Bunga: Anggota tumbuhan yang digunakan untuk pembiakan dan juga boleh berubah bentuk menjadi buah

Bunga (Jawi: ‏بوڠا‎code: ms is deprecated ‎ ; kata ganda: bunga-bungaan بوڠا-بوڠاءن‎) atau kembang (Jawi: ‏کمبڠ‎code: ms is deprecated ‎) ialah struktur pembiakan untuk tumbuh-tumbuhan dalam divisi Angiosperma.

Bunga mengandungi organ-organ yang menghasilkan biji-biji benih tumbuhan yang baharu melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan keturunan yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji ini.

Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga
Pelbagai jenis bunga
Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga
Bunga raya
Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga
Bunga Rudbeckia hirta dan kupu-kupu Vanessa cardui

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Peristilahan

Perkataan bunga dijejak daripada akar bahasa Proto-Austronesia *buŋa yang sama maksudnya. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk vony dalam bahasa Malagasi dan bungey dalam bahasa Rejang. Perkataan bunga turut dilanjutkan makna kepada corak atau tanda yang timbul dihasilkan sesuatu benda seperti bunga api.

Perkataan kembang dipinjamkan daripada kata Jawa: ꦏꦼꦩ꧀ꦧꦁ, translit. kembang.

Anatomi bunga

Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga menghasilkan dua jenis spora pembiakan, iaitu debunga (spora jantan) dan ovul (spora betina). Bagaimanapun, kedua-dua jenis spora ini berada bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang kelihatan seakan-akan kon) bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan megasporofil) yang merupakan bunga yang tipikal.

Bunga dianggap sebagai jenis daun yang terubah suai. Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya, sebuah struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai digelarkan pedikel, dan hujungnya mempunyai torus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga diatur dalam bentuk sepusar di sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut:

  • kalikskelopak yang luar; biasanya, ini berwarna hijau, tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam sebilangan spesies;
  • korola – semua ranggi; biasanya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk menarik serangga supaya dapat membantu proses pendebungan.
  • androesium (daripada bahasa Yunani andros oikia: rumah lelaki) – terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen, dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga. Debunga mengandungi gamet jantan.
  • ginesium (daripada bahasa Yunani gynaikos oikia: rumah perempuan) – terdiri daripada satu atau lebih pistil. Karpel ialah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga stigma, menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan.
Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga 
Tulip - androesium dan ginesium

Penyimpangan daripada pelan struktur yang tipikal

Walaupun struktur bunga yang dihujahkan diatas dianggap sebagai pelan struktur yang "tipikal", spesies-spesies tumbuhan menunjukkan kepelbagaiaan pengubahsuaian yang luas daripada pelan ini. Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini adalah penting dalam evolusi tumbuhan berbunga dan digunakan oleh ahli-ahli botani untuk mengasaskan hubungan antara spesies-spesies tumbuhan. Umpamanya, kedua-dua subkelas tumbuhan berbunga dapat dibezakan melalui bilangan organ bunga dalam setiap sepusar: dikotiledon biasanya mempunyai 4 atau 5 organ (atau angka kandungan 4 atau 5) dalam setiap sepusar, dan monokotiledon mempunyai tiga atau angka kandungan tiga. Sebatang pistil majmuk mungkin mempunyai hanya dua karpel, ataupun langsung tidak mempunyai kaitan dengan generalisasi monokot dan dikot yang dihuraikan di atas.

Dalam kebanyakan spesies, bunga-bunganya mempunyai kedua-dua pistil dan stamen seperti yang diperihalkan di atas. Bunga-bunga ini ditakrif oleh ahli-ahli botani sebagai sempurna, dwiseksual, atau hermafrodit. Bagaimanapun, dalam sebilangan spesies tumbuhan, bunganya tidak sempurna atau uniseks, iaitu mempunyai hanya bahagian jantan (stamen) atau betina (pistil). Dalam kes tersebut di mana sebuah tumbuhan adalah jantan atau betina, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan diesisme. Bagaimanapun, jika bunga jantan dan bunga betina bertumbuh dalam tumbuhan yang sama, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan monesisme.

Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga 
Tangkap padat untuk bunga Day lily yang menunjukkan enam stamen bersama-sama dengan stigma dan stil pistil

Sebilangan bunga mempunyai kedua-dua stamen dan pistil yang berupaya untuk penswasenyawaan. Sifat ini meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan biji tetapi mengehadkan kelainan genetik. Kes penswasenyawaan yang keterlaluan terjadi dalam bunga-bunga yang selalu mensenyawakan sendiri, seperti bunga dandelion. Sebaliknya, banyak spesies tumbuhan mempunyai jara untuk menghalangkan penswasenyawaan. Bunga jantan dan bunga betina dalam tumbuhan yang sama tidak akan muncul pada masa yang sama, atau debunga daripada pokok yang sama tidak berupaya mempersenyawakan ovul-ovulnya. Jenis bunga-bunga terakhir ini yang mempunyai penyekat kimia untuk debunga sendiri dirujuk sebagai "mandul sendiri" atau "tak serasi sendiri" (sila lihat: Keseksualan tumbuhan).

Perbincangan tambahan tentang pengubahsuaian bunga daripada pelan asas diberikan dalam rencana-rencana bagi setiap bahagian asas bunga. Bagi spesies-spesies yang mempunyai lebih daripada satu bunga pada paksinya, koleksi bunga itu diistilahkan sebagai jambak. Dari segi ini, perhatian mesti diambil untuk mempertimbangkan apakah itu "bunga". Umpamanya dalam istilah botani, sekuntum bunga daisi atau bunga matahari yang tunggal tidak dianggap sebagai sekuntum bunga, tetapi sebaliknya, sebagai kepala bunga — satu jambak terdiri daripada banyak "anak bunga" yang kecil (floret). Anatomi untuk setiap bunga kecil itu mungkin mengambil bentuk yang dihuraikan di atas.

Rumus bunga

Rumus bunga ialah cara untuk melambangkan struktur bunga melalui huruf, angka dan simbol yang khusus. Biasanya, rumus am digunakan untuk mewakili struktur bunga untuk sesuatu famili tumbuhan, dan bukannya untuk sesuatu spesies yang khusus. Perlambangan yang berikut telah digunakan:

      Ca = kaliks (sepusar kelopak; umpamanya Ca5 = 5 kelopak)
      Co = korola (sepusar ranggi; umpamanya Co3(x) = bilangan ranggi dalam angka kandungan tiga)
        Z = ditambahkan untuk bunga zigomorfi (umpamanya CoZ6 = zigomorfi dengan 6 ranggi)
      A = androesium (sepusar stamen; umpamanya A = banyak stamen)
      G = ginesium (karpel, umpamanya G1 = bermonokarpel)
      x - untuk mewakili "nombor boleh ubah"
      ∞ - untuk mewakili "banyak"

Rumus bunga akan kelihatan seperti berikut:

      Ca5Co5A10 - ∞G1

Banyak lagi simbol yang lain digunakan (sila lihat [1] Diarkibkan 2018-07-06 di Wayback Machine).

Fungsi bunga

Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga 
Butir-butir debunga pada stigma bunga lili

Fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Banyak bunga bergantung kepada angin untuk menggerakkan debunga antara bunga-bunga spesies yang sama. Ada juga yang bergantung kepada haiwan, khususnya serangga untuk berbuat demikian. Tempoh masa yang mana proses ini dapat dilakukan (iaitu bunga telah menjadi matang dan berfungsi) digelarkan antesis.

Banyak bunga dalam alam semula jadi telah berubah untuk menarik haiwan-haiwan untuk menyenyawakannnya. Pergerakan-pergerakan agen pendebungaan memberikan peluang untuk penggabungan semula genetik dalam populasi tumbuhan yang tersebar. Bunga yang didebungakan oleh serangga dinamakan bunga berentomofili (secara harfiah, "cinta akan serangga").

