Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries, dikenali juga sebagai OPEC) adalah sebuah pertubuhan antarakerajaan yang ditubuhkan pada 1960 di Baghdad oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela; dan kemudiannnya beribu pejabat sejak 1965 di Vienna, Austria.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum
Bendera Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum.

Halatuju prinsip pertubuhan tersebut menurut Statut pertubuhan ini adalah koordinasi dan penyatuan polisi-polisi ahli dan penilai terbaik untuk mengawal kepentingan mereka secara individu dan berkumpulan; mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan untuk memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar; satu penyalur yang biasa, ekonomik dan efisyen kepada negara-negara pengguna, dan satu pemulangan yang adil terhadap modal mereka kepada sesiapa yang melabur di dalam industri petroleum.."1

Keahlian

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum 
Negara-negara anggota OPEC
  Anggota pertubuhan terkini
  Bekas anggota pertubuhan

Kini, pertubuhan ini mempunyai 14 negara keahlian. Mereka terdiri daripada penyenaraian berikut mengikut tarikh daftar keahlian yang rasmi masing-masing. Bahasa rasmi yang efektif digunakan bagi majoriti 7 negara keahlian OPEC iaitu bahasa Arab, bahasa rasmi OPEC ialah bahasa Inggeris. OPEC bermula dengan 5 negara asas, tetapi terdapat penambahan 9 keahlian yang terkemudiannya.

Negara Kawasan Tahun Keahlian Populasi
(anggaran 2015)
Kawasan
(km2)
Penghasilan Minyak
(bbl/hari, 2016)
Simpanan Sah
(bbl, 2016)
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Algeria Afrika Utara 1969– 39,542,166 2,381,740 1,348,361 12,200,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Angola Afrika Barat 2007– 19,625,353 1,246,700 1,769,615 8,423,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Arab Saudi Timur Tengah 1960– 27,752,316 2,149,690 10,460,710 266,578,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Ecuador Amerika 1973–1992, 2007– 15,868,396 283,560 548,421 8,273,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Emiriah Arab Bersatu Timur Tengah 1967– 5,779,760 83,600 3,106,077 97,800,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Gabon Afrika Barat 1975–1995, 2016– 1,705,336 267,667 210,820 2,000,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Guinea Khatulistiwa Afrika Barat 2017– 740,743 28,051 227,000 1,100,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Iran Timur Tengah 1960– 81,824,270 1,648,000 3,990,956 157,530,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Iraq Timur Tengah 1960– 37,056,169 437,072 4,451,516 143,069,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Kuwait Timur Tengah 1960– 2,788,534 17,820 2,923,825 101,500,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Libya Afrika Utara 1962– 6,411,776 1,759,540 384,686 48,363,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Nigeria Afrika Barat 1971– 181,562,056 923,768 1,999,885 37,070,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Qatar Timur Tengah 1961– 2,194,817 11,437 1,522,902 25,244,000,000
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum  Venezuela Amerika 1960– 29,275,460 912,050 2,276,967 299,953,000,000
Jumlah OPEC 452,127,152 12,150,695 35,221,740 1,209,103,000,000
Jumlah Dunia 7,256,490,011 510,072,000 80,622,287 1,650,585,000,000
Peratusan OPEC 6% 2% 44% 73%

Sejarah

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum 
Ibupejabat OPEC di Vienna

OPEC terdiri daripada 11 negara termasuk tujuh negara-negara Arab tetapi juga negara-negara pengeksport terbesar di negara-negara membangun seperti Iran dan Venezuela. Ia telah ditubuhkan pada 17 September 1960 untuk membantah tekanan daripada syarikat-syarikat gergasi minyak (kebanyakan dimiliki warga A.S., Britain dan Belanda) untuk mengurangkan harga minyak dan pembayaran-pembayaran kepada para pengeluar. Pada mulanya pertubuhan ini beroperasi sebagai satu unit tawar-menawar bagi jualan oleh negara-negara Dunia Ketiga. Ia mengekangkan aktiviti-aktivitinya kepada mendapatkan satu bahagian yang lebih besar keuntungan-keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat minyak Barat dan pengawalan yang lebih besar terhadap aras-aras penghasilan. Bagaimanapun, dalam awal 1970-an ia mula untuk menunjukkan kekuatannya.

