Pengangkutan (Jawi: ڤڠڠكوتنcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: Transportcode: en is deprecated ) merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.
Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagiaan bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagiaan yang biasa ialah seperti di bawah:-
Jenis pengangkutan juga dikira seperti :-
Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.
Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan pengangkutan, harga akan dapat distabilkan kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan.
Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan keuntungan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang moden dan canggih. Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan terdapatnya sistem pengangkutan udara. Perkembangan pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan perhubungan diplomatik antara negara di dunia.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Pengangkutan |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pengangkutan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.