Kemanusiaan

Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi dan bukan empirik sains semula jadi.

Bidang kemanusiaan termasuklah kajian bahasa, kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas (termasuk muzik). Bidang antropologi, kajian kawasan, komunikasi, kajian budaya dikatakan bidang sains sosial yang bertindih dengan ilmu kemanusiaan.

Bidang lain termasuklah teologi, undang-undang, psikologi, filologi, retorik dan sebagainya.

Bidang

Kemanusiaan 
Homer, seorang ahli klasik Yunani

Klasik

Dalam tradisi akademik Barat, kajian klasik merujuk kepada kajian budaya tamadun Yunani purba dan Rom purba. Klasik pernah merupakan bidang utama dalam kemanusiaan, tetapi tidak lagi dianggap begitu penting menjelang abad ke-20. Pengaruh falsafah dan kesusasteraan dalam kemanusiaan masih mendalam.

Dari segi pandangan dunia, kajian klasik merujuk kepada karya asas budaya tamadun utama di dunia. Contohnya, kajian Kitab Veda, Upanishad dari Tamadun India, karya Laozi dan Zhuangzi dari Tamadun China, Kod Hammurabi dan Epik Gilgamesh dari Tamadun Mesopotamia, serta Buku Mati Mesir.

Kemanusiaan 
Gambaran perpustakaan Iskandariah.

Sejarah

Sejarah merupakan maklumat peristiwa masa silam yang dikumpulkan secara sistematik. Kajian sejarah pula merujuk kepada catatan manusia, keluarga dan masyarakat. Pengetahuan sejarah merangkumi pengetahuan tentang peristiwa masa silam, dan kemahiran berfikir sejarah.

Kebelakangan ini, sejarah sering dikelaskan sebagai sains sosial, asing daripada kemanusiaan.

Kemanusiaan 
Buku lama di perpustakaan Merton College, England

Bahasa dan kesusasteraan

Bahasa dan kesusasteraan merupakan tulang belakang kajian kemanusiaan moden. (Linguistik dikelaskan sebagai sains sosial) Kesusasteraan merupakan kegunaan bahasa dalam pelbagai bentuk, termasuk prosa (seperti novel), puisi dan drama. Kajian sesuatu bahasa dalam peringkat pengajian tinggi biasanya meliputi kajian karya kesusasteraan yang penting dalam bahsa itu, di samping aspek bahasa itu (seperti tatabahasa, perbendaharaan kata).

Kemanusiaan 
Gambaran seorang dewa Mesopotamia menyampaikan kod undang-undang kepada Hammurabi

Undang-undang

Undang-undang merupakan sesuatu peraturan yang dikuatkuasakan melalui insitusi tertentu. Kajian undang-undang merupakan petembungan antara sains sosial dan kemanusiaan, mengikut penyelidikan terhadap objektif dan kesan kajian itu. Undang-undang tidak semestinya dikuatkuasakan, terutamanya dalam konteks hubungan antarabangsa.

Takrifannya berbeza-beza, "sistem peraturan", "konsep tafsiran" untuk mencapai keadilan, "kuasa" untuk menjaga kepentingan orang ramai, ataupun "kekuasaan daulat, disokong oleh ancaman atau ugutan hukuman". Sebenarnya, undang-undang merangkumi pelbagai perkara: politik, kerana ia digubal oleh ahli politik; falsafah, kerana dibentuk daripada pengaruh moral dan etika; sejarah, kerana statut, undang-undang kes dan pengekodan direkod mengikut masa; ilmu ekonomi; kerana peraturan kontrak, tort, undang-undang harta, undang-undang buruh dan undang-undang syarikat mempengaruhi pengagihan kekayaan.

Kemanusiaan 
Konsert di Mozartuem, Salzburg.

Seni pentas

Seni pentas atau seni lakon adalah berbeza daripada seni visual, kerana seni pentas melibatkan seniman yang menggunakan mukanya, tubuh badannya atau kehadirannya sebagai medium persembahan. Contoh seni pentas termasuk akrobatik, komedi, tarian, silap mata, muzik, opera, filem atau wayang, seni kawad dan teater.

Ahli seni, atau artis yang terlibat dalam seni ini termasuk pelakon, ahli komedi, penari, pemuzik dan penyanyi. Seni pentas juga memerlukan bidang lain yang berkenaan, seperti penggubahan lagu dan kraf pentas. Artis juga mengubah rupa mereka melalui kostum, persolekan pentas dan lain-lain.

Kemanusiaan 
Ibn Rushd, seorang ahli falsafah Andalusia-Arab yang dianggap sebagai bapa sekularisme di Eropah Barat.