Perang Yom Kippur

Kesinambungan konflik Arab-Israel akhirnya mencetuskan satu tindak balas yang menukarkan OPEC daripada satu pakatan biasa menjadi sesuatu kuasa kuat politik. Selepas Perang Enam Hari 1967, ahli-ahli OPEC Arab membentuk satu kumpulan bertindak yang berasingan iaitu Organisasi Negara-negara Pengeluar/Pengeksport Petroleum Arab, untuk tujuan memusatkan polisi dan menguatkan tekanan terhadap Barat kerana sokongannya terhadap Israel. Meskipun Mesir dan Syria bukan negara-negara pengeksport minyak, negara-negara ini menyertai kumpulan berkenaan untuk menguatkan objektif pertubuhan ini. Perang Yom Kippur 1973 meningkatkan lagi pandangan orang-orang Arab tersebut. Dunia Arab mengenakan sekatan minyak 1973 terhadap Amerika Syarikat, Eropah Barat, dan Jepun atas kemarahan negara-negara kawasan ini terhadap usaha-usaha membekalkan kembali minyak yang membolehkan Israel mengalahkan tetera-tentera Mesir dan Syria. Para konglomerat Barat secara tiba-tiba menghadapi satu sekatan bersatu daripada negara penghasil minyak seawal 1970-an.

Operasi

Ahli negara OPEC memegang lebih kurang dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang kepada 40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport. Terima kasih kepada OPEC, negara-negara ahli menerima lebih daripada sepatutnya yang mereka ekspot. "Tahun lalu, 11 ahli negara OPEC . . . menerima pendapatan $338 bilion dari hasil eksport minyak, peningkatan 42% dari tahun 2003, mengikut angka-angka yang dikumpulkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga Persekutuan (New York Times, Jan. 28, 2005). Dibandingkan angka ini dengan angka dari tahun 1972, para pengeksport minyak ini menerima $23 billion dari hasil export minyak, atau tahun 1977, apabila, selepas daripada peristiwa Krisis minyak 1973, mereka menerima $140 bilion/ (Daniel Yergin, The Prize [Simon & Schuster, 1991], m/s 634).

Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar A.S, perubahan nilai matawang dolar berbanding dengan matawang dunia memberi kesan kepada keputusan kepada berapa banyak OPEC mengeluarkan minyak. Sebagai contoh, apabila dolar jatuh relatif kepada matawang lain, negara-negara OPEC menerima keuntungan yang kurang di dalam matawang lain bagi minyak mereka, menyebabkan sejumlah potongan terhadap kuasa beli mereka, kerana mereka berterusan menjual minyak di dalam dolar A.S. Selepas matawang euro dierkenalkan, Iraq membuat keputusan bahawa minyak mereka harus dibayar di dalam bentuk matawang ini menggantikan dolar A.S.

Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat atas harga minyak antarabangsa. Sebagai contoh, ketika krisis tenaga 1973, OPEC enggan menghantar minyak ke negara-negara barat yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur atau Perang Oktober, yang mana mereka menentang Mesir dan Syria. Keengganan ini menyebabkan harga minyak naik empat kali ganda dan berlarutan hingga lima bulan, bermula pada Oktober 17, 1973, dan berakhir pada 18 Mac 1974. Akhirnya, negara-negara OPEC bersetuju pada 7 Januari, 1975, untuk menaikkan hargaminyak mentah sebanyak 10%. Pada masa itu, negara-negara OPEC — termasuklah kebanyakan negara yang sudah memiliknegarakan industri minyak mereka— menyahut panggilan bagi satu tatacara ekonomi antarabangsa yang dimulakan oleh pakatan negara-negara pengeluar utama. Kesimpulan daripada Sidang Kemuncak OPEC Pertama di Algiers mereka menyeru kepada harga komoditi yang adil dan stabil, satu program makanan dan pertanian, pemindahan teknologi daripada Utara ke Selatan dan pendemokrasian sistem ekonomi .

