Ghana

Ghana, secara rasminya dipanggil Republik Ghana, adalah sebuah negara di Afrika Barat.

Ia bersempadan dengan Côte d'Ivoire di barat, Burkina Faso di utara, Togo di timur, dan Lautan Atlantik di selatan. Accra merupakan ibu negara dan bandar rayanya yang terbesar. Jumlah penduduknya pada 2005 ialah 21,029,853.

Republik Ghana
ريڤوبليك غانا
Republic of Ghana
Bendera Ghana
Jata Ghana
Bendera Jata
Cogan kata"Freedom and Justice" (Inggeris)
(Kebebasan dan Keadilan)
Lagu kebangsaan"God Bless Our Homeland Ghana"
Lokasi Ghana
Ibu negara
dan bandar terbesar
Accra
5°33′N 0°12′W / 5.550°N 0.200°W / 5.550; -0.200
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa kebangsaan
  • Asante
  • Akuapem Twi
  • Bono
  • Dagaare
  • Dagbani
  • Dangme
  • Ewe
  • Ga
  • Gonja
  • Kasem
  • Mampruli
  • Fante
  • Nzema
  • Wasa
  • Talensi
  • Frafra
  • Kusaal
  • Hausa
  • Bahasa Isyarat Ghana
Kumpulan etnik
(2010)
  • 47.5% Akan
  • 16.6% Mole-Dagbon
  • 13.9% Ewe
  • 7.4% Ga-Adangbe
  • 5.7% Konkomba
  • 3.7% Guan
  • 2.5% Gurunsi
  • 2.2% Kusasi
  • 1.1% Bissa
  • 1.4% Lain-lain
KerajaanRepulik berperlembagaan berpresiden unitari
• Presiden
Nana Akufo-Addo
• Naib Presiden
Mahamudu Bawumia
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan daripada United Kingdom
• Dominion
6 Mac 1957
• Republik
1 Julai 1960
• Perlembagaan terkini
28 April 1992
Keluasan
• Jumlah
239,567 km2 (92,497 bt2) (ke-80)
• Perairan (%)
4.61 (11,000 km; 4,247 batu2)
Populasi
• Perkiraan 2016
28,308,301 (ke-45)
• Bancian Penduduk 2010
24,200,000
101.5/km2 (262.9/sq mi) (ke-103)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$211.127 bilion
$6,998
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$68 bilion
$2,262
Gini (2012)42.4
sederhana
HDI (2018)0.596
sederhana · ke-142
Mata wangCedi Ghana
(GHS)
Zon waktuUTC    (GMT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+233
Kod ISO 3166GH
DPT internet.gh

Sebelum zaman penjajahan, Ghana diduduki oleh beberapa kemaharajaan kuno, termasuk kemaharajaan pedalaman di Ashanti dan pelbagai negara-negara Fante di sepanjang pantai. Perdagangan dengan negara-negara Eropah berkembang maju selepas hubungan dengan pihak Portugis pada abad ke-15. England mengasaskan Gold Coast, sebuah tanah jajahan, pada 1874.

Ghana merupakan negara kulit hitam Afrika yang pertama untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Sebaik sahaja negara ini mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1957, nama Ghana dipilih sebagai rujukan kepada Empayar Ghana yang merupakan asal kerajaan kunonya.

Sejarah

Republik Ghana dinamakan sempena Empayar Ghana zaman pertengahan di Afrika Barat. Nama sebenar empayar ini adalah Ouagadouogu. Ghana merupakan gelaran raja-raja yang memerintah kerajaan berkenaan. Ia telah dikawal oleh Sundiata pada 1240 M, dan telah diserapkan ke dalam empayar Mali yang lebih besar. (Empayar Mali telah mencapai kemuncak kejayaan di bawah Mansa Musa di sekitar 1307).

Ghana 
Peta Ghana

Secara geografi, Ghana lama terletak kira-kira 500 batu dari utara Ghana kini, dan menduduki kawasan antara Sungai Senegal dan Nigeria. Sesetengah penduduk Ghana moden turun dari nenek moyang yang berhubungan dengan Ghana zaman pertengahan. Ini boleh dijejaki hingga ke orang-orang Mande dan Voltaic di Ghana Utara— Mamprussi, Dagomba dan Gonja. Bukti anekdot mengaitkan kaum Akan dengan Empayar ini. Bukti tersebut terletak pada nama-nama seperti Danso yang dikongsi kaum Akan di Ghana zaman sekarang dan kaum Mandika di Senegal/Gambia yang kuat pertaliannya dengan Empayar ini. Ghana juga merupakan tapak Empayar Ashanti yang mungkin sekali negeri kulit hitam yang paling maju dalam sejarah Afrika sub-Sahara. Adalah dikatakan bahawa pada zaman kemuncaknya, Raja Ashanti mampu mengerah 500,000 orang askar.

Sehingga Mac 1957, Ghana dikenali di merata dunia sebagai 'Pantai Emas'. Orang Portugis yang tiba di Ghana pada abad ke-15 menemui banyak emas di antara sungai-sungai Ankobra dan Volta lalu menamakan tempat itu Mina, iaitu bererti "lombong". Pantai Emas kemudiannya diterima oelh penjajah Inggeris. Pihak Perancis yang tertarik dengan barang hiasan yang dipakai penduduk pesisiran, menamakan kawasan di barat Ghana sebagai "Cote d'Ivoire," yang bermaksud 'Pantai Gading'.

