Cleopatra

Cleopatra Ptolemy VII, Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator (Yunani: Кλеопатраcode: el is deprecated ; Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony).

Legendanya diturunkan melalui mitos-mitos, buku-buku, novel-novel malah filem-filem. Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia. Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampir sama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada zaman moden.

Cleopatra VII Philopator
Photograph of an ancient Roman marble sculpture of Cleopatra VII's head as displayed at the Altes Museum in Berlin
Tugu kepala Cleopatra wearing a royal diadem, pertengahan abad pertama Masihi, kini di Muzium Altes Berlin
Ratu Kerajaan Ptolemaik
Pemerintahan51 SM hingga 10/12 Ogos 30 SM (21 years)
Didahului olehPtolemy XII Auletes
Diikuti olehPtolemy XV Caesarion
Co-rulers
  • Ptolemy XII Auletes
  • Ptolemy XIII Theos Philopator
  • Ptolemy XIV
  • Ptolemy XV Caesarion
KeputeraanEarly 69 BC
Iskandar, Kerajaan Ptolemaios
Kemangkatan10 or 12 August 30 BC (aged 39)
Alexandria, Aegyptus (kini Iskandariah, Mesir
PemakamanUnlocated tomb
(probably in Egypt)
Pasangan
Anakanda
  • Caesarion
  • Alexander Helios
  • Cleopatra Selene II
  • Ptolemy Philadelphus
Nama penuh
Cleopatra VII Thea Philopator
DinastiDinasti Ptolemaik
AyahandaPtolemy XII Auletes
BondaPresumably Cleopatra VI Tryphaena (also known as Cleopatra V Tryphaena)
q
rw
iwApAd
r
tAH8

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri dan mengagumkan. Banyak kisah yang muncul sezaman baginda datang dari catatan hebahan Rom dan Yunani yang pernah bersekutu dengan pemerintahan baginda tetapi tidak sahaja berpaling tadah malah memulaukan baginda; antara cerita ini yang disebarkan ada menggambarkan Cleopatra kononnya sebagai wanita muda yang suka berfoya-foya tetapi bukti dari Mesir menunjukkan sebaliknya.

Latar belakang

Keluarga dan era sebelum pemerintahan

Cleopatra 
Salasilah adik-beradik Cleopatra

Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Dilahirkan pada awal 69 S.M., anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta dua adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah ketika itu.

Keluarga Cleopatra tidak aman akibat tekanan dan konflik dari luar (Rom) dan dalam (perebutan kuasa). Semasa kecil lagi, Cleopatra telah melihat persengketaan dalam keluarganya sendiri. Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir. Keadaan itu menyebabkan Ptolemy XII diusir rakyat dari Iskandariah lalu melarikan diri ke Rom. Pada 58 S.M., ibundanya, Cleopatra V mengambil alih tampuk pemerintahan bersama anaknya, Berenice IV selama setahun sehingga ibundanya mangkat lalu Berenice IV memerintah seorang. Konflik perebutan takhta antara Berenice IV dengan Cleopatra VI telah menyebabkan kematian. Terdapat pendapat mengatakan yang Berenice IV meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M., ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota.

Daripada ayahandanya, Ptolemy XII, Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu.

Misi Leluhur

Cleopatra 
Gambar Ptolemy I yang diukir pada syiling emas

Keturunan Ptolemy telah memerintah Mesir sejak 305 S.M, apabila Ptolemy I menggelarkan dirinya Raja Mesir selepas kemangkatan Alexander Agung.

Sebelum kedatangan Alexander, rakyat Mesir purba di bawah kekuasaan empayar Parsi. Akibat kejatuhan Parsi di tangan Alexander, Alexander dialu-alukan di Mesir pada tahun 332 S.M. Sejak pengisytiharan Alexander sebagai "Anak Amon" di Tempat Pemujaan Amon di Siwa, kini dia sudah bergelar Firaun.

