Walrus

Walrus atau juga gajah mina merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.

Walrus
Walrus
Walrus
Kekurangan data  (IUCN 3.1)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Pinnipedia
Keluarga:
Odobenidae

Allen, 1880
Genus:
Odobenus

Brisson, 1762
Spesies:
O. rosmarus
Nama binomial
Odobenus rosmarus
(Linnaeus, 1758)
Subspesies

O. rosmarus rosmarus
O. rosmarus divergens
O. rosmarus laptevi (debated)

Walrus
Taburan walrus

Penamaan

Menurut J.R.R. Tolkien, perkataan "walrus" itu datang daripada rumpun bahasa Jermanik baik dari bahasa Belanda atau bahasa Norse lama; komponen "wal-" dikatakan berasal daripada walvis iaitu "ikan paus" dalam bahasa Belanda manakala komponen "-rus" dikatalan berasal daripada "hross" aitu "kuda" (lihat juga horse)'. Ada juga teori yang menyatakan ia datang daripada gabungan kata bahasa Belanda wal ("pantai") dan reus ("gergasi").

Nama "gajah mina" pula datang daripada perkaitan rupa haiwan ini dengan suatu haiwan lagenda dalam mitologi Hindu iaitu Makara yang dipercayai ada kepala gajah dan badan ikan (mina) - kamus dwibahasa Wilkinson ada memberikan tafsiran lain nama ini yang beralih sebagai "ikan paus".

Taksonomi

Walrus ialah sejenis mamalia dari order Carnivora. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam keluarga Odobenidae, salah satu tiga garis keturunan dalam superkeluarga Pinnipedia bersama-sama Phocidae dan Otariidae.

Terdapat dua subspesies walrus yang dikenal pasti secara meluas iaitu walrus Atlantik (O. r. rosmarus- Linnaeus, 1758) dan walrus Pasifik (O. r. divergens - Illiger, 1815). Perbezaan genetik yang tetap antara kedua-dua subspesies ini menandakan suatu pemisahan dalam taburan mereka yang berlaku dalam dianggarkan antara 500 dan 785 alaf yang lalu.

Taburan dan tabiat

Walrus Pasifik mempunyai taburan lebih banyak daripada walrus Atlantik. Kebanyakan walrus Pasifik kelihatan pada musim panas di kawasna utara Selat Bering di Laut Chukchi sepanjang lautan Artik ke pesisiran utara Siberia Barat berhampiran Pulau Wrangel, di Laut Beaufort sepanjang pesisiran utara Alaska ke Pulau Unimak serta di perairan antara kedua-dua kawasan ini. Walrus Atlantik pula bertaburan di kawasna pesisiran utara Kanada ke Greenland, Svalbard, serta kawasan barat Rusia Artik.

Haiwan ini cenderung hidup di kawasan berpentas benua serta mencari makanan di dasar laut, tuertamanya dari dasar ais laut.

Pemakanan

Ia mampu makan pelbagai jenis haiwan sehingga sebanyak 60 jenis termasuk udang, ketam, batu karang lembut, timun laut, moluska sehingga juga anggota hidupan pinniped lain. Walau bagaimanapun, haiwan ini paling menggemari moluska bivalva seperti kepah yang muncul di dasar laut.

Paus pembunuh dan beruang kutub sahaja yang merupakan haiwan pemangsa kepada walrus.

Hubungan dengan manusia

Secara tradisinya, kesemua bahagian walrus mempunyai kegunaannya yang tertentu:

  • daging ia merupakan sumber makanan penting pada musim sejuk,
  • tetaring ia dijadikan bahan membuat peralatan dan perhiasan,
  • minyak yang dihasilkan dari lemak ia digunakan sebagai bahan api,
  • kulit ia yang tebal dijadikan bahan penutup sampan dan rumah serta tali,
  • isi perut ia dijadikan bahan pelapik dan pakaian kalis air.

Haiwan ini banyak diburu oleh para pemburu anjing laut dan ikan paus dari Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-18 dan 19 sehingga hampir melenyapkan taburan walrus Atlantik. Pemburuan secara komersil kini diharamka dalam lingkungan habitat ia, namun masyarakat peribumi tertentu seperti orang-orang Chukchi, Yupik and Inuit dibenarkan memburu sebilangan kecil walrus pada hujung musim panas.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Walrus PenamaanWalrus TaksonomiWalrus Taburan dan tabiatWalrus Hubungan dengan manusiaWalrus RujukanWalrus Pautan luarWalrus

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Universiti Sains MalaysiaLaskar MudaUpin & IpinDaun salamFrekuensi radio di PerakPetronasJuzSidratulmuntahaWafariena RoslanJangan Menangis Cinta (drama)Tunku Ismail ibni Sultan IbrahimPasukan Khas UdaraPeristiwa 13 MeiEFauziah NawiAzhan RaniThe GadysIsrak dan MikrajBangunan Sultan Abdul SamadPasukan Khas LautRuhainies FarehahSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaNora DanishOrang BanjarKamal AdliPolis Diraja MalaysiaIsa KhanLaskar Udara KananIsteri HalalNasi goreng (Nusantara)Siksa KuburHasmiza binti OthmanSurah Al-InsyirahDewi RemajaVanny RossyaneAwieSawiPuteri Gunung LedangMegat SharizalJ RevolusiKementerian Komunikasi MalaysiaRuhainiesBajauNasha AzizYasmin AhmadSenarai mukim di PerakSyafiq YusofPiala Asia AFCPerodua AxiaRedza RosliSiti NurhalizaBahasa CinaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaDasar Ekonomi BaruHadha min fadhle RabbiRejimen Askar Melayu DiRajaPerakRadio Televisyen MalaysiaAisyah Abu BakarJattSelangorKanun KeseksaanSlot MegaDramaBahasa Melayu SabahManchester United F.C.Ahli Sunah WaljamaahSumazauTuanku Abdul RahmanInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKesultanan Johor-RiauSabronzoHukum Kanun MelakaPerang BadarTrisha OoiHari GuruMay (kugiran)VirusUqasha Senrose🡆 More