Kacang Tanah

Kacang tanah (nama saintifik Arachis hypogaea) adalah spesies dalam keluarga kekacang berasal dari Amerika Selatan, Mexico dan Amerika Tengah.

Ia merupakan tumbuhan herba semusim membesar sehingga 30 ke 50 cm (1 hingga 1.5 kaki) tinggi.

Kacang tanah
Kacang Tanah
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Faboideae
Tribus:
Aeschynomeneae
Genus:
Arachis
Spesies:
A. hypogaea
Nama binomial
Arachis hypogaea

Sejarah

Genus Arachis yang turut merangkumi spesies kacang ini endemik dalam benua Amerika Selatan. Kacang ini mula wujud hasil pengacukan antara dua spesies liar yang dipercayai A. duranensis dan A. ipaensis; kacukan baru ini sepatutnya tiada benih namun penggandaan kromosom yang spontan membolehkan tumbuhan kacukan ini subur secara amphidiploid atau allotetraploid. Tumbuhan ini tersebar sejauh kawasan Mesoamérica di utara pada abad pertama sebelum Masihi menurut kajian dilakukan di Tehuacán, México dikenali dengan nama tlalcacáhuatl ("koko tanah" dalam bahasa Nahuatl).

Botani

Daunnya saling bertentangan, berpinat dengan empat anak daun (dua pasang yang bersebelahan), setiap anak daun panjangnya 1 hingga 7 cm (⅜ ke 2¾ inci) dan 1 hingga 3 cm (⅜ ke 1 inci) lebar.

Kacang Tanah 
Bunga kacang tanah

Bunganya bergarispusat 2 ke 4 cm (¾ ke 1½ inci), berwarna kuning dengan corak urat kemerah-merahan. Selepas pendebungaan, buahnya menjadi lenggai yang panjangnya antara 3 ke 7 cm (1 ke 2 inci) mengandungi 1 hingga 4 biji yang dipaksa masuk ke dalam tanah untuk matang.

Teknologi penanaman baja tahi ayam ialah bahan organik yang dapat kita jadikan sebagai baja asas.Sebelum satu minggu penanaman baja asas hendaklah dilakukan

Penghasilan kacang tanah, 2018

(juta tan metrik)

Negara Bil. terhasil
Kacang Tanah  Republik Rakyat China 17.3
Kacang Tanah  India 6.7
Kacang Tanah  Nigeria 2.9
Kacang Tanah  Sudan 2.9
Kacang Tanah  Amerika Syarikat 2.5
World 46.0
Source: FAOSTAT, United Nations

Kegunaan

Kacang tanah biasanya dimakan begitu sahaja, namun ia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan mahupun dibubuh garam.

Kacang ini mempunyai rasa manis yang banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih.

Mentega kacang terhasil daripada pengisaran lumat kacang tanah dengan pemanis seperti gula sebagai suatu lepa makanan yang boleh disapu dengan roti sebagai makanan sarapan.

Khasiat

Kacang tanah kaya dengan lemak, mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Ffsforus, vitamin A dan K, lesitin, kolina dan kalsium. Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.

Kacang tanah juga dikatakan mengandung bahan yang dapat membina ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa penyakit. Pengambilan satu auns kacang tanah lima kali seminggu dalam suatu kajian dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Kacang tanah bekerja meningkatkan kemampuan jantung mengitar darah serta menurunkan risiko penyakit jantung koroner. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Kacang tanah mengandung Omega 3 yang merupakan lemak monotaktepu ganda dan Omega 9 yang merupakan lemak monotaktepu tunggal. 1 auns kacang tanah mengandungi 18 gram Omega 3 dan 17 gram Omega 9. Kacang tanah mengandung fitosterol yang justru dapat menurunkan kadar kolesterol dan level trigliserida, dengan cara menahan penyerapan kolesterol dari makanan yang beredar dalam darah dan mengurangi penyerapan kembali kolesterol dari hati, serta tetap menjaga HDL kolesterol. Kacang tanah juga mengandung arginin yang dapat merangsang tubuh untuk mennghasilkan nitrogen monoksida yang berfungsi untuk melawan bakteria tuberkulosis.

Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah dapat dijadikan penurun tekanan darah tinggi dan juga kandungan kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia. Namun, kacang tanah sangat dicegah pada mereka yang menghadapi penyakit jenis kanker payudara dan yang mempunyai masalah jerawat juga dinasihatkan berhenti mengonsumsi kacang tanah.

Risiko kesihatan

Alahan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kacang Tanah SejarahKacang Tanah BotaniKacang Tanah Teknologi penanaman baja tahi ayam ialah bahan organik yang dapat kita jadikan sebagai baja asa[6]s.Sebelum satu minggu penanaman baja asas hendaklah dilakukanKacang Tanah KegunaanKacang Tanah KhasiatKacang Tanah Risiko kesihatanKacang Tanah RujukanKacang Tanah Pautan luarKacang Tanah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KetumbarTakbirInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKucingHari Raya AidilfitriSerpihan SayangRazarudin HusainMichael (malaikat utama)15 Puasa (telefilem)Falsafah Pendidikan MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Riena DianaPolis EVO 3Hassanal BolkiahSumpahan JeruneiAn-Nuayman bin AmrKetupatMeerqeenDataran MerdekaSarimah IbrahimSyafiq YusofBajauKhaidhirah Abu ZaharShaheizy SamThe GadysAdnan bin SaidiPasukan Gerakan AmYouTubeSiti ElizadThailandPerkahwinan menurut Islam12 Dewa OlympusSijil Pelajaran MalaysiaSyatilla MelvinAzzim ZahidNasi lemakPokok MambuKhawarijAbdul Razak HusseinHamidah WahabRaja Zarith SofiahLayang-layangSenarai haiwanElizabeth TanHukum Kanun MelakaKhalid Mohamad JiwaPetaling JayaAli bin Abi TalibHadha min fadhle RabbiSepahtu Reunion LiveMasakan IndiaKerajaan Bani UmaiyahBadarKerenggaAmy SearchMenteri Pendidikan MalaysiaElizabeth IISyasyaHussein OnnJanna NickSenarai Saintis IslamJuventusAnak Perjanjian Syaitan 2Wan Ji Wan HussinAndrew RobertsonWings (kumpulan muzik Malaysia)BoBoiBoyHang TuahKesumSemenyihAzhan RaniUniversiti Teknologi MalaysiaUkraineSolo LevelingRokiah JaafarBangladeshAngeline Tan🡆 More