Alexander memulakan pembinaan Iskandariah tetapi meninggalkan Mesir pada 331 S.M. dan menjadikan Cleomenes dari Naukratis untuk mengambil alih. Kemudian, Ptolemy menuntut kembali di pihak Alexander. Apabila Alexander mangkat, jeneral baginda membahagikan wilayah taklukan baginda lalu Ptolemy mewarisi kerajaan Mesir. Maka, bermulalah Dinasti Ptolemaik. Oleh kerana keturunan Ptolemy yang dari Yunani tidak beberapa bergaul dengan rakyat Mesir (walaupun diglear Raja Mesir), budaya Yunani telah diperkenalkan di Mesir.

Tiga Ptolemy yang pertama telah berjaya meluaskan empayar Mesir menjangkaui lebih dari sempadan asal. Malangnya, ketika menjelang era Cleopatra, empayar itu mengecut malah empayar itu ditekan oleh kerajaan Rom yang semakin menguat dan hutang yang bertambah akibat kelalaian raja Ptolemy yang kemudiannya. Tetapi, Mesir bernasib baik kerana kebanyakan jirannya sudahpun ditakluki Mesir. Perkara ini membangkitkan semangat Cleopatra untuk kembali menaikkan kegemilangan lelehur baginda. Baginda ingin mengembalikan visi Hellenistik (gabungan Timur dan Barat).

Pendidikan dan Pertabalan

Baginda diberikan pendidikan terkuat dan terkini menurut sukatan kurikulum termaju Yunani. Malah, baginda merupakan Ptolemy pertama yang mempelajari bahasa Mesir kerana sebelum itu, bahasa Yunani digunakan dan penterjemah diupah. Cleopatra dikatakan menguasai 9 bahasa (tidak termasuk Bahasa Latin) malah baginda juga pakar matematik dan perniagaan. Kepintaran baginda dihormati seluruh rakyat.

Pada tahun 51 S.M., Ptolemy XII mangkat. Takhta diwariskan kepada baginda yang masih berusia 18 tahun. Yang mengejutkan baginda, dia berkongsi takhta dengan adindanya, Ptolemy XIII yang masih berusia lebih kurang 10 tahun. Menurut undang-undang Mesir, Cleopatra telah dipaksa berkahwin dengan keturunannya sendiri. Baginda menerima tanpa terlalu mengendahkannya kerana baginda menerima takhta dengan cabaran yang sudah terikat bersama. Baginda mahu mengekalkan Mesir daripada dijajah Rom dan berharap agar dapat menakluk semula jajahan leluhur baginda.

Pemerintah mutlak Mesir

Penguasaan Takhta

Wanita Ptolemy dalam dinasti itu sebelum era Cleopatra tidak berani merampas takhta tetapi Cleoptara berhasrat untuk menguasai takhta tanpa adik lelakinya, Ptolemy XIII. Malangnya, baginda masih belum mempunyai kekuatan daripada pihak luar mahupun dalam. Oleh kerana itu, baginda menerima padahnya apabila dihalau dari istana di Iskandariah oleh golongan pengikut adiknya. Walau bagaimananpun, baginda tidak berdiam diri. Baginda bersubahat dengann puak gurun dan membentuk tentera baginda sendiri.

Pada September 48 S.M., ketika Cleopatra mengumpulkan bala tentera dalam keadaan terbuang, lelaki kuat dari Rom tiba ke Pelabuhan Iskandariah untuk menuntut hutang ayahanda Cleopatra, Ptolemy XII. Bagi Cleopatra, lelaki itu amat bahaya tetapi berpotensi untuk mengalahkan adiknya.

Cleopatra 
Cleopatra berjumpa Caesar

Ketika Caesar berlabuh, rusuhan anti-Rom berlaku di pelabuhan Iskandariah. Walau bagaimanapun, Caesar bukanlah orang yang mudah ditakutkan. Dia mendiami istana diraja, menuntut hutang dan meminta perbalahan keluarga diraja untuk dihentikan. Untuk itu, Cleopatra dan adiknya diminta untuk datang menghadapnya. Demi mengelakkan diri daripada tentera adiknya, Cleopatra menyembunyikan diri di dalam permaidani dan menyeludup masuk berjumpa Caesar. Keadaan itu memukau imaginasi ramai sejak berabad-abad lamanya.

