Bahasa Belanda

Bahasa Belanda (Fail audio nl-pronunciation-Nederlands.ogg tidak ditemui) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat.

Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).

Bahasa Belanda
Nederlands
Sebutanˈneːdərlɑnts
Asli kepadaBelanda, Belgium, Suriname, Aruba, Antillen Belanda, Indonesia, Perancis, Jerman, Guyana Timur
Etnik
Penutur bahasa
25 juta (2021)e19
Total (L1 plus L2 speakers): 30 million (2021)
Indo-Eropah
Huruf Latin/Rumi
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Aruba, Belgium, Kesatuan Eropah, Belanda, Suriname, Antillen Belanda, Suriname
Dikawal selia olehNederlandse Taalunie
(Kesatuan Bahasa Belanda)
Kod bahasa
ISO 639-1nl
ISO 639-2dut (B)
nld (T)
ISO 639-3
nld
Bahasa Belanda

Peta dari tempat utama di mana bahasa Belanda dituturkan

Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.

Sejarah

Sejarah dari bahasa Belanda bermula sekitar 450/500 M, selepas Frankish Kuno, salah satu dari kebanyakan puak bahasa Jermanik Barat, telah terpisah oleh peralihan Konsonan Jermanik Kedua sementara pada lebih atau kurang masa sama hukum Ingvaeonic nasal spirant membawa kepada pembangunan dari moyang terus dari Sachsen Hilir, Frisia dan Inggeris.

Pengaruh

Pengaruh bahasa Belanda ke atas kepulauan Nusantara menguat sejurus penandatanganan perjanjian antara Empayar British dan Empayar Belanda pada tahun 1824 menentukan sempadan kekal jajahan mereka di mana pihak British mengambil belah utara termasuk jajahan Melaka dan pihak Belanda mengambil belah selatan termasuk Bengkulu (Bencoolen) menjurus kepada pembentukan sempadan-sempadan moden Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia; malah ia memincangkan bahasa Melayu sepunya yang pernah dituturkan sesama warga serantau yang saling faham melalui penerapan bahasa rasmi pentadbiran di jajahan dikuasai. Antara contoh paling menonjol adalah ciri imbuhan -asi yang datang daripada imbuhan -atie dalam baku Indonesia berbanding dengan -isyen (ejaan lama: -ishen) yang diserap dari bahasa Inggeris -ition dalam baku Malaysia dan baku Singapura.

Rujukan

    Sumber utama
  • Kembara Khazanah Belanda m/s 142

Tags:

Afrika SelatanBahasa AfrikaansBahasa FlemishBelgiumEropah BaratIndonesiaSuriname

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

DemokrasiKolej Islam Sultan Alam ShahAstro RiaNabi Sulaiman a.s.Seri KembanganTikTokSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahWasiat Dari JordanPrivate BodyguardMahathir MohamadSenario The MoviePremier SarawakGeografi IranJuzAsia TenggaraSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAmir AhnafOrang Cina MalaysiaSyasyaAdam CorrieIman TroyeTunku Ismail ibni Sultan IbrahimMeerqeenJambatan Pulau PinangKata ganti diriLawak KampusMuhyiddin YassinMaya KarinTok JanggutZamarul HishamSingapuraJoe FlizzowAsia BaratFadlan HazimIPhoneSlot MegaDramaSalahuddin al-AyyubiSepupuSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultan PerakGabenor Bank Negara MalaysiaPenggunaDoa IftitahYang di-Pertuan AgongSlot SamarindaHidroterapiSiti NurhalizaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaKuala TerengganuJenis air untuk bersuci dalam IslamSheriffSarah SuhairiMakkahPerdana Menteri SingapuraHari WesakRinggitPASKAL (filem)Pulau RedangKKN di Desa Penari (filem)EJepunGayatri Su-Lin PillaiKapitalismeRita RudainiSumbang mahramLee Hsien LoongMaharaja Lawak MegaYouTubeKhalid Mohamad JiwaSepahtu Reunion Al-RayaHari Raya AidiladhaAina AbdulProton Saga (generasi kedua)SuntikanMarrybrown🡆 More