Wuhan: Bandar raya dan ibu kota wilayah Hubei, China

Wuhan (Hanzi: 武漢 (tradisional), 武汉 (ringkas)) ialah bandar yang terletak di provinsi Hubei dan merupakan bandar raya terbesar di China Tengah serta ibu kota provinsi Hubei.

Wuhan
武汉市
Bandar subwilayah
Pemandangan bandar Wuhan
Pemandangan bandar Wuhan
Cogan kata: 武汉, 每天不一样  
("Wuhan, Berbeza Setiap Hari!")
Kedudukan Wuhan di Hubei
Kedudukan Wuhan di Hubei
Koordinat: 30°35′14″N 114°17′17″E / 30.58722°N 114.28806°E / 30.58722; 114.28806 114°17′17″E / 30.58722°N 114.28806°E / 30.58722; 114.28806
NegaraChina
ProvinsiHubei
Pentadbiran
 • Setiausaha PartiMa Guoqiang (Muslim)
 • Datuk BandarZhou Xianwang
Keluasan
 • Bandar subwilayah8,494.41 km2 (3,279.71 batu persegi)
 • Bandar
 (2018)
1,528 km2 (590 batu persegi)
Penduduk
 (2011)
 • Bandar subwilayah11,895,000
Zon waktuUTC+8
Laman sesawanghttp://www.wuhan.gov.cn/

Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini.

Penamaan

Nama Wuhan berasal daripada nama dua buah petempatan utama yang membentuk bandar ini. Perkataan "Wu" berasal daripada petempatan Wuchang (Hanzi: 武昌) yang terletak di kawasan selatan Sungai Yangtze manakala perkataan "Han" berasal daripada petempatan Hankou (Hanzi: 汉口) yang terletak di kawasan utara sungai itu. Nama Wuhan mula digunakan secara rasmi pada 1 Januari 1927.

Sejarah

Hankou dan Wuchang wujud sejak era akhir Dinasti Ming sudah menjadi bandaraya yang tersusun pembangunannya. Pada akhir Dinasti Qing dan era awal Republik Rakyat China, Wuhan muncul sebagai bandar raya terbesar di China, serta bandar raya yang paling maju dan makmur daripada segi ekonomi. Ini kerana bandaraya ini terletak di sepanjang pantai Yangtze, dan pusat pengangkutan jalan raya dan kereta api di samping mempunyai pembangunan perindustrian yang pesat. Revolusi Wuhan berlaku di bandar raya ini pada tahun 1911.

Pada tahun 1927, Kerajaan Pusat pada waktu itu memindahkan ibu negara ke Wuhan, dan buat pertama kalinya mencantumkan Wuchang, Hankou, dan Hanyang kepada satu daerah besar yang bernama Jingzhao.

Ketika banjir China pada 1931, Wuhan dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa banjir yang muncul sejak lewat musim bunga. Namun begitu, bandar Wuhan sendiri mula dibanjiri air apabila memasuki musim panas, dan peristiwa ban pecah pada 27 Julai menyebabkan hampir 800 ribu orang kehilangan tempat tinggal, manakala bandar Wuhan tenggelam selama hampir tiga bulan. Pada Julai 1954, kawasan Hubei mengalami sebuah lagi banjir pada skala besar-besaran akibat Sungai Yangtze yang melimpah melebihi paras biasa disebabkan oleh musim hujan yang begitu lama pada musim bunga sebelumnya.

Insiden Wuhan, sebuah rusuhan awam berlaku pada Julai 1967 akibat pertelingkahan dua puak yang ingin mendapatkan kawalan terhadap pentadibiran bandar, dan berlaku pada kemuncak Revolusi Kebudayaan.

Pada 3 Julai 2010, Wuhan mengalami gelombang panas yang berlaku di kawasan Hemisfera Utara secara amnya. Keitka banjir selatan China 2010, Sungai Han di Wuhan mengalami banjir yang terburuk sejak 20 tahun lalu. Wuhan sekali lagi mengalami banjir pada tahun berikutnya. Sebuah lagi banjir besar berlaku di Wuhan pada Julai 2016, menyebakan sekurang-kurangnya 14 orang mangsa terkorban, dan lebih daripada 80 ribu orang penduduk dipindahkan.