Caesar, 52 tahun, panglima yang berpengalaman, ahli potlitik yang pintar, cendekiawan dan telah berumah tangga manakala Cleopatra, 21 tahun. Mereka saling tertarik dengan serta merta dan hubungan mereka amat menakjubkan. Caesar merupakan lelaki yang sofistikated dan tidak mudah dikawal nafsu. Beliau terkenal dengan akal yang tajam seperti Cleopatra juga. Pada malam pertemuan itu, Cleopatra berbincang untuk menewaskan adiknya dan waktu yang sama mereka menjadi kekasih.

Persoalan tentang bagaimana Cleopatra memikat Julius Caesar masih ditanya. Ahli sejarah membuktikan dengan jelas bahawa anggapan filem-filem Hollywood terhadap Cleopatra adalah salah. Julius Caesar tidak tertarik kerana wajah Cleopatra yang menggoda tetapi kerana mereka mempunyai matlamat yang sama. Mungkin ia telah menguatkan lagi perhubungan antara mereka.

Pada keesokan paginya, Julius Caesar membuat dekri (perjanjian) agar kakak dan adik memerintah Mesir dengan damai. Bagi beberapa minggu kemudian, segalanya berjalan lancar. Julius Caesar sempat berehat dan manikmati suasana Iskandariah yang aman dan ceria. Walau bagaimanapun, keamanan tidak bertahan lama apabila adik Cleopatra, Ptolemy XIII mencetuskan perang saudara yang sengit. Untuk berbulan-bulan lamanya, tentera Cleopatra dan Julius Caesar menentang dan akhirnya menang. Ptolemy XIII yang masih muda remaja itu mati lemas di sungai Nil.

Maka, sekali lagi takhta dikembalikan kepada Cleopatra. Adiknya yang lagi satu, Ptolemy XIV dijadikan suami (seperti yang disaran undang-undang) dan memerintah bersama tetapi sebenarnya baginda memerintah seorang.

Pemergian Caesar

Julius Caesar akhirnya meninggalkan Mesir. Cleopatra pula mengandungkan anak baginda. Ujian diturunkan kepada baginda apabila Sungai Nil tidak melimpah. Bandar Iskandariah yang mewah turut mengalami kebuluran. Dengan kebijaksanaan baginda walaupun sedang sarat, baginda sanggup turun untuk membuka gudang Perbendaharaan negara dan membahagikan makanan simpanan yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang Rom. Baginda juga mengeluarkan edik daripada papirus dan mengarahkan supaya jagung tidak dihantar ke kawasan selatan kerana akan memungkinkan harga makanan melambung. Jagung diarahkan dihantar ke Iskandariah kerana prihatin untuk memberi kepada penduduk bandar yang tiada pertanian sara diri berbanding kawasan selatan.

Cleopatra 
Syiling Cleopatra dari Orthosia di Syria

Akhirnya baginda mendapat seorang anak lelaki dan dipanggil Ptolemy Caesar. Penduduk Iskandariah menggelarkannya Caesarion, anak Caesar. Terdapat syiling menunjukkan Cleopatra menyusukan anaknya dalam rupa Isis menyusukan aaknya, Horus.

Kemudian, Cleopatra dijemput oleh seorang pembantu Caesar ke Rom. Cleopatra menolak selagi Caesar tidak datang menjemput sendiri. Akhirnya baginda mengalah lalu belayar ke Rom bersama anaknya untuk berjumpa Julius Caesar. Beliau menjemputnya tinggal di pinggir bandar tetapi perlakuannya itu mengejutkan penduduk Rom.

Tidak diketahui sama ada Julis Caesar mengiktiraf budak itu sebagai anaknya ataupun tidak namun rasa hormat terhadap ibunya adalah ketara. Dalam kuil suci Venus, beliau meletakkan patung Cleopatra yang sememangnya itu merupakan satu tindakan yang berani. Julius Caesar menghormati Cleopatra sebagai ratu dalam bahasa yang menyentuh hati rakyat.

