Buruj: Apabila gugusan bintang tertentu disambungkan dengan garisan, maka corak tertentu akan terbentuk

Dalam astronomi moden, suatu buruj, konstelasi atau gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala.

Kawasan-kawasan ini dikelaskan di dalam asterisme, yang merupakan corak terbentuk oleh bintang-bintang ulung dengan kedekatan nyata ke satu sama lain di langit malam Bumi.

Buruj: Apabila gugusan bintang tertentu disambungkan dengan garisan, maka corak tertentu akan terbentuk
Buruj Belantik boleh dilihat dari kebanyakan tempat di dunia pada suatu masa dalam setahun. Buruj ini ditandakan oleh garis sengkang kuning.
Buruj: Apabila gugusan bintang tertentu disambungkan dengan garisan, maka corak tertentu akan terbentuk
Foto buruj Belantik.

Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU) sejak 1922. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest bertarikh abad ke-2. Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; yang terkini ditemui di langit selatan, dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille pada 1763.

Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh IAU, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atau astrologi, seperti buruj-buruj Cina, Malaysia atau Orang Asli Australia. Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam rajah contoh di sebelah, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segi empat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Istilah

Perkataan "buruj" berasal daripada serapan Arab: بُرُوج, rumi: burūj bentuk jamak kata بُرج burj "gugusan bintang" terbitan kata kerja dasar بَرَجَ baraja "tinggi dan jelas" (ظَهَرَ) (lihat surah Al-Buruj); kata kerja itu sendirinya serapan Yunani πυργός pyrgos "menara" diantarakan kata Suryani ܒܘܪܓܐ būrgāʾ "rasi". "Konstelasi" serapan Belanda: constellatie yang pada asalnya bererti "kedudukan planet" menyerap kata Perancis constellacion turunan kata Latin cōnstēllātiō lakuran com- dan stēlla "bintang".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Asterisme (astronomi)AstronomiSfera cakerawala

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Media sosialPeristiwa 13 MeiSaiful ApekUnifi TVBelgiumSultan Muhammad VPaolo RossiSenarai Surah Al-QuranSalasilah keturunan Nabi MuhammadPetronasRukun solatCuti umum di MalaysiaTakwim Hijrah7 Hari Mencintaiku (musim 3)ParsiRazarudin HusainCibaiPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKata namaPiala Dunia FIFA 2014Jalan SalibSains sosialPendidikan di IndonesiaZakat fitrahIftarPSM MakassarPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Takdir Itu Milik AkuAlissonAman Ramli JaafarNgabuburitAerofonPerang AhzabKonfusianismePuteri KhareezaErysha EmyraAngeline TanAzira ShafinazPukimakFunanKejuruteraan awamHael HusainiA. GalakHari Raya AidiladhaFalsafah Pendidikan MalaysiaLingga (Hindu)Bola tamparBrisbaneLiga Negara-Negara UEFA 2020–21Mohd Noor Helmy Abdul HalemPerakJohan GhazaliHero Seorang CinderellaKetumbarDaerah Langkawi17 PuasaSolozShah AlamKata ganti nama (bahasa Melayu)Sultanah ZanariahSantapan TerakhirSyasyaSabronzoDataran MerdekaInstagramInfrastrukturSherry AlhadadLencana pangkat TLDMRozita Che WanPerang BadarSyahadahIndiaShahrulezad MohameddinRukun IslamDatuk (gelaran)Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinKhamis Putih🡆 More