Salji

Salji (Jawi: ‏ثلجي‎code: ms is deprecated ‎) atau salju (Jawi: ثلجو‎) ialah kerpasan dalam bentuk hablur ais cair yang jatuh dari awan terkumpul di permukaan bumi mengandungi banyak emping.

Memandangkan ia dibuat daripada zarah yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia mempunyai struktur terbuka yang lembut dan gebu, kecuali diletakkan di bawah tekanan luaran. Kepingan-kepingan yang terhasil ini turun dalam bentuk empingan yang mempunyai banyak saiz dan rupa - ia terbentuk apabila titisan awan sejuk lampau kecil (diameter sekitar 10 μm) beku.

Salji
Salji selama musim dingin di Holme, Yorkshire Barat, England

Salji dibentuk biasanya apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Ia juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan. Satu peraturan adalah bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan.

Salji
Salji dari angkasa

Etimologi

Kata-kata salji dan salju dipinjam daripada kata Arab: ثَلج, rumi: thalj; ia dahulunya pernah dieja sebagai thalji atau thalju sebelum dirombak Ejaan yang Disempurnakan pada tahun 1972.

Salji 
Litupan salji di puncak Gunung Saveq, Taiwan.

Bahasa Proto-Austronesia yang leluhur kepada bahasa Melayu mempunyai perkataan *SuReNa hasil penelusuran semula kata-kata semaksud dalam bahasa-bahasa serumpun yang dituturkan di pulau Taiwan kerana kawasan Banjaran Tengah pulau tersebut diperhatikan adanya salji pada musim sejuk. Namun, kata ini difahamkan lenyap seiring penghijrahan orang-orang Austronesia menuju arah selatan yang beriklim tropika.:464-465

Corak

Salji 
Salji di Afghanistan

Salji yang terbentuk boleh terkumpul dan beredar dalam alam sekitar melalui beberapa keadaan:

  • salji ringan boleh dibawa angin dari kawasan turunan lalu tersebar mengumpul secara jauh berasingan di endapan agak dalam yang padat
  • padatan boleh terkumpul di kawasan mencuram lalu boleh runtuh (sebagai runtuhan salji) dengan bertambahnya salji yang meningkatkan isipadu dan jisim menguat
  • bertambah masuk dalam sungai-sungai dari sumber beraltitud tinggi di mana ia mencair lalu boleh meningkatkan isipadu yang membanjir,
  • menurun dalam lurah-lurah muka bumi keras lalu memadat sebagai glasier.

Kesan terhadap manusia

Turunan salji mempengaruhi kegiatan seharian manusia dalam beberapa aspek:

Pengangkutan

Salji 
Salji di Stesen Keretapi Luxembourg

Salji boleh terkumpul padat pada permukaan jalan raya dan landasan baik kereta api atau pesawat lalu melicin dan menjejaskan daya geseran kenderaan yang mencengkam. Salji yang terkumpul ini lazim ditolak buang menggunakan jentolak khas jika ia cukup tebal. Sambil itu juga, roda tayar kenderaan akan dipasangkan cengkaman khas agar sebarang kemungkinan gelinciran dapat dielakkan.

Pertanian

Salji boleh menebat haba permukaan lalu boleh mengekalkan tumbuhan yang tertanam sepanjang musim turunnya salji ini. Salji cair juga boleh menjadi sumber pengairan kepada tanaman melalui sungai dan terusan.

Binaan

Atap-atap petempatan yang mendapat salji di persekitarannya mengikut iklim setempat dibina agar boleh menampung berat turunan salji yang terkumpul. Salji boleh melekat pada kabel kuasa lalu memberat dengan risiko memutuskan bekalan elektrik setempat.

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Salji EtimologiSalji CorakSalji Kesan terhadap manusiaSalji GaleriSalji Lihat jugaSalji RujukanSaljiAisEmping saljiHablurPembekuanTulisan JawiZarah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Semenanjung MalaysiaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSawiYasmin AhmadChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorNasi kerabuAbdul Rahim Mohd NoorMimi LanaMyKadBulan Bahasa KebangsaanSophia AlbarakbahVirusPerang Dunia KeduaMajapahitPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Menara Berkembar PetronasPerkhidmatan awam di MalaysiaLeftenan KomanderMandi wajibFardu AinJawatankuasa Hubungan Antara KaumMetamfetaminaNegara PalestinAstro ShawWudukBaju MelayuAbdul Razak HusseinArmizan Mohd AliAmerika SyarikatSlot AkasiaFauziah NawiMustaqim BahadonKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAliff AzizOrang Cina MalaysiaSenarai mukim di PerakTeluk IntanSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSunan MuriaKementerian Dalam Negeri MalaysiaAmyra RosliHospital Sultan Idris Shah SerdangPantang larang MelayuIkan bayanTalbis IblisSiksa KuburZarina ZainoordinImam MahdiP. RamleeHemoroidTengku Permaisuri NorashikinAbang Long FadilKata kerja tak transitifRazarudin HusainIpohTentera Udara Diraja MalaysiaRiezman KhuzaimiPenjodoh bilangan bahasa MelayuPulau TiomanJohan GhazaliJabatan Peguam Negara MalaysiaKhairy JamaluddinMikroplastikSolat hajatMetodologiAnugerah AidilfitriSenarai Kementerian di MalaysiaMusa HassanHinduismeKesultanan Melayu MelakaFil MarsyalKetumVaksin tetanusPuchong, SelangorInsya-AllahNegeri Sembilan🡆 More