Ada pendapat mengatakan bahawa Julius dan Cleopatra sedang merangka untuk menggabungkan Mesir, Rom, Eropah dan Asia di bawah kuasa pemerintahan mereka. Itu menimbulkan keraguan rakyat jika beliau membubarkan Dewan Senat. Maka, pada 15 Mac 44 S.M., kumpulan berkomplot menunjuk perasaan di Dewan Senat dan Caesar yang agung dibunuh beramai-ramai dengan tikaman pedang dan pisau.

Cleopatra 
Paparan pada dinding Kuil Dendera

Impian Cleopatra turut terkubur bersamanya apabila wasiat Caesar tidak mewariskan takhta kepada Cleopatra mahupun Caesarion tetapi kepada cucu saudaranya, Octavius. Cleopatra pulang dengan hati yang terluka. Beberapa minggu kemudian, adik lelakinya, Ptolemy XIV terbunuh. Baginda terpaksa memerintah bersama anaknya yang berusia 3 tahun. Tanpa sokongan orang Rom, Cleopatra kini terpaksa mempertahankan pemerintahan untuk dirinya dan anaknya. Kini, Ratu Mesir dan anak Caesar sedayanya merancang untuk menguasai dunia Mediterranean.

Untuk itu, di kuil Dendera, selatan Mesir, dalam ukiran yang sangat besar baginda membuat pernyataan yang peling berani kepada rakyat Mesir. Cleopatra dipaparkan sedang menyembah dewa-dewi bersama puteranya sebagai Firaun yang sudah dewasa. Di hadapan mereka, dewa Horus dan dewi Isi, ibu Horus. Pernyataan yang seperti papan iklan itu memeparkan bahawa nasib Cleopatra dan Caesarion seperti Isis dan anaknya Horus. Malah, ia menunjukkan seperti mana cara dinasti, Horus sah mewarisi bapanya Osiris yang (dalam keagamaan), begitu juga Caesarion sah mewarisi takhta Caesar.

Cleopatra dan Antony

Di Rom, 2 kuasa telah menguasai takhta Caesar iaitu Octavius yang masih berusia 19 tahun, saudara Julius Caesar dan Marc Antony, pembantu Caesar yang paling dipercayai. Mereka membahagikan empayar jajahan Caesar dengan Octavius mengambil bahagian Barat Eropah yang agak sejuk dan Marc Antony mengambil bahagian barat Eropah yang subur berhampiran Mesir. Setelah mendapat bahagiannya, dengan segera Marc Antony mengumpulkan wang untuk bala tenteranya di jajahan baru itu. Sewaktu beliau memasuki jajahan barunya, beliau digelar Dionysus baru, iaitu dewa wain, keghairahan dan keabadian masyarakat Yunani purba.

41 SM, Cleopatra menerima sepucuk surat yang menarik minatnya iaitu Antony meminta bantuan Mesir untuk menawan Parthia (Iran kini). Walau bagaimanapun, Cleopatra membuatnya tertunggu-tunggu akan jawapannya selepas beberapa minggu. Akhirnya, baginda ingin berjumpa dengan Marc Antony di Tarsus (Tenggara Turki kini). Cleopatra mempamerkan ketibaannya sebagai satu acara meriah, di atas sebuah baj diraja dan dengan buritan keemasan dan layar berwarna ungu. Baginda pula bersandar di bawah kanopi berpakaian keemasan seperti dewi Aphrodite, dewi kecintaan Yunani.

Baginda melayan Antony dengan jamuan besar-besaran selama 4 hari dan sekali lagi penglima besar Rom terpikat. Tambahan pula, atas dasar politik dan ekonomi (kayu balak yang diperlukan dan kekuasaan yang dimiliki), ikatan mereka semakin erat. Walau bagaimanapun, Cleopatra mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu baginda berharap yang Marc Antony boleh menggantikan tempat Caesar sebagai sekutu baginya.

Di Tarsus, pernyataan mereka bagaikan pernyataan dewa-dewi yang popular, Dewi Aphrodite dan Dewa Dionysus. Itu cara Cleopatra untuk menarik Marc Antony bersatu dan memerintah Mediterranean.

