Ikan

Ikan (Jawi: ‏ايكن‎code: ms is deprecated ‎) ialah haiwan akuatik, berkraniat, mempunyai insang yang tidak mempunyai anggota sisi dengan jejari.

Haiwan yang tergolong bawah pentakrifan ini termasuklah ikan hag, ikan lamprei, ikan berawan, ikan bertulang serta pelbagai kumpulan berkaitan yang telah pupus. Kira-kira 95% spesies ikan hidup ialah ikan bersirip tulang yang tergolong di bawah kelas Actinopterygii, dengan kira-kira 99% daripadanya adalah teleos.

Ikan
Julat fosil: Ordovician–Neogene
Kerapu gergasi di Akuarium Georgia, dilihat berenang bersama-sama sekumpulan ikan lain
Kerapu gergasi di Akuarium Georgia, dilihat berenang bersama-sama sekumpulan ikan lain
Ikan lepu merah dilihat di depannya
Ikan lepu merah dilihat di depannya
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
(unranked) Craniata
Kumpulan termasuk
Kumpulan tidak termasuk
Ikan Hering
Ikan Hering
Ikan
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) ialah salah satu spesies ikan akuarium air tawar yang paling popular di dunia.

Organisma terawal yang boleh dikelaskan sebagai ikan ialah haiwan kordat bertubuh lembut yang mula-mula muncul semasa zaman Kambria. Walaupun haiwan ini tidak mempunyai tulang belakang yang sebenar, mereka memiliki notokord yang membolehkan mereka menjadi lebih tangkas berbanding rakan invertebrata mereka. Ikan terus berkembang merentasi era Paleozoik dengan kepelbagaian bentuk. Banyak ikan pada zaman Paleozoik mempunyai perisai tulang membaluti luar tubuh badan mereka yang melindungi mereka daripada pemangsa. Ikan berahang pertama muncul pada zaman Silures, selepas itu banyak ikan berahang menjadi pemangsa marin yang menggerunkan dan bukannya mangsa arthropoda sahaja, contohnya seperti jerung.

Kebanyakan ikan adalah bersifat ektoterma ("berdarah sejuk"), membenarkan suhu badannya berubah-ubah apabila suhu persekitarannya berubah, walaupun beberapa ikan aktif besar seperti jerung putih dan tuna boleh menahan suhu teras yang lebih tinggi. Ikan boleh berkomunikasi secara akustik antara satu sama lain, selalunya untuk tujuan pemakanan, pertelingkahan atau pembiakan.

Ikan banyak ditemui dalam kebanyakan badan air. Ia boleh ditemui di hampir semua persekitaran akuatik, setinggi aliran sungai di pergunungan (contoh seperti genus Salvelinus dan ikan sendi) ke sedalam zon abis dan zon hadal di dasar lautan (contoh seperti famili Ophidiidae dan Liparidae), walaupun belum ada spesies yang didokumenkan pada kedalaman 25% dari dasar lautan. Dengan 34,300 spesies yang berhuraian, ikan mempamerkan kepelbagaian spesies yang lebih besar berbanding mana-mana kumpulan vertebrata lain.

Ikan merupakan sumber alam yang penting bagi manusia di seluruh dunia, terutamanya sebagai makanan. Nelayan komersial dan nelayan sara diri memburu ikan di kawasan perikanan liar, atau menternak ikan di dalam kolam atau di dalam sangkar di kawasan lautan (melibatkan bidang akuakultur). Ikan juga ditangkap oleh nelayan rekreasi, dipelihara sebagai haiwan peliharaan, dibesar oleh pembela ikan, dan dipamerkan di akuarium awam. Ikan mempunyai peranan dalam kebudayaan sepanjang zaman, dari dijadikan sebagai dewa atau simbol agama, sehingga ke dijadikan sebagai subjek dalam seni, buku dan filem.

