Osaka

Osaka (Jepun: 大阪市, Hepburn: Ōsaka-shi) listen (bantuan·maklumat) merupakan ibu negeri kepada wilayah Osaka, Jepun.

Osaka mempunyai populasi seramai 2.7 juta penduduk dan merupakan bandar dengan populasi kedua terbesar di Jepun selepas bandar Tokyo pada siang hari. Pada waktu malam, ia menjadi bandar ketiga terbesar di Jepun selepas Tokyo dan Yokohama. Ia terletak di kawasan Kansai di pulau utama Honshu, di hilir sungai Yodo di Pantai Osaka.

Osaka
大阪市
City of Osaka (Bandar Osaka)
Baris atas: Pemandangan Osaka Baris tengah: Dōtonbori dan Tsūtenkaku Baris bawah: Shitennō-ji, Sumiyoshi taisha dan Istana Osaka
Baris atas: Pemandangan Osaka
Baris tengah: Dōtonbori dan Tsūtenkaku
Baris bawah: Shitennō-ji, Sumiyoshi taisha dan Istana Osaka
Bendera Osaka
Mohor rasmi Osaka
Kedudukan Osaka di wilayah Osaka
Kedudukan Osaka di wilayah Osaka
Osaka is located in Bumi
Osaka
Osaka (Bumi)
Koordinat: 34°41′38″N 135°30′8″E / 34.69389°N 135.50222°E / 34.69389; 135.50222 135°30′8″E / 34.69389°N 135.50222°E / 34.69389; 135.50222
NegaraJepun
KawasanKansai
WilayahOsaka
Pentadbiran
 • Datuk BandarHirofumi Yoshimura
Keluasan
 • Jumlah222.1 km2 (85.8 batu persegi)
Penduduk
 (Oktober 2017)
 • Jumlah2,713,157
Laman sesawangBandar Osaka

Osaka merupakan bandar komersial bersejarah di Jepun dan ia masih lagi merupakan salah satu pusat industri utama dan perlabukan di Jepun, dikenali sebagai jantung kawasan metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto, di mana mempunyai populasi seramai 17,510,000 orang penduduk.

Osaka
Pemandangan bandar Osaka

Sejarah

Bandar Osaka pada awalnya di kenali sebagai Naniwa (難波, 浪華 atau 浪花), sebuah nama yang masih lagi wujud sebagai sebuah kawasan di tengah bandar Osaka sebagai Naniwa (浪速) dan Namba (難波). Maharaja Kōtoku menjadikan kawasan ini sebagai bandarnya, dan menamakannya sebagai Naniwa-no-miya (Pusat Bandar Naniwa). Bandar ini mempunyai hubungan baik, didarat atau lautan, antara Yamato (modernnya Nara), Korea, dan China. Settsu, yang merupakan bekas kawasan Jepun, meliputi bahagian utara Osaka moden dan hiliran pantai Hyogo.

Pada 1496, Bahagian Buddha Jodo Shinshu telah membuka pusat mereka, Ishiyama Hongan-ji sebuah kuil yang dibina kukuh diatas tapak istana diraja lama Naniwa. Pada 1570, Oda Nobunaga telah melancarkan serangan keatas kuil tersebut yang berakhir selama sepuluh tahun. Sami kuil tersebut akhirnya menyerah kalah pada 1580, kuil tersebut telah dimusnahkan dan Toyotomi Hideyoshi mengambil kawasan itu sebagai Osaka Castle, yang merupakan istananya sendiri.

Adalah tidak dikenal pasti bilakah Naniwa digantikan dengan nama Ōsaka (ditulis 大坂), tetapi penggunaan terlama nama tersebut adalah pada 1496 didalam teks bertulis mengenai pengasasan Ishiyama Hongan-ji. Pada masa itu, ia disebut sebagai Ōzaka. Dari masa ke masa, sebutan "z" itu hilang, dan sebutan panjang "o" (ō) menjadi pendek. Pada permulaan Era Meiji, pihak kerajaan telah mengubah kanji kedua 坂 kepada 阪 kerana yang sebelumnya, jika disebut berasingan, ia akan bermaksud "(akan) kembali ke tanah" (土に返る), dimana agak kurang sesuai. Ia berkekalan sebagai ejaan rasmi sekarang, tetapi ejaan lama masih lagi digunakan tetapi agak terhad.