Tidak seperti banyak kartel lain, OPEC telah berjaya meningkatkan harga minyak untuk penggunaan lanjutan. Sebahagian besar kejayaan OPEC boleh dikaitkan dengan fleksibiliti Arab Saudi. Pertubuhan ini telah bertolak ansur terhadap penipuan di pihak anggota kartel lain, dan mengurangkan pengeluaran sendiri untuk memberikan pampasan bagi anggota lain yang telah melebihi kuota pengeluaran mereka. Tindakan sebeginini memanfaatkannya dengan baik, kerana dengan kebanyakan ahli berada pada pengeluaran penuh, Arab Saudi adalah satu-satunya negara ahli dengan kapasiti lebihan serta juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan bekalan jika diperlukan.

Dasar ini telah berjaya menyebabkan harga minyak mentah meningkat kepada tahap yang telah pada satu masa dicapai hanya dengan produk ditapis. Walau bagaimanapun, keupayaan OPEC untuk menaikkan harga mempunyai beberapa had. Kenaikan harga minyak mengurangkan penggunaan dan boleh menyebabkan penurunan dalam pendapatan bersih. Tambahan pula, kenaikan harga panjang boleh menggalakkan perubahan sifat yang sistematik, seperti penggunaan tenaga alternatif, atau peningkatan pemuliharaan.

Di ambang Perang Teluk pada tahun 1990-91, Presiden Iraq iaitu Saddam Hussein mendokong agar OPEC menaikkan harga minyak, seterusnya membantu Iraq dan negara-negara ahli yang lain melangsaikan hutang perkhidmatan negara-negara ini. Walau bagaimanapun, pertelingkahan di antara negara-negara OPEC yang diganggu oleh Perang Iran-Iraq serta penjajahan Iraq di Kuwait menganggu keutuhan pertubuhan dalam OPEC. Harga minyak mula menurun hanya apabila risiko gangguan bekalan minyak akibat konflik-konflik ini reda.

Setelah harga minyak merudum sehingga $10 setong, concerted diplomacy, sometimes attributed to Venezuela’s president Hugo Chávez, achieved a coordinated scaling back of oil production beginning in 1998. In 2000, Chávez hosted the first summit of heads of state of OPEC in 25 years. Pada Ogos 2004, OPEC began communicating that its members had little excess pumping capacity, indicating that the cartel was losing influence over crude oil prices. Indonesia sedang mempertimbangkan semula keahliannua kerana menjadi sebuah negara pengimport minyak bersih serta tidak mmapu memenuhi kuota pengeluaran minyaknya sendiri.