Terdapat kisah daripada Plutarch (penulis Yunani):

    Ketika Marc Antony sedang memancing ikan dan Cleopatra memerhatikan Marc Antony mengail jorannya dengan ikan kering. Marc Antony menarik Cleopatra dan Cleopatra menyindirnya, "Awak tak sepatutnya memancing sampah ini. Awak sepatutnya memancing jajahan dan empayar!".

Tak lama kemudian, Marc Antony terpaksa pulang ke Rom apabila isteri pertamanya, Fulvia, meninggal dunia. Sepanjang pemergiannya, Cleopatra melahirkan anak kembar Antony. Walau bagaimanapun, Marc Antony berkahwin dengan adik Octavius iaitu Octavia yang berasaskan politik. Tetapi, Cleopatra merasakan seolah-olah kehilangan cengkamannya terhadap Rom.

3 tahun kemudian, Cleopatra menumpukan perhatian kepada pemerintahan Mesir. Baginda kelihatan seperti pemerintah popular dan berwibawa tetapi untuk mendapatkan kembali jajahan luas leluhurnya adalah di luar jangkaan.

Pada musim bunga 37 SM, Antony berada di Syria untuk menakluk Parthia. Beliau meminta Cleopatra bersamanya dan menghabiskan musim sejuk dengan sungguh romantik. Seperti biasa, pasangan itu mempunyai motif politik yang kuat. Cleopatra telah memberikan duit, kapal dan tentera. Sebagai balasan, baginda meminta sebahagian tanah jajahan Rom dan itulah jajahan yang pernah ditakluk leluhur baginda.

Walau bagaimanapun, Antony kalah dengan ¾ telah terkorban. Walau macam mana sekalipun, Antony satu-satunya sekutu yang ada dan boleh dipercayai ketika itu. Tetapi keadaannya tak dapat merealisasikan impian Cleopatra.

Beberapa tahun kemudian, Antony berjaya menawan Armenia. Di Mesir, upacara yang besar telah menyambut beliau. Antony berpakaian seperti Dionysus dan Cleopatra bagaikan Dewi Isis. Ketika itu, Antony mengisytiharkan bahawa Caesarion ialah anak Julius Caesar yang sah dan Antony mengeluarkan syiling baru yang mempunyai gambar Cleopatra tetapi lebih tua dan tegap yang bersifat keibuan.

Konflik Mesir-Rom

Perkara yang telah berlaku memberi tamparan hebat buat Octavius. Beliau kini menyedari bahawa Rom telah menjadi sasaran Antony dan Cleopatra. Octavius membalasnya dengan propaganda yang dilancarkan terhadap Cleopatra. Gambaran propaganda yang dilepaskan Octavius itu telah dipercayai dan dipegang selama 2000 tahun iaitu Cleopatra sebagai seorang wanita yang mempunyai sifat penggoda, mengikut hawa nafsu, berzina dengan pesuruh dan orang gajinya dan membunuh jika tidak bersetubuh dengannya. Ternyata ia satu tentangan yang hebat buat Cleopatra.

Octavius menganggap Marc Antony telah disihir cinta. Rom menganggap bahawa rakyat Mesir tidak berakhlak kerana membiarkan mereka diperintah oleh seorang wanita. Lalu, Octavius meminta dewan senat menentang dan memerangi mereka. Ia bukan dituju kepada Marc Antony tetapi kepada Mesir dan ratunya, Cleopatra.

Perang Actium

Cleopatra sedar yang baginda harus menakluk Rom segera. Baginda menetapkan Greece sebagai medan perang. Baginda mengumpulkan armada terbesar yang pernah dilihat sejak era Alexander yang Agung, 500 kapal perang dan 7500 tentera. Octavius mempunyai bilangan yang kecil tetapi dipimpin oleh panglima yang hebat, Agrippa.

Cleopatra 
Perang Actium, karya Lorenzo A. Castro, 1672

Berlakulah kelicikan dan kejutan apabila Agrippa mengepung Antony dan Cleopatra di Teluk Actium yang menyebabkan 4 bulan terhalang.

Antony mahu memulakan tentera darat tetapi Cleopatra tidak mahu kerana baginda tidak mahu meninggalkan kapal. Pada 21 September 31 SM, armadanya keluar untuk menentang tentera Rom. Malangnya, pertempuran di Actium gagal.

