Thomas Aquinas

Tommaso d'Aquino (1225 - 7 Mac 1274), juga dikenali sebagai Thomas Aquinas, ialah rahib Dominikan Itali dan paderi Katolik yang merupakan seorang ahli falsafah, ahli teologi dan ahli undang-undang yang amat berpengaruh dalam tradisi kecendekiawanan (scholasticisme).

Thomas Aquinas
Super Physicam Aristotelis, 1595

Ringkasan hidup

Beliau juga dikenali sebagai "Doktor Angelicus" dan "Doktor Communis". Beliau dikatakan sebagai sarjana undang-undang Barat zaman pertengahan dan ahli agama paling berpengaruh. Nama "Aquinas" menunjukkan asal-usul nenek moyang beliau dari daerah Aquino (sekarang wilayah Lazio), kawasan di mana keluarganya memegang tanah sehingga 1137.

Beliau mengkaji falsafah dan teologi dan mendapat pendidikan awal di biara Benedictine di Monte Cassino. Aquinas menghadiri Universiti Naples, dan mendapat nama jolokan "lembu bodoh" kerana tingkah lakunya yang perlahan, meskipun beliau seorang yang berbakat dalam retorik, logik dan sains semula jadi. Menjelang 1240, beliau tertarik dengan kehidupan agama dan memutuskan untuk menjadi rahib Dominikan.

Aquinas merupakan seorang ahli teologi yang mengutarakan Hujah Kosmologi. Bukunya yang paling terkenal ialah Summa Theologica dan Summa Contra Gentiles. Beliau terkenal dengan hasil kerja dalam undang-undang Semula Jadi iaitu kepercayaan bahawa 'undang-undang semula jadi' diperoleh disebabkan menjadi manusia. Contoh undang-undang ini ialah hak asasi manusia. Beliau turut merupakan pelopor kepada aliran Thomisme yang menghujahkan bahawa taakulan itu wujud di sisi Tuhan.

Thomas Aquinas dipandang sebagai salah satu filsuf dan ahli teologi terbesar dalam Gereja Katolik Rom. Paus Benedictus XV menyatakan: "mazhab (Dominikan) ini ... memperoleh kemasyhuran baru ketika Gereja menyatakan ajaran Thomas sebagai ajaran Gereja sendiri dan sang Doktor, yang dihormati dengan pujian-pujian khusus dari para Paus, [adalah] guru dan pelindung sekolah-sekolah Katolik." Anthony Kenny turut melihat beliau sebagai "salah satu daripada filsuf terhebat dalam dunia Barat".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SarafRemy IshakOktovia ManroseJam 24 jamMimi LanaKera bekantanSolehahKhairulamingAbang Long FadilGombakSoffi JikanKamal AdliTuanku Abdul RahmanAtikah SuhaimeBunga rayaPulau PinangAb Rauf YusohOrang Melayu IndonesiaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahAzan dan iqamatKumpulan Rock MalaysiaDaerah di SabahMohd Shuhaily Mohd ZainZiana ZainWan RajaDa Di DuBola tamparZizan RazakPuteri KhareezaSearch (kugiran)Julia RaisAwieSabrina AliSekali Lagi Cinta KembaliAngkatan Tentera MalaysiaSultan SelangorLapisan rangkaianNoniswaraMenara Berkembar PetronasTentera Laut Diraja MalaysiaProton SagaZaki AzemanSolat jamakPulau TiomanPerodua KancilLimau nipisBahasa MaduraMatahariKuala Kubu BharuSolatSkizofreniaSazali SamadAmar BaharinLelaki ItuZambry Abdul KadirZUS CoffeeErick ThohirGabenor Bank Negara MalaysiaPerang Dunia PertamaAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Proton SatriaZaman air batuNombor telefon di MalaysiaAnna JoblingSiti Khadijah HalimJohan GhazaliAlicia AminOrang BanjarSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahFarajThe GadysHalim RadziKedahPutri JannahSejarah al-QuranGen1es🡆 More