Satu perniagaan (Tulisan Jawi: ڤرنياݢاءن; syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.
Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.
Sebagai contoh bisnes adalah seperti MLM, servis, penjualan produk samada secara digital ataupun fizikal. Antara bentuk fizikal yang boleh dijual adalah seperti produk berteraskan makanan dan pakaian.
Etimologi "perniagaan" berkait dengan keadaan kesibukan bagi seorang individu atau masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah "perniagaan" mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang lingkup — satu penggunaan (di atas) bermaksud syarikat atau perbadanan, penggunaan umum untuk merujuk kepada sektor pasaran yang tertentu, seperti "perniagaan muzik" dan bentuk gabungan seperti agribusiness, atau istilah yang lebih luas termasuklah semua aktiviti oleh komuniti pembekal barangan dan perkidmatan. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam falsafah perniagaan, adalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.
Meskipun bentuk kepemilikan perniagaan berbeza di setiap negara, ada beberapa bentuk yang dianggap umum:
Perniagaan
terdiri daripada pelbagai jenis, dan sebagai akibatnya, perniagaan dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza. Antaranya terdapat banyak cara yang dapat digunakan dengan mengelompokkan perniagaan mengelaskan perniagaan berdasarkan aktiviti yang dilakukannya dalam menghasilkan keuntungan.
Pelajar yang mempelajari pengendalian perniagaan secara efesien dan efektif disebut dengan pengurusan. Cabang utama dari pengurusan adalah pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, pengurusan sumber manusia, pengurusan strategik, pengurusan operasi, pengurusan produk, pengurusan teknologi maklumat, dan perniagaan pintar.
|
|
|
Ketahui lebih lanjut tentang Business di Wiki: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Perniagaan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.