas Gengis Khan mati, empayar itu terpecah kepada beberapa bahagian iaitu Mongolia dan China yang ditadbir oleh Dinasti Yuan. Pengasasnya ialah Kublai Khan yang berpusat di Beijing. Dinansti Yuan diganti pula oleh Dinansti Ming pada 1368. Tentera Ming menghalau tentera Mongol sehingga ke Mongolia tetapi tidak menjajah Mongolia.

Semasa pemerintah Empayar Mongol, Mongolia terbahagi kepada Oirad di barat dan Khalkha di timur. Altan Khan berjaya menyatukan Mongolia pada 1571. Beliau ditewaskan oleh Dinasti Ming dan Altan Khan akhirnya cenderung kepada agama Buddha Tibet.

Abad ke-17, Dinasti Manchu mula menakluk Mongolia pada tahun 1636 dan keseluruhannya pada 1691. Seterusnya Mongolia ditadbir oleh Dinasti Qing selama berabad-abad.

Apabila Dinasti Qing runtuh, Mongolia mengisytiharkan kemerdekaan negara itu pada tahun 1911. Tentera China dibawah pimpinan Xu Shuzheng menyerang ibu kota Mongolia pada 1919. Ungern Cossack kemudian berjaya menewaskan tentera China untuk seketika. Kemudian tentera komunis dari China berjaya menguasai semula Mongolia.

Pada tahun 1924, selepas kematian pemimpin agama Bogda Khan, orang mongol telah memerintah sendiri negara mereka dengan restu negara Rusia.

Geografi

Mongolia ialah negara ke-18 terbesar di dunia dengan keluasan kira-kira 1,564,116 km2, selepas Iran. Mongolia bersempadan dengan Rusia dan China, dengan titik paling barat Mongolia hanya berjarak 36.76 km dari Kazakhstan.

Geografi Mongolia adalah pelbagai, dengan kewujudan Gurun Gobi di kawasan selatan dan kawasan pergunungan di kawasan utara dan barat. Kawasan berhutan melitupi 11.2% keluasan Mongolia. Puncak tertinggi Mongolia ialah Puncak Khüiten dengan ketinggian 4,374 m di masif Tavan Bogd. Tasik Uvs yang dikongsi bersama-sama Republik Tuva di Rusia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Keseluruhan kawasan Mongolia dikira termasuk dalam Penara Mongolia.

Masalah-masalah alam sekitar Mongolia termasuk penggurunan, penebangan hutan dan pencemaran akibat kegiatan perindustrian.

Iklim

Mongolia ialah negara beriklim sejuk dan kering. Mongolia memiliki kira-kira 250 hari dengan cuaca cerah. Kebanyakan kawasan Mongolia adalah panas ketika musim panas dan sangat dingin pada musim sejuk, dengan suhu boleh mencecah -30 °C. Suhu purata tahunan Ulaanbaatar ialah −1.3 °C, menjadikan kota itu sebagai ibu negara paling sejuk di dunia. Salah satu kejadian iklim di Mongolia ialah zud, suatu kejadian apabila keadaan iklim yang teruk menyebabkan kematian ternakan secara banyak akibat kelaparan atau cuaca yang terlalu dingin.

Pentadbiran

Pembahagian pentadbiran

Mongolia terbahagi kepada 21 buah provinsi (aimag) dan dibahagikan lagi kepada 329 buah daerah (sum). Ibu kota Ulaanbaatar memiliki pemerintahan tersendiri dengan status provinsi. Provinsi-provinsi Mongolia adalah seperti di bawah:

  • Arkhangai
  • Bayan-Ölgii
  • Bayankhongor
  • Bulgan
  • Darkhan-Uul
  • Dornod
  • Dornogovi
  • Dundgovi
  • Govi-Altai
  • Govisümber
  • Khentii
  • Khovd
  • Khövsgöl
  • Ömnögovi
  • Orkhon
  • Övörkhangai
  • Selenge
  • Sükhbaatar
  • Töv
  • Uvs
  • Zavkhan

Demografi

Bahasa

Bahasa rasmi Mongolia ialah bahasa Mongolia yang ditutur oleh kira-kira 95% penduduk negara. Selain itu, dialek bahasa Oirat dan Buryat dituturkan di seluruh negara. Di kawasan barat, bahasa Kazakh dan bahasa Tuva juga ditutur.

Bahasa Rusia ialah bahasa asing yang paling banyak ditutur dalam kalangan penduduk Mongolia, meskipun bahasa Inggeris mula menggantikan bahasa Rusia sebagai bahasa kedua. Bahasa Korea juga mula mendapat perhatian dalam kalangan penduduk.

