Aristoteles: Filsuf Yunani Kuno

Aristoteles (Yunani: Αριστοτέλης, rumi: Aristotelēscode: el is deprecated , bahasa Inggeris: Aristotlecode: en is deprecated , Arab: أَرِسْطُو‎, rumi: Ārisṭūcode: ar is deprecated atau أَرِسْطُوطَالِيس‎code: ar is deprecated Ārisṭūṭālīs dimelayukan sebagai Arsatalis; 384–322 SM) adalah seorang ahli falsafah dan polimatik Yunani semasa zaman Klasik di Yunani Kuno.

Beliau didikan Plato pengasas Lykeion, sekolah falsafah Peripatetik, dan kebudayaan aristoteles. Penulisannya merangkumi banyak subjek termasuk fizik, biologi, zoologi, metafizik, logik, etika, estetika, puisi, teater, muzik, retorik, psikologi, linguistik, ekonomi, politik, dan pemerintahan. Aristoteles memberikan sintesis kompleks dari pelbagai falsafah yang ada sebelumnya. Di atas semua ajarannya, Barat mewarisi leksikon intelektualnya, serta masalah dan kaedah penyelidikan. Hasilnya, falsafahnya memberikan pengaruh yang unik pada hampir semua bentuk pengetahuan di Barat dan terus menjadi subjek perbincangan falsafah kontemporari.

Aristotélēs
Ἀριστοτέλης
Aristoteles: Mukadimah, Nota, Rujukan
Salinan Romawi (dalam marmer) dari perunggu Yunani patung dada Aristoteles oleh Lysippos (s. 330 SM), dengan mantel pualam modern.
Kelahiran384 SM Stagira, Chalcidice
Meninggal dunia322 SM (umur 61 atau 62) Euboea
EraFilsafat kuno
FalsafahFilsuf barat
SekolahSekolah Peripatetik
Aristotelianisme
Kepentingan utama
Fisika
Metafisika
Puisi
Teater
Musik
Retorika
Politik
Pemerintahan
Etika
Biologi
Zoologi
Idea cemerlang
Golden mean
Logika
Silogisme
Dipengaruhi
Mempengaruhi

Mukadimah

Tiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).

Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rasionalisme.

Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.

Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetika, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.

Nota

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Aristoteles, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Aristoteles MukadimahAristoteles NotaAristoteles RujukanAristoteles Pautan luarAristotelesAhli falsafahBahasa ArabBahasa MelayuBahasa YunaniBahasa bahasa InggerisBiologiEkonomiEstetikaEtikaLeksikonLinguistikLogikMetafizikMuzikPlatoPolitikPsikologiRetorikTeaterYunani KlasikYunani KunoZoologi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nombor telefon di MalaysiaMatlamat Pembangunan MampanSalahuddin al-AyyubiBuah pelaga7 Hari Mencintaiku (musim 3)SyiahEllie SuriatyNasi himpitAl-QuranUjian dadahCapricePilihan raya umum Malaysia 2022Aliff Syukri KamarzamanJep SepahtuJohor Darul Ta'zim F.C.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPasukan Khas UdaraGombakPanglima Angkatan TenteraErry PutraSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Tuanku Zara Salim1GoogleIsteri HalalZizan RazakUthman bin AffanRukun IslamLaura AnnaHantu Kak Limah Balik RumahLiberalismeNabi Nuh a.s.Vanny RossyaneKota BharuNelydia SenroseKhir RahmanSalomaPenanda wacanaHulu Selangor (kawasan persekutuan)FarajAliff AzizCinta FatamorganaMuhammad al-FatihSenarai Kementerian di MalaysiaHady MirzaDollaAhli Sunah WaljamaahSekali Lagi Cinta KembaliAbdul Taib MahmudUnifi TVHadha min fadhle RabbiYasmin NapperMedia sosialFarid KamilJabatan Perangkaan MalaysiaMalariaSalasilah keturunan Nabi MuhammadMasjid Sri SendayanWan RajaNur FazuraTravelokaJabatan Akauntan NegaraTelefon bimbitAnwar IbrahimShaharuddin ThambyTulisan JawiBahasa CinaMega Movie (Slot TV3)KlangRiena DianaAbdul Rahim Mohd NoorSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarKhunsa (siri TV)Fadhlina SidekOktovia Manrose🡆 More