Saint Petersburg

Sankt-Peterburg (Rusia: Санкт-Петербу́ргcode: ru is deprecated , IPA: , bahasa Inggeris: Saint Petersburgcode: en is deprecated ) atau nama-nama lainnya Petrograd (Bahasa Rusia: Петроградcode: ru is deprecated ,IPA: m 1914-1924) dan Leningrad (Bahasa Rusia: Ленинградcode: ru is deprecated ,IPA: , 1924-1991) merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Rusia.

Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya, Tsar Peter (atau Pyotr) I dari Rusia. St. Petersburg dijadikan ibu negara Empayar Rusia dari 1712-1728, dan 1732-1918, iaitu lebih dua ratus tahun. Selepas Revolusi Rusia 1918, ibu negara Kesatuan Soviet yang baru diasaskan dipindahkan ke Moscow.

Санкт-Петербург
Sankt Petersburg
St. Petersburg
Katedral Saint Isaac
Katedral Saint Isaac
Bendera Санкт-Петербург Sankt Petersburg St. Petersburg
Mohor rasmi Санкт-Петербург Sankt Petersburg St. Petersburg
Nama panggilan: Piter
Kawasan Saint Petersburg di Eropah
Kawasan Saint Petersburg di Eropah
Negara
Daerah
Subbahagian
Rusia
Rusia Barat Laut
Bandar raya Persekutuan
Pentadbiran
 • GabenorAlexander Beglov
Keluasan
 • Bandar Raya606 km2 (234 batu persegi)
Penduduk
 (2002)
 • Bandar Raya4,661,219 orang(2,002 Census)
 • Kepadatan3,330/km2 (8,600/batu persegi)
 • Metro
6 juta orang
Zon waktuUTC+3 (MSK)
 • Musim panas (DST)UTC+4 (MSD)
Laman sesawangwww.gov.spb.ru

Kota ini sekarang adalah pusat pemerintahan Oblast Leningrad walaupun memiliki status sebagai kota federal. Kota ini adalah kota pelabuhan yang terletak di tepi Sungai Neva dan Teluk Finskiy. Penduduknya berjumlah 4.848.700 jiwa berdasarkan sensus tahun 2010. Di kota ini mengalir lebih dari 40 sungai dan kira-kira 20 terusan. Ia merupakan pusat industri, ilmu, dan budaya yang penting serta mempunyai industri mesin, besi, baja, kimia, dan pangan. Kota ini telah mempunyai sistem kereta bawah tanah sejak tahun 1955.

Pusat kotanya merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia diisytiharkan UNESCO.

Penamaan

Kota ini dinamakan sempena Tsar Pyotr Agung yang mengasaskan kota ini sebagai penguasa memperkenalkan sistem pembaratan terhadap kerajaannya dari bahasa Belanda iaitu Sankt-Pieter-Burch (Сан(к)т-Питер-Бурхъ) sebelum dirusiakan. Peletusan Perang Dunia Pertama mendorong penukaran nama kota ini pada 1 September 1914 kepada Petrograd (Bahasa Rusia: Петроград,IPA: [pʲɪtrɐˈgrat] Pyetrograd), "Kota Pyotr" membuang kata-kata Sankt dan Burg yang datang dari bahasa dituturkan musuh politik mereka.

Kota ini dinamakan semula sebagai Leningrad, "Kota Lenin", memperingati Vladimir Lenin tidak lama selepas kematian beliau pada 26 Januari 1924.

Nama asal kota ini dipakai dalam bahasa Rusia kini, Sankt-Peterburg, dipulihkan dalam suatu pungutan suara dalam kalangan warga kota ini pada 6 September 1991, ia dirasmikan atas perintah eksekutif diwartakan Rossiyskaya Gazeta" pada 16 Mei 1992.

Sejarah

Duluan

Asas kota ini terletak di muara Sungai Neva dalam suatu kawasan bernama Ingermanland di mana para penjajah Empayar Sweden membina sebuah kubu bernama Nyenskans tahun 1611.

