Slovenia

Republik Slovenia (Jawi: ‏ريڤوبليك سلوۏينيا‎code: ms is deprecated ‎) atau dalam bahasa tempatan, Slovenija, ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadankan Itali di barat, Laut Adriatik di barat daya, Crotia di selatan dan timur, Hungary di timur laut dan Austria di utara.

Dahulunya sebahagian daripada republik Yugoslavia, Slovenia mengumumkan kemerdekaannya pada 1991 dan menjadi anggota Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.

Republik Slovenia
ريڤوبليك سلوۏينيا
Republika Slovenija (Slovene)
Bendera Slovenia
Jata Slovenia
Bendera Jata
Lagu kebangsaanZdravljica 
A Toast

Lokasi  Slovenia  (hijau tua) – di Eropah  (hijau muda & kelabu tua) – di Kesatuan Eropah  (hijau muda)
Lokasi  Slovenia  (hijau tua)

– di Eropah  (hijau muda & kelabu tua)
– di Kesatuan Eropah  (hijau muda)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Ljubljana
46°03′N 14°30′E / 46.050°N 14.500°E / 46.050; 14.500
Bahasa rasmiSlovene
Kumpulan etnik
(2002)
  • 83% Slovenes
  • 2% Serbs
  • 2% Croats
  • 1% Bosniaks
  • 12% lain-lain (termasuk Bangsa Itali-Istria) /
    tidak ditentukan
Agama
lebih banyak Krisitan
DemonimSlovene
KerajaanNegara kesatuan berparlimen
Republik berperlembagaan
• Presiden
Nataša Pirc Musar
• Perdana Menteri
Robert Golob
Badan perundanganParlimen
Majis Negara
Perhimpunan Kebangsaan
Pendirian
• Negara Slovenes,
Croats dan Serbs
merdeka

29 Oktober 1918
• Negara Serbs,
Croats dan Slovenes
(Negara Yugoslavia)

4 Disember 1918
• menjadi republik Yugoslavia
29 November 1945
• merdeka dari Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia
25 Jun 1991
23 Disember 1991
• Ahli United Nations
22 Mei 1992
• Bersatu dengan Kesatuan Eropah
1 Mei 2004
Keluasan
• Jumlah
20,273 km2 (7,827 bt2) (ke-150)
• Perairan (%)
0.7
Penduduk
• Perkiraan 2017
2,066,880 (ke-144)
• Bancian Penduduk 2002
1,964,036
101.8/km2 (263.7/sq mi) (ke-106)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$75.604 billion (97th)
$36,566 (38th)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$56.933 billion
$27,535
Gini (2016)negative increase 24.4
rendah · Pertama
HDI (2015) 0.890
sangat tinggi · 25th
Mata wangEuro (€)
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Format tarikhdd.mm.yyyy (AD)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+386
Kod ISO 3166SI
DPT internet.si

Slovenia juga menyertai Majlis Eropah dan NATO serta menjadi pemerhati dalam La Francophine.

Sejarah

Nenek moyang berketurunan Bangsa Slavik untuk Bangsa Slovenia pada hari ini telah menduduki negara ini sejak kurun ke-6. Kerajaan Duchy Slavik Carantania telah ditubuhkan pada kurun ke-7.

Pada tahun 745, Carantania telah pun hilang kemerdekaannya di mana kebanyakkan wilayahnya telah dimasukkan ke dalam Empayar Frankish. Pada waktu ini ramai Bangsa Slavik telah dikristiankan beramai-ramai.

Pada kurun ke-14, kebanyakkan wilayah Slovania telah dimasukkan ke dalam Empayar Austria-Hungary, di mana bangsa Slovenia bermaustatin di wilayah-wilayah seperti Carniola, Gorizia, Gradisca, Istria, Carinthia dan Styria.

Pada tahun 1848, satu pergerakkan yang dikenali sebagai Slovenia Bersatu telah diwujudkan di Austria.

Selepas kejatuhan Empayar Austria-Hungary pada tahun 1918, orang-orang Slovenia telah menyertai sebagai sebahagian daripada Negara Orang-Orang Slovenia, Croatia dan Serb yang kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Orang-Orang Serb, Croatia dan Slovenia. Pada tahun 1929, ia dikenali sebaga Kerajaan Yugoslavia

Selepas Perang Dunia Kedua, Slovenia menjadi sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang diisytihar secara rasmi pada 29 haribulan November 1945.

Negara Slovenia yang wujud pada hari ini telah mendapatkan kemerdekaan pada 25 haribulan Jun 1991 daripada Yugoslavia selepas tamatnya Perang Sepuluh Hari.