Pada Disember 2019, Wuhan menjadi pusat permulaan sebuah wabak koronavirus jenis baharu, sejenis virus seperti SARS. Wabak ini dipercayai oleh beberapa pihak bermula dari sebuah pasar laut di Wuhan, Pasar Borong Makanan Laut Huanan. Pada Januari 2020, bandar Wuhan dikurung oleh pihak kerajaan China untuk memperlahankan wabak tersebut. Tindakan ini menyebabkan sistem pengangkutan awam bandar tergantung.

Geografi

Wuhan: Penamaan, Sejarah, Geografi 
Kawasan Wuhan yang dilitupi lapisan ais nipis ketika musim sejuk.

Wuhan terletak di kawasan pertengahan timur Hubei, yakni di kuala Sungai Han yang mengalir ke Sungai Yangtze. Keluasan Wuhan ialah sebanyak 8,494.41 kilometer persegi, kebanyakannya ialah tanah pamah dengan bukit dan tasik yang banyak seperti Tasik Timur dan Tasik Tangxun. Gunung Yunwu di barat laut Wuhan ialah gunung tertinggi di Wuhan dengan ketinggian mencecah 709 meter atas paras laut.

Iklim

Wuhan memiliki iklim subtropika lembap, dengan jumlah taburan hujan yang banyak serta memiliki empat musim yang ketara. Bandar ini memiliki musim panas yang lembap serta bersuhu tinggi.

Data iklim untuk Wuhan (1981–2010, ekstrem 1951–kini)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 25.4
(77.7)
29.1
(84.4)
32.4
(90.3)
35.1
(95.2)
36.1
(97.0)
37.8
(100.0)
39.7
(103.5)
39.6
(103.3)
37.6
(99.7)
34.4
(93.9)
30.4
(86.7)
23.3
(73.9)
39.7
(103.5)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 8.1
(46.6)
10.7
(51.3)
15.2
(59.4)
22.1
(71.8)
27.1
(80.8)
30.2
(86.4)
32.9
(91.2)
32.5
(90.5)
28.5
(83.3)
23.0
(73.4)
16.8
(62.2)
10.8
(51.4)
21.5
(70.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 4.0
(39.2)
6.6
(43.9)
10.9
(51.6)
17.4
(63.3)
22.6
(72.7)
26.2
(79.2)
29.1
(84.4)
28.4
(83.1)
24.1
(75.4)
18.2
(64.8)
11.9
(53.4)
6.2
(43.2)
17.1
(62.9)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 1.0
(33.8)
3.5
(38.3)
7.4
(45.3)
13.6
(56.5)
18.9
(66.0)
22.9
(73.2)
26.0
(78.8)
25.3
(77.5)
20.7
(69.3)
14.7
(58.5)
8.4
(47.1)
2.9
(37.2)
13.8
(56.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −18.1
(−0.6)
−14.8
(5.4)
−5.0
(23.0)
−0.3
(31.5)
7.2
(45.0)
13.0
(55.4)
17.3
(63.1)
16.4
(61.5)
10.1
(50.2)
1.3
(34.3)
−7.1
(19.2)
−10.1
(13.8)
−18.1
(−0.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 48.7
(1.92)
65.5
(2.58)
91.0
(3.58)
135.7
(5.34)
166.8
(6.57)
218.2
(8.59)
228.1
(8.98)
117.5
(4.63)
74.0
(2.91)
80.9
(3.19)
60.0
(2.36)
29.6
(1.17)
1,316
(51.82)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.1 mm) 9.5 9.8 13.1 12.5 12.2 11.8 11.6 9.6 7.5 9.0 8.0 6.9 121.5
Purata kelembapan relatif (%) 76 75 76 75 74 77 77 77 75 76 75 73 76
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 101.9 97.0 121.8 152.8 181.0 170.9 220.2 226.4 175.8 151.9 139.3 126.5 1,865.5
Peratus mungkin sinaran matahari 33 33 31 39 43 43 54 59 48 46 45 43 43
Sumber: Pentadbiran Meteorologi China