Setiausaha Agung OPEC

    • Fuad Rouhani (Iran): (21 Jan 1961 – 30 Apr 1964 )
    • Abdul Rahman al-Bazzaz (Iraq): (1 May 1964 – 30 Apr 1965)
    • Ashraf Lutfi (Kuwait): (1 May 1965 – 31 Dec 1966 )
    • Muhammad Saleh Joukhdar (Saudi Arabia): (1 Jan 1967 – 31 Dec 1967)
    • Francisco R. Parra (Venezuela): (1 Jan 1968 – 31 Dec 1968 )
    • Elrich Sanger (Indonesia): (1 Jan 1969 – 31 Dec 1969 )
    • Omar el-Badri (Libya):(1 Jan 1970 – 31 Dec 1970 )
    • Nadim Pachachi (Iraq): (1 Jan 1971 – 31 Dec 1972 )
    • Abderrahman Khène (Algeria): (1 Jan 1973 – 31 Dec 1974 )
    • M.O. Feyide (Nigeria): (1 Jan 1975 – 31 Dec 1976 )
    • Ali M. Jaidah (Qatar): (1 Jan 1977 – 31 Dec 1978 )
    • René G. Ortiz (Ecuador): (1 Jan 1979 – 30 Jun 1981 )
    • Marc Saturnin Nan Nguema (Gabon): (1 Jul 1981 – 30 Jun 1983 )
    • Fadhil J. al-Chalabi (Iraq), (acting): (1 Jul 1983 – 30 Jun 1988)
    • Subroto (Indonesia): (1 Jul 1988 – 30 Jun 1994 )
    • Abdallah Salem el-Badri (Libya): (1 Jul 1994 – 31 Dec 1994 )
    • Rilwanu Lukman (Nigeria): (1 Jan 1995 – 31 Dec 2000 )
    • Alí Rodríguez Araque (Venezuela): (1 Jan 2001 – 30 Jun 2002 )
    • Álvaro Silva Calderón (Venezuela): (1 Jul 2002 – 31 Dec 2003 )
    • Purnomo Yusgiantoro (Indonesia), (acting): (1 Jan 2004 &)
    • Iin Arifin Takhyan (Indonesia), (acting for Yusgiantoro): (1 Jan 2004 – Feb 2004)
    • Maizar Rahman (Indonesia), (acting for Yusgiantoro): (Feb 2004 -31 Dec 2004)
    • Sheikh Ahmad Fahad Al Ahmad Al Sabah (Kuwait), (acting): (1 Jan 2005 – present)
    • Adnan Shihab-Eldin (Kuwait), (acting for Al Sabah): (1 Jan 2005 – present)

From 21 Jan 1961-Apr 1965 the Chairmen of the Board of Governors were also, ex-officio, the Secretary-general of the organization. The functions of Chairman of the Board of Governors and Secretary-general were separated Apr 1965.

Pengeluar minyak bukan ahli

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum 
OPEC dan negara-negara pengeluar minyak lain yang tidak menjadi anggotanya.
    Lihat juga Senarai negara pengeluar minyak

Beberapa negara bukan-OPEC adalah:

Rujukan

Pautan luar


Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum 
Algeria | Indonesia | Iran | Iraq | Kuwait | Libya | Nigeria | Qatar | Arab Saudi | Emiriah Arab Bersatu | Venezuela

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum KeahlianPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum SejarahPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum OperasiPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Setiausaha Agung OPECPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Pengeluar minyak bukan ahliPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum RujukanPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Pautan luarPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum1965Arab SaudiAustriaBaghdadIranIraqKuwaitVenezuelaVienna

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adat resam kahwin MelayuPiala Asia B-23 AFC 2018Kamikaze (kugiran)Che’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPerodua KelisaMakkahFrekuensi radio di Negeri SembilanMelitha SidabutarKhairulamingDatuk (gelaran)Razarudin HusainPuteri Gunung LedangAmyra RosliMenara Jam Condong Teluk IntanKanun KeseksaanHamidin Mohd AminBank Negara MalaysiaSarafBella DowannaSandakanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaBella AstillahStadium Nasional Bukit JalilKomunismeSultan Muhammad VKhalid Mohamad JiwaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimHello, Mr. Perfect!KL GangsterSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023Bukit TaburSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaEjen AliJ RevolusiSultan Mizan Zainal AbidinAssalamualaikumLGBT dalam IslamSharifah AiniPenjodoh bilangan bahasa MelayuOrang Asli di MalaysiaAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Zakar manusiaEmbun (filem)Senarai poskod di MalaysiaSolozKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)ESurah al-BaqarahKamal AdliSungai PetaniLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraAbdul Taib MahmudYang di-Pertuan AgongImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Julia RaisChacha MaembongKedahMerdeka 118Noor AzizahPerodua KancilSlot TiaraNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTulisan JawiBatik Air MalaysiaSenarai raja-raja MelayuForest CitySultanah Nur ZahirahMay (kugiran)Laluan Kelana JayaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaHari WesakSolatTuanku Abdul RahmanSurah Al-InsyirahPerang Dunia PertamaAlicia Amin🡆 More