Haiwan tetrapod (seperti amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berevolusi dari ikan bersirip cuping, jadi secara kladistiknya mereka turut merupakan sejenis ikan. Namun, secara tradisinya ikan (pisces atau ichthyes) dijadikan parafili dengan mengecualikan tetrapod, oleh itu ikan tidak dianggap sebagai kumpulan taksonomi formal dalam biologi sistematik, melainkan ia digunakan dalam pengertian kladistik yang termasuk tetrapod, walaupun biasanya istilah "vertebrata" lebih digemari dan sebaliknya digunakan untuk tujuan ini (yang membawa maksud "gabungan ikan dan tetrapod"). Tambahan pula, setasea, walaupun merupakan mamalia, sering dianggap sebagai ikan oleh pelbagai budaya merentasi beberapa tempoh masa.

Contoh-contoh haiwan dari keluarga ikan :-

  1. Ikan Angel
  2. Ikan arowana
  3. Ikan Barb
  4. Ikan baung
  5. Ikan cencaru
  6. Ikan gelama Papan
  7. Ikan jelawat
  8. Ikan kalui Sabah
  9. Ikan patin
  10. Ikan pelaga
  11. Ikan tilapia
  12. Ikan tapah
  13. Ikan Semilang Laut
  14. Ikan Bujuk
  15. Ikan Sebelah Laut
  16. Ikan Kap Kepala Besar
  17. Ikan mas
  18. Ikan pari
  19. Ikan sia
  20. Ikan belida
  21. Ikan kerapu
  22. Ikan pelaga Siam
  23. Ikan sepilau
  24. Ikan sekila
  25. Ikan siakap
  26. Ikan siakap merah
  27. Ikan tilapia merah
  28. Ikan keli
  29. Ikan lomah
  30. Ikan ketutu
  31. Ikan lampam sungai
  32. Ikan temperas
  33. Ikan sia
  34. Ikan terbul
  35. Ikan seluang
  36. Ikan tengalan
  37. Ikan tengas
  38. Ikan kelabau
  39. Ikan toman
  40. Ikan Ketutu
  41. Ikan sebarau
  42. Ikan temakang
  43. Ikan jelawat
  44. Ikan Lampan sungai
  45. Ikan lomah
  46. Ikan tengalan
  47. Ikan sebarau
  48. Ikan Lampam Sungai
  49. Ikan gupi
  50. Ikan tengas
  51. Ikan kelah
  52. Ikan Baung
  53. Ikan tengas
  54. Ikan seluang
  55. Ikan Biji durian
  56. Ikan Diskus
  57. Ikan kepar
  58. Ikan puyu
  59. Ikan yu

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ikan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

ActinopterygiiChondrichthyesInsangJariLampreiOsteichthyesTeleosteiTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Misteri Wan PeahSunan Gunung JatiMacBERSIHHassanal BolkiahTerengganuSunan MuriaInstitut Pendidikan Guru MalaysiaSiti NordianaSenarai saluran AstroBendera MalaysiaQarinTentang DhiaUndang-undang MalaysiaXVideosSlot SakuraFalsafahSenarai peribahasa (A–M)Kesultanan DemakSophia AlbarakbahShawn BaharinBahasa CinaLesbianDina NadzirPuncak AlamRangka manusiaJordanJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaBahagian di SarawakKedahPuntianakSherry AlhadadMenteri Kewangan MalaysiaTentera Darat MalaysiaKerisRosyam NorMinangkabauQunut nazilahUniversiti Putra MalaysiaSistem SuriaShakilla KhoririKKN di Desa Penari (filem)Palestin (wilayah)Surah al-FatihahPeristiwa 13 MeiSarawakMy Lovely DriverMatrikulasi di MalaysiaMentega TerbangPembahagian kuasaDataran MerdekaParti Komunis MalayaAzli YusofNorlia GhaniAzzim ZahidSultan PerakNasabAhmad Zulqarnain OnnPembakaran diri Aaron BushnellNabi Isa a.s.Keluaran dalam negara kasarSolat Sunat RawatibUniversiti Sultan Azlan ShahYantzenSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahMarga SangirSusukNorman HakimInstitut Jantung NegaraNadhir NasarMenteri Pelancongan, Seni dan BudayaSijil Pelajaran MalaysiaJam 24 jamFizi AliHael HusainiDewan Negeri SelangorJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah🡆 More