Belgium

Belgium (Jawi: ‏بيلڬيوم‎code: ms is deprecated ‎ atau بيلجيوم‎; Belanda: Belgiëcode: nl is deprecated , Perancis: Belgiquecode: fr is deprecated , Jerman: Belgiencode: de is deprecated ) ataupun nama rasminya Kerajaan Belgium (Belanda: Koninkrijk Belgiëcode: nl is deprecated , Perancis: Royaume de Belgiquecode: fr is deprecated , Error: }: teg bahasa tidak diiktiraf: -de (bantuan)) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat.

Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk. Brussels ibu kota negara ini.

Kerajaan Belgium
كراجأن بيلڬيوم / بيلجيوم
Koninkrijk België
Royaume de Belgique
Königreich Belgien
Bendera Belgium
Jata Belgium
Bendera Jata
Cogan kata"Eendracht maakt macht"  (Belanda)
"L'union fait la force"  (Perancis)
"Einigkeit macht stark"  (Jerman)
"Kekuatan melalui Penyatuan"
Lagu kebangsaanBrabançonne
Lokasi  Belgium  (hijau gelap) – di Eropah  (hijau terang & kelabu gelap) – di Kesatuan Eropah  (hijau terang)
Lokasi  Belgium  (hijau gelap)

– di Eropah  (hijau terang & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau terang)

Ibu negaraBrussel
Kawasan metropolitanRantau Ibunegara Brussel
Bahasa rasmiBelanda, Perancis, Jerman
KerajaanRaja berperlembagaan persekutuan dan demokrasi berparlimen
• Raja
Philippe
Alexander De Croo
Kemerdekaan
• Diisytiharkan
4 Oktober 1830
• Diakui
19 April 1839
Keluasan
• Jumlah
30,689 km2 (11,849 bt2) (ke-136)
• Perairan (%)
0.71 (as of 2015)
Populasi
• Perkiraan 2020
Neutral increase 11,492,641 (ke-82)
376/km2 (973.8/sq mi) (ke-22)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
USD575,808 bilion (ke-36)
$50,114 (ke-18)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$503,416 bilion (ke-26)
$43,814 (ke-16)
Gini (2018)positive decrease 25.6
rendah
HDI (2019) 0.919
sangat tinggi · ke-17
Mata wangEuro (€)1
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan32
Kod ISO 3166BE
DPT internet.be²
1 Sebelum 1999: Franc Belgium.
2 Domain .eu juga digunakan, laksana ia dikongsi dengan ahli negeri Kesatuan Eropah yang lain.

Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan diperintah secara berautonomi: Komuniti Flanders di utara diduduki masyarakat menuturkan bahasa Belanda sebanyak 60% kependudukan negara, Komuniti Wallonia di selatan menuturkan bahasa-bahasa Perancis (40%) dan Jerman (di Eupen-Malmedy, 1 peratus) dan Wilayah Ibu Negara Brussels yang secara rasminya dwibahasa.

Negara ini terletak di kawasan yang pernah direbutkan banyak kuasa-kuasa besar sepanjang sejarah manusia dari Zaman Pertengahan sampai selewat Perang-Perang Dunia Pertama dan Kedua sehingga mendapat gelaran "Medan Perang Eropah". Dari 1888 sehingga 1962, Belgium turut memiliki empayar jajahan sendiri di benua Afrika termasuk Congo (yang pada asalnya estet peribadi Leopold II yang rakus dan mengorbankan jutaan orang akibat eksploitasi) dan Ruanda-Urundi. Pada pertengahan kedua abad ke-20 pula berlakunya jurang konflik kaum penutur bahasa sehingga mendorong pembaharuan pemerintahan kepada bentuk persekutuan dari 1970 hingga 1993.

Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah menempatkan banyak badan-badan utama kesatuan geopolitik ini termasuk ibu pejabat kesatuan, Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, salah satu dari Parlimen Eropah (selain Strasbourg) dan Majlis Eropah. Selain itu, Belgium juga ahli NATO.

