Paris

Paris (Sebutan bahasa Perancis: , sebutan bahasa Inggeris: /ˈpærɨs/) ialah ibu negara Perancis dan juga ibu kota negeri Île-de-France (juga dikenali sebagai Kawasan Paris).

Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 12.2 juta penduduk (2013). Paris ialah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.

Paris
ڤاريس
Ibu negara Perancis, komun dan departmen
Paris
Paris
Paris
Nama panggilan: Kota Bercahaya,
Kota Cinta Abadi
Cogan kata: Fluctuat nec mergitur (Bahasa Latin)
"Dilambung ombak, dia tidak karam"
NegaraPerancis Perancis
KawasanÎle-de-France
Pentadbiran
 • Datuk BandarAnne Hidalgo
Keluasan
 • Jumlah105 km2 (41 batu persegi)
Penduduk
 (2013)
 • Jumlah2,229,621
Zon waktuUTC+1
 • Musim panas (DST)UTC+2
Laman sesawanghttp://en.parisinfo.com/

Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.

Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére oleh pelancong asing (dalam Bahasa Perancis).

Asal-usul nama

Penduduk Paris dikenali dengan nama Parisians dalam Bahasa Inggeris dan Parisiens dalam Bahasa Perancis ([paʁizjɛ̃]  (Paris  dengar)). Nama ibu kota ini berasal daripada nama sekumpulan puak Gaul yang dikenali sebagai Parisii.:247 Ketika abad pertama hingga keenam, sewaktu Paris berada di bawah jajahan Rom, Paris telah diberi nama Lutetia atau nama penuhnya Lutetia Parisiorum, tetapi kembali pada nama asalnya di bawah pemerintahan Julian the Apostate (361-363 Masihi).

Demografi

Penduduk Bandar Paris ialah 2,125,246 pada satu bancian pada 1999. Bandar Paris merupakan tempat ketiga dari segi kawasan yang paling padat dengan penduduk di Barat, selepas Manhattan di New York City.

Kawasan Paris ialah salah satu kawasan di Eropah yang mempunyai penduduk paling banyak dari segi kepelbagaian budaya, dengan 19.4% daripada penduduknya dilahirkan diluar Perancis. Daripada satu tinjauan pada 1999, 4.2% penduduk Paris merupakan pendatang yang majoritinya dari China dan Afrika.

Geografi

Bandar Paris mempunyai keluasan 105.398 km² (26,044 ekar). Jika ditolak taman Bois de Boulogne dan Bois de Vincennes di pinggirannya, luas sebenar bandar itu cuma 86.928 km² (21,480 ekar).

Paris terletak di belokan Sungai Seine menuju utara dan terdiri dari dua pulau, Île Saint-Louis dan Île de la Cité, yang membentuk bagian tertua kota. Secara keseluruhan, kota ini adalah rata dengan titik terendah Paris terletak pada 35 meter (114 kaki) di atas permukaan laut. Paris memiliki beberapa bukit degan puncak tertinggi yang tertingi adalah Montmartre di kedudukan 130 meter (426 kaki).:153

Iklim

Paris memiliki iklim lautan dan dipengaruhi Arus Atlantik Utara. Kota ini memiliki iklim sederhana dan jarang mengalami suhu yang tinggi atau rendah. Purata suhu tinggi tahunan ialah sekitar 15 °C (59 °F), dan purata suhu rendah tahunan pula sekitar 7 °C (45 °F). Suhu tertinggi yang pernah tercatat direkodkan di Paris pada 25 Julai 2019 dengan nilai 42.6 °C (104.7 °F) manakala suhu terendah pula ialah -23.9 °C (-11.0 °F) yang tercatat pada 10 Desember 1879.

