Kacukan

Dalam bidang biologi, khususnya genetik, kacukan atau hibrid membawa beberapa erti, semuanya mengenai anak hasil pembiakan seks.

Biologi

  1. Secara amnya, kacukan sinonim dengan heterozigot: mana-mana anak yang lahir dari hasil pengawanan dua induk homozigot yang berbeza.
  2. kacukan genetik membawa dua alel berbeza yang sama gennya.
  3. kacukan struktur terhasil dari pelakuran gamet yang berlainan strukturnya pada sekurang-kuranya satu kromosom, kesan keadaan struktur yang luar biasa.
  4. kacukan berangka terhasil dari pelakuran gamet yang berbeza bilangan haploid kromosomnya.
  5. kacukan kekal adalah yang mana hanya genotip heterozigot sahaja wujud, kerana semua gabungan homozigot adalah berbahaya.

Taksonomi

Dari perspektif taksonomi, kacukan ialah anak yang terlahir dari pembiakan antara dua haiwan atau tumbuhan yang berlainan taksonnya.

  1. Kacukan antara subspesies berlainan dalam spesies yang sama (seperti harimau Benggala dan harimau Siberia) dikenali sebagai kacukan intraspesies. Kacukan antara spesies berbeza dalam genus yang sama (seperti singa dan harimau) dikenali sebagai kacukan interspesies atau campuran. Kacukan antara genus berlainan (seperti biri-biri dan kambing) pula dipanggil kacukan intergenus. Juga terdapat kacukan interfamili yang jarang sekali berlaku (misalnya kacukan ayam piru)., tetapi tiadanya kacukan haiwan interorder (antara order berbeza) yang diketahui setakat ini.
  2. Jenis kacukan kedua terdiri daripada campuran sesama populasi, baka atau kultivar dalam satu spesies yang sama. Pengertian ini sering diguna dalam pembiakbakaan tumbuhan dan haiwan. Kacukan sedemikian sering dihasilkan dan dipilih kerana mengikut ciri-ciri dikehendaki yang tiada atau tidak selalu terdapat dalam individu atau populasi induknya. Pengaliran bahan genetik antara populasi atau kaum sebegini sering dinamakan pengacukan (penghibridan).

Jenis kacukan

Bergantung kepada induk, terdapat beberapa jenis kacukan:

  • Kacukan silang tunggal - hasil dari kacukan antara dua organisma tulen dan menghasilkan generasi F1 digelar kacukan F1 (F1 ialah singkatan untuk Filial 1, bermaksud "anak pertama"). Persilangan dua garisan homozigot berlainan menghasilkan kacukan F1 yang heterozigot; mempunyai dua alel, setiap satu dari induk, satu dominan dan satu lagi resesif. Generasi F1 ini adalah fenotip homogen iaitu menghasilkan anak yang sama.
  • Kacukan silang berganda - hasil dari persilangan antara dua kacukan F1.
  • Kacukan silang tiga arah - hasil dari persilangan antara satu induk kacukan F1 dan satu lagi dari biak baka dalam.
  • Kacukan silang tiga serangkai - hasil dari persilangan dua kacukan silang tiga arah.
  • Kacukan populasi - hasil dari persilangan tumbuhan atau haiwan dalam satu populasi dengan populasi lain. Ini termasuklah persilangan antara organisma seperti kacukan antara spesis.
  • Kacukan spesis - hasil dari populasi kacukan berevolusi halangan pembiakan terhadap spesis induk melalui kacukan penspisieasan.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kacukan BiologiKacukan TaksonomiKacukan Jenis kacukanKacukan Lihat jugaKacukan RujukanKacukan Pautan luarKacukanBiologiGenetikPembiakan seks

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AyamLohong hitamInstagramSharisa HarisYasmin AhmadAngkatan Tentera Republik Islam IranLembah KlangUnifi TVNasha AzizMuhyiddin YassinSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMandi wajibBugisSenarai kata pinjaman bahasa MelayuPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Khadijah binti KhuwailidPerodua KelisaPitt HanifMelitha SidabutarNajib RazakNabi Ibrahim a.s.Perang Dunia KeduaMasya-AllahDia Isteri Luar Biasa (drama)Anna JoblingMustapha KamalHarimauAnwar IbrahimUmar bin Al-KhattabTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahMahmud Ali BashahTuanku MuhrizTeknologiFasha SandhaPembimbing Rakan SebayaAina AbdulKelawar BuasUniversiti awamKanun KeseksaanCabang dan mazhab IslamSejarah bahasa MelayuProton Holdings BerhadDwidewanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pendidikan di MalaysiaSepahtu Reunion Al-RayaKata hubung (bahasa Melayu)Layang Layang PerkahwinanSharifah SakinahJabatan Perangkaan MalaysiaKuchingNikah mut'ahHun HaqeemWanita SyurgaBaju kurungLiga Super Malaysia 2024–25Emma MaembongKhulafa al-RasyidinJohan Raja LawakPukimakAiman Hakim RidzaArif AimanSekolah Berasrama PenuhBuaya katakJalaluddin HassanSyatilla MelvinAeril ZafrelSawiMelurI.D.Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahBangladeshSkop ProductionsAsia TenggaraSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarZainal Rashid AhmadSultan PahangSeks oral🡆 More