Agama

Agama di Mongolia (penduduk berumur 15 tahun dan lebih)
Agama Penduduk Peratusan
Tidak beragama 735,283 38.6%
Beragama 1,170,283 61.4%
Buddha 1,009,357 53.0%
Islam 57,702 3.0%
Kepawangan 55,174 2.9%
Kristian 41,117 2.2%
Agama lain 6,933 0.4%
Jumlah 1,905,566 100.0%

Menurut bancian rasmi pada 2010, dalam kalangan penduduk Mongolia berumur 15 tahun ke atas, 53% penduduk Mongolia adalah beragama Buddha manakala kira-kira 39% pula tidak beragama. Amalan kepawangan Mongolia banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat sepanjang sejarah Mongolia, tetapi lama-kelamaan digantikan dengan Buddha Tibet. Meskipun begitu, amalan kepawangan meninggalkan kesan yang ketara dalam amalan keagamaan masyarakat dan masih diamalkan hingga kini. Golongan Kazakh di barat Mongolia, pihak Mongol serta kumpulan Turkik lain berpegang kepada Islam secara tradisi.

Amalan keagamaan masyarakat Mongolia disekat ketika zaman kerajaan komunis, tetapi pulih semula selepas kejatuhan komunisme pada 1991.

Ekonomi

Ekonomi Mongolia lazimnya berasaskan pertanian, penternakan dan perlombongan, dengan bijih-bijih utama yang dikeluarkan termasuk tembaga, arang, molibdenum, timah, tungsten dan emas. Selain itu, industri-industri utama lain Mongolia ialah pasaran borong, pengangkutan dan penyimpanan, dan hartanah.

Jumlah eksport Mongolia ialah $6.88 bilion dan jumlah import pula ialah $4.5 bilion pada 2017. Pada 2006, 68.4% eksport Mongolia adalah kepada China, manakala China merangkumi 29.8% daripada import Mongolia.

Prasarana

Pengangkutan

Laluan Kereta Api Trans-Mongolia ialah laluan kereta api utama Mongolia yang menghubungkan Mongolia dengan sistem kereta api negara-negara jiran. Mongolia memiliki beberapa buah lapangan terbang, dengan sesetengah daripada lapangan-lapangan terbang tersebut memiliki taraf antarabangsa. Lapangan terbang antarabangsa utama Mongolia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khaan. MIAT Mongolian Airlines ialah syarikat penerbangan kebangsaan Mongolia, manakala beberapa syarikat lain seperti Aero Mongolia dan Hunnu Airlines bertindak sebagai syarikat penerbangan domestik.

Kebanyakan jalan raya Mongolia hanya terdiri daripada jalan beralaskan batu kelikir atau laluan yang ringkas. Mongolia memiliki 4,800 km jalan berturap, dengan 1,800 km daripada jalan itu dihasilkan pada tahun 2013 sahaja.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Mongolia SejarahMongolia GeografiMongolia PentadbiranMongolia DemografiMongolia EkonomiMongolia PrasaranaMongolia Lihat jugaMongolia RujukanMongolia Pautan luarMongoliaAsia TengahAsia TimurChinaDemokrasi berparlimenLautPantaiRusiaSelatanSistem politikUlaanbaatarUtara

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AyamHidroterapiMelur Untuk Firdaus (musim 2)Wings (kumpulan muzik Malaysia)DubaiFarouk HussainGajahMata anginChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorHazama AzmiPeristiwa 13 MeiJabatan Akauntan NegaraSyarikat swastaSemenyihSunan KalijagaAnna JoblingJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahPembahagian kuasaPersekutuan Pengakap MalaysiaAl-QuranShakira (drama)Kata namaMahathir MohamadAb Rauf YusohJudiDarurat Tanah MelayuBumiputera di SabahShahrulezad MohameddinSemenanjung MalaysiaNajis dalam IslamSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaBiduanita NegaraProton ExoraLaksamana ArmadaKuala LumpurQarinSharifah ShahirahAngeline TanPolis EVOPutri JannahSunan DrajatLaskar Udara IGabenor Bank Negara MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMUsul al-FiqhPasukan Khas UdaraPakmaLaman UtamaBahasa InggerisSaleemKhairulamingKesan rumah hijauGolongan yang terawal memeluk IslamTentera Darat MalaysiaDe FamMasya-AllahSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSitiawanParti Islam Se-MalaysiaHari Raya AidiladhaHun HaqeemFadillah YusofMaktab Rendah Sains MARAPiala Asia B-23 AFC 2024Stadium Bola Sepak Kuala LumpurJesus ChristShah RezzaKhalid bin al-WalidPolis EVO 3Jawatankuasa Hubungan Antara KaumLencana pangkat TLDMNasi lemakSistem pernafasanAndai Itu TakdirnyaSepahtu Reunion LiveAisyah Abu BakarFrekuensi radio di Kedah🡆 More