Skuadran Cleopatra yang terdiri daripada 60 buah kapal melepasi pertahanan Rom dan melarikan diri dengan perbendaharaan Mesir secara selamat. Dengan segera Antony mengekorinya dan meninggalkan armadanya yang dikalahkan tentera laut Octavius. Dengan megah, Rom mengatakan bahawa Cleopatra melarikan diri namu analisis moden mencadangkan bahawa cadangan melarikan diri itu memang telah dirancang sebelumnya.

Kemangkatan Cleopatra

Pada musim bunga 30 SM, Cleopatra mendapat tahu yang Octavius mara bersama tenteranya. Baginda bersetuju untuk turun takhta jika putera-puterinya sudi menggantikannya. Marc Antony pula menawarkan nyawanya untuk menyelamatkan Cleopatra tetapi Octavius tidak mengendahkan semua itu.

Pada mulanya, tentera Antony menentang pasukan berkuda Octavius namun dikhabarkan pada malam itu, bunyi-bunyian alat muzik dan nyanyian yang berkumandang menyeramkan seolah-olah kumpulan yang bertemasya sedang meninggalkan Bandar itu. Menurut kepercayaan orang ramai, Dionysus sedang meninggalkan Antony.

Hari yang seterusnya, Cleopatra digesa bersembunyi di makamnya. Oleh kerana terputus daripada pandangan orang ramai yang sedang menyelamatkan diri akan ketibaan Rom, khabar angin mengatakan Cleopatra telah mangkat. Setelah mendengar khabar itu, Marc Antony menikam dirinya. Beliau dibawa kepada Cleopatra dan meninggal dunia dalam pangkuan Cleopatra.

Cleopatra tidak dapat menerima keadaanya ditawan Octavius. Baginda menunjukkan kehebatannya buat kali terakhir dengan memakai pakaian Isis dan bermahkotakan lambang ketuhanan.

Tidak diketahui bagaimana baginda mangkat tetapi menurut legenda, baginda mengambil keputusan membunuh diri setelah menyedari yang baginda gagal dalam mencapai. Baginda mangkat akibat dipatuk ular tedung yang diseludupkan ke dalam makam melalui bakul yang berisi buah ara atau buah tin. Dikatakan dua kesan patukan dijumpai di lengan dan di dada baginda. Itulah cara yang sesuai bagi Ratu Mesir. Ular tedung, haiwan suci dan teman dewi Isis serta pelindung Firaun. Patukannya dipercayai boleh mempercepatkan kealam kematian dan membawa keabadian. Dalam detik-detik terakhir kegemilangan Cleopatra, baginda mengisytiharkan takdirnya sebagai dewi.

Walau bagaimanapun, menurut detektif dan kajian pakar forensik serta jenayah moden, mereka mendapati adalah mustahil baginda boleh mati akibat racun patukan ular mengikut konsep analisa masa, kekuatan racun dan sekeliling. Mereka berpendapat yang Cleopatra mati dibunuh oleh Octavius dan memandangkan Octavius ialah orang yang kuat dan berpengaruh, Octavius mampu mengubah sejarah dan fakta ketika itu. Walau bagaimanapun, pendapat mengatakan ia masih satu penghormatan Octavius kepada Cleopatra kerana mati di tanah kelahiran dan leluhur baginda. Ini dibuktikan sejarah yang kemudiannya, apabila Octavius menakluk sesebuah jajahan, ketua atau rajanya akan di bawa ke Rom untuk dimalukan di hadapan rakyat Rom.

Walau bagaimanapun, baginda mangkat pada 12 Ogos 30 SM dan penghormatan Octavius kepada baginda lebih jelas apabila baginda disemadikan bersebelahan jasad Marc Antony.