Falsafah

Falsafah berasal daripada minat para cendekiawan Yunani purba terhadap kebijaksanaan. Falsafah mempersoalkan hidup, kewujudan dan penaakulan. Ia merupakan antara kajian terlama di dunia, dan bercabang kepada kajian lain, iaitu fizik dan abad ke-16, dan psikologi pada abad ke-19.

Agama

Agama dan kepercayaan dipercayai wujud sejak Zaman Neolitik. Pada masa itu, penduduk memuja dewa-dewi serta benda-benda alngit seperti matahari dan bulan. Pada abad ke-6 SM, agama baru telah wujud di Timur dan Barat, iaitu agama Hindu dan Buddha di India, agama Majusi di Parsi, Taoisme dan Confucianisme di China, serta tradisi falsafah Yunani purba yang berasal daripada karya PLato dan Aristotle.

Tiga agama monoteistik utama, agama Yahudi, Kristian dan Islam berasal daripada Abraham (1900 SM). Hidup Abraham diceritakan dalam kitab Torah/Perjanjian Lama dalam Bible serta kitab al-Quran.

Kemanusiaan 
Catan ternama, Mona Lisa.

Seni visual

Lukisan merupakan penghasilan sesuatu imej, dengan menggunakan pelbagai alat dan teknik. Alat termasuklah pensel, dakwat dan pen, berus, pensel warna, krayon, arang, pastel dan pen penanda, manakala teknik merangkumi lukisan garisan, lorekan cakaran, adunan dan lain-lain.

Catan pula merujuk kepada penggunaan pigmen untuk menghasilkan imej di atas satu permukaan, iaitu kertas, kanvas atau dinding. Catan memerlukan warna.

Sejarah kemanusiaan

Kemanusiaan bermula di Yunani purba, sebagai pendidikan asas bagi warganegara. Pada zaman Empayar Rom pula, munculnya konsep tujuh sastera liberal, iaitu tatabahasa, retorik, logik, aritmetik, geometri, astronomia (astronomi dan astrologi) dan muzik.

Pada Zaman Pembaharuan, bidang kemanusiaan mula dikenali sebagai bidang yang dikaji, dan bukan dipraktikkan, dan fokus masyarakat berubah dari bidang tradisional ke bidang baru seperti sejarah dan kesusasteraan. Pada abad ke-20, ilmu kemanusiaan dcabar oleh gerakan postmodenisme, yang cuba mengubah prinsip-prinsip kemanusiaan supaya menjamin persamaan taraf antara manusia yang sesuai untuk masyarakat demokratik.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kemanusiaan BidangKemanusiaan Sejarah kemanusiaanKemanusiaan Lihat jugaKemanusiaan RujukanKemanusiaan Pautan luarKemanusiaanAgamaAnalisisAntropologiBahasaFalsafahKesusasteraanKomunikasiManusiaMuzikSainsSejarahSeni visual

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari Kebangsaan MalaysiaDarjah kebesaran negeri TerengganuDini SchatzmannMark AdamLee Kee HiongRuhainiesMazlan AlimanDa Di DuAhmad Zahid HamidiPiala Asia B-23 AFC 2018Frekuensi radio di KedahFuckMelitha SidabutarPuncak AlamZizan RazakBuah pelagaZainol MacWilsonQistina KhaledPulau RedangNusantaraEtnik MelayuSharnaaz AhmadSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiProton PrevéEmelda RosmilaAdat resam kahwin MelayuCik ManggisMasjid Sri SendayanDataran MerdekaSabrina AliBumiputera di SabahKongkekLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaJeslina HashimAaron AzizSyahadahDidi AstillahLapangan Terbang Sultan Ismail PetraSoffi JikanRatu SofyaHari PekerjaLuruhnya Bunga CintaSingapura Dilanggar TodakImam MahdiProton Holdings BerhadSenarai SBP di MalaysiaFrom Saga With LoveMas Ermieyati SamsudinRita RudainiTom (penyanyi)Polis EVO 3Hot FMMimi LanaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaErry PutraSunan MuriaPembentukan MalaysiaAndai Itu TakdirnyaKuala KangsarNabila RazaliQarinNabi Musa a.s.SusukHamidin Mohd AminJam 24 jamTakdir Itu Milik AkuFrekuensi radio di TerengganuDollaPilihan raya umum Malaysia 2022Zambry Abdul KadirFahmi FadzilMyKadBahasa MelayuTentera Laut Diraja MalaysiaKodi RasheedJabatan Kastam Diraja MalaysiaJudi🡆 More