Data iklim untuk Paris (Parc Montsouris), ketinggian: 75 m atau 246 ka, purata 1981–2010, ekstrem 1872–kini
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 16.1
(61.0)
21.4
(70.5)
25.7
(78.3)
30.2
(86.4)
34.8
(94.6)
37.6
(99.7)
42.6
(108.7)
39.5
(103.1)
36.2
(97.2)
28.9
(84.0)
21.6
(70.9)
17.1
(62.8)
42.6
(108.7)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 7.2
(45.0)
8.3
(46.9)
12.2
(54.0)
15.6
(60.1)
19.6
(67.3)
22.7
(72.9)
25.2
(77.4)
25.0
(77.0)
21.1
(70.0)
16.3
(61.3)
10.8
(51.4)
7.5
(45.5)
16.0
(60.8)
Purata suhu harian, °C (°F) 4.9
(40.8)
5.6
(42.1)
8.8
(47.8)
11.5
(52.7)
15.2
(59.4)
18.3
(64.9)
20.5
(68.9)
20.3
(68.5)
16.9
(62.4)
13.0
(55.4)
8.3
(46.9)
5.5
(41.9)
12.4
(54.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 2.7
(36.9)
2.8
(37.0)
5.3
(41.5)
7.3
(45.1)
10.9
(51.6)
13.8
(56.8)
15.8
(60.4)
15.7
(60.3)
12.7
(54.9)
9.6
(49.3)
5.8
(42.4)
3.4
(38.1)
8.8
(47.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −14.6
(5.7)
−14.7
(5.5)
−9.1
(15.6)
−3.5
(25.7)
−0.1
(31.8)
3.1
(37.6)
2.7
(36.9)
6.3
(43.3)
1.8
(35.2)
−3.8
(25.2)
−14.0
(6.8)
−23.9
(−11.0)
−23.9
(−11.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 51.0
(2.01)
41.2
(1.62)
47.6
(1.87)
51.8
(2.04)
63.2
(2.49)
49.6
(1.95)
62.3
(2.45)
52.7
(2.07)
47.6
(1.87)
61.5
(2.42)
51.1
(2.01)
57.8
(2.28)
637.4
(25.09)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 9.9 9.0 10.6 9.3 9.8 8.4 8.1 7.7 7.8 9.6 10.0 10.9 111.1
Purata bilangan hari salji 3.0 3.9 1.6 0.6 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.7 2.1 11.9
Purata kelembapan relatif (%) 83 78 73 69 70 69 68 71 76 82 84 84 76
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 62.5 79.2 128.9 166.0 193.8 202.1 212.2 212.1 167.9 117.8 67.7 51.4 1,661.6
Peratus mungkin sinaran matahari 22 28 35 39 42 42 43 49 43 35 26 21 35
Sumber 1: Meteo France, Infoclimat.fr (kelembapan relatif 1961–1990)
Sumber 2: Weather Atlas (peratus cahaya Matahari)

Politik

Hubungan antarabangsa

Secara rasminya, Paris hanya mempunyai satu bandar kembar iaitu Rom di Itali sejak 9 April 1956. Selain itu, Paris memiliki hubungan persahabatan dengan bandar-bandar berikut:

Ekonomi

Paris ialah pusat utama ekonomi Perancis dan menyumbang sejumlah 30% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Anggaran rasmi pada 2013 menetapkan KDNK nominal Paris pada AS$688 bilion. Secara keseluruhan, ekonomi Paris banyak berdasarkan bidang perkhidmatan dan kewangan; 80.6% syarikat di Paris tergolong dalam sektor-sektor ini.

Paris serta tiga departmen bersebelahan (Paris Raya) menerima 24.5 juta orang pelancong pada 2018, termasuk 11.2 juta orang pelancong domestik. Laporan Euromonitor meletakkan Paris sebagai destinasi pengangkutan udara kedua tersibuk dunia selepas Bangkok. Kira-kira 393,008 orang pekerja di Paris Raya bekerka dalam sektor pelancongan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Paris Asal-usul namaParis DemografiParis GeografiParis PolitikParis EkonomiParis RujukanParis Pautan luarParisEropahIbu negaraKesatuan EropahLondonMoscowPerancisWikipedia:IPA untuk bahasa PerancisÎle-de-France

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nombor telefon di MalaysiaPiala ThomasRinggitUpin & IpinNabi Ibrahim a.s.Aziz SattarPembentukan MalaysiaKecerdasan buatanAhmad Zahid HamidiNitrogenBumiputera di SabahSejarah SingapuraAdnan bin SaidiNadhir NasarMierul AimanSelangorSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarHidroterapiPitt HanifSultan Muhammad VAaron AzizTerengganuJosiah HoganKomunikasiPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Tanam paksaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahNegarakuDewan Bahasa dan PustakaYang di-Pertuan Agong1XPDCBola sepakAbdullah bin Ahmad BadawiAstro ShawKhairulamingHantu Kak LimahPemboleh ubahFattah AminMusa HassanTauhidKL Special ForceNazim OthmanMohd Ghazali Che MatSultan Nazrin Muizzuddin ShahMyKadRangka manusiaIbanSabronzoAndai Itu TakdirnyaInflasiParti Rakyat India MalaysiaSekolah Dato' Abdul RazakSungai PetaniRiena DianaSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakAliff Syukri KamarzamanErry PutraTuanku Ja’afarMelur Untuk FirdausMalang Si PuteriDatuk (gelaran)Tok JanggutTunku Abdul RahmanMenara Berkembar PetronasSenarai model kereta ProtonKhadijah binti KhuwailidUmar bin Al-KhattabBangunan Sultan Abdul SamadSenarai kaum di MalaysiaKedahPeroduaAmy SearchShah AlamSejarah MalaysiaRita Nadira🡆 More