Bahasa Perancis

Bahasa Perancis (le français, la langue française) merupakan antara Bahasa Romawi yang berasal dari Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland dan kini dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia sebagai bahasa ibunda atau bahasa kedua.

Bahasa Perancis berasal daripada Bahasa Latin Empayar Rom. Ia juga dipengaruhi oleh bahasa Celt yang ditutur kawasan Gaul serta Bahasa Jermanik orang Frank.

Bahasa Perancis
Français
Asli kepadaPerancis termasuk jabatan-jabatan, komuniti dan wilayah luar negaranya; Kanada terutamanya di Quebec, New Brunswick dan bahagian Ontario; Belgium; Switzerland; Lubnan; Luxembourg; Monaco; Maghribi; Algeria; Tunisia; banyak negara Afrika Barat dan Tengah seperti Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Niger dan Senegal; Haiti; Mauritius; sesetengah negara Asia seperti Laos, Kemboja, dan Vietnam; Mexico; dan negeri-negeri Louisiana dan Maine di Amerika Syarikat.
KawasanAfrika, Eropah, Amerika, Pasifik
Penutur bahasa
270 juta, dimana 120 juta adalah penutur jati atau fasih
Indo-Eropah
  • Italik
    • Romawi
      • Italo-Barat
        • Barat
          • Gallo-Iberia
            • Gallo-Roman
              • Gallo-Rhaetian
                • Oïl
                  • Bahasa Perancis
Status rasmi
Bahasa rasmi di
30 negara
Dikawal selia olehAcadémie française (Perancis) Office québécois de la langue française (Quebec)
Kod bahasa
ISO 639-1fr
ISO 639-2fre (B)
fra (T)
ISO 639-3
fra
Bahasa Perancis

Peta dunia Frankofon
Biru gelap: Penutur jati bahasa Perancis; biru: bahasa rasmi; Biru terang: bahasa kebudayaan; hijau: minoriti

Kini, bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi 29 buah negara, serta bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan banyak lagi pertubuhan antarabangsa yang lain. Pertubuhan la Francophonie merupakan pertubuhan negara penduduk penutur Bahasa Perancis.

Taburan penutur

Bahasa ini diucapkan oleh 19.71% daripada populasi Kesatuan Eropah, menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga paling banyak digunakan di Kesatuan selepas bahasa Inggeris dan bahasa Jerman serta bahasa kedua yang paling banyak diajar selepas bahasa Inggeris.

Dalam Perlembagaan Perancis, bahasa Perancis telah menjadi bahasa rasmi Republik sejak 1992, walaupun ordinan Villers-Cotterêts telah menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa wajib dalam dokumen undang-undang sejak 1539. Perancis mengamanatkan penggunaan bahasa Perancis dalam penerbitan rasmi kerajaan, pendidikan umum (kecuali dalam kes tertentu), dan kontrak undang-undang; sebarang iklan mesti mengandungi terjemahan perkataan asing.

Majoriti penduduk berbahasa Perancis dunia tinggal di Afrika. Menurut anggaran pada 2018 daripada Organisation Internationale de la Francophonie, dianggarkan 141 juta orang di 34 negara dan wilayah Afrika boleh bertutur dalam bahasa Perancis sebagai bahasa pertama atau kedua. Jumlah ini tidak termasuk orang-orang yang tinggal di negara-negara Afrika bukan Francophone yang belajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Berikutan peningkatan pengunaan bahasa Perancis di Afrika, jumlah penduduk berbahasa Perancis di seluruh dunia dijangka mencapai 700 juta orang pada 2050. Bahasa Perancis ialah bahasa yang paling pesat berkembang di benua ini (baik sebagai bahasa rasmi mahupun bahasa asing). [57] [58] Bahasa Perancis secara umumnya merupakan bahasa kedua di Afrika, tetapi menjadi bahasa pertama di beberapa kawasan bandar, seperti wilayah Abidjan, Cote d'Ivoire dan di Libreville, Gabon. Tidak ada "bahasa Perancis Afrika" yang wujud, sebaliknya pelbagai bentuk bahasa Perancis terbentuk melalui pertembungan dengan pelbagai bahasa asli Afrika.

Bahasa Perancis adalah bahasa kedua paling umum di Kanada selepas bahasa Inggeris, dan kedua-dua bahasa ialah bahasa rasmi di peringkat persekutuan. Bahasa ini merupakan bahasa pertama 9.5 juta orang atau 29% penduduk Kanada dan bahasa kedua untuk 2.07 juta atau 6% penduduk. Bahasa Perancis adalah satu-satunya bahasa rasmi di wilayah Quebec yang menjadi bahasa ibunda bagi sekitar 7 juta orang, atau hampir 80% (bancian 2006) wilayah tersebut. Kira-kira 95% penduduk Quebec dapat bertutur dalam bahasa Perancis sebagai bahasa pertama atau kedua, dan sebahagiannya sebagai bahasa ketiga mereka. Quebec juga menempatkan bandar raya Montreal, yang merupakan kota berbahasa Perancis keempat terbesar di dunia mengikut jumlah penutur bahasa pertama.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Bahasa LatinBahasa RomawiBahasa ibundaBelgiumEmpayar RomLuxembourgPerancisSwitzerland

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Falsafah Pendidikan MalaysiaProton SagaDiana RafarAbu Bakar as-SiddiqSekolah Kluster KecemerlanganMohd Sany HamzanTengku Adnan Tengku MansorWatie SadaliLefthandedSeks oralJenis darahPengguna (pengkomputan)Pembakaran diri Aaron BushnellSenarai SBP di MalaysiaSempurnakah Cinta Kita?Senarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiHari Kebangsaan MalaysiaNajis dalam IslamIslamPendidikan di IndonesiaPremier SarawakPertubuhan Keselamatan SosialMelakaArash MohamadSenarai kaum di MalaysiaMerdeka 118Menteri Kewangan MalaysiaRedza RosliBumiputera di SabahRukun solatKeluarga RothschildRaysha RizroseSultan Nazrin Muizzuddin ShahIsham JalilGununganProton WiraKhairulamingLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPendidikan di MalaysiaSenarai model kereta ProtonMustaqim BahadonYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAiman Hakim RidzaTuanku Syed Putra JamalullailSenarai saluran AstroSolatDian P. RamleeFrekuensi radio di KedahSetem (filem)WalisongoNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPresiden IndonesiaMaybankKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaBahagian di SarawakPersekutuan Tanah MelayuKelmarin CintaSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarKerajaan TarumanagaraSharon PaulPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaKuchingSenarai bank di MalaysiaBidaraTanda-tanda KiamatSunan GresikTunku Abdul RahmanGombakKanun KeseksaanPerang PadriTakiyuddin HassanQunut nazilahUlar TedungSenarai episod Tanah KuburHeliza HelmiPewaris CintaUqasha Senrose🡆 More