Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang.
Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat. Sebab-sebab batuk yang lain termasuk:
Kadang kala seseorang ada lebih dari satu alasan untuk membatuk.
Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.
Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya.
Batuk mungkin hanya satu-satunya gejala anda. Perhatikan pada tanda-tanda kesakitan atau ketidakselesaan lain - seperti alergi, rasa sakit, berdehit.
Dengan kemudahan untuk menggambarkan batuk anda akan menolong seorang doktor atau ahli farmasi untuk memilih rawatan yang terbaik untuk anda.
Batuk yang hanya menghabis masa untuk beberapa hari sahaja dan berkenaan dengan sebuah ubat batuk. Tanya ahli farmasi untuk nasihat mengenai ubat yang terbaik untuk batuk anda.
Kalau batuk anda menghabis masa sampai untuk lebih dari tiga minggu atau kalau anda merasa bimbang, sila jumpa doktor mengenai batuk anda.
Jumpalah doktor mengenai batuk anda kalau:
kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang batuk perlu diperiksa oleh doktor dengan secepat mungkin.
Ubat-ubatan bagi mengawal atau menghentikan refleks batuk dan dapat digunakan untuk batuk kering (contohnya dextromethorphan, phlocodine, codeine). Ia boleh didapati dalam bentuk sirap dan lozeng. Jangan gunakan pemendam batuk untuk batuk berhasil, batuk disebabkan oleh asma atau kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Terlalu banyak menggunakan Dekstrometorphan, dapat menyebabkan mabuk seperti minum minuman keras. Malah menyebabkan hilang ingatan sementara.
Melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas - contohnya guaiphenesin, bromhexine.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Batuk, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.