Zaman Empayar

St. Peterburg didirikan oleh Pyotr yang Agung pada tahun 1703. Pada tahun 1712-1728 dan 1732-1918, kota ini menjadi ibu kota Empayar Rusia.

Zaman Soviet

Pada 7 November [G.L.: 25 Oktober] 1917, tidak lama selepas penurunan takhta Nikolai II dalam Revolusi Februari yang menamatkan pemerintahan beraja di Rusia, golongan Bolshevik pimpinan Vladimir Lenin memasuki Istana Musim Sejuk dalam suatu langkah revolusi yang berjaya menumpaskan Pemerintah Sementara Rusia yang kemudian membawa kepada pembentukan majlis-majlis (sovét) yang digabungkan kuasa menjadi suatu pemerintahan Komunis yang baru - kota ini turut diberi jolokak "kota tiga revolusi" kerana tiga titik masa yang diperan utama kota ini dalam sejarah Rusia pada ketika ini.

Kota ini dinamakan semula sebagai Leningrad 5 hari selepas kematian Lenin pada 26 Januari.

Pada masa Perang Dunia Kedua, kota ini pernah dikepung oleh pasukan Nazi Jerman. Pengepungan Leningrad berlangsung selama 882 hari sejak September 1941, hingga pada 27 Januari 1944 Leningrad berhasil dibebaskan kembali oleh tentara Kesatuan Soviet. Tetapi warganya yang tidak pernah menyerah kalah pada saat itu sehingga dianugerahi gelar Kota Pahlawan oleh pihak Soviet pada tahun 1945. Lebih dari 1.500.000 jiwa meninggal akibat kelaparan dan kekurangan gizi dalam peperangan ini. Peristiwa tersebut kembali dikenang dan diceritakan dalam film yang berjudul Attack On Leningrad.

Saint Petersburg 
Bolsheviks celebrating May 1 near the Winter Palace half a year after taking power, 1918

Tempat-tempat menarik

Terdapat banyak institut penyelidikan ilmiah di St. Peterburg, salah satunya adalah cabang Akademi Sains Rusia. Terdapat pula 43 perguruan tinggi di kota ini, salah satunya adalah Universiti Negeri St. Peterburg. Teater Mariinskiy, Teater Opera dan Balet, dan Teater Drama Besar juga terletak di kota ini.

Salah satu tempat yang patut dikunjungi adalah Perpustakaan Nasional Rusia yang memiliki koleksi beberapa manuskrip Melayu, termasuk Sejarah Melayu yang dibawa oleh Laksamana I. F. Kruzenshtern dalam pelayarannya pada tahun 1798. St. Peterburg juga memiliki 47 muzium, antara lain Muzium Hermitage yang kaya akan koleksi lukisan, patung, dan permadani dari seluruh penjuru dunia, Muzium Russky Muzey yang menyimpan koleksi seni lukis Rusia, Muzium Antropologi dan Etnologi (dulu disebut Kunstkammer) yang memiliki koleksi etnografi Indonesia, dan Muzium Memorial Pushkin.

Selain itu, ada banyak tempat yang merupakan peninggalan masa lalu, antara lain Patung Peter yang Agung (1782), Istana Musim Sejuk (1754-1762), Benteng Petropalovskaya di Pulau Zayachy (1703), Taman Musim Panas, dan Katedral Isaakievskiy (1818-1858).

Tidak jauh dari St. Peterburg adalah Istana Peterhof yang memiliki taman indah dan penuh air pancur.

Pengangkutan

Saint Petersburg adalah penghubung pengangkutan utama. Jalur kereta pertama di Rusia dibangun disini tahun 1837, dan sejak saat itu infrastruktur pengangkutan kota ini terus berkembang mengikuti perkembangan kota. Petersburg memiliki sistem jalan lokal dan kereta yang ekstensif, dan tetap merawat sistem pengangkutan umum di antaranya tram dan Saint Petersburg Metro, serta beberapa jalur pelayaran.