Slovenia telah menyertai pertubuhan NATO pada 29 haribulan Mac 2004 dan Kesatuan Eropah pada 1 haribulan Mei 2004. Slovenia akan memegang jawatan Presiden Majlis Kesatuan Eropah pada tahun 2008.

Politik

Presiden Slovenia merupakan Ketua Negara di mana dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya untuk setiap lima tahun.

Cabang Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri Slovenia dan Majlis Kabinet Slovenia yang dianggotai Menteri-Menteri Slovenia yang dilantik oleh Parlimen Slovenia.

Parlimen Slovenia dibahagikan kepada dua tingkat iaitu Perhimpunan Nasional (Državni zbor) dan Majlis Nasional (Državni svet). Pilihanraya Parlimen Slovenia diadakan untuk setiap empat tahun.

Perhimpunan Nasional mempunyai 90 kerusi, di mana sebahagiannya diisi secara langsung menerusi proses pilihanraya, dan sebahagian lagi oleh kerusi-kerusi yang dikhaskan untuk golongan-golongan tertentu (dua kerusi dikhaskan untuk golongan minoriti di kalangan Bangsa Hungary dan Bangsa Itali)

Majlis Nasional pula mempunyai 40 kerusi, yang diwakili perwakilan-perwakilan daripada kumpulan-kumpulan sosial, ekonomi, profesional dan lain-lain.

Pada pilihan raya umum 2004, Parti Demokratik Slovenia (Slovenska demokratska stranka - SDS) telah memperolehi 29.1% undi dan diikuti Demokrasi Liberal Slovenia (Liberalna demokracija Slovenije) sebanyak 22.8% undi.

Berikut adalah parti-parti politik yang terdapat di Slovenia:-

  • Demokrasi Liberal Slovenia (Liberalna demokracija Slovenije - LDS) - aliran liberal
  • Hijau Slovenia (Zeleni Slovenije) - pro-alam sekitar dan liberal
  • Parti Belia Slovenia (Stranka mladih Slovenije) - aliran liberal
  • Parti Demokratik Slovenia (Slovenska demokratska stranka - SDS) - aliran kanan sederhana
  • Parti Demokratik untuk Orang-orang Pencen Slovenia (Demokratična stranka upokojencev Slovenije - DeSUS) - memperjuangkan hak-hak orang pencen.
  • Parti Nasional Slovenia (Slovenska Nacionalna Stranka) - aliran nasionalis
  • Parti Rakyat Slovenia (Slovenka ljudska stranka) - aliran konservatif
  • Slovenia Aktif (Aktivna Slovenia) - aliran liberal
  • Slovenia Baru - Parti Rakyat Kristian (Nova Slovenija - Krščanska ljudska stranka) - aliran kanan sederhana
  • Slovenia Milik Kita (Slovenija je Naša)
  • Sosial Demokrat (Socialni demokrati) - aliran kiri

Daerah

  • Hulu Carniola (Gorenjska)
  • Styria (Štayerska)
  • Prekmurje (Prekmurje)
  • Carinthia (Koroška)
  • Carniola Dalam (Notranjska)
  • Hilir Carniola (Dolenjska)
  • Goriška (Goriška)
  • Istria Slovenia (Slovenska Istra)

Geografi

Kawasan-kawasan geografi Eropah bertemu di Slovenia: Banjaran Alps, Pergunungan Dinarides, Dataran Pannonia dan pesisiran pantai Mediterranean.

Puncak yang tertinggi di Slovenia ialah Triglav (2,864 meter; 9,396 kaki); secara puratanya ketinggian negara ini ialah sebanyak 557 meter (1,827 kaki) dari aras laut. Separuh daripada negara ini dilitupi hutan (11,691 km persegi; 4,514 batu persegi) menjadikan Slovenia sebagai negara ketiga paling banyak dilitupi kawasan hutan di benua Eropah selepas Finland dan Sweden. Kawasan berumput meliputi 5,593 km persegi (2,159 batu persegi) manakala kawasan perladangan meliputi 2,471 km persegi (954 batu persegi). Terdapat juga kawasan perkebunan yang meliputi 363 km persegi (140 batu persegi) dan kebun anggur yang meliputi 216 km persegi (83 batu persegi).

Kadar suhu puratanya ialah -2 darjah Celcius (28 darjah Fahrenheit) pada bulan Januari dan 21 darjah Celcius (70 darjah Fahrenheit) pada bulan Julai. Kadar purata hujan adalah sebanyak 1,000 milimeter (39.4 inci) setahun di kawasan pesisiran pantai, sebanyak 3,500 milimeter (137.8 inci) di pergunungan Alps, sebanyak 800 milimeter (31.5 inci) di bahagian tenggara Slovenia dan sebanyak 1,400 milimeter (55.1 inci) di bahagian tengah Slovenia.