Ghana 
Kubu Inggeris dan Belanda yang berjiranan di Sekondi

Pada tahun 1481, Raja João II dari Portugal menugaskan Diogo d'Azambuja untuk membina Kastil Elmina yang lengkap pada tahun berikutnya. Tujuan mereka adalah untuk berdagang emas, gading gajah dan hamba, lalu menyatukan kuasa mereka yang berkembang di rantau ini. Mereka turut disertai pihak Belanda pada tahun 1598, di mana Belanda mendirikan kubu di Komenda dan Kormantsi. Pada tahun 1637 Belanda menawan Kastil Elmina dari Portugis dan Axim pada tahun 1642 (Kubu St Anthony). Pedagang Eropah lain turut serta menjelang pertengahan abad ke-17, terutamanya bangsa Inggeris, Denmark dan Sweden. Di sepanjang garis pantai Ghana didirikan 30 buah kubu dan kastil oleh saudagar Belanda, British dan Denmark. Pantai Emas menjadi tumpuan terbesar seni bina ketenteraan Eropah di luar Eropah. Menjelang akhir abad ke-19 hanya pihak Belanda dan British yang masih menetap di situ dan setelah Belanda mengundur pada tahun 1874, Britain menjadikan Pantai Emas sebagai naungan.

Di kebanyakan kawasan tengah Afrika sub-Sahara, zaman sebelum tahun 500 menyaksikan peluasan pertanian. Pertanian bermula di kawasan paling selatan gurun Sahara, lalu terbinanya perkampungan. Menjelang akhir zaman klasik, kerajaan serantau yang lebih besar didirikan di Afrika Barat, salah satunya ialah Negeri Ghana yang terletak di utara negara Ghana zaman sekarang. Setelah tumbangnya pada awal abad ke-13, kaum Akan pindah ke selatan lalu mendirikan beberapa negeri termasuklah empayar Akan agung pertama bernama Bono yang kini dikenali sebagai rantau Brong Ahafo di Ghana. Negeri-negeri Akan yang menyusul seperti persekutuan Ashanti dan negerui-negeri Fante dipercayai timbul dari petempatan Bono asal di Bono Manso. Kebanyakan kawasannya disatukan di bawah Empayar Ashanti hingga abad ke-16. Kerajaan Ashanti bermula sebagai satu rangkaian yang longgar lalu beransur-ansur menajdi kerajaan berpusay dengan birokrasi yang maju berpusat di Kumasi.

Hubungan terawal antara orang-orang Ghana, kaum Fante di kawasan pantai dan pihak Eropah terjalin pada tahun 1482. Pihak Portugis mula-mulanya mendarat di Elmina, sebuah bandar pesisir yang diduduki negeri Fanti pada tahun 1482. Sepanjang beberapa abad seterusnya kuasa-kuasa British, Portugis, dan Scandinavia menguasai beberapa tempat di kawasan itu, dan akhirnya British mendominasi. Negeri-negeri ini menjalinkan pelbagai perikatan dengan kuasa-kuasa penjajah dan dengan satu sama lain, lalu tercetusnya Perang Ashanti-Fante 1806, dan juga pergelutan Empayar Ashanti menentang British. Gerakan menuju berakhirnya penjajahan serantau bermula pada tahun 1946, maka perlembagaan pertama kawasan itu diisytiharkan pada tahun 1951.

Geografi

Ghana terletak di kawasan Teluk Guinea dan beriklim panas disebabkan oleh kedudukannya berdekatan Khatulistiwa. Keluasan Ghana ialah 238,535 km2.

Kebudayaan

Kebudayaan masyarakat Ghana adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan etnik Ghana yang pelbagai.

Adat

Masyarakat Ghana mengamalkan "waktu Afrika", yakni sikap yang kurang tegas dalam pengurusan masa. Upacara kematian di Ghana biasanya disambut dengan mewah dengan perbelanjaan sebanyak $15,000 ke $20,000, mungkin lebih mewah daripada majlis perkahwinan; hal ini mendapat kritikan oleh sebilangan ahli politik dan agama.

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Kembali ke Daftar negara

Tags:

Ghana SejarahGhana GeografiGhana KebudayaanGhana RujukanGhana Pautan luarGhanaAccraAfrika BaratBurkina FasoCôte d'IvoireLautan AtlantikTogo

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ibrahim Shah Abu ShahJata MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailPerlisSiti NurhalizaMierul AimanNombor perdanaRevolusi PerancisPulau Layang-LayangAbdul Kadir Sheikh FadzirGerhana matahariSetelah Cinta Itu PergiPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSuntikanSharifah SakinahSenarai peribahasa (A–M)Batu PahatPutrajayaTuanku Syed Sirajuddin JamalullailKelantanImudaSistem sarafYokiesKadet Remaja Sekolah MalaysiaInstagramAliff Syukri KamarzamanBajauPiala Asia B-23 AFC 2024Perodua MyViPersekutuan Tanah MelayuPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPiala ThomasNabi Sulaiman a.s.Bani IsraelPerjanjian Inggeris-Belanda 1824SelangorUndang-undangGeografi MalaysiaFarah AhmadJam 12 jamUniversiti MalayaBendera PalestinPerang UhudEman MananNazim OthmanPandemik COVID-19 di MalaysiaMinangkabauSyed Mokhtar Al-BukharyDatuk (gelaran)De FamNabi Isa a.s.Pitt HanifKuala PilahKata kerjaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAl Hilal SFCKhunsa (siri TV)Mira FilzahRukun ImanKL GangsterSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaJoseph KurupLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaAmir AhnafLuqman Hakim ShamsudinSophia LianaTanah Melayu BritishAzizulhasni AwangSultanah Nur ZahirahShah AlamPeribahasa MelayuAhli Sunah WaljamaahAyamBuliSheikh Muszaphar ShukorJenis air untuk bersuci dalam IslamNabi Nuh a.s.🡆 More