Osaka telah sekian lama menjadi pusat ekonomi terpenting jepun dengan peratusan besar populasi terdiri daripada kelas pedagang (lihat Empat division masyarakat).

Bandar moden telah direka pada September 1, 1956 oleh ordinan kerajaan.

Pentadbiran

Wad-wad Osaka

Bandar Osaka terdiri daripada 24 buah wad seperti berikut:

Osaka 
Kedudukan wad-wad di Osaka.
Wad-wad Osaka
No Wad Bahasa Jepun
1 Abeno-ku 阿倍野区
2 Asahi-ku 旭区
3 Chūō-ku 中央区
4 Fukushima-ku 福島区
5 Higashinari-ku 東成区
6 Higashisumiyoshi-ku 東住吉区
7 Higashiyodogawa-ku 東淀川区
8 Hirano-ku 平野区
9 Ikuno-ku 生野区
10 Jōtō-ku 城東区
11 Kita-ku

(Kawasan pentadbiran)

北区
12 Konohana-ku 此花区
13 Minato-ku 港区
14 Miyakojima-ku 都島区
15 Naniwa-ku 浪速区
16 Nishi-ku 西区
17 Nishinari-ku 西成区
18 Nishiyodogawa-ku 西淀川区
19 Suminoe-ku 住之江区
20 Sumiyoshi-ku 住吉区
21 Taishō-ku 大宝区
22 Tennōji-ku 天王寺区
23 Tsurumi-ku 鶴見区
24 Yodogawa-ku 淀川区

Pengangkutan

Pengangkutan rel

  • JR Central
    • Tokaido Shinkansen: Shin-Osaka
  • JR West
    • Sanyo Shinkansen: Shin-Osaka
    • Aliran Utama Kansai
    • Aliran Utama Tokaido
    • Aliran Lingkaran Osaka
    • Aliran Sakurajima
    • Aliran JR Tōzai
    • Aliran Katamachi
    • Aliran Osaka Higashi
    • Aliran Hanwa
  • Osaka Metro
    • Aliran Midōsuji
    • Aliran Tanimachi
    • Aliran Yotsubashi
    • Aliran Chūō
    • Aliran Sennichimae
    • Aliran Sakaisuji
    • Aliran Nagahori Tsurumi-ryokuchi
    • Aliran Imazatosuji
    • Aliran Nankō Port Town
  • Hankyu Railway
    • Aliran Utama Kobe
    • Aliran Kyoto
    • Aliran Senri
    • Aliran Takarazuka
  • Hanshin Electric Railway
    • Aliran Utama Hanshin
    • Aliran Hanshin Namba
  • Keihan Electric Railway
    • Aliran Utama Keihan
    • Aliran Nakanoshima
  • Kintetsu Railway
    • Aliran Nara
    • Aliran Osaka
    • Aliran Minami Osaka
  • Nankai Electric Railway
    • Aliran Utama Nankai
    • Aliran Koya
      • Aliran Shiomibashi
  • Hankai Railway
    • Aliran Hankai
    • Aliran Uemachi

Tarikan

Pusat Osaka dibahagikan kepada dua bahagian: Kita (北, utara) dan Minami (南, selatan). Kawasan perniagaan Umeda (梅田) adalah di Kita, dimana kawasan hiburan di kawasan jambatan Dotonbori dimana terkenal dengan "giant motorised crab", "Triangle Park" dan Amerikamura (Perkampungan Amerika) di Minami. Minami juga merupakan kawasan membeli belah Shinsaibashi (心斎橋) dan Ebisubashi. Kawasan pusat perniagaan, termasuk mahkamah dan bank-bank utama, berpusat di Yodoyabashi dan Honmachi (本町), di antara Kita dan Minami. Kawasan perniagaan juga berdekatan dengan terminal rail kedua bandar, seperti Stesyen Tennoji (天王寺駅) dan Stesyen Kyobashi (京橋駅).