Kota ini terhubung dengan bahagian Rusia lainnya dengan beberapa laluan kereta internasional.

Jalan dan lebuh umum

Saint Petersburg memiliki jaringan pengangkutan umum yang sangat baik, di antaranya ada bus, tram, trolleybus) dan ratusan laluan lainnya yang dilayani oleh marshrutka. Tram di kota ini dulunya adalah pengangkutan umum utama; pada tahun 1980-an pernah menjadi jaringan trem terbesar di dunia, namun jalurnya banyak yang dihilangkan tahun 2000-an.

Bus mengangkut 3 juta penumpang sehari, meliputi lebih dari 250 laluan. Saint Petersburg Metro adalah sistem angkutan cepat bawah tanah yang mulai beroperasi tahun 1955; saat ini telah memiliki 5 jalur dengan 67 stesen, terhubung dengan kelima terminal kereta, dan mengangkut 2,3 juta penumpang per harinya. Stesen metro juga banyak dihias dengan berbagai material seperti batu pualam dan perunggu.

Kesesakan alulintas banyak ditemui di kota ini, terutama disebabkan karena volume komuter harian yang besar dan curah salju tinggi. Pembangunan Jalan Lingkar Saint Petersburg yang selesai tahun 2011 membantu mengurangi kemacetan dalam kota.

Saint Petersburg adalah koridor pengangkutan yang penting yang menghubungkan Skandinavia dengan Rusia dan Eropah Timur. Kota ini memiliki jaringan jalan Eropah E18 menuju Helsinki, E20 menuju Tallinn, E95 menuju Pskov, Kiev dan Odessa, serta E105 menuju Petrozavodsk, Murmansk dan Kirkenes (utara) dan Moskwa/Kharkiv (selatan).

Jalur air

Perusahaan St Peter Line mengoperasikan 2 feri yang berlayar dari Helsinki ke St Petersburg dan dari Stockholm ke St Petersburg.

Kereta

Kota ini memiliki 5 terminal kereta: Baltiysky, Finlyandsky, Ladozhsky, Moskovsky dan Vitebsky, Saint Petersburg memiliki koneksi internasional menuju Helsinki, Finland, Berlin, Jerman dan bekas republik Kesatuan Soviet lainnya. Kereta Helsinki, dibangun 1870 dengan panjang rute 443 kilometer (275 bt), mempunyai jadwal 4 kali sehari dengan perjalanan selama 3,5 jam dengan kereta baru Allegro.

Kereta Moskwa – Saint Petersburg dibuka tahun 1851 dan rutenya sepanjang 651 kilometer (405 bt); dengan lama perjalanan bervariasi dari 3 hingga 9 jam.

Tahun 2009 Russian Railways meluncurkan kereta berkecepatan tinggi baru untuk rute Moskwa – Saint Petersburg. Kereta ini dinamai Sapsan, merupakan turunan dari kereta Siemens Velaro yang populer dan telah beroperasi di beberapa negara Eropah. Kereta ini mencatatkan rekor sebagai kereta tercepat di Rusia tahun 2009, dengan kecepatan 290 kilometer per jam (180 mph).

Sejak 12 Desember 2010 Karelian Trains, projek teroka bersama antara Russian Railways dan VR Group mengoperasikan kereta Alstom Pendolino untuk perkhidmatan antara Finlyandsky dan Stesen kereta Sentral Helsinki di Helsinki. Keretanya dinamai "Allegro".

Udara

Saint Petersburg dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, dan 3 bandara komersial kecil lainnya di pinggir kota. Lapangan Terbang Lappeenranta, terletak dekat Saint Petersburg namun berada di Finland, ia juga populer di antara para pelancong Rusia.

Lapangan Terbang Pulkovo telah beroperasi sejak 1931. Per 2013, Pulkovo melayani lebih dari 12 juta orang per tahun dan menjadi bandara tersibuk ke-3 di Rusia setelah Lapangan Terbang Sheremetyevo dan Domodedovo di Moskwa. Lapangan Terbang ini juga mempunyai perkhidmatan bus 24 jam yang meliputi antara pusat kota dengan Pulkovo .

