Chicago (sebutan: Syi-ka-go, IPA: /ʃɪˈkɑ.ɡoʊ/) adalah bandar raya terbesar di negeri Illinois, terbesar dalam Midwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat di Amerika Syarikat.
Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagai Chicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois, Wisconsin dan Indiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat. Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisir Tasik Michigan dan adalah sebuah pusat utama pengangkutan, industri, politik, budaya, kewangan, ubat-ubatan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar" (daripada sajak Carl Sandburg bertajuk Chicago).
Chicago, Illinois | |||
| |||
Nama samaran: "Kota Berangin," "Bandaraya kedua," "Bandar Chi". | |||
Moto: "Urbs In Horto" (Latin: "Bandaraya di dalam Taman"), "Saya Akan" | |||
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois | |||
Koordinat: 41°54′N 87°39′W / 41.900°N 87.650°W | |||
---|---|---|---|
Negara | Amerika Syarikat | ||
Negeri | Illinois | ||
Daerah | Cook & DuPage | ||
Perbadanan perbandaran | 4 Mac 1837 | ||
Kerajaan | |||
- Datuk Bandar | Richard M. Daley (D) | ||
Ketinggian | 586 kaki (179 m) | ||
Kepadatan (2005) | |||
- Bandar | 2,873,790 | ||
- Kaw. perbandaran | 8,711,000 | ||
- Metro | 9,505,748 | ||
Zon masa | CST (UTC-6) | ||
- Musim panas (DST) | CDT (UTC-5) | ||
Laman web: egov.cityofchicago.org |
Chicago ialah pusat kewangan, perniagaan, dan kebudayaan Midwest. Bandar raya ini diasaskan pada tahun 1833 di tempat bertumpunya pengangkutan di antara Tasik-Tasik Besar Amerika dan titik haluan Sungai Mississippi, ia kemudian menjadi satu pusat pengangkutan di Amerika Utara. Semasa Pesta Dunia Chicago pada tahun 1893, ia adalah salah satu daripada sepuluh bandar-bandar dunia paling berpengaruh bandar-bandar dunia dan masih kekali sehingga ke hari ini.
Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puak Potawatomi, yang mengambil tempat orang Miami dan Sauk dan Rubah. Peneroka bukan penduduk asal pertama di Chicago, Jean Baptiste Pointe du Sable dari Haiti, tiba dalam tahun 1770-an, berkahwin dengan seorang wanita puak Potawatomi, dan mengasaskan pusat dagangan pertama kawasan berkenaan. Pada tahun 1803, Tentera Amerika Syarikat membina Kota Dearborn, yang dimusnahkan pada tahun 1812 dalam Pembunuhan beramai-ramai Kota Dearborn. Puak Ottawa, Ojibwa, dan Potawatomi kemudian menyerahkan tanah itu kepada Amerika Syarikat dalam Perjanjian St. Louis tahun 1816. Semasa 12 Ogos 1833, Bandar Chicago dirancang dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan dalam masa tujuh tahun ia berkembang dengan jumlah penduduk melebihi 4,000 orang. Bandar Raya Chicago diperbadankan pada 4 Mac 1837.
Kelab | Liga | Sukan | Tempat | Ditubuhkan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|
Chicago Bears | NFL | Bola Sepak Amerika | Soldier Field | 1919 | 1 Menang Super Bowl, 8 Juara Kejohanan Liga (Pra Era Super Bowl) |
Chicago Cubs | MLB | Besbol | Wrigley Field | 1876 | 2 Menang Siri Dunia |
Chicago White Sox | MLB | Besbol | US Cellular Field | 1900 | 3 Menang Siri Dunia |
Chicago Bulls | NBA | Bola Keranjang | United Center | 1966 | 6 Kejohanan NBA |
Chicago Sky | WNBA | Bola Keranjang | UIC Pavilion | 2006 | 0 Kejohanan WNBA |
Chicago Blackhawks | NHL | Hoki | United Center | 1926 | 3 Piala Stanley |
Chicago Wolves | AHL | Hoki | Allstate Arena | 1994 | 2 Piala Turner, 1 Piala Calder |
Chicago Hounds | UHL | Hoki | Sears Centre | 2006 | 0 |
Chicago Rush | AFL | Bola Sepak Arena | Allstate Arena | 2001 | 1 Kejohanan ArenaBowl |
Chicago Fire | MLS | Bola Sepak | Toyota Park | 1997 | 1 Piala MLS, 4 Piala Terbuka A.S. |
Chicago Storm | MISL | Bola Sepak Futsal | Sears Centre | 2004 | 0 |
Chicago Machine | MLL | Lacrosse | Toyota Park | 2006 | 0 |
Chicago Shamrox | NLL]] | Lacrosse | Sears Centre | 2007 | 0 |
Chicago Slaughter | CIFL | Bola Sepak Amerika | Sears Centre | 2007 | 0 |
Bandar Raya Chicago Populasi mengikut tahun | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun banci | Populasi | Kedudukan | |||
1840 | 4,470 | 92 | |||
1850 | 29,963 | 24 | |||
1860 | 112,172 | 9 | |||
1870 | 298,977 | 5 | |||
1880 | 503,185 | 4 | |||
1890 | 1,099,850 | 2 | |||
1900 | 1,698,575 | 2 | |||
1910 | 2,185,283 | 2 | |||
1920 | 2,701,705 | 2 | |||
1930 | 3,376,438 | 2 | |||
1940 | 3,396,808 | 2 | |||
1950 | 3,620,962 | 2 | |||
1960 | 3,550,404 | 2 | |||
1970 | 3,366,957 | 2 | |||
1980 | 3,005,072 | 2 | |||
1990 | 2,783,726 | 3 | |||
2000 | 2,896,016 | 3 | |||
2006 | 2,873,790 | 3 |
|
|
Ketahui lebih lanjut tentang Chicago di Wiki: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Chicago. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Chicago, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.