Waris dan kenangan

Selepas kemangkatan Cleopatra, Octavius membunuh putera baginda, Caesarion (mungkin khuatir Caesarion akan cuba menuntut bela empayarnya dan kematian ibunya atau merampas empayar Rom kerana dia anak Caesar). Walau bagaimanapun, 3 anak yang lain hasil Cleopatra bersama Marc Antony telah dijaga Octavia iaitu isteri Antony dan adik Octavius sendiri walaupun Octavia tahu itu ialah anak suaminya yang bukan dikandungnya malahan dia tidak mempunyai anak. Cleopatra 

Di Mesir, selama ratusan tahun selepas kemangkatan baginda, Cleopatra disanjung sebagai serikandi dan wirawati negara yang berani dan bijak. Lebih-lebih lagi telah didorong oleh kemunduran Mesir selepas dijajah Rom dan malah sehingga tidak mempunyai kepentingan lagi.

Perwatakan, fizikal dan sumbangan

Terdapat dalam legenda bahawa Cleopatra cantik dari segi paras rupa tetapi bukti sejarah memberikan gambaran berlainan. Ahli sejarah mengatakan:

Jika anda berada di pesta koktel, anda akan melihatnya sekali pandang dan tidak akan tertarik untuk memandang buat kali kedua.

Baginda mempunyai hidung yang mancung yang memang ciri Ptolemy. Orang mengatakan jika hidung Cleopatra pendek sedikit, dunia mungkin akan berubah seperti kesan senyuman Mona Lisa terhadap pandangan dunia. Walau bagaimanapun, rupanya mampu diatasi dengan perwatakannya. Menurut penulis Yunani, Plutarch, baginda seorang yang kuat daya penarikannya, perbualan yang mengagumkan dan suaranya mampu menggembirakan semua orang.

Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tak kira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Yang menariknya, sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin.

Bagindalah satu-satunya ratu yang telah membangunkan semula negaranya, seorang ratu yang aktif dan telah menjauhkan Mesir dari Rom selama 20 tahun. Ketika penghujung zaman pemerintahan Cleopatra, baginda telah memerintah dengan begitu cekap sehingga khazanahnya telah menyebabkan kadar bunga hutang telah menurun sebanyak 2/3 apabila di bawa masuk ke Rom.

700 tahun selepas kemangkatan baginda, seorang yang warak di Mesir menggelarkan baginda Wanita yang Paling Popular dan Bijak. Itulah juga keabadian yang mungkin telah dipilih oleh baginda sendiri, abadi dan ternama dalam lipatan sejarah.

Nota

Rujukan

Pautan luar

Umum

Tags:

Cleopatra Latar belakangCleopatra Pemerintah mutlak MesirCleopatra Waris dan kenanganCleopatra Perwatakan, fizikal dan sumbanganCleopatra NotaCleopatra RujukanCleopatra Pautan luarCleopatraBahasa YunaniFiraunJulius CaesarMarcus Antonius

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Marga SangirDialog Antarabangsa LangkawiSoloz8 Negara MembangunSophia AlbarakbahNombor perdanaKerenggaIjazah sarjanaLayang Layang PerkahwinanNabi Sulaiman a.s.Bella DowannaFrekuensi radio di MelakaP. RamleeSyamer Kutty AbbaSamuel RizalBuliBuayaMelanauSabahAzhan RaniInsya-AllahLompat tikamShideeSeri KembanganPerdana Menteri MalaysiaUmar bin Al-KhattabDaerah LangkawiKu Abdul Rahman Ku IsmailPeristiwa 13 MeiQunut nazilahBangunan Sultan Abdul SamadAbdul Taib MahmudAzahari HusinProton SatriaSrivijayaMira FilzahPemancutan maniA FamosaUndang-undangMalaysia MadaniMasya-AllahZakat fitrahIkanBani IsraelBatik Air MalaysiaBahasa Melayu MalaysiaKumpulan 15TV3PelajarKhir RahmanSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTentera Darat MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan Korea SelatanJambatan Pulau PinangEnglandHari Paskah BesarPahangAzira ShafinazPeristiwa Bukit KepongNabila HudaAerofonKetupatKerajaan TarumanagaraJam 24 jamAisyah Abu BakarPerluasan Persatuan Negara-negara Asia TenggaraMesirYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanMustapha KamalNafiez ZaidiAbu Bakar as-SiddiqRuqyahAmir AhnafGangga NegaraSonu SoodDe FamKejuruteraan awam🡆 More