Penamaan

Nama "Belgium" mula diberikan oleh Julius Caesar dalam catatan peperangan beliau De Bello Gallico menyuaikan kepada kawasan diduduki suku Belgae yang tinggal di bahagian utara Gallia (kini di utara Perancis) sekitar abad ke-3 SM; yang mana Julius telah memerhatikan bahawa bahasa dan tradisi mereka agak berbeza daripada suku-suku lain di tanah Gallia. Kawasan terangkum dalam negara moden sama ini termasuk tanah diduduki puak-puak Morini, Menapii, Nervii, Germani Cisrhenani, Aduatuci, dan sekitar Arlon milik puak Treveri.

Sejarah

Dipercayai bahawa nama diambil daripada, yang dikenali sebagai Terdapat banyak teori asal usul puak Belgae ini. Menurut ahli linguistik, nama itu berasal dari perkataan Proto-Celtic, *belg- dan *bolg- yang bermaksud membengkak dengan kemarahan.

Setakat itu, terdapat perdebatan besar dalam kalangan sarjana, sejarawan dan penyelidik mengenai sama ada Belgae adalah suku kaum Celtic, Jerman atau campuran. Menariknya, terdapat beberapa sumber mencadangkan bahawa puak Belgae sendiri juga tidak pasti bahawa kumpulan suku mana yang mereka miliki.

Dibandingkan dengan semua puak di Gaul, Belgae digambarkan sebagai yang puak paling gagah. Pendapat ini disokong oleh kenyataan bahawa mereka merupakan puak yang paling sukar untuk ditakluk. Caesar menghadapi tentangan yang hebat dan memaksanya memakan masa selama empat tahun untuk beliau akhirnya mengalahkan suku Belgae pada tahun 53 SM. Selain itu, semasa zaman Romawi, Belgae tidak dapat menerima hakikat bahawa tanah mereka sebahagian daripada Rom lalu mereka melancarkan pemberontakan. Pemimpin mereka, Ambiorix bertanggungjawab mengetuai pemberontakan, tetapi akhirnya mereka semua dikalahkan.

Selepas kejatuhan Empayar Rom dan dan bermulanya Zaman Pertengahan, wilayah-wilayah sekarang yang membentuk Belgium telah menjadi sebahagian daripada Empayar Rom Suci sehingga abad ke-11 dan ke-12. Pengaruh dan kawalan Empayar Rom Suci ke atas wilayah-wilayah ini secara beransur-ansur berkurang selama berabad-abad. Kesannya, tanah-tanah ini menjadi terasing serta kekurangan perlindungan. Hal ini memberi peluang kepada Inggeris dan Perancis untuk meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah tersebut.

Selama berabad-abad, wilayah ini dibahagikan kepada beberapa negari feudal yang kecil, antaranya termasuklah Hainaut, Flanders, Limburg, Brabant dan Liège. Dalam kalangan negeri tersebut, Flanders merupakan negeri yang paling kaya dan makmur. Rantau ini menjadi pusat perdagangan terkenal di mana kapas Inggeris diimport dan dibuat menjadi kain halus. Kemakmuran rantau ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Bruges, Gent dan Ypres. Sehingga abad ke-19, wilayah Belgium pada hari ini telah menyaksikan pemerintahan asing yang diterajui oleh Perancis, Belanda dan Sepanyol.

Berikutan kekalahan Napoleon di Waterloo, pihak yang menang terdiri daripada Britain, Austria, Prusia dan Rusia bertemu di Vienna untuk mengagihkan semula pengaruh masing-masing dan berunding mengenai bidang kuasa wilayah untuk tahun-tahun akan datang. Salah satu keputusan terpenting ialah penubuhan Kerajaan Bersatu Belanda. Idea utama keputusan ini adalah untuk mewujudkan sebuah negera yang akan berfungsi sebagai negara penampan terhadap sebarang campur tangan Perancis pada masa akan datang. Semasa Kongres Vienna, penciptaan negara Belgium telah dicadangkan, tetapi pilihan ini tidak mendapat sokongan yang secukupnya. Sebaliknya, ia telah mencapai keputusan bahawa wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada Perancis kini harus digabungkan kepada Belanda.

