Kazakhstan: Negara berdaulat di Eropah Timur dan Asia Tengah

Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстанcode: kk is deprecated , tr. Qazaqstan, juga dalam tulisan Arab: قازاقستان‎ disebut (bantuan·info); Rusia: Казахстанcode: ru is deprecated , tr. Kazakhstan, IPA: ) atau nama rasminya Republik Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан Республикасыcode: kk is deprecated , tr. Qazaqstan Respublikasy; Rusia: Республика Казахстанcode: ru is deprecated , tr. Respublika Kazakhstan) merupakan negara tanpa laut terbesar, dan negara kesembilan terbesar di dunia dengan keluasan 2,724,900 kilometer persegi (1,052,100 bt2). Kazakhstan merupakan negara dengan ekonomi terbesar di Asia Tengah yang menjana 60% KDNK rantau tersebut terutamanya melalui industri minyak dan gas di samping banyak sumber mineral. Ada yang mengatakan Kazakhstan sebagai negara Eropah kerana kawasan Barat Kazakhstan berada di benua Eropah dan memenuhi syarat Majlis Eropah untuk kemasukan ke dalam Eropah.

Republik Kazakhstan
ريڤوبليک قازاقستان
Қазақстан Республикасы
Qazaqstan Respublikasy
Bendera Kazakhstan
Jata Kazakhstan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanMeniñ Qazaqstanım
Kazakhstan: Sejarah, Geografi, Politik
Ibu negaraNursultan (Astana)
Bandar terbesarAlmaty
Bahasa rasmiBahasa Kazakh, Bahasa Rusia
KerajaanRepublik
• Presiden
Kassym-Jomart Tokayev (Қасым-Жомарт Тоқаев)
Oljas Bektenov (Олжас Бектенов)
Keluasan
• Jumlah
2,724,900 km2 (1,052,100 bt2) (ke-9)
• Perairan (%)
1.7
Populasi
• Perkiraan 2020
18,711,200 orang (ke-64)
7/km2 (18.1/sq mi) (ke-236)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$569.813 billion (ke-41)
$30,178 (ke-53)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$179.332 billion (ke-55)
$9,686 (ke-69)
Gini (2015)positive decrease 26.9
rendah
HDI (2017) 0.800
sangat tinggi · ke-58
Mata wangTenge
(KZT)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan7
Kod ISO 3166KZ
DPT internet.kz

Kazakhstan secara rasminya merupakan republik unitari sekular demokratik dengan warisan budaya yang pelbagai. Kazakhstan bersempadan dengan RusiaChinaKyrgyzstanUzbekistan, dan Turkmenistan, dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Rupa bumi Kazakhstan termasuk tanah pamah, steppetaigangarai batuanbukit-bukau, delta, gunung-ganang berlitup salji, dan gurun. Kazakhstan mempunuai kira-kira 18 juta orang setakat 2014. Dengan keluasan tanahnya, kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah iaitu kurang 6 orang per kilometer persegi. Ibu negaranya Astana, yang berpindah pada 1997 dari Almaty, bandar terbesar negara ini.

Tanah Kazakhstan dahulu diduduki oleh suku nomad Turkik yang keturunan banyak negeri Turkik seperti Kekhaganan Turkik dsb. Pada abad ke-13, tanah tersebut menyertai Empayar Mongol di bawah Genghis Khan. Menjelang abad ke-16, bangkitlah orang Kazakh sebagai suku berbeza yang terdiri daripada tiga jüz (cabang leluhur yang menduduki wilauah tertentu). Rusia mula mara ke dalam steppe Kazakh pada abad ke-18, dan menjelang pertengahan abad ke-19, Rusia menaungi seluruh Kazakhstan dalam empayar. Selepas Revolusi Rusia 1917 diikuti perang saudara, wilayah Kazakhstan disusun semula banyak kali. Pada 1936, ia dijadikan Republik Sosialis Soviet Kazakh dalam Kesatuan Soviet.

Kazakhstan merupakan republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Semenjak itu, negara dipimpin oleh Presiden Nursultan Nazarbayev yang disifatkan sebagai autoritarian dengan sejarah penindasan hak asasi manusia. Kazakhstan telah berusaha untuk membangunkan ekonominya, terutama sekali industri hidrokarbon yang dominan. Kazakhstan ada 131 etnik termasuk orang Kazakh (63% penduduk), orang Rusiaorang Uzbekorang Ukraine, orang Jerman, orang Tatar, dan orang UyghurIslam adalah agama yang dianuti oleh 70% populasi dan Kristian pula 26%. Kazakhstan secara rasminya membenarkan kebebasan beragama, tetapi menindas tokoh agama yang menentang kerajaan. Bahasa Kazakh adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Rusia diberi taraf rasmi setara untuk tujuan semua tahap kerajaan dan institusi. Kazakhstan adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuWTOCISKesatuan Ekonomi EurasiaCSTOSCOOSCEOIC dan TURKSOY.

Sejarah

Zaman Soviet

Selepas berlakunya Revolusi Oktober pada 1917, pihak Kazakh menikmati autonomi yang seketika, autonomi Alash sebelum diambil alih oleh pihak Bolshevik.

Pada 26 Ogos 1920, Republik Sosialis Soviet Autonomi Kirghiz (Kirghiz ASSR), di bawah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSFSR) ditubuhkan, dengan pusat pemerintahannya di Orenburg yang memiliki penduduk majoriti Rusia. Pada Jun 1925, nama Kirghiz ditukar kepada Kazak dan pusat pemerintahannya ditukar ke bandar Kyzylorda, dan seterusnya ke Alma-Ata (Almaty) pada April 1927.