Politik

Pemimpin kini

Pemimpin semasa lima institusi utama di Wuhan
Institusi Parti Komunis China
Jawatankuasa Perbandaran Wuhan
Setiausaha
Kongres Rakyat Perbandaran Wuhan
Pengarah
Jawatankuasa Tetap
Kerajaan Rakyat Bandaraya Wuhan
Datuk Bandar
Persidangan Perundingan Politik Rakyat China
Jawatankuasa Wuhan
Pengerusi
Suruhanjaya Penyelia Wuhan
Pengarah
Nama Wang Zhonglin Hu Lishan Zhou Xianwang Hu Shuguang Zhang Shu
Etnik Cina Cina Tujia Cina Cina
Dari Daerah Fei, Shandong Xianning, Hubei Daerah Jianshi, Hubei Wuhan Daerah Yingshan, Hubei
Tarikh Lahir Ogos 1962 (umur 61) Jun 1963 (umur 60) November 1962 (umur 61) Julai 1957 (umur 66) September 1962 (umur 61)
Tarikh Pelantikan Feb 2020 Jan 2020 Sep 2018 Jan 2016 Jan 2018

Pentadbiran

Wuhan: Penamaan, Sejarah, Geografi 
Peta Wuhan

Wuhan adalah salah satu daripada 15 bandar subwilayah di seluruh negara China, dengan 13 daerah di bawah pentadbirannya, di mana 7 daerah pusat bandar dan 6 daerah kawasan baharu.

  • Pusat bandar: Daerah Jiang'an (coklat), Daerah Jianghan (hijau tua), Daerah Qiaokou (oren tua), Daerah Hanyang (biru terang), Daerah Wuchang (merah muda terang), Daerah Qingshan (cyan) dan Dearah Hongshan (kuning)
  • Kawasan baharu: Daerah Dongxihu (ungu), Daerah Hannan (merah muda), Daerah Caidian (hijau pokok), Daerah Jiangxia (biru muda), Daerah Huangpi (hijau muda) dan Daerah Xinzhou (oren)

Selain itu, terdapat 1 Zon berteknologi tinggi baharu (hi-tech) peringkat kebangsaan, 2 Zon Ekonomi dan Teknologi peringkat kebangsaan, 1 kawasan pelancongan dan 1 pelabuhan baharu yang diuruskan secara langsung oleh Kerajaan Bandaraya Wuhan:

  • Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Baharu Tasik Timur Wuhan (dikenali sebagai China Optics Valley, Zon Berteknologi Tinggi Baharu Kebangsaan, pemerintahan dihantar oleh kerajaan Provinsi Hubei dan pengurusan di bawah Wuhan)
  • Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Wuhan (dikenal sebagai Zon Pembangunan Zuankou, meliputi seluruh kawasan Daerah Hannan)
  • Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Linkong (dahulu dikenali sebagai Zon pelabuhan peniaga Taiwan Wujiashan, yang bersamaan dengan sistem pentadbiran Daerah Dongxihu)
  • Zon Ekopelancongan Tasik Timur Wuhan
  • Pelabuhan Baharu Wuhan (pemerintahan dihantar oleh kerajaan Provinsi Hubei dan pengurusan di bawah Wuhan)

Demografi

Wuhan ialah bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di provinsi Hubei, serta salah satu bandar terbesar di China daripada segi jumlah penduduk.

Agama

Menurut sebuah tinjauan pada 2017, 79.2% penduduk Wuhan adalah tidak beragama atau mengamalkan keagamaan tradisional Cina; 0.9% daripada peratusan ini mengamalkan Taoisme. Selain itu, dalam kalangan penduduk Wuhan, 14.7% penduduk adalah beragama Buddha, 2.9% pula menuruti Protestan, 0.3% menuruti Kristian Katolik, 1.6% beragama Islam dan selebihnya menuruti agama-agama yang tidak dinyatakan secara khusus.