Bunga-bunga biasanya mempunyai kelenjar yang digelarkan nektarin pada berbagai-bagai bahagiannya untuk menarik haiwan-haiwan. Burung dan lebah merupakan pendebunga yang biasa: kedua-dua haiwan ini mempunyai penglihatan warna dan memilih bunga yang berwarna-warni. Sebilangan bunga mempunyai corak-corak yang dinamakan panduan madu bunga yang menunjukkan tempat madu bunga kepada pendebunga-pendebunga; corak-corak hanya dapat dilihat oleh kita di bawah cahaya ultraungu, tetapi corak-corak itu boleh dinampak oleh lebah-lebah dan sebilangan serangga yang lain.

Bunga-bunga juga menarik pendebunga-pendebunga melalui bau. Banyak bau adalah harum bagi kita, tetapi bukan kesemuanya. Sebilangan tumbuhan, seperti Rafflesia, bunga bangkai dan Asimina triloba didebungakan oleh lalat dan oleh itu menghasilkan bau busuk seperti daging yang basi. Bagaimanapun, pendebunga-pendebunga tertarik kepada tumbuhan, mungkin disebabkan hendak mencari madu bunga untuk makan. Penyusunan stamen memastikan bahawa butir-butir debunga dipindahkan kepada tubuh-tubuh pendebunga. Dalam pengumpulan madu bunga daripada banyak bunga dalam spesies yang sama, pendebunga memindahkan butir-butir debunga yang terlekat pada tubuhnya antara semua bunga yang dilawati.

Bunga-bunga untuk spesies yang lain diperdebungakan oleh angin (umpamanya rumput-rumput); oleh sebab bunga-bunga ini tidak perlu menarik pendebunga, bunganya tidak begitu menonjol. Bunga-bunga yang didebungakan oleh angin dirujuk sebagai bunga beranemofi. Sedangkan butir-butir bunga berentomofili cenderung bersifat besar, melekat, serta kaya dengan protein (lagi satu "faedah" untuk pendebunga), butir-butir debunga untuk bunga beranemofili biasanya kecil, amat ringan, dan tidak mempunyai banyak nilai pemakanan kepada serangga walaupun ia masih dikumpulkan semasa kekurangan makanan. Lebah madu dan lebah dengung mengumpulkan debunga jagung secara aktif, walaupun debunga ini tidak berguna kepada serangga-serangga itu.

Terdapat banyak kekeliruan tentang peranan bunga dalam alahan. Umpamanya, pokok Solidago (bahasa Inggeris: goldenrod) yang bersifat entomofili sering disalahkan untuk rinitis alergi, walaupun debunganya bukan debunga bawaan udara. Sebaliknya, alergen untuk penyakit itu biasanya ialah debunga Ambrosia (bahasa Inggeris: ragweed) yang bersifat anemofili dan dapat melayang-layang sehingga beberapa kilometer.



d love n

Bunga untuk berkebun dan hortikultur

Rencana utama dan rencana berkait: Hortikultur, dan Kategori:Bunga

Bunga dalam kehidupan harian

Pada masa yang moden ini, orang-orang telah menanam, membeli, memakai ataupun hanya mendekati bunga-bunga dan pokok-pokok yang sedang berbunga, sebahagiannya kerana bau bunga yang harum. Di seluruh dunia, penjual-penjual bunga menjual bunga untuk pelbagai kejadian dan majlis:

Bunga: Peristilahan, Anatomi bunga, Fungsi bunga 
"Stargazer", satu kacukan Lilium, amat wangi.
  • Untuk kelahiran atau pembaptisan
  • Sebagai korsaj atau bunga hiasan yang dipakai untuk majlis sosial atau untuk percutian
  • Sebagai bunga perkahwinan untuk majlis perkahwinan dan perhiasan dewan
  • Sebagai perhiasan untuk menerangi rumah
  • Sebagai hadiah pengingatan untuk majlis selamat jalan, parti selamat pulang, dan hadiah "rindu akan anda"
  • Sebagai bunga upacara pengebumian dan penyataan rasa simpati terhadap orang yang sedang berdukacita.