Pada 5 Disember 1936, Kazak ASSR dipisahkan dariapada RSFSR dan menjadi Republik Sosialis Soviet Kazakh, sebuah republik persatuan penuh Soviet.

Kemerdekaan dan zaman moden

Pada 25 Oktober 1990, Kazakhstan mengisytiharkan kedaulatannya dan mencapai kemerdekaan pada 16 Disember 1991, menjadikan negara ini sebagai republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan. Kesatuan Soviet terbubar hanya sepuluh hari selepas kemerdekaan Kazakhstan.

Ketua zaman komunis, Nursultan Nazarbayev menjadi Presiden pertama Kazakhstan. Beliau memerintah Kazakhstan hingga 2019 sebelum meletak jawatan, dan digantikan oleh Kassym-Jomart Tokayev.

Geografi

Kazakhstan berkeluasan kira-kira 2.7 juta kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara kesembilan terbesar di dunia serta negara dikelilingi daratan terbesar dunia.

Kazakhstan bersempadan dengan Rusia (6,846 km), Uzbekistan (2,203 km), China (1,533 km), Kyrgyzstan (1,051 km) dan Turkmenistan (379 km). Bandar-bandar utama Kazakhstan termasuklah Nur-Sultan, Almaty, Karagandy, Shymkent, Atyrau, and Oskemen. Negara ini secara lazimnya terletak di Asia, tetapi sebahagian negara juga termasuk di dalam kawasan Eropah Timur, yakni kawasan di barat Sungai Ural.

Politik

Kazakhstan merupakan negara republik unitari bercorak berperlembagaan, sekular dan demokratik. Presiden Kazakhstan berperanan sebagai ketua negara dan memiliki kuasa veto terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen manakala Perdana Menteri mengetuai kabinet menteri dan menjadi ketua kerajaan Kazakhstan. Parlimen Kazakhstan terdiri daripada dua buah dewan, iaitu Majilis (dewan bawahan) dan Senat (dewan atasan).

Ekonomi

Kazakhstan memiliki ekonomi yang paling besar dalam kalangan negara-negara Asia Tengah, kedua-dua daripada segi KDNK nominal ($172.941 bilion) dan per kapita ($508.817 bilion) setakat 2018. Setakat 2017, bidang perkhidmatan merangkumi 61.2% ekonomi Kazakhstan, diikuti dengan industri (34.1%) dan pertanian (4.7%). Bahan eksport utama negara ialah minyak, gandum, tekstil dan ternakan. Kazakhstan memiliki simpanan uranium kedua terbesar dunia selepas Australia, dan mengeluarkan 35% jumlah uranium yang dikeluarkan di seluruh dunia, serta merupakan pengeksport utama uranium. Hasil-hasil pertanian utama Kazakhstan ialah bijirin, ubi kentang, anggur, sayuran, tembikai dan ternakan.

Demografi

Agama

Mengikut bancian 2009, penduduk Muslim merangkumi 70% penduduk Kazakhstan, diikuti dengan 26% penduduk Kristian, 0.2% penganut Buddha, 0.1% penganut agama lain (kebanyakannya Yahudi), 3% tidak beragama dan 0.5% penduduk tidak mendedahkan status keagamaannya.

Bahasa

Kazakhstan secara rasminya ialah negara dwibahasa. Bahasa Kazakh yang menjadi bahasa ibunda bagi 64.4% penduduk Kazakhstan, memiliki taraf bahasa "negara", manakala bahasa Rusia yang dituturi oleh kebanyakan rakyat negara dijadikan sebagai bahasa "rasmi", dan lazim digunakan dalam bidang perniagaan, kerajaan serta perhubungan antara kaum, meskipun peranan ini mula digantikan oleh bahasa Kazakh.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kazakhstan SejarahKazakhstan GeografiKazakhstan PolitikKazakhstan EkonomiKazakhstan DemografiKazakhstan RujukanKazakhstan Pautan luarKazakhstanAsia TengahBahasa KazakhBahasa RusiaFail:Kk-kazakhstan.oggKk-kazakhstan.oggSenarai negara mengikut keluasanTransliterasiWikipedia:Bantuan audio

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Teluk IntanCinema (Slot TV3)Kerajaan Persekutuan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Emiriah Arab BersatuKL GangsterChempaka Emalin PahaminSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiShah Rukh KhanShah AlamXPDCKuala LumpurSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirRukun IslamPolis EVOMohamad SabuNafiez ZaidiMusang PulutHak asasi manusiaPembentukan MalaysiaAl-QuranKonfrontasi Indonesia–MalaysiaSyiahBadmintonSistem SuriaSolat Sunat RawatibAtmosfera planetBumiputeraSifat-sifat AllahHero RemajaMohammed Hanif OmarChinaAllahSenarai syarikat MalaysiaPendidikan di MalaysiaSukanZizan RazakNabi Nuh a.s.Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahMelisha SidabutarBahasa ArabSharifah AiniKarbon dioksidaJanna NickSenarai sistem badan manusiaTamadunDewan Negeri PerakAliff Syukri KamarzamanPontianak Harum Sundal Malam IIKrisis airJawatankuasa Hubungan Antara KaumOrang India MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailOrang Melayu IndonesiaSolat hajatSejarah IslamKetupatSijil Tinggi Agama MalaysiaTunku Abu BakarKhadijah binti KhuwailidAbdul Taib MahmudTatabahasa bahasa MelayuDatuk (gelaran)Sultanah Nur Diana Petra AbdullahTunku Abdul RahmanPenggunaTawauSlot AkasiaIslamErma FatimaJamal AbdillahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSelangorGajahTeknologiMasam-Masam ManisTuanku Ja’afar🡆 More