Keputusan ini bukan perkara yang terbaik kerana ia menimbulkan masalah keresahan yang akhirnya membawa kepada Revolusi Belgium pada 15 tahun kemudian. Belanda pada hakikatnya dipecahkan kepada dua kelompok iaitu kelompok Protestan yang kuat di bahagian utara manakala di bahagian selatan terdiri daripada penganut Katolik. Tambahan lagi, terdapat juga perpecahan linguistik antara Walloon, di mana bahasanya menerima pengaruh bahasa Perancis, yang mana ia bertentangan dengan Flemish, yang dipengaruhi oleh bahasa Belanda. Pada tahun-tahun berikutnya, perpecahan kelompok bahasa ini menjadi salah satu faktor utama kepada tercetusnya pergolakan di wilayah selatan.

Raja Belanda, Willem merupakan seorang Protestan yang kuat. Oleh sebab itu, beliau tidak popular dalam kalangan masyarakat di wilayah selatan. Selain itu, rakyat di selatan juga menghadapi kekurangan perwakilan dalam kerajaan. Willem juga cuba menjadikan bahasa Belanda sebagai bahasa universal, tetapi beliau menghadapi tentangan yang serius daripada komuniti berbahasa Perancis. Dasar yang diamalkan oleh pihak Belanda jelas ditolak oleh komuniti selatan dan hal ini membawa kepada permulaan revolusi di Belgium.

Belgium 
Episode des journées de Septembre 1830 ("Episod Revolusi Belgium 1830") lukisan Gustaf Wappers (1834).

Pada 25 Ogos 1830, Raja Willem merayakan ulang tahun ke-15 pemerintahannya. Sebagai sebahagian daripada perayaannya, beliau menghadiri opera Daniel Auber, La muette de Portici yang dipentaskan di Brussels. Menariknya, persembahan opera juga mempengaruhi pergerakan nasionalis semasa revolusi di Perancis, yang berlaku pada sebulan lebih awal. Oleh sebab itu, pada mulanya opera telah diharamkan tetapi kemudiannya dibawa untuk persembahan perdananya pada 25 Ogos.

Semasa persembahan itu, terdapat banyak poster patriotik di dalam opera itu yang menyeru kepada revolusi. Bibit-bibit revolusi bermula selepas duet Amour sacré de la patrie, yang mempengaruhi para penonton sebelum ia merebak ke jalan-jalan utama di Brussels. Inspirasi untuk revolusi mula mengambil tempat di bandar-bandar lain dan tuntutan rakyat ialah mudah, iaitu kemerdekaan dan pengakhiran penguasaan Belanda. Revolusi Belgium bukan sahaja merupakan peristiwa yang penting untuk Belgium, tetapi juga untuk seluruh Eropah bagi menubuhkan sebuah negara baharu.

Berikutan peristiwa ini, kuasa-kuasa besar dari Kongres Vienna berkumpul sekali lagi di London pada 20 Disember 1830. Pada kali ini, mereka tidak mempunyai pilihan selain mengiktiraf kejayaan revolusi Belgium dan menjamin kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa besar menegaskan bahawa raja Belgium pada masa akan datang harus berasal daripada dinasti Saxe-Coburg. Hal ini kerana untuk mengelakkan kepentingan dan pengaruh Perancis di Belgium pada tahun-tahun mendatang. Lalu, Raja Leopold I dari Saxe-Coburg dijemput untuk menjadi raja pertama Belgium dan pertabalannya ialah pada 21 Julai 1831. Tarikh pertabalannya telah menjadi hari kebangsaan negara. Sejak itu, komuniti berbahasa Belanda dan Perancis mempunyai bahagian dan pemimpin mereka sendiri Secara tidak langsung, tahun 1831 ditandakan sebagai permulaan untuk kerajaan Belgium moden.

