Paru-Paru: Organ

Paru-paru merupakan organ dalam sistem pernafasan dan termasuk dalam sistem kitaran vertebrata yang bernafas.

Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah dengan bantuan hemoglobin. Proses ini dikenali sebagai respirasi atau pernafasan. Istilah perubatan berkaitan paru-paru selalunya bermula dengan "pulmo-" dari perkataan Latin pulmones untuk paru-paru.

Paru-paru mamalia

Paru-paru mamalia mempunyai permukaan berspan (spongy texture) dan dipenuhi liang epitelium dengan itu mempunyai luas permukaan per isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan paru-paru. Paru-paru manusia adalah contoh biasa bagi paru-paru jenis ini.

Paru-paru terletak di dalam rongga dada (thoracic cavity), dilindungi oleh struktur bertulang tulang selangka dan diselaputi karung dwidinding dikenali sebagai pleura. Lapisan karung dalam melekat pada permukaan luar paru-paru dan lapisan karung luar melekat pada dinding rongga dada. Kedua lapisan ini dipisahkan oleh lapisan udara yang dikenali sebagai rongga pleural yang berisi cecair pleural; ini membenarkan lapisan luar dan dalam berselisih sesama sendiri, dan menghalang ia daripada terpisah dengan mudah.

Bernafas kebanyakannya dilakukan oleh diafragma di bawah, otot yang mengucup menyebabkan rongga di mana paru-paru berada mengembang. Sangkar selangka juga boleh mengembang dan mengucup sedikit.

Ini menyebabkan udara tetarik ke dalam dan keluar dari paru-paru melalui trakea dan salur bronkus (bronkhial tubes); yang bercabang dan mempunyai alveolus di hujung iaitu karung kecil dikelilingi oleh kapilari yang dipenuhi darah. Di sini oksigen meresap masuk ke dalam darah, di mana oksigen akan d angkut melalui hemoglobin.

Darah tanpa oksigen dari jantung memasuki paru-paru melalui pembuluh pulmonari dan, selepas dioksigenkan, kembali ke jantung melalui salur pulmonari.

Paru-paru manusia

Paru-Paru: Organ 
Gambarajah hadapan paru-paru dikupas
Trakea bercabang ke bronkus

Manusia mempunyai dua paru-paru, dengan sebelah kiri terbahagi kepada 2 bahagian dan bahagian kanan kepada 3 bahagian. Setiap satu mengandungi anggaran 1500 batu laluan udara dan 300 juta alveolus, dengan luas permukaan dianggarkan seluas 140 meter2 bagi orang dewasa (secara kasarnya seluas gelanggang tennis).

Tags:

DarahHemoglobinKarbon dioksidaLatinOksigenSistem pernafasanVertebrata

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Alif SatarAisyah Abu BakarNam RonPitt HanifPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaAzhan RaniYang di-Pertuan AgongPerodua MyViYouTubeGrup Gerak KhasAhli Sunah WaljamaahPenggodamPuasa (Islam)Yasmin AhmadSyed Danial Syed AhmadHubungan seksMahathir MohamadSarimah AhmadQistina KhaledGK3 The MovieAisha RetnoAsia BaratCabang dan mazhab IslamMasjid al-AqsaMurutSurah al-FatihahSharifah HusnaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaTenaga Nasional BerhadAmmar AlfianErysha EmyraSi TanggangJerebuAzizulhasni AwangPendidikan di IndonesiaPASKAL (filem)Wanita SyurgaErry PutraDemam denggiJulia RaisMenara Jam Condong Teluk IntanShiqin KamalPerang Dunia KeduaBunga kertasLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurPenjajahan Jepun di Tanah MelayuIntegritiAl-Masih ad-DajjalSistem sarafTengku Zafrul Abdul AzizAdnan bin SaidiNabi Muhammad SAWWan Junaidi Tuanku JaafarBahasa InggerisMuhammad bin Idris al-SyafiiSiti NurhalizaSumpahan JeruneiSijil Tinggi Agama MalaysiaJuzPemboleh ubahIskandar ChempakaNadhir NasarNabila Razali@Emelda RosmilaSejarahSepahtu Reunion Al-RayaOrang India MalaysiaPetronasHizbullahInsya-AllahMustapha KamalAman ShahPerlembagaan MalaysiaBunga rayaSlot AkasiaSelangorSolat jamakSultan Nazrin Muizzuddin Shah🡆 More