Hugo Chávez

Hugo Chávez Chet Chuan (Sebutan Sepanyol: ; 28 Julai 1954 – 5 Mac 2013) merupakan Presiden Venezuela ke-61, memerintah dari 1999 hingga kematiannya pada 2013.

Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik, integrasi Latin Amerika dan anti-imperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.

Hugo Chávez
Hugo Chávez
Chávez pada April 2010
Presiden Venezuela
Dalam jawatan
2 Februari 1999 – 5 Mac 2013
Naib PresidenJulián Isaías Rodríguez Diaz
Adina Bastidas
Diosdado Cabello
José Vicente Rangel
Jorge Rodríguez
Ramón Carrizales
Elías Jaua
Nicolás Maduro
Didahului olehRafael Caldera
Digantikan olehNicolás Maduro (pemangku)
Butiran peribadi
LahirHugo Chávez Chet Chuan
(1954-07-28)28 Julai 1954
Sabaneta, Barinas, Venezuela
Meninggal dunia5 Mac 2013(2013-03-05) (umur 58)
Caracas, Venezuela
Parti politikGerakan Republik Kelima (1997–2008)
Parti Sosialis Bersatu (2008–2013)
Sekutu gabungan
politik lain
Gran Polo Patriótico (2011–2013)
PasanganNancy Colmenares (cerai)
Marisabel Rodríguez (cerai)
Alma materAkademi Tentera Venezuela
TandatanganHugo Chávez
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanHugo Chávez Venezuela
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Venezuela
PangkatHugo Chávez Leftenan kolonel

Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.

Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.

Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.

Ada juga yang menyokong ideologinya, terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.

Presiden

Hugo Chávez menjadi presiden pada Februari 1999, selepas memenangi pilihan raya pada Disember 1998 dengan 56.2% undi popular. Disebabkan beliau membuat banyak perubahan, termasuk membuat pungutan suara bagi melantik majlis perlembagaan menulis perlembagaan baharu, satu pilihan raya baharu terpaksa diadakan bagi mengesahkan kerajaan beliau. Beliau dilantik buat kali kedua untuk penggal enam tahun pada Julai 2000 dengan 59.76% undi. Terdapat beberapa usaha untuk menurunkan Chavez daripada kuasa pada penggal ini, termasuk rampasan kuasa dan pungutan suara, namun semuanya tidak berjaya.

Seterusnya pada Disember 2006, Chávez terpilih sekali lagi buat penggal ketiganya, kali ini dengan majoriti lebih besar 63% undi. Selepas itu, beliau menubuhkan satu parti baharu yang besar, Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) hasil gabungan beberapa parti lain termasuk parti asal beliau Gerakan Republik Kelima (MVR). Pada 2009 pula, beliau menjalankan pengutan suara bagi menghapuskan had dua penggal berturut-turut bagi presiden. Ini membolehkan beliau bertanding semula bagi penggal keempat. Sementara itu, pada pilihan raya parlimen 2010, PSUV berjaya mengekalkan majoriti mudah yang dimiliki.

Terbaru pada 7 Oktober 2012, Chávez memenangi pilihan raya presiden buat kali keempat, menewaskan Henrique Capriles dengan 55.25% undi popular.

Kematian

Pada 30 Jun 2011, Chávez mengesahkan dalam siaran dari Havana, Cuba, bahawa beliau sedang pulih daripada pembedahan pada 10 Jun untuk membuang tumor yang bengkak dengan sel barah. Pada 9 Julai 2012, Chavez mengesahkan dirinya sihat dan pulih sepenuhnya daripada barah.

Bagaimanapun pada 8 Disember 2012, Chávez mengumumkan yang beliau akan menjalani pembedahan baharu selepas doktor di Cuba mengesan sel malignan; pembedahan tersebut dijalankan pada 11 Disember. Beliau terkena infeksi saluran nafas namun ia terkawal. Pada 18 Februari 2013, Chávez kembali ke Venezuela dan menjalani kemoterapi.

Pada 5 Mac 2013, Naib Presiden Nicolás Maduro mengumumkan di televisyen yang Chávez telah meninggal dunia di Caracas pada 4:25 p.m. waktu tempatan. Pengebumian beliau telah diadakan di Caracas.

Jeneral Jose Ornella mengatakan bahawa, Chávez tidak dapat bercakap dengan lantang, tetapi sempat mengucapkan kata-kata terakhirnya: "Yo no quiero morir, por favor no me dejen morir" (Saya tidak mahu mati. Tolong jangan biarkan saya mati). Chavez meninggalkan empat orang anak dan empat cucu.

Alfredo Molero, Menteri Pertahanan, mendakwa bahawa Chávez telah diracuni atau dijangkiti virus kanser oleh kerajaan A.S.. Jurucakap Jabatan Negara A.S. menolak tuntutan itu sebagai "tidak masuk akal."

Sesuai perlembagaan Venezuela, pilihan raya presiden diadakan dalam tempoh 30 hari selepas kematian Chávez. Naib Presiden Nicolás Maduro berkhidmat sebagai presiden sementara. Maduro telah dipilih sebagai presiden pada 14 April 2013.

Rujukan

Nota kaki

Bibliografi

Buku

Rencana akademik

Pautan luar

Tags:

Hugo Chávez PresidenHugo Chávez KematianHugo Chávez RujukanHugo Chávez Pautan luarHugo ChávezAmerika SyarikatDemokrasiImperialismeLatin AmerikaPresiden VenezuelaSosialisme

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gerakan Aceh MerdekaSultan Mizan Zainal AbidinDadah7 Hari Mencintaiku (musim 3)Bahasa Melayu MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Persatuan Negara-negara Asia TenggaraNabi Ibrahim a.s.Harris AlifNabi Lut a.s.Mohd Shukri RamliSarimah IbrahimHantu dalam masyarakat MelayuGenting HighlandsPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuStadium Nasional Bukit JalilJean Retno AryaniBadmintonSikorsky S-61A-4 NuriSerembanAyamSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaRinggitErra FaziraMohd Noor Helmy Abdul HalemHawa RizwanaIntan LadyanaLaskar MudaPASKAL (filem)SelangorBugisFikry IbrahimKementerian Pendidikan MalaysiaFrekuensi radio di Selangor10 Briged ParaBatik Air MalaysiaKelurFil MarsyalAzhan RaniMarissa YasminJenis darahMimi LanaRazarudin HusainSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaGayatri Su-Lin PillaiMelur Untuk Firdaus (musim 2)Wan RajaTalbis IblisAkut (perubatan)Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanDuerra MitildaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanWadi AnnuarHassanal BolkiahSultan Nazrin Muizzuddin ShahBunga rayaLayang Layang PerkahwinanRozita Che WanPerjanjian Inggeris-Belanda 1824PerakPerlembagaan MalaysiaPolis EVO 3Kugiran MasdoMenteri Kesihatan MalaysiaRosyam NorSyamsul YusofRahsia (filem 2023)Daerah SegamatRita NadiraJata MalaysiaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaKedahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSemenanjung MalaysiaTeknologiUthman bin AffanMohamed Khaled Nordin🡆 More