Penjual-penjual bergantung kepada serangkaian penanam komersil dan pengangkut untuk mendukung perdagangan ini. Untuk memperoleh bunga-bunga di luar musim negara sendiri, penjual bunga menghubungi pemborong dan pengimport yang mempunyai perhubungan langsung dengan penanam-penanam di negara lain untuk membekalkan bunga-bunga tersebut.

Bunga sebagai lambang

Banyak bunga mempunyai perlambangan yang penting dalam kebudayaan. Bidang untuk pemberian maksud kepada bunga-bunga dikenali sebagai floriografi. Sebilangan daripada contoh-contoh yang lebih biasa adalah seperti berikut:

  • Bunga ros diberikan sebagai simbol untuk cinta, kecantikan, dan keghairahan.
  • Bunga madat/popi ialah lambang untuk menyenangkan hati pada masa terdapat kematian. Di United Kingdom, Australia dan Kanada, bunga popi merah dipakai untuk memperingati askar-askar yang maut dalam peperangan.
  • Bunga iris/lili digunakan untuk pengebumian sebagai lambang untuk merujuk kepada "menghidupkan semula/hidup". Bunga-bunga ini juga dikaitkan kepada bintang-bintang (matahari) disebabkan kelopaknya yang kilat.
  • Bunga daisi ialah lambang untuk kesucian hati.

Bunga-bunga dalam seni biasanya melambangkan alat kelamin wanita, seperti yang dapat diperlihatkan dalam karya-karya ahli seni lukis seperti Georgia O'Keefe, Imogen Cunningham, dan Judy Chicago.

Galeri


Rujukan

Tags:

Bunga PeristilahanBunga Anatomi bungaBunga Fungsi bungaBunga untuk berkebun dan hortikulturBunga dalam kehidupan harianBunga sebagai lambangBunga GaleriBunga RujukanBunga Pautan luarBungaAngiospermaBijiBuahDivisi (botani)PembiakanTulisan JawiTumbuhan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Faizal HusseinAmy SearchMira FilzahBahasa ArabMelitha SidabutarAzizulhasni AwangCibaiPenanda wacanaJabatan Perangkaan MalaysiaOrang India MalaysiaNeelofaBank Negara MalaysiaPerodua KenariPuteri Sarah LiyanaKelapa sawitSyed Saddiq Syed Abdul RahmanHari GawaiCarles PuigdemontBuliAstro (syarikat)Zizan RazakBaju kurungKebudayaan MalaysiaDewan Rakyat MalaysiaPentadbiran Tentera British (Tanah Melayu)Jambatan Pulau PinangAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaIdealismeBaju MelayuTentera Udara Diraja MalaysiaNormah DamanhuriFarajSimpulan bahasaPersekutuan Tanah MelayuSenarai Sultan Empayar UthmaniyahBanjirHidroterapiAdnan bin SaidiFattah AminMahmud Ali BashahKanun KeseksaanSenarai Kementerian di MalaysiaBanjaran TitiwangsaOrang YahudiXXXTentacionIsteri-isteri Nabi MuhammadPerjanjian HudaibiyahCabang dan mazhab IslamTersuka Tanpa SengajaKesultanan Johor-RiauMelur Untuk Firdaus (musim 2)MyKadSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukI.D.Rujukan kehormatSerembanSabda KekasihTwitterSuka Menang, Karang Jaya, Musi RawasPerkahwinan menurut IslamDarjah kebesaran MelayuSultan PerakPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaKerajaan SalakanagaraKongkekDetektifJoe FlizzowNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaYuna RahimEyka FarhanaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMierul AimanTentera Darat MalaysiaAmin IdrisHukum Kanun MelakaAkta Dadah Berbahaya 1952Karbon dioksidaMalaysia🡆 More