Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (bahasa Inggeris: Universal Declaration of Human Rightscode: en is deprecated , UDHR) ialah satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (A/RES/217, 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris).
Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan Perhimpunan Agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke semua rakyat. Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa terdiri daripada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik dan dua Protokol Pilihannya. Pada tahun 1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci yang melengkapkan Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa; pada tahun 1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan negara individu yang mencukupi, maka Rang Undang-undang ini memegang kuasa perundangan antarabangsa.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Universal Declaration of Human Rights | |
---|---|
Tajuk asal | Universal Declaration of Human Rights |
Nama pendek | UDHR |
Jenis | Undang-Undang Adat Antarabangsa, declaration, statut, karya bertulis, non-binding resolution |
Bahasa asal | Negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Dibuat | 1948 |
Diterbitkan | 1940 di Paris |
Disahkan | 10 Disember 1948 |
Negara | negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Pengarang | John Peters Humphrey et al. |
Subjek | hak asasi manusia |
Tujuan | Hak asasi manusia |
Laman sesawang | |
http://www.un.org/en/documents/udhr/ | |
sunting · sunting di Wikidata |
Sebelum Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diisytiharkan, beberapa negara telah mengisytiharkan pengisytiharan yang seumpamanya, termasuk Undang-undang Hak Asasi England, Undang-undang Hak Asasi di Amerika Syarikat, dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Warganegara di Perancis.
Oleh sebab kekejaman yang dilakukan Jerman Nazi semakin jelas selepas Perang Dunia Kedua, maka masyarakat sejagat bersependapat bahawa Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tidak cukup mendefinasikan hak-hak asasi yang dimaksudkannya[perlu rujukan], maka timbulnya keperluan untuk satu perisytiharan sejagat yang menerangkan secara terperinci hak-hak individu. John Peters Humphrey dari Kanada diundang oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengerjakan projek ini lalu menjadi menggubal utama Perisytiharan. Humphrey dibantu oleh Eleanor Roosevelt dari Amerika Syarikat, Jacques Maritain dan René Cassin dari Perancis, Charles Malik dari Lubnan, P. C. Chang dari Republik China, dan lain-lain. Perisytiharan ini diratifikasi ketika Perhimpunan Agung pada 10 Disember 1948 melalui undian 48 setuju, 0 tidak setuju, serta 8 pengecualian (semua negara Blok Soviet, Afrika Selatan dan Arab Saudi). Sungguhpun peranan utama yang dimainakn oleh warga Kanada tersebut, namun Kerajaan Kanada mula-mulanya mengecualikan diri daripada mengundi mengenai draf Perisytiharan, tetapi kemudian mengundi untuk menyokong draf muktamadnya di Perhimpunan Agung.
Dokumen ini dibentangkan mengikut tradisi undang-undang awam, termasuk satu mukadimah diikuti 30 artikel. Dokumen ini dijadikan sebagai satu kenyataan objektif-objektif yang perlu diikuti kerajaan-kerajaan sedunia. Sebilangan peguam antarabangsa percaya bahawa Deklarasi ini membentuk sebahagian undang-undang antarabangsa adat setta menjadi alatan yang berkuasa dalam menggunakan tekanan diplomatik dan moral terhadap mana-mana kerajaan yang mencabuli mana-mana artikelnya. Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1968 memberikan nasihat agar perisytiharan ini "membentuk satu kewajipan untuk ahli-ahli masyarakat antarabangsa" kepada semua orang. Perisytiharan ini telah berfungsi sebagai asas untuk dua waad hak asasi manusia PBB tanpa ikatan yang asal, iaitu Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Sehingga masa ini, perisytiharan ini masih dipuji oleh para akademik, penyokong, dan mahkamah-mahkamah perlembagaan.
Walaubagaimanapun, deklarasi ini mendapat kritikan hebat dari Bangsa Bangsa Bersatu kerana banyak memihak kepada perundangan Syariah tanpa menghiraukan hak mereka yang bukan Islam
10. Brems, E (2001). "Islamic Declarations of Human Rights". Human rights: universality and diversity: Volume 66 of International studies in human rights. Martinus Nijhoff Publishers. pp. 241–84. ISBN 90-411-1618-4.
11. Kazemi, F (2002). "Perspectives on Islam and Civil Society". In Hashmi SH (ed.). Islamic Political Ethics: Civil Society, Pluralism and Conflict. Princeton University Press. p. 50. ISBN 0-691-11310-6.
12. https://web.archive.org/web/20081031135736/http://www.iheu.org/node/3162
13. Paul Kurtz, Austin Dacey, and Tom Flynn. "Defaming Human Rights". Free Inquiry. February/March 2009, Vol. 29, No. 2.
Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.