Osaka terkenal dengan bunraku (teater puppet tradisional), teater kabuki, dan manzai, merupakan komedi informal yang lebih kontemporari. Lain-lain tarikan pelancong adalah termasuk:

Osaka 
Istana Osaka
  • Istana Osaka
  • Kaiyukan (海遊館) — merupakan akuarium yang terletak di Pantai Osaka, mempunyai 35,000 haiwan aquatik didalam 14 tangki, terbesar dimana merupakan tangki akuarium terbesar didunia, mampu menampung 5,400 ton water dan pelbagai hidupan laut termasuk jerung putih. Kaiyukan adalah antara akuarium yang terbesar didunia.
  • kawasan Shinsekai dan Menara Tsutenkaku
  • berbilang taman tema termasuk Universal Studios Japan, Expoland dan Festival Gate
  • Muzium Bandar Osaka
  • Taman Nakanoshima
  • Muzium Porselin Oriental Osaka
  • Muzium Sains Osaka
  • Perpustakaan Awam Nakanoshima Osaka
  • Pusat Dewan Awam Osaka
  • Muzium Seramik Oriental yang diasaskan pada 1982. Merupakan rumah kepada 2000 keping seramik, diantaranya dilabel sebagai Harta Kerajaan.
  • Perkampungan Amerika
  • Shin-Kabuki-za
  • Namba Grand Kagetsu
  • Komedi Kamigata dan Pertunjukan Seni, Muzium Prefectural Osaka
  • Taman Tennoji
  • Zoo Tennoji
  • Muzium Seni Kebangsaan, Osaka
  • Kuil Shitenno
  • Taman Sumiyoshi
  • Sumiyoshi Taisha Shrine
  • Pusat Datangan Asia Pasifik
  • Bangunan WTC Osaka
  • Tempat lahir Hiromitsu Ishida
  • Bandar Den Den
  • Osaka Dome
  • Muzium Ethnology Nasional (Minpaku) dimana 12,000 artifak (250,000 disimpan) di 9,000 meter persegi sepanjang 5 kilometer.
  • Muzium Farmhouse di Taman Hattori Ryokuchi

Perhubungan antarabangsa

Bandar kembar dan persahabatan

Bandar-bandar yang menjalinkan hubungan dengan Osaka termasuklah:

Bekas bandar kembar

Bandar San Francisco di Amerika Syarikat yang terawal menjalinkan hubungan bandar kembar dengan Osaka pada 1957 telah diputuskan pada November 2017 atas kontroversi terhadap patung hamba seks wanita yang dibina di San Francisco yang membawa ketegangan terhadap pemimpin kedua-dua bandar tersebut.

Rujukan

4. Senarai tempat-tempat menarik di Osaka, Jepun. 7 tempat menarik di Osaka Diarkibkan 2019-05-08 di Wayback Machine

Pautan luar

Tags:

Osaka SejarahOsaka PentadbiranOsaka PengangkutanOsaka TarikanOsaka Perhubungan antarabangsaOsaka RujukanOsaka Pautan luarOsakaBahasa JepunBandar di JepunFail:Ja-Osaka.oggHonshuJa-Osaka.oggJepunKansaiMengenai audio iniPerumian HepburnTokyoWikipedia:Bantuan audioWilayah OsakaYokohama

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Abdul Hadi AwangKiblatSultan TerengganuZainol MacWilsonMetamfetaminaDarjah Khas Agama JohorTentang Hati DiaGeografi IndonesiaMaktab Rendah Sains MARA Sungai BesarPasukan Khas UdaraKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPutri JannahUpacara kematian orang CinaIpohNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSenarai perbandingan pangkat tenteraRita RudainiBoBoiBoyOrang Asli di MalaysiaMelakaNajua NasirSepahtu Reunion Al-RayaRaja berperlembagaanPerlisNabi Muhammad SAWHari Raya AidiladhaBendera MalaysiaAbang Long Fadil 3Orang Melayu IndonesiaLobak merahAmy SearchWilayah PersekutuanIsteri-isteri Nabi MuhammadZizan RazakVincent Tan4U2CJamrahSolat Sunat Tahiyyatul MasjidHari Kebangsaan MalaysiaSaronPrivate BodyguardKhir RahmanTanam paksaNazim OthmanMuhammad Sanusi Md NorBahasa ArabAbdul Rahim Mohd NoorMelayuKementerian Dalam Negeri MalaysiaMeerqeenZaman air batuSenarai Yang di-Pertuan AgongChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorMydinAssalamualaikumKelapa sawitBaby ShimaImam MahdiDaerah LangkawiBatu Bersurat TerengganuSejarah al-QuranFrekuensi radio di SelangorSeks oralKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024TerengganuHantu Kak Limah Balik RumahProton Saga (generasi kedua)Siti HariesaYasmin AhmadSiksa NerakaSenarai saluran AstroJosiah HoganIntan LadyanaBadarawuhi Di Desa PenariPiala Sumbangsih 2024Surah al-BaqarahTwitterAween Ismail🡆 More