Yayasan Wikimedia: Pertubuhan bukan berkeuntungan dari Amerika Syarikat

Wiki Foundation Inc.

Ia merupakan perbadanan bukan untung yang diasaskan di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan di bawah undang-undang Florida. Kewujudannya diumumkan secara rasmi oleh Wikia dan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, pada 20 Jun 2003. Kelulusannya sebagai yayasan pendidikan di bawah kategori "Dewasa, Pendidikan Lanjutan" oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat melalui surat April 2005 bermakna kesemua sumbangan kewangan kepada Wiki Foundation boleh dipotong daripada cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.

Yayasan Wiki
يايسن ويكيميديا
Wiki Du học
Yayasan Wikimedia: Matlamat Yayasan, Sejarah dan pertumbuhan Yayasan, Sejarah projek terkini
Logo untuk Wiki Foundation,
direka bentuk oleh pengguna Wikipedia "
Neolux"
Maklumat am
JenisPerbadanan bukan untung
Ibu pejabatSan Francisco, California
Yayasan Wikimedia: Matlamat Yayasan, Sejarah dan pertumbuhan Yayasan, Sejarah projek terkini Amerika Syarikat
Identiti
Orang pentingMichael Snow, Pengerusi Lembaga
Jimmy Wales, Pengerusi Emeritus
Sue Gardner, Pengarah Eksekutif
Kawasan berkhidmatSedunia
FokusKandungan Terbuka, wiki- berasaskan projek internet
BidangWiki, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuk Wikijunior), Wikisource, Wiki Commons, Wikispecies, Wikinews, Wikiversity, Wiki Incubator dan MetaWiki
Hasil$2,734,909 (2007)
Pekerja21 orang (pada Ogos 2008)
Laman sesawangwikimediafoundation.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Matlamat Yayasan

Matlamat Wiki Foundation adalah untuk memperkembangkan dan memeliharakan projek-projek kandungan terbuka yang berdasarkan wiki, serta untuk memberikan kandungan projek-projeknya yang lengkap kepada orang ramai secara percuma.

Selain daripada Wiki yang merupakan ensiklopedia am berbilang bahasa, Yayasan ini juga menguruskan:

  • kamus dan tesaurus berbilang bahasa yang digelarkan Wiktionary;
  • ensiklopedia petikan yang digelarkan Wikiquote;
  • tempat simpanan untuk teks-teks sumber dalam mana-mana satu bahasa yang digelarkan Wikisource; dan
  • koleksi teks-teks e-buku (seperti buku-buku teks dan buku-buku domain awam beranotasi) yang digelarkan Wikibooks.

Wikijunior merupakan subprojek Wikibooks untuk kanak-kanak.

Yayasan ini juga menguruskan sebuah koleksi rencana-rencana mengenai serangan 11 September. Pertumbuhan yang berterusan untuk setiap projek Wiki amat bergantung kepada derma penubuhan tabung tetapi Wiki Foundation cuba menaikkan hasilnya melalui cara pembiayaan seperti bantuan persekutuan dan tajaan.

Sejarah dan pertumbuhan Yayasan

Memandang projek-projek sepintas lalu,
Wiki Sebuah ensiklopedia yang mengandungi melebihi 4 juta buah rencana dalam lebih daripada 200 bahasa.
Wiki Commons Tempat simpanan untuk imej, bunyi dan video yang mengandungi melebihi 430,000 fail.
Wikibooks Sebuah koleksi buku-buku teks pendidikan dan bahan-bahan pelajaran yang percuma.
Wiktionary Kamus yang mengkatalogkan makna, sinonim, etimologi dan terjemahan.
Wikinews Sumber berita yang mengandungi laporan asli oleh wartawan-wartawan warganegara dari banyak negara.
Wikisource Sebuah projek yang memberikan dan menterjemahkan dokumen-dokumen sumber bebas, seperti buku-buku domain awam.
Wikiquote Sebuah koleksi petikan yang distrukturkan dalam pelbagai cara.
Wikispecies Sebuah direktori untuk data spesies mengenai animalia, tumbuh-tumbuhan, kulat, bakteria, arkea, protista dan kesemua hidupan-hidupan yang lain.
Meta-Wiki Penyelerasan projek Wikimedia.

Nama "Wikimedia" dicipta oleh Sheldon Rampton di dalam sebuah pos ke senarai mel Wikipedia bahasa Inggeris pada Mac 2003 [1]. Ia kekadang dianggap sebagai pilihan penamaan yang buruk kerana persamaannya dengan nama Wiki dan perisiannya, MediaWiki; ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang-orang yang baru kepada projek ini.

Dengan pengumuman Yayasan, Wales juga menyerahkan hak milik untuk nama domain Wikipedia, Wiktionary dan Nupedia kepada Wikimedia, bersama-sama dengan hak cipta untuk kesemua bahan-bahan yang berkaitan dengan projek-projek ini yang dicipta oleh kakitangan Bomis ataupun Wales sendiri. Kelengkapan komputer yang digunakan untuk projek-projek Wiki juga diderma oleh Wales kepada Yayasan. Nama-nama domain wikimedia.org dan wikimediafoundation.org diperoleh oleh penyumbang Wikipedia, Daniel Mayer, untuk Yayasan ini. Jalur lebar dan bil elektrik Wiki dibiayai oleh derma-derma daripada pelbagai syarikat dan individu.

Pada Januari 2004, Jimmy Wales melantik rakan-rakan kongsi perniagaannya, Tim Shell dan Michael Davis, sebagai Ahli Lembaga Wiki Foundation. Pada Jun 2004, suatu pemilihan diadakan untuk memilih dua orang wakil pengguna menjadi ahli Lembaga. Selepas berkempen selama satu bulan dan dua minggu mengundi dalam talian, Angela Beesley dan Florence Nibart-Devouard telah dipilih untuk menyertai lembaga; mereka dipilih semula pada Julai 2005.

Wales dan Beesley kemudian melancarkan sebuah syarikat baru, Wikia, yang tidak mempunyai kaitan dengan Wiki ataupun Bomis, walaupun ia mendermakan kepada Wikimedia. Kemudiannya, jawatan-jawatan rasmi yang lain dicipta: Tim Starling dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Pembangun Perisian untuk membantu memperbaik pembangunan perisian MediaWiki. Daniel Mayer dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk membantu menyediakan belanjawan serta menyeleraskan kempen-kempen untuk memperoleh derma penubuhan tabung. Erik Möller merupakan Ketua Pegawai Penyelidikan, tetapi beliau meletak jawatan pada Ogos 2005 disebabkan perbezaan pendapat dengan Lembaga.[2] Diarkibkan 2005-11-26 di Wayback Machine James Forrester kemudian dilantik untuk jawatan itu.

Sejarah projek terkini

  • 7 September 2004: Wiki Commons dilancarkan.
  • 3 Disember 2004: Selepas fasa demonstrasi yang singkat pada bulan November, versi beta bahasa Inggeris untuk Wikinews dikendalikan. Wikinews merupakan sumber berita kandungan bebas yang membenarkan sesiapa untuk melaporkan berita terhadap berbagai-bagai perkara yang luas.
  • April 2005: Taraf tanpa untung 501(c)(3) diberikan oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat dengan Kod NTEE: B60 (Dewasa, Pendidikan Lanjutan).
  • November 2005: Wiki diberikan keahlian dalam Rangkaian Teknologi Dunia (World Technology Network).

Pautan luar

Rujukan

Tags:

Yayasan Wiki Matlamat YayasanYayasan Wiki Sejarah dan pertumbuhan YayasanYayasan Wiki Sejarah projek terkiniYayasan Wiki Pautan luarYayasan Wiki RujukanYayasan WikimediaWikibooksWiki CommonsWikinewsWikipediaWikiquoteWikisourceWikispeciesWikiversityWiktionary

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TengkolokAmyra RosliSejarah MalaysiaJabatan Kemajuan MasyarakatGunung KinabaluAbu Bakar as-SiddiqBuah pelagaMohd Shukri RamliTV3Penanda wacanaErra FaziraKata adjektifGoogle ScholarAshraf SinclairFrekuensi radio di TerengganuJohor BahruKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Putri JannahImbuhan kata nama (bahasa Melayu)KhairulamingNa’im BrundageTuanku Abdul RahmanFadillah YusofKata namaNadia BrianSabronzoNazim OthmanKitar semulaMeerqeenKetupatPegawai Waran IHannah DelishaSyafiq YusofBahagian di SarawakFauziah NawiUniversiti Teknologi MARALapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurFrekuensi radio di JohorIslamFil MarsyalNegarakuBajauIntan NajuwaSlot CempakaBumiputeraMohamed Khaled NordinPolioLaskar KananBruneiTentang Hati DiaDewan Negeri SelangorRespirasi selWanita SyurgaPeraturan Perlawanan (bola sepak)Nabi Muhammad SAWMalang Si PuteriAyat kursiSyafiq KylePerjanjian HudaibiyahCuti umum di MalaysiaNur FazuraAmel AmiliaJ RevolusiA FamosaMajlis Amanah RakyatAbang Long FadilSophia AlbarakbahSurah al-FatihahBatu CavesFrekuensi radio di KedahProton ExoraSkizofreniaPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Frekuensi radio di PahangIntegriti🡆 More