Daerah: Jenis pembahagian pentadbiran, di beberapa negara

Daerah (serapan Arab: دَائِرَة, rumi: dā'irahcode: ar is deprecated lingkaran; bulatan terbitan kata kerja دَارَ‎ dāra berputar; berpusing) ialah kawasan pentabiran sesuatu tempat.

Beberapa kampung membentuk sebuah mukim. Beberapa mukim membentuk sebuah daerah. Beberapa daerah membentuk sebuah negeri/bahagian. Beberapa negeri membentuk sebuah negara. Di Malaysia, hanya Kelantan sahaja yang tidak menggunakan Daerah tetapi menggunakan Jajahan.

Malaysia

Semua Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya di Malaysia dianggap sebagai kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia ditadbir di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia mengikut peruntukan Akta Kerajaan tempatan 1976, dan kerajaan negeri masing-masing.

Majlis Daerah

Setiap daerah di Malaysia ditadbir oleh sebuah badan berkanun dikenali sebagai Majlis Daerah. Contohnya daerah Marang ditadbir oleh Majlis Daerah Marang. Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah menjadi ketua pentadbir bagi sesebuah daerah.

Majlis Perbandaran

Apabila sesebuah bandar terlalu besar, maka urusan pentadbiran sesuatu daerah akan diagihkan kepada 2 atau 3 pejabat pentadbiran badan berkanun yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran. Contohnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dibentuk bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran. Manakala bagi Majlis Perbandaran, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran menjadi ketua pentadbir.

Dewan Bandaraya

    Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: Dewan Bandaraya (Malaysia)

Sesuatu daerah yang pesat membangun dan mendapat taraf metropolitan yang besar, biasanya untuk ibu negeri dan Wilayah Persekutuan ditadbir oleh sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Dewan Bandaraya. Misalnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Ketua pentadbiran bagi sesebuah Dewan Bandaraya pula adalah Datuk Bandar.

Indonesia

Provinsi Papua dan provinsi Papua Barat di Indonesia secara rasmi menukar penyebutan kecamatan menjadi distrik (daerah). Sesetengah bahagian Indonesia menyebut kecamatan sebagai daerah kecil - subdistrict.

Lihat juga

  • Jajahan, istilah setaraf yang khusus di Kelantan, Malaysia

Rujukan

Tags:

Daerah MalaysiaDaerah IndonesiaDaerah Lihat jugaDaerah RujukanDaerahBahasa ArabJajahanKampungKelantanMukimNegaraNegeri

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mohammed Hanif OmarClaude FennerKemahiran interpersonalSlot TiaraGoogle ScholarEmpayar UthmaniyahNatasya MahyanHemoroidFardu KifayahDataran MerdekaRaysha RizrosePiala Asia B-23 AFC 2024KelurAerofonJangkitanHari PekerjaFilipinaBumiputeraPembentukan MalaysiaPerodua VivaAisha RetnoSarimah IbrahimSusukEtikaNombor dalam budaya CinaJattJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaNajua NasirAndai Itu TakdirnyaFaralyna IdrisSenarai kaum di MalaysiaAbby AbadiSabah F.C. (Malaysia)Nombor perdanaKesultanan Samudera PasaiPerang Dunia KeduaUndang-undang MalaysiaBola tamparAnugerah AidilfitriPanglima Angkatan TenteraAhirine AhirudinJanna NickPilihan raya negeri Selangor 2023Mohd Shukri RamliCiri-ciri orang munafikSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPeristiwa Kampung MedanRuhainies FarehahA FamosaPerodua AxiaYasmin NapperKata kerjaTanah Melayu BritishBryan DomaniAbdul Taib MahmudSumpahan JeruneiRaja Zarith SofiahBangunan Sultan Abdul SamadSeri KembanganAngkatan Tentera MalaysiaTahun Baru CinaTengku Permaisuri NorashikinTikTokLengkuasRejimen Askar Melayu DiRajaHarvey NormanFrekuensi radio di SelangorAzhar IdrusPerikatan NasionalSophia LianaRaja PerlisMark AdamNilai, Negeri SembilanSurah Al-InsyirahKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaFrekuensi radio di MelakaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAbang Long Fadil 3🡆 More