Kesusasteraan

Kesusasteraan (Jawi: ‏كسوسسترأن‎code: ms is deprecated ‎, bentuk ringkas: sastera سسترا‎) atau persuratan (Jawi: ‏ڤرسورتن‎code: ms is deprecated ‎) merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.

Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Ia lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetika manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Ia juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata-katanya.

Etimologi

Kata-kata sastera dan kesusasteraan yang terimbuh (dengan kata Jawa kuno su "indah, baik") mula wujud pada abad ke-20 meminjam dari kata bahasa Sanskrit शास्त्र śāstra "ajaran, perintah, arahan, petunjuk". Pengungkapan ini dipopularkan dengan tertubuhnya Angkatan Sasterawan 50, pada zaman sebelum meletusnya Perang-Perang Dunia, ungkapan persuratan imbuhan kata surat (yakni bermaksud "tulisan" atau "apa jua tertulis pada kertas") lebih didapati.

Kategori

Secara umumnya, pengkategorian kesusasteraan Melayu akan merujuk kepada tradisional dan moden. Walaupun Kedua-dua kategori mempunyai genre prosa dan puisi serta menggambarkan cara hidup atau budaya Melayu, ciri-ciri mereka adalah berbeza.

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun, disebarluaskan melalui lisan. Manakala kesusasteraan Melayu moden disebarkan melalui lisan dan tulisan. Kesusasteraan Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, dan kesusasteraan Melayu moden bersifat individu dengan adanya cipta terpelihara. Tambahan pula, kesusasteraan Melayu moden tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya.

Bentuk-bentuk kesusasteraan

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni:

  • Prosa
  • Puisi

Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, esei dan sebagainya.

Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

Jenis-jenis

Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni:

  • Naratif
  • Bukan Naratif

Kesusasteraan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

Struktur

Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di bawah:

  • Tema
  • Gaya Bahasa

(Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja)

  • Plot
  • Watak dan Perwatakan
  • Sudut Pandangan
  • Latar

Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membezakan teks kesusasteraan dengan bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains.

Lihat juga

Rujukan

    Sumber utama
  • Ali Ahmad, Pengantar Pengajian Kesusasteraan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

Tags:

Kesusasteraan EtimologiKesusasteraan KategoriKesusasteraan Bentuk-bentuk kesusasteraanKesusasteraan Jenis-jenisKesusasteraan StrukturKesusasteraan Lihat jugaKesusasteraan RujukanKesusasteraanBahasaPenulisanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala PilahIslam di IranSumber primerPetaling JayaKL GangsterCik Siti Wan KembangNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaNajis dalam IslamUmmi NazeeraAmen KhalidNorreen ImanNoorkumalasariBandar MaharaniSarawakSlot SamarindaRicheese FactoryRamli M. S.Nabi Isa a.s.Gayatri Su-Lin PillaiSeks oralKhairy JamaluddinHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitIsteri Separuh MasaFrekuensi radio di TerengganuRindu Kasih 2Peristiwa Memali 1985SainsPasir GudangSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiDidie AliasYusof HaslamPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaPerkahwinan menurut IslamNorish KarmanHashimuddin Abdul KadirPasukan Tugas Khas Melawan Jenayah TerancangSultan Muhammad VRita RudainiBukan Lelaki TerhebatMelitha SidabutarPerodua MyViTalbis IblisFarajPosisi seksualSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahMelisha SidabutarNajua NasirHubungan Iran–PalestinOrang BanjarKamparAwieKesumBurasHemoroidMerdeka 118SemenyihPerceraian dalam IslamAbdul Razak HusseinSheriffRahsia (filem 1987)Frekuensi radio di SelangorRukun NegaraKL Gangster 2S. Roomai NoorBuah kerasJohor BahruEdika YusofPolis Diraja MalaysiaFauziah NawiSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukKaedah arkeologiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaGeografi IranQistina KhaledSultan TerengganuSultanah Nur Diana Petra AbdullahPeribahasa Melayu🡆 More