Salam Maria

Salam Maria, atau dalam bahasa Latin Ave Maria, ialah doa tradisional Katolik kepada Maria, bunda Yesus untuk memohonkan perantaraannya.

Doa ini digunakan di kalangan Gereja Katolik Rom dan merupakan dasar dari doa rosario. Selain itu, Salam Maria juga digunakan oleh Gereja Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental, serta pelbagai kumpulan lainnya dalam tradisi Katolik, termasuk Anglikan, Katolik Bebas dan Katolik Lama. Sebahagian denominasi Protestan juga menggunakan doa ini. Kebanyakan dari teks Salam Maria dapat ditemukan dalam Injil Lukas.

Salam Maria
Pirografi Bunda Maria

Sumber-sumber Alkitab

Doa ini menggabungkan dua naskah dari Injil Lukas: "Salam Maria, penuh rahmat,Tuhan sertamu; terpujilah engkau di antara wanita" (Lukas 1:28) dan "terpujilah engkau di antara wanita, dan terpujilah buah tubuhmu, Yesus." (Lukas 1:42)

Di Eropah Barat pada pertengahan abad ke-13, doa ini hanya terdiri dari kata-kata ini dengan penambahan nama "Maria" selepas kata "Salam", seperti yang jelas terlihat dari tafsiran St. Thomas Aquinas tentang doa ini.

Dalam tradisi Katolik Rom

 

Doa Umum di Malaysia

    Salam Maria, penuh rahmat,
    Tuhan sertamu;
    terpujilah engkau di antara wanita,
    dan terpujilah buah tubuhmu, Yesus.
    Santa Maria, Bunda Allah,
    doakanlah kami yang berdosa ini
    sekarang dan waktu kami mati
    Amin.

Bahasa Melayu

    Salam Maria,
    diberkati Rahmat
    Tuhan menyertai engkau.
    Berbahagialah kamu antara semua wanita
    Berbahagialah anak yang akan kamu kandungkan itu.
    Santa Maria,
    Ibu Tuhan,
    Doakanlah kami para pendosa ini
    Sekarang dan sehingga kami meninggal.
    Amin.

Bahasa Latin

    Ave Maria, gratia plena,
    Dominus tecum,
    benedicta tu in mulieribus,
    et benedictus fructus ventris tui, Iesus.
    Sancta Maria, Mater Dei,
    ora pro nobis peccatoribus, nunc, et in hora mortis nostrae.
    Amen

Bahasa inggris

    Hail Mary, full of Grace,
    The Lord is with thee;
    Blessed art thou among women,
    and blessed is the fruit
    of thy womb, Jesus.
    Holy Mary, Mother of God,
    pray for us sinners,
    now and at the hour of our death.
    Amen.

Dalam tradisi Ortodoks Timur, Koptik, dan Katolik Timur

    Salam ya perawan Theotokos, Maria, penuh rahmat, Θεοτόκε Παρθένε, χαῖρε, κεχαριτωμένη Μαρία, (Theotoke parthene, khaire, kekharitomeni Maria)



    Tuhan sertamu;ὁ Κύριος μετὰ σοῦ. (o Kyrios meta sou)



    terpujilah engkau di antara wanita,εὐλογημένη σὺ ἐν γυναιξί, (evloghimeni sy en ghynaixi)



    dan terpujilah Buah tubuhmu.καὶ εὐλογημένος ὁ καρπὸς τῆς κοιλίας σου



    , (kai evloghimenos o karpos tis koilias sou)
    Kerana engkau telah melahirkan Sang Juruselamatὅτι Σωτῆρα ἔτεκες (oti Sotira etekes)



    Bagi jiwa kami.τῶν ψυχῶν ἡμῶν



    . (tan psykhonimon)

Lihat pula

  • Devosi Maria
  • Gita puja kepada Maria
  • Mariologi
  • Tiga Salam Maria

Rujukan

 

Tags:

Salam Maria Sumber-sumber AlkitabSalam Maria Dalam tradisi Katolik RomSalam Maria Dalam tradisi Ortodoks Timur, Koptik, dan Katolik TimurSalam Maria Lihat pulaSalam Maria RujukanSalam MariaAnglikanismeBahasa LatinGereja KatolikGereja Ortodoks OrientalGereja Ortodoks TimurInjil LukasJesus ChristMaryamProtestan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

17 PuasaPutri JannahBoBoiBoyNegeri SembilanSenarai Yang di-Pertuan AgongRita RudainiSyed Mohd Yusof Syed NasirKesultanan Melayu MelakaUndang-undang MalaysiaKristianNasi kandarGerhana matahariKK Super MartHong KongMat KilauNgabuburitZUS CoffeePenyelenggaraanKedah TuaEyka FarhanaAzhan RaniThailandRakaatToyota AgyaNabi Sulaiman a.s.Sultan Iskandar ibni Sultan IsmailPerodua MyViKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaZakar manusiaPerang PadriI.D.SarawakKerajaan Bani AbbasiyahRumah teresPetronasSugionoHamzah bin Abdul MuttalibUmar bin Al-KhattabDasar Ekonomi BaruAsbab al-nuzulSejarah MalaysiaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaUniversiti Putra MalaysiaSyiahSultanah ZanariahBatu Bersurat TerengganuRiena DianaPitt HanifSenarai haiwanHadha min fadhle RabbiSepahtu Reunion LiveAzan dan iqamatChacha MaembongRoslan SalehBani IsraelIpohBaju kebayaPeroduaPuteri Sarah LiyanaMinal 'Aidin wal-FaizinOrang Cina MalaysiaMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakImaginurMy Lovely DriverSemenanjung MalaysiaFadhli MasootJuzPrivate BodyguardEnglandSenarai Kementerian di MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaKhairulamingAedy AshrafM.O.BSSC NapoliSurah Al-QadrRoti johnRadio Televisyen Malaysia🡆 More