Sejak kemerdekaannya, Belgium telah menjadi negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, di mana perlembagaan laisisme (sekularisme) berdasarkan Kod Napoleon. Walaupun pada awalnya hak mengundi disekat, namun hak mengundi sejagat untuk lelaki mula diperkenalkan selepas mogok umum 1893 (penggunaan pengundian majmuk dilakukan sehingga 1919) dan wanita dibenarkan mengundi pada tahun 1949.

Parti politik yang utama di Belgium abad ke-19 merupakan Parti Katolik dan Parti Liberal manakala Parti Buruh pula muncul menjelang pada akhir abad ke-19. Bahasa Perancis pada awalnya merupakan bahasa rasmi tunggal yang diguna pakai oleh golongan bangsawan dan borjuis. Kepentingan bahasa Perancis beransur-ansur semakin hilang kepentingannya apabila bahasa Belanda juga diiktiraf. Pengiktirafan ini secara rasminya dilaksanakan pada tahun 1898 manakala pada tahun 1967, Parlimen Belgium bersetuju menerima Perlembagaan dalam versi bahasa Belanda.

Persidangan Berlin yang berlangsung pada tahun 1885 telah menyerahkan kawalan Negara Bebas Congo kepada Raja Leopold II sebagai pemilikan peribadinya. Sekitar tahun 1900, timbulnya keprihatinan antarabangsa terhadap perlakuan melampau dan kejam terhadap penduduk Congo di bawah Leopold II, di mana sumber pendapatan Congo pada masa itu bergantung pada pengeluaran getah dan gading. Banyak orang Congo telah dibunuh oleh ejen-ejen Leopold kerana gagal untuk memenuhi permintaan penghasilan getah dan gading. Pada tahun 1908, ketegangan ini telah menyebabkan Belgium menggalas tanggungjawab untuk mentadbir koloni Congo, yang dikenali dengan sebagai Congo Belge. Sebuah suruhanjaya Belgium pada tahun 1919 telah menganggarkan bahawa jumlah sebahagian penduduk Congo telah berkurang berbanding pada tahun 1879.

Belgium 
Tentera Jerman di Belgium pada Mei 1940.

Serangan Jerman ke atas Belgium pada Ogos 1914 merupakan sebahagian daripada Rancangan Schlieffen untuk menyerang Perancis. Kebanyakan pertempuran di Barisan Barat pada kancah Perang Dunia Pertama telah berlaku di bahagian barat Belgium. Pada saat-saat awal peperangan, peristiwa ini dikenali sebagai Penjarahan Belgium berikutan keterlaluan Jerman. Belgium mengambil alih penguasaan ke atas koloni Jerman, Ruanda-Urundi (kini ia merupakan negara Rwanda dan Burundi) semasa peperangan berlangsung dan kemudiannya pada tahun 1924, Liga Bangsa memberikan mandat koloni tersebut kepada Belgium. Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, Belgium telah mengilhak daerah Prusia, Eupen dan Malmedy pada tahun 1925 sekali gus mewujudkan kawasan minoriti penutur Jerman.

Tentera Jerman sekali lagi menyerang Belgium pada Mei 1940. Seramai 40,690 populasi Belgium, di mana sebahagian daripadanya ialah orang Yahudi telah dibunuh ketika pendudukan Jerman dan Holokus. Dari September 1944 sehingga Februari 1945, Tentera Bersekutu berjaya membebaskan Belgium. Selepas Perang Dunia Kedua, mogok umum yang dilancarkan memaksa Raja Leopold III untuk turun takhta pada tahun 1951 oleh sebab ramai orang Belgium merasakan beliau bekerjasama dengan pihak Jerman ketika peperangan. Congo Belge memperoleh kemerdekaan pada tahun 1960 semasa Krisis Congo; disusuli Ruanda-Urundi yang merdeka pada dua tahun berikutnya. Belgium menyertai NATO sebagai anggota pengasas dan membentuk Benelux yang menggabungkan negara Belanda dan Luxembourg.