Pengangkutan

Kereta api

Wuhan memiliki tiga buah stesen kereta api utama, iaitu stesen kereta api Hankou, Wuchang dan Wuhan. Wuhan juga mempunyai stesen kereta api Wuhan Utara bagi tujuan kereta api kargo serta kawasan susun atur kereta api. Stesen ini memiliki 112 batang landasan.

Fail:WUH-panorama.jpg
Pandangan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Udara

Pengangkutan udara Wuhan dikawal oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe yang dibuka pada April 1995 bagi menggantikan lapangan-lapangan terbang Hankou Wangjiadun dan Nanhu. Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Perbandaran Hannan, lapangan terbang terbesar China yang hanya menyeliakan penerbangan awam. Kini, sebuah lagi lapangan terbang, Lapangan Terbang Perbandaran Caidian, sedang dibina sejak Disember 2017.

Pendidikan

Wuhan berada dalam tempat ketiga dalam kalangan bandar-bandar China berkenaan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi. Setakat 2017, terdapat 1,391 buah tadika dengan 302 ribu orang kanak-kanak berdaftar, 968 buah sekolah demgan jumlah pelajar sebanyak kira-kira 851 ribu orang, 105 buah sekolah teknik dan 84 buah institut pengajian tinggi dengan kira-kira 1.075 juta orang pelajar. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Wuhan.

Universiti-universiti utama Wuhan termasuklah Universiti Sains dan Teknologi Huazhong (HUST) dan Universiti Wuhan; kedua-dua universiti menerima galakan daripada Projek 985, suatu galakan oleh kerajaan China bagi mendorong kemajuan institut pengajian tinggi China. HUST mengendalikan salah satu makmal kebangsaan China.

Rujukan

Pautan luar

  • Wuhan: Penamaan, Sejarah, Geografi  Kategori berkenaan Wuhan di Wiki Commons
  • Wuhan: Penamaan, Sejarah, Geografi  Panduan pelancongan Wuhan dari Wikivoyage

Tags:

Wuhan PenamaanWuhan SejarahWuhan GeografiWuhan PolitikWuhan DemografiWuhan PengangkutanWuhan PendidikanWuhan RujukanWuhan Pautan luarWuhanHanziHubeiTulisan Cina RingkasTulisan Cina Tradisional

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Sharafuddin Idris ShahAngel (penyanyi)Konfrontasi Indonesia–MalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaProton ExoraBiduanita NegaraBadarawuhi Di Desa PenariMahatma GandhiSulfur dioksidaIbanHarimau MudaSalahuddin al-AyyubiWawasan 2020Imam MahdiPulau RedangIkan bayanJata MalaysiaShah RezzaRukun ImanHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaLaman UtamaKata kerja transitifKhawarijTakwim HijrahAstro MalaysiaMelakaLabuanAzizulhasni AwangInspektor kesihatanYang di-Pertua NegeriMeerqeenMustaqim BahadonPolis EVO 2Bank Negara MalaysiaBulan Bahasa KebangsaanSheriffBaju MelayuSarimah AhmadKuala LumpurSikorsky S-61A-4 NuriBuliMedia sosialKolej Islam Sultan Alam ShahPerkara yang dilarang dalam IhramHelikopterAsmidarPerang Dunia PertamaKadet Remaja Sekolah MalaysiaShuib SepahtuKodi RasheedPangkat tenteraPerceraian dalam IslamP. RamleeHari WesakPerikatan NasionalLovely RunnerNabi Nuh a.s.Na’im BrundageSungai BulohBarisan NasionalMarissa YasminPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuJudiErry PutraBrendan GanPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948IntegritiMustafa Kemal AtatürkPerubahan iklimBryan DomaniJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSyariat IslamSenarai Surah Al-QuranNatasya MahyanShahrulezad MohameddinKesan perubahan iklimTuberkulosisSenarai Yang di-Pertuan Agong🡆 More