Ekonomi

Slovenia mempunyai kadar pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara yang baru menganggotai Kesatuan Eropah. Kadar Pendapatan Tahunan per Kapita adalah setinggi USD $25,266 pada tahun 2007.

Kadar inflasi di Slovenia telah turun secara mendadaknya kepada 2.3% pada tahun 2006.

Pertumbuhan ekonomi slovenia telah meningkat secara mendadak pada tahun-tahun yang lepas (7.2% pada separuh yang pertama untuk tahun 2007, 5.2% pada tahun 2006 dan 4.0% pada tahun 2005).

Pada tahun 2000, penswastaan telah kelihatan dalam sektor perbankan, telekomunikasi dan utiliti awam.

Pelaburan asing secara langsung dijangkakan akan meningkat pada beberapa tahun yang akan datang.

Slovenia telahpun menggunakan mata wang Euro sebagai matawang negara pada 1 haribulan Januari 2007.

Demografi

Menurut bancian negara pada tahun 2002, terdapat seramai 1,964,036 orang penduduk di Slovenia. Dengan kepadatan sebanyak 99 orang untuk setiap kilometer persegi.

Komposisi Etnik di Slovenia (Bancian 2002)

  • Slovenia - 83.06%
  • Serb - 1.98%
  • Croat - 1.81%
  • Bosnia - 1.10%
  • Muslim Slovenia - 0.53%
  • Hungary - 0.32%
  • Albania - 0.31%
  • Gipsi - 0.17%
  • Itali - 0.11%
  • Etnik-Etnik Lain - 0.82%
  • Tidak Diketahui - 8.90%

Majoriti penduduk Slovenia beragama Kristian yang beraliran Katolik. Sebelum era Komunis, 88% penduduk Slovenia merupakan pengikut Gereja Roman Katolik. Pada tahun 1991, peratusan penganut Kristian Katolik jatuh kepada 71.6% dan terus jatuh sehingga 57.8% pada tahun 2002.

Komposisi agama di Slovenia (bancian 2002)

Kadar purata hidup adalah 72.2 tahun untuk lelaki dan 80 tahun untuk wanita.

Bahasa Rasmi untuk negara ini adalah Bahasa Slovenia. Bahasa Hungary dan Bahasa Itali juga mendapat pengiktirafan sebagai bahasa rasmi di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Hungary dan Itali.

Kebudayaan

Lihat juga

  • Perhubungan di Slovenia
  • Pelancongan di Slovenia
  • Ketenteraan di Slovenia
  • Pengangkutan di Slovenia
  • Hubungan luar Slovenia

Rujukan

Pautan luar


Tags:

Slovenia SejarahSlovenia PolitikSlovenia DaerahSlovenia GeografiSlovenia EkonomiSlovenia DemografiSlovenia KebudayaanSlovenia Lihat jugaSlovenia RujukanSlovenia Pautan luarSloveniaEropah TengahTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Khunsa (siri TV)Orang Melayu IndonesiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Aisyah Abu BakarTatabahasa bahasa MelayuMediaSari YantiUniversiti Utara MalaysiaAnna JoblingProton WiraLiga Super Malaysia 2024–25HentaiPerlisNajib RazakNabila HudaAedy AshrafKaedah arkeologiNasha AzizAmir AhnafTikTokMelakaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaPencemaran udaraPutri JannahCabang dan mazhab IslamMira FilzahMakkahMurutNajua NasirKongkekPerang Dunia KeduaOrang Asli di MalaysiaHari Raya AidilfitriNaim DanielMahkamah MalaysiaSolat hajatAli bin Abi TalibFrekuensi radio di MelakaDatuk (gelaran)Unifi TVIbanZaman air batuBeto KusyairyAzhan RaniKata kerja tak transitifParlimen MalaysiaHari Kebangsaan MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSekolah Berasrama PenuhQistina RaisahBugisKu FaridahPerodua MyViOrang Cina MalaysiaNegeri SembilanThailandIndonesiaPerodua AxiaMelitha SidabutarKata adjektifIsteri-isteri Nabi MuhammadJabatan Kastam Diraja MalaysiaKementerian Dalam Negeri MalaysiaKetua Polis Negara MalaysiaPenanda wacanaSenarai Kementerian di MalaysiaMarie AntoinetteSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahKeluarga 69Alif SatarSultan PerakKementerianSyasyaHarimauUniversiti Kebangsaan MalaysiaAl Hilal SFCPulau Pinang🡆 More