Belgium menjadi salah sebuah daripada enam negara pengasas Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada tahun 1951 dan Komuniti Tenaga Atom Eropah serta Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang ditubuhkan pada tahun 1957. EEC kini berkembang menjadi Kesatuan Eropah dan Belgium menjadi pusat pentadbiran dan institusi utama termasuk Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan enam anggota pengasas Komuniti Arang dan Keluli Eropah pada tahun 1951 dan Komuniti Tenaga Atom Eropah dan Komuniti Ekonomi Eropah, ditubuhkan pada tahun 1957. Yang terakhir sekarang telah menjadi Kesatuan Eropah, di mana Belgium menjadi tuan rumah kepada pentadbiran dan institusi utama, termasuk Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan sesi jawatankuasa khas bagi Parlimen Eropah.

Pada awal 1990-an, Belgium menyaksikan beberapa skandal korupsi terbesar termasuklah Marc Dutroux, Andre Cools, Peristiwa Dioxin, Skandal Agusta dan Pembunuhan Karel Van Noppen.

Geografi

Belgium berkongsi sempadan dengan Perancis (620 km), Jerman (167 km), Luxembourg (148 km) dan Belanda (450 km).

Politik

Belgium mempunyai sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen persekutuan yang diketuai oleh Raja Belgium. Baginda berhak untuk melantik jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri. Parlimen Beglium terbahagi kepada dua buah dewan, iaitu Senat dan Dewan Perwakilan.

Pembahagian pentadbiran

Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan utama, yakni Flanders dan Wallonia serta ibu kota Brussels sebagai kawasan khas. Flanders dan Wallonia dibahagikan lagi kepada wilayah.

Demografi

Menurut perangkaan pada 1 November 2019, jumlah penduduk Belgium ialah 11,515,793 orang. Pada 2017, kadar kesuburan masyarakat Belgium ialah 1.64 anak per wanita. Umur purata masyarakat Belgium ialah 41.5 tahun, menjadikan masyarakat Belgium sebagai salah satu negara-negara tertua dunia.

Rujukan

Pautan luar

    Makluman am

Belgium  Atlas Wiki Belgium

    Pelancongan
    Lain-lain

Tags:

Belgium PenamaanBelgium SejarahBelgium GeografiBelgium PolitikBelgium DemografiBelgium RujukanBelgium Pautan luarBelgiumBahasa BelandaBahasa JermanBahasa PerancisBrusselsEropah BaratTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Farah AhmadMisteri DilailaRukun solatOrang Asli di MalaysiaSenarai negara berdaulatDaerah di MalaysiaNabi Adam a.s.Dini SchatzmannMustapha KamalJabatan Kastam Diraja MalaysiaSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakSiti SalehaMaya KarinKetupat palasLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaDasar Ekonomi BaruSistem pembiakan manusiaAbang AdikPiagam MadinahKerajaan Persekutuan MalaysiaPutrajayaSarimah IbrahimDollaKata ganti nama (bahasa Melayu)Pitt HanifBugisPerodua KelisaSeks oralMuhyiddin YassinJangkitanJoseph KurupMasam-Masam ManisMira FilzahAmir MasdiOktovia ManroseJadual berkalaIsmail Sabri YaakobTuanku Ja’afarAsiaZainol MacWilsonKimpalanKhulafa al-RasyidinRiena DianaHisteriaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaKalki 2898 ADKata namaHazama AzmiRukun ImanTentera Udara Diraja MalaysiaTengku Permaisuri NorashikinTV3Hari WesakHulu LangatSulfur dioksidaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaYusof HaslamKerajaan SalakanagaraRedza RosliPuasa (Islam)Universiti MalayaPembahagian kuasaZul AriffinAmelia HendersonKesultanan Johor-RiauIranAsmidarSalomaTengku Zafrul Abdul AzizKhairulamingSophia AlbarakbahSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaImam MahdiKodi RasheedAstro MalaysiaTentera Darat Malaysia🡆 More