Pendidikan

Per 2006/2007 ada 1024 TK, 716 sekolah negeri dan 80 sekolah vokasi di Saint Petersburg. Institusi pendidikan tinggi terbesar di kota ini adalah Universiti Negeri Sankt Petersburg, memiliki sekitar 32.000 mahasiswa. Institusi pendidikan tinggi swasta terbesar adalah Institut Perdagangan Antarabangsa, Ekonomi, dan Undang-Undang St. Petersburg. Universiti terkenal lainnya adalah Universiti Politeknik Saint Petersburg, Universiti Herzen, Higher School of Economics dan Universiti Teknik-Tentera Sankt Petersburg. Namun, semua universiti-universiti peringkat negeri adalah milik pemerintah persekutuan, bukan pemerintah kota.

Kota kembar

Daftar kota kembar Saint Petersburg, seperti juga yang tertulis pada portal resmi Pemerintah Kota:
{|style="width:100%"

|- | style="width:33.3%;"|

| style="width:33.3%;"|

| style="width:33.3%;"|

|}

Kota kembar di Persemakmuran Negara-negara Merdeka dan kawasan Baltik:

Tidak ada pada daftar pemerintah:

Milan dan Venezia dulunya merupakan kota kembar Saint Petersburg, namun hubungan tersebut dihentikan pemerintah kedua-dua kota akibat larangan yang dikatakan mencabuli hak homoseksual sana. Milan menghentikan hubungan dengan kota ini pada 23 November 2012 dan Venezia mengikuti pada 28 Januari 2013. Kota Los Angeles berdebat apakah akan menghentikan status kota kembar tahun 2013 dan Carl Katter, mengkampanyekan di Melbourne, Victoria, untuk melakukan hal serupa.

Nota

Rujukan

Pranala luar

Tags:

Saint Petersburg PenamaanSaint Petersburg SejarahSaint Petersburg Tempat-tempat menarikSaint Petersburg PengangkutanSaint Petersburg PendidikanSaint Petersburg Kota kembarSaint Petersburg NotaSaint Petersburg RujukanSaint Petersburg Pranala luarSaint Petersburg1918Bahasa RusiaBahasa bahasa InggerisEmpayar RusiaIbu negaraKesatuan SovietMoscowPeter I dari RusiaRevolusi RusiaRusiaTsarWikipedia:IPA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

IsrafilKomputerMasya-AllahJabatan Perangkaan MalaysiaKata ganti diriHukum Kanun MelakaThailandAnugerah AidilfitriNaqiu BoboyAerofonKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaKuchingKomunikasiBismillahPertubuhan Keselamatan SosialLaluan Kelana JayaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unRukun NegaraKelantanJosiah HoganHantu Kak Limah Balik RumahKerajaan MataramR.A. KartiniBangladeshKodi RasheedHemoroidDemografi MalaysiaCiri-ciri orang munafikStadium Nasional Bukit JalilAmir AhnafKementerian Kesihatan MalaysiaHari GawaiRahsia (filem 2023)Sophia LianaYang di-Pertua Negeri SabahTentera Darat MalaysiaWikipediaMahkamah MalaysiaSurah al-FatihahHari WesakBatu CavesTalbis IblisPerceraian dalam IslamJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaArena LieyaEmpayar UthmaniyahSultan SelangorSistem pembiakan perempuanKapal terbangKesultanan DemakSex and the CityAman Ramli JaafarAllahPulau RedangAl Nassr FCDewan Negeri SelangorKuala LumpurSidratulmuntahaDewan Undangan Negeri PerlisKedah TuaFauziah NawiEllie SuriatyNazim OthmanTuanku Abdul RahmanNabi Musa a.s.Al-QuranZul AriffinSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPenggunaRiezman KhuzaimiOktovia Manrose1Parlimen MalaysiaRaja Zarith SofiahPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSultan Muhammad V🡆 More