Laman Sesawang Fandom

Fandom (Alam Peminat, dikenali sebagai Wikia sebelum Oktober 2016), adalah perkhidmatan dan wiki perumah domain yang dikendalikan oleh Fandom, Inc.

Pada 2018, ia diketuai oleh Perkins Miller sebagai KPE. Fandom menggunakan MediaWiki, perisian wiki sumber terbuka yang digunakan oleh Wiki Bahasa Melayu. Fandom, Inc. memperoleh pendapatannya dari pengiklanan dan penjualan kandungan, menerbitkan kebanyakan teks yang disediakan pengguna di bawah lesen copyleft. Syarikat ini juga menjalankan projek editorial Fandom yang berkaitan, yang menawarkan berita budaya-budaya dan permainan.

Fandom, Inc
Laman Sesawang Fandom
JenisPersendirian
Diasaskan18 Oktober 2004; 19 tahun yang lalu (2004-10-18) (sebagai Wikicities)
Ibu pejabatSan Mateo, Calif., A.S.
PengasasJimmy Wales
Angela Beesley Starling
Perancang utamaPerkins Miller (KPE)
Donovan Duncan (Ketua pegawai bisnes)
Pekerja300+ (2016)
SloganCreating Communities (Mencipta Komuniti)
Laman web
Jenis laman webLadang wiki
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Status terkiniAktif
Laman Sesawang Fandom
Logo Wikicities oleh Christoph Struber.
Laman Sesawang Fandom
Logo asal Wikicities oleh Jason Richey.

Sebilangan besar wiki Fandom dihoskan di bawah domain fandom.com, tetapi beberapa, terutama yang menumpukan pada subjek selain francais media, dihoskan di bawah wikia.org.

Fandom membenarkan julat permintaan yang luas untuk memulakan projek komuniti yang baru. Selain daripada gagasan-gagasan yang mungkin bersaingan dengan projek-projek Wiki yang pengasas-pengasas Wikia sangat terlibat, kebanyakan projek dapat diluluskan. Fandom melarang beberapa jenis kandungan yang tertentu, termasuknya promosi untuk dadah, alkohol, tembakau dan perjudian. Untuk memperoleh kelulusan mencipta Wikia, bakal pengasas dikehendaki merumuskan kenyataan misi yang menentukan tujuan-tujuan projeknya. Wikia memerlukan kesemua kandungannya dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) ataupun di bawah lesen berbilang yang terdiri daripada lesen GFDL serta lesen kandungan bebas yang lain. Terdapatnya pertindanan antara Wikia dengan Wiki, dengan komuniti-komuniti Wikia terkait kepada rencana-rencana Wikipedia yang relevan dalam banyak kes.

Fandom menggunakan perisian MediaWiki dalam pelayan-pelayan Linux. Projek itu mengumumkan penciptaan wiki yang keseratus pada 3 Februari 2005. Pada Mac 2006, ia mempunyai melebihi 1,000 wiki dalam 35 bahasa yang berbeza-beza. Wikia membekalkan kedua-dua sokongan teknikal serta sokongan sosial bagi segala aspek untuk menguruskan sebuah komuniti wiki.

Pada 27 Mac 2006, selepas pertukaran namanya, Wikia mengumumkan bahawa ia telah menerima modal usaha niaga sebanyak AS$4 juta daripada segolongan pelabur. Pada Oktober 2016, nama Wikia ditukar ke Fandom.

Wikiasari yang dikelolakan oleh Jimmy Wales merupakan percubaan untuk menciptakan enjin carian copyleft. Pada suatu masa, projek Wikiasari itu digelarkan "Wikia".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amerika SyarikatAngela BeesleyDelawareDomain InternetJimmy WalesKepeminatanWiki

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunKKN di Desa Penari (filem)TikTokKota KinabaluAliff AzizBumiputera di SabahNasi himpitSuria RecordsPasir GudangXPDCBatu Belah Batu BertangkupPeribahasa MelayuUthman bin AffanHari DeepavaliPenggunaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalRaja Zarith SofiahNasi goreng (Nusantara)Solat hajatKementerian Pendidikan MalaysiaPegawai Tadbir dan DiplomatikYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanBatikNabi Sulaiman a.s.Jabatan Kastam Diraja MalaysiaSolat subuhNadia AqilahHello, Mr. Perfect!TeknologiZarina ZainoordinIntan NajuwaSunan AmpelSekolah Dato' Abdul RazakShah RezzaCinta Buat DaraMuhammad al-FatihLabuanKasih Iris LeonaTengkolokSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMuhamad Akmal SalehAziz HarunLiga Super Malaysia 2024–25Sarah SuhairiNafiez ZaidiKelantan F.C.Sikorsky S-61A-4 NuriCarles PuigdemontLemangElizabeth TanAstro MalaysiaTelefon bimbitKhaidhirah Abu ZaharPosisi seksualTentera Udara Diraja MalaysiaAlor SetarSingapura Dilanggar Todak (filem)Frekuensi radio di KedahIskandar ChempakaFasismeBruce GilleyMohd Shukri RamliSistem SuriaYandexUsul al-FiqhMustapha KamalNabila RazaliPerempuan Itu (drama)Senarai kata pinjaman bahasa MelayuSingapuraInsya-AllahSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaP. RamleeEtnik MelayuShahril Sufian HamdanKL Gangster 2🡆 More