Afrika: Benua

Afrika (Tulisan Jawi: افريکا) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk.

Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.

Afrika
افريكا
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik
Kawasan30,370,000 km2 (11,730,000 bt2)  (ke-2)
Penduduk1,225,080,510 (2016; ke-2)
Ketumpatan penduduk36.4/km2 (94/sq mi)
KDNK (PPP)$7.16 trilion (2019; ke-5)
KDNK (nominal)$2.45 trilion (2019; ke-5)
KDNK per kapita$1,930 (2019; ke-6)
DemonimOrang Afrika
Negara54 (dan 2 dipertikai)
Wilayah tanggungan
Luaran (1)
Bahasa1250–3000 bahasa asli
Zon masaUTC-1 hingga UTC+4
Bandar terbesarKawasan perbandaran terbesar:
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik
Imej satelit benua Afrika

Benua Afrika disempadani:

Penamaan

Perkataan Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

Geografi

Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling timur laut oleh Tanah Genting Suez (disilang oleh Terusan Suez) 163 km (101 batu) lebarnya. Secara geopolitik, Mesir, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez lazim dianggap sebahagian daripada Afrika. Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia dan titik paling selatan iaitu Tanjung Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu). Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).

Panjang pesisir pantai Afrika ialah 26,000 km dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).

Negara terbesar di Afrika ialah Algeria, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya. Negara terkecil di atas daratan benua Afrika ialah Gambia. Menurut Rom Purba, Afrika tersebar di barat Mesir, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 Masihi), menunjukkan Iskandariah di sepanjang garis Meridian serta menentukan bahawa tanah genting Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.

Iklim dan kehidupan liar

Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-Artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncak yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir, manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Afrika merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar (seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah) bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).

Politik

Hampir kesemua negara Afrika adalah republik kecuali beberapa negara yang mengamalkan sistem monarki seperti Maghribi dan Swaziland. Benua Afrika juga terkenal sebagai benua yang melahirkan ramai diktator seperti Muammar Ghadafi (Libya) dan Idi Amin (Uganda).

Kesatuan Afrika ialah sebuah badan persatuan yang merangkumi 55 negara Afrika. Badan ini ditubuhkan pada 26 Jun 2001 (secara rasmi pada 9 Julai 2002) dan beribu pejabat di Addis Ababa, Habsyah.

Negara dan wilayah

Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.

Jata Bendera Nama negara dan
wilayah
Keluasan
(km²)
Jumlah penduduk
Tahun Kepadatan
penduduk
(per km²)
Ibu negara
Afrika Utara
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Algeria 2,381,740 34,178,188 2009 14 Algiers
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Kepulauan Canary (Sepanyol) 7,492 2,154,905 2017 226 Las Palmas de Gran Canaria,
Santa Cruz de Tenerife
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Ceuta (Sepanyol) 20 85,107 2017 3,575
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Libya 1,759,540 6,310,434 2009 4 Tripoli
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Madeira (Portugal) 797 245,000 2001 307 Funchal
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Maghribi 446,550 35,740,000 2017 78 Rabat
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Melilla (Spain) 12 85,116 2017 5,534
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mesir 1,001,450 82,868,000 2012 83 Kaherah
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Sudan 1,861,484 30,894,000 2008 17 Khartoum
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Tunisia 163,610 10,486,339 2009 64 Tunis
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Sahara Barat 266,000 405,210 2009 2 El Aaiún
Afrika Timur
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Burundi 27,830 8,988,091 2009 323 Gitega
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Comoros 2,170 752,438 2009 347 Moroni
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Djibouti 23,000 828,324 2015 22 Djibouti
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Eritrea 121,320 5,647,168 2009 47 Asmara
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Habsyah 1,127,127 84,320,987 2012 75 Addis Ababa
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Kenya 582,650 39,002,772 2009 66 Nairobi
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Madagascar 587,040 20,653,556 2009 35 Antananarivo
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Malawi 118,480 14,268,711 2009 120 Lilongwe
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mauritius 2,040 1,284,264 2009 630 Port Louis
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mayotte (Perancis) 374 223,765 2009 490 Mamoudzou
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mozambique 801,590 21,669,278 2009 27 Maputo
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Réunion (Perancis) 2,512 743,981 2002 296 Saint-Denis
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Rwanda 26,338 10,473,282 2009 398 Kigali
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Seychelles 455 87,476 2009 192 Victoria
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Somalia 637,657 9,832,017 2009 15 Mogadishu
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Sudan Selatan 619,745 8,260,490 2008 13 Juba
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Tanah Selatan dan Antartika Perancis (Perancis) 439,781 100 2019 Saint-Pierre
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Tanzania 945,087 44,929,002 2009 43 Dodoma
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Uganda 236,040 32,369,558 2009 137 Kampala
Afrika Tengah
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Angola 1,246,700 12,799,293 2009 10 Luanda
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Cameroon 475,440 18,879,301 2009 40 Yaoundé
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Chad 1,284,000 10,329,208 2009 8 N'Djamena
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Republik Congo 342,000 4,012,809 2009 12 Brazzaville
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Republik Demokratik Congo 2,345,410 69,575,000 2012 30 Kinshasa
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Gabon 267,667 1,514,993 2009 6 Libreville
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Guinea Khatulistiwa 28,051 633,441 2009 23 Malabo
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Republik Afrika Tengah 622,984 4,511,488 2009 7 Bangui
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  São Tomé dan Príncipe 1,001 212,679 2009 212 São Tomé
Selatan Afrika
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika Selatan 1,219,912 51,770,560 2011 42 Bloemfontein, Cape Town, Pretoria
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Botswana 600,370 1,990,876 2009 3 Gaborone
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Eswatini 17,363 1,123,913 2009 65 Mbabane
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Lesotho 30,355 2,130,819 2009 70 Maseru
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Namibia 825,418 2,108,665 2009 3 Windhoek
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Zambia 752,614 11,862,740 2009 16 Lusaka
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Zimbabwe 390,580 11,392,629 2009 29 Harare
Afrika Barat
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Benin 112,620 8,791,832 2009 78 Porto-Novo
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Burkina Faso 274,200 15,746,232 2009 57 Ouagadougou
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Cape Verde 4,033 429,474 2009 107 Praia
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Côte d'Ivoire 322,460 20,617,068 2009 64 Abidjan, Yamoussoukro
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Gambia 11,300 1,782,893 2009 158 Banjul
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Ghana 239,460 23,832,495 2009 100 Accra
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Guinea 245,857 10,057,975 2009 41 Conakry
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Guinea-Bissau 36,120 1,533,964 2009 43 Bissau
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Liberia 111,370 3,441,790 2009 31 Monrovia
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mali 1,240,000 12,666,987 2009 10 Bamako
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Mauritania 1,030,700 3,129,486 2009 3 Nouakchott
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Niger 1,267,000 15,306,252 2009 12 Niamey
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Nigeria 923,768 166,629,000 2012 180 Abuja
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
(United Kingdom)
420 7,728 2012 13 Jamestown
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Senegal 196,190 13,711,597 2009 70 Dakar
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Sierra Leone 71,740 6,440,053 2009 90 Freetown
Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Afrika: Penamaan, Geografi, Politik  Togo 56,785 6,019,877 2009 106 Lomé
Jumlah 30,368,609 1,001,320,281 2009 33

Agama

Bahasa

Menurut kebanyakan perkiraan, Afrika mempunyai lebih daripada seribu bahasa. Kebanyakan daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa asli Afrika, tetapi ada juga yang berasal dari Eropah dan Asia. Ada empat kelompok bahasa utama yang berasal dari benua ini, iaitu:

  • bahasa-bahasa Afro-Asia, sebuah kelompok bahasa yang terdiri dari sekitar 240 bahasa dan 285 juta penutur yang tersebar luas di sepanjang Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel dan Asia Barat Daya;
  • bahasa-bahasa Nil-Sahara terdiri dari lebih dari seratus bahasa yang dituturkan oleh 30 juta orang. Bahasa Nil-Sahara kebanyakannya ditutur di Chad, Sudan, Ethiopia, Uganda, Kenya, dan sebelah utara Tanzania;
  • bahasa-bahasa Niger-Congo mencakupi kebanyakan dari Afrika Sub-Sahara dan kemungkinan adalah kelompok bahasa terbesar di dunia dari segi jumlah bahasa. Sejumlah besar daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa-bahasa Bantu yang digunakan di sebahagian besar Afrika Sub-Sahara;
  • bahasa-bahasa Khoisan terdiri dari sekitar 50 bahasa dan dituturkan di sebelah selatan Afrika oleh sekitar 120,000 orang. Banyak bahasa Khoisan ialah bahasa yang terancam. Suku Khoi dan San dianggap sebagai penduduk asli di kawasan ini.

Selepas zaman penjajahan oleh pihak Eropah, negara-negara Afrika mengiktiraf bahasa-bahasa luar Afrika seperti bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi negara, meskipun sesetengah bahasa Afrika seperti bahasa Swahili dan Hausa juga memperoleh taraf ini di sesetengah negara.

Kebudayaan

Legenda Afrika

Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.

Sukan

53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bola Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Piala Dunia 2010, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.

Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan dalam One-Day International Kricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.

Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Habsyah, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.

Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.

Rujukan

Tags:

Afrika PenamaanAfrika GeografiAfrika PolitikAfrika Negara dan wilayahAfrika AgamaAfrika BahasaAfrika KebudayaanAfrika RujukanAfrika2005AsiaBenuaBumiManusiaOrangTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Universiti Teknologi MARAHadisD J DaveKhulafa al-RasyidinKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Rahsia (filem 1987)MasjidMuhyiddin YassinTauratTanda dan gejalaKelurKebudayaan MalaysiaJep SepahtuDaerah di SabahPerkahwinan menurut Islam@Zamarul HishamMimi LanaPrivate BodyguardMy Famous Ex-BoyfriendNujum Pa' BlalangP. RamleeAlyssa DezekPitt HanifFilem Sex and Zen IIRicheese FactoryBeruang maduSenarai negara mengikut sistem kerajaanBanjaran TitiwangsaUniversiti Utara MalaysiaSekolah Kluster KecemerlanganTeknologi hijauJulia RaisKadazan-DusunSyamsul YusofSlot AkasiaPerceraian dalam IslamSimpulan bahasaNabi Ibrahim a.s.MyKadIKIMfmSerpihan SayangMamat KhalidBunga kertasHukuman mati di MalaysiaSolat Sunat RawatibMona FandeyWarganetKedah TuaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaSharifah AiniJanna NickTayamumPiagam MadinahBryan DomaniPenjajahan Jepun di Tanah MelayuPolis EVO 3Mustaqim BahadonPerodua MyViSurah Al-InsyirahHantu dalam masyarakat MelayuPuteri Sarah LiyanaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaKaum-kaum di MalaysiaBahasa Melayu BruneiFrekuensi radio di PerakJordanPutrajayaFrekuensi radio di SelangorPenjodoh bilangan bahasa MelayuPerang AhzabPerodua KancilSM Nasimuddin SM AminNajib RazakAbdul Taib MahmudPuchong, SelangorTunku Abu BakarBahasa MaduraPerdana Menteri Singapura🡆 More