Ptolemy

Klaudios Ptolemaios (bahasa Yunani: Κλαύδιος Πτολεμαῖος, bahasa Latin: Claudius Ptolemaeus) atau ringkasnya Ptolemaios (bahasa Yunani: Πτολεμαῖος, bahasa Inggeris: Ptolemy; kk.

    Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Ptolemaios

90 M – kk. 168M) adalah ahli geografi, ahli astronomi dan ahli astrologi berbangsa Yunani yang pernah duduk di Iskandariah, provinsi Mesir dalam empayar Rom.

Ptolemaios
Πτολεμαῖος
Ptolemaeus
Ptolemy
Ptolemy
Imaganisi artis akan wajah Claudius Ptolemaeus.
Kelahiransekitar AD 90
Mesir Romawi
Meninggal duniasekitar AD 168
PekerjaanAhli matematik, geografi, astronomi, kaji bintang
Ptolemy
Tanggapan Jerman mengenai Claudius Ptolemaeus, yang diberikan gaya Jerman sezaman, dalam ilustrasi depan terukir di buku abad ke-16.

Beliau ialah penulis banyak karya sains, tiga daripadanya adalah amat mustahak kepada sains Islam dan Eropah yang berikut:

  • karya astronomi Mathematike Syntaxis (Sila lihat: Sistem Ptolemaios.)
  • Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang merupakan perbincangan pengetahuan geografi mengenai dunia Yunani-Romawi.
  • karya astrologi yang dikenali sebagai Tetrabiblos ("Empat buku") dan yang mana beliau cuba menyesuaikan astrologi horoskop kepada falsafah semula jadi Aristoteles.

Astronomi

Dalam Almagest yang merupakan salah sebuah buku baharian klasik, Ptolemaios menyusun pengetahuan astronomi di dunia Greek kuno dan Babylon; beliau bergantung sebahagian besarnya kepada hasil karya Hipparchus yang tertulis tiga abad lebih dahulu. Sebagaimana dengan kebanyakan sains Yunani klasik, karya itu dipeliharakan dalam manuskrip bahasa Arab (oleh sebab itu, namanya kelihatan biasa) dan hanya diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12.

Ptolemaios merumuskan model geosentrik yang diterima secara meluas sehingga digantikan oleh sistem suria heliosentrik oleh Copernicus. Begitu juga, kaedah-kaedah pengiraan (ditambahkan dengan Jadual-jadual Toledo pengiraan Arab) adalah cukup tepat untuk memenuhi keperluan ahli astronomi, ahli astrologi dan ahli pelayaran pada masa itu sehingga zaman penjelajahan yang pesat. Ia juga diamalkan oleh dunia Arab dan India. Almagest juga mengandungi katalog bintang yang mungkin merupakan versi katalog Hipparchus yang dikemaskinikan. Senarai empat puluh lapan buruj itu merupakan nenek moyang kepada sistem buruj moden, tetapi berbeza dengan sistem moden, mereka tidak meliputi kesemua langit (hanya langit yang dapat dilihat oleh Ptolemy).

Geographia

Ptolemy 
Penggambaran abad ke-15 untuk peta dunia Ptolemaios yang disusun semua daripada Geographia Ptolemaios (kk. 150). Peta ini menunjukkan negara-negara "Serica" dan "Sinae" (China) pada paling kanan, di seberang pulau "Taprobane" (Sri Lanka, terlalu besar) dan "Aurea Chersonesus" (Semenanjung Tanah Melayu).

Karya utama Ptolemaios yang lain ialah Geographia. Ini juga merupakan susunan mengenai apa yang diketahui mengenai geografi dunia dalam Empayar Rom pada masa itu. Beliau bergantung sebahagian besar kepada karya ahli geografi, Marinos dari Tyrus, serta pewarta-pewarta Empayar Persia kuno dan Empayar Rom, tetapi kebanyakan daripada sumbernya yang berasal daripada luar empayar tidak boleh dipercayai.

Bahagian pertama untuk Geographia ialah perbincangan data dan kaedah yang dipergunakan. Seperti dengan model sistem suria dalam Almagest, Ptolemaios memasukkan maklumatnya dalam sebuah skema yang tersergam megah. Beliau memberikan koordinat kepada semua tempat dan ciri geografi yang beliau mengetahui, dalam sebuah grid yang merangkumi keseluruh dunia. Garisan lintang diukur dari khatulistiwa, seperti dengan hari ini, tetapi Ptolemaios cendurung kepada penggunaan hari yang terpanjang berbanding darjah lengkok (panjangnya hari musim panas pertengahan bertambah dari 12h sehingga 24h dari khatulistiwa ke bulatan kutub). Ptolemaios menggunakan garisan bujur sifar untuk meridian tanah yang paling barat yang diketahuinya, iaitu Kepulauan Canary.

Ptolemaios juga mereka dan membekalkan arahan untuk mencipta peta seluruh dunia yang didiami oleh manusia (oikoumenè) serta provinsi-provinsi Rom. Dalam bahagian kedua untuk Geographia, beliau membekalkan senarai topografi, dan kapsyen untuk peta-peta. Oikoumenè merangkumi 180 darjah garisan bujur dari kepulauan Canary di Lautan Atlantik sehingga pertengahan China, dan hampir-hampir 80 darjah garisan lintang dari Artik ke Hindia Timur dan jauh ke dalam Afrika; Ptolemaios amat menyedari bahawa beliau hanya mengetahui sesuku dunia dan maklumatnya tidak merangkumi Laut Timur.

Bagaimanapun, peta-peta dalam manuskrip Geographia Ptolemaios yang masih wujud hanya bertarikh dari kira-kira 1300, iaitu selepas teksnya ditemui semula oleh Maximus Planudes. Pada kelihatannya, jadual-jadual topografi dalam buku-buku 2-7 mungkin merupakan teks longgokan, iaitu teks yang telah diubah dan ditambah sewaktu pengetahuan baru didapati pada abad-abad selepas Ptolemaios (Bagrow 1945). Ini bermakna bahawa maklumat dalam bahagian-bahagian Geografi mungkin mempunyai tarikh yang berlainan.

Rujukan

Teks dan terjemahan:

  • Berggren, J. Lennart dan Jones, Alexander. 2000. Geografi Ptolemaios : Terjemahan Beranotasi untuk Bab-bak Teori. Princeton University Press. Princeton and Oxford. ISBN 0-691-01042-0.
  • Nobbe, C. F. A., ed. 1843. Claudii Ptolemaei Geographia. 3 jilid. Lipsiae (Leipzig): Carolus Tauchnitus. (Edisi terkini untuk teks Greek yang lengkap)
  • Stevenson, Edward Luther. Trans. dan ed. 1932. Claudius Ptolemy: Geografi. New York Public Library. Cetakan semula: Dover, 1991. (Ini merupakan terjemahan Inggeris lengkap yang tunggal bagi karya termasyhur Ptolemy. Malangnya, buku ini mengandungi banyak kesilapan dan nama tempat diberi dalam bentuk Latin, dan bukannya dalam bahasa Greek yang asal.)

Rujukan lain:

  • Bagrow, L. 1945. Keasalan Geographia Ptolemy. Geografiska Annaler 27:318-387.
  • Campbell, T. 1987. Peta-peta Bercetak yang Terawal, British Museum Press.

Pautan luar

Sumber utama

Bahan sekunder

Tags:

Ptolemy AstronomiPtolemy GeographiaPtolemy RujukanPtolemy Pautan luarPtolemyAstrologiAstronomiBahasa InggerisBahasa LatinBahasa YunaniEmpayar RomGeografiIskandariahMesirOrang Yunani

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Setelah Cinta Itu PergiNabila HudaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaTrisha OoiHero Seorang CinderellaSlot SakuraHari Kebangsaan MalaysiaNeelofaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaAli bin Abi TalibKhunsa (siri TV)Syafiq KyleTempoh haram puasaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021SejarahNur FazuraKelayakan Piala Asia AFC 2027Sherry AlhadadSolatFahmi FadzilKhunsaHero Seorang Cinderella 2Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSimpulan bahasaLiga Super Malaysia 2024–25Wan Junaidi Tuanku JaafarEtnik MelayuPenanda wacanaMandi wajibJenis air untuk bersuci dalam IslamTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah18 Puasa di Kampong PisangSenarai universiti di MalaysiaSarah SuhairiPerjanjian PangkorSolat hajatMona FandeyKata ganti nama (bahasa Melayu)Zizan RazakInfrastrukturAlif SatarRosyam NorPedofiliaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaEman MananPembentukan MalaysiaSurah al-FatihahNorish KarmanTauhid RububiyahPolitik balas budiBanserPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKetumFattah AminSuku BidayuhUngku Ismail AzizAmin IdrisBatik Air MalaysiaGeografi JohorElly ArifinPerang Dunia KeduaPeristiwa 13 MeiMasjid al-AqsaTunku Aminah Maimunah IskandariahMolek FMHarissa AdlynnAn-Nuayman bin AmrJohor Darul Ta'zim F.C.CendolCuti umum di MalaysiaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanKaum-kaum di MalaysiaAnak Perjanjian Syaitan 2Azzim ZahidFrekuensi radio di SelangorFolikel buluIsteri-